You are on page 1of 2

1

PERSONALITI KEUSAHAWANAN DAN PRESTASI PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI KREATIF TERENGGANU|

PERSONAL KEUSAHAWANAN DAN PRESTASI PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI KREATIF TERENGGANU

Jurnal ini menerangkan hubung kait antara personaliti keusahawanan yang perlu ada dalam usaha menghasil sebuah empayar perniagaan yang mampu bersaing bukan sahaja di peringkat domestik malah diperingkat antarabangsa dalam bidang industri kreatif khususnya di negeri Terengganu. Matlamat utama kajian kes ini meliputi dua perkara iaitu untuk mengenalpasti hubungan antara personaliti keusahawanan terhadap prestasi perniagaan dan mengkaji implikasi daripada inisiatif kerajaan sebagai pendorong dalam hubungan personaliti keusahawanan dan prestasi perniagaan. Berdasarkan jurnal kajian ini, personaliti keusahawanan boleh ditakrifkan sebagai seseoarang yang berkupayaan menghadapi risiko perniagaan disamping berinovasi, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang pemasaran produk dan berkemahiran dalam pengurusan perniagaan. Dalam jurnal ini juga telah menggariskan beberapa faktor penyumbang yang perlu ada untuk menghasilkan usahawan yang berkualiti dan berdisiplin disamping mampu meningkatkan prestasi sesebuah perniagaan yang dibina. Antara faktor- faktor yang perlu ada ialah, bermotivasi tinggi untuk berjaya dalam perniagaan, mempunyai matlamat yang jelas pada masa hadapan,mempunyai idea yang kreatif ,sentiasa tampil dengan idea yang baru dan berinnovatif serta segera mengambil peluang perniagaan yang terhidang. Oleh yang demikian, terengganu telah mula mengorak langkah dalam usaha membina kemahiran serta semangat keusahawanan terutamanya dalam industri kreatif di negeri Terengganu, dalam kata lain individu yang berinovatif, kreatif, berdikari, berani ambil risiko dan matang dalam menyesaikan sesuatu masalah. Bagi mengenalpasti sejauh mana hubung kait antara personaliti keusahwanan terhadap prestasi kerja, beberapa kajian telah dilakukan. Antaranya ialah, kita dapat mengenalpasti kebanyakan usahawan di Terangganu banyak diceburi oleh golongan kelaki yang telah mendirikan rumah tangga jika dibandingkan dengan golongan wanita. Selain itu, dari segi profil perniagaan pula kebanyakan usahawan lebih gemar menjalankan perniagaan mereka di bandar berbanding luar bandar. Hal ini mungkin disebabkan peluang pasaran di luar bandar lebih kecil. Tambahan lagi, dari sudut kaedah pemasaran kebanyakan usahawan lebih memilih untuk memasarkan produk mereka dengan cara pemilikan sendiri jika dibanding dengan secara rakan kongsi dan sendirian berhad. Kebanyakan produk mereka juga dipasarkan hanya di peringkat domestik sahaja. Peluang memasarkan produk kreatif ini ke peringkat antarabangsa tidak diambil sepenuhnya oleh golongan usahawan di negeri terenganu ini. Berdasarkan, jenis produk yang dikeluarkan oleh usahawan di negeri Terengganu ini lebih tertumpu kepada pengeluaran produk Batik diikuti dengan songket, kristal, seramik dan produk berasaskan kulit. Secara umumnya, analisis pertama dilakukan bagi melihat sejauh mana hubungan antara personaliti keushawanan mampu meningkat prestasi sesuatu perniagaan dengan berdasarkan setiap faktor yang dinyatakan dalam personaliti keusahwanan. Keputusan menunjukkan bahawa hubungan antara personaliti keusahawanan dan prestasi perniagaan saling bergantungan antara satu sama lain. Dengan kata lain, kebanyakan ushawan kreatif Terengganu mempunyai semangat yang tinggi sekali gus menyumbang kepada prestasi perniagaan yang positif. Dalam konteks yang lain pula, analisis kedua yang menunjukkan sejauh mana inisiatif

PERSONALITI KEUSAHAWANAN DAN PRESTASI PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI KREATIF TERENGGANU|

kerajaan dapat membantu dalam meningkatkan personaliti keusahawanan sekali gus meningkatkan prestasi sesebuah pernigaan. Hal ini kerana beberapa usahawan dalam insdutri kreatuf ini tidak mengambil peluang yang terhidang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti latihan dan pembangunan dalam bidang keusahawanan, kemudahan pernigaan, bantuan pinjaman, rankaian perniagaan serta pemasaran produk. Berdasarkan analisis kedua, dapt kita lihat bahawa kebanyakan usahawan di negeri Terengganu ini tidak begitu mengambil peka dengan saranan dan peluang yang telah disediakan oleh kerajaan. Lantaran itu, golongan usahawan kreatif di negeri ini sewajarnya mengambil langkah proaktif sekiranya mahu meningkatkan prestasi perniagaan setaraf dengan negara-negara luar dengan mengubah cara pemikiran yang lebih terarah kepada pemikiran konvensional kepada pemikiran yang lebih terbuka dari pelbagai perspektif perniagaan. Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih berdaya saing dalam bidang industri kreatif pelbagai langkah perlu diambil oleh semua pihak terutamanya pihak usahawan itu sendiri. Bagi merialisasikannya pihak usahawan yang bergerak secara aktif dalam bidang ini perlu sedar tentang petunjuk yang telah digariskan dalam keusahawanan paradigma seperti berdikari, bersungguh-sungguh dalam seni dan perniagaan, kepuashatian pelanggan terhadap sesuatu produk yang dihasilkan, kreatif dan inovatif, berorientasikan keuntungan dan nilai sesuatu produk daripada persepsi pelanggan. Tambahan lagi, golongan usahawan di negeri Terengganu ini perlu cuba untuk menggubah cara kehidupan seharian mereka kerana bedasarkan kajian daripada sebilangan usahawan kreatif di Malaysia tidak menyedari misi dan visi mereka menceburi bidang keusahawan, perancangan strategik dan membina peluang yang lebih kompetitif. Dalam kata lain, tidak mengambil kira tentang pencapaian dalam konteks hanya untuk melihat keuntungan dan peningkatan dalam perniagaan mereka sahaja disamping cabaran dan penetapan sasaran sahaja. Perubahan konsep budaya perniagaan dalam kajian ini ialah dengan mengubah budaya mudah berpuas hati terhadap apa yang dilakukan tanpa mengira kepuasan pengguna dalam menilai sesuatu produk yang dihasilkan. Oleh itu dapatan kajian yang telah dilakukan ini mampu mengubah cara hidup mereka dalam konteks pemikiran, nilai, kepercayaan dan tradisi. Sebagai konklusi, setelah saya mendalami hasil kajian ini saya dapati banyak ruang-ruang untuk diisi dengan industri kreatif tidak difunakan secara optimun yang mana telah menyebabkan industri ini dianggap sebagai industri pinggiran semata-mata. Hubungan yang baik antara semua pihak harusnya terjalin dengan baik bagi memasarkan produkproduk kreatif ini keperingkat yang lebih tinggi lagi setanding dengan produk kreatif dari luar negara. Lantaran itu, mampu meningkatkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) disamping menambah peluang pekerjaan kepada golongan komuniti masyarakat yang berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, matlamat kerajaan yang menginginkan industri kreatif sebagai pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa depan akan terlaksana dengan jayanya.

Rujukan http://ccsenet.org/journal/index.php/ijbm/article/view/10826/7680

You might also like