You are on page 1of 5

1.

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berktrampilan dan mempunyai peribadian yang unggul. Aktiviti gotong-royong merupakan salah satu aktiviti yang dapat merealisasikan hasrat kerajaan ini. Oleh yang demikian, Persatuan Matematik dan Sains,Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh telah mengorak langkah untuk menjayakan program gotong-royong ini.

Program ini turut dirancang bagi memenuhi aktiviti tahunan Persatuan Matematik dan Sains, Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh. Setiap ahli yang melibatkan diri akan dinilai untuk melengkapkan penilaian tahunan mereka selain untuk mengeratkan hubungan di antara ahli dan guru-guru pembimbing serta menjamin kebersihan makmal untuk kegunaan semua warga sekolah.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan amalan kepada ahli persatuan betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya makmal yang digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajaran (PdP). Makmal adalah tempat terpenting untuk digunakan oleh pelajar sebagai tempat mereka membuat ujikaji dan sebagainya. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

2.0

OBJEKTIF 2.1 Aktiviti gotong-royong ini akan dapat memupuk dan mewujudkan sikap sukarela dan nilai kerjasama dalam diri ahli persatuan. 2.2 Aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli persatuan yang terdiri daripada tahun 4 dan tahun 5 serta guru-guru penasihat.
1

2.3

Memberikan ruang dan peluang kepada ahli persatuan berbakti kepada sekolah tanpa mengharapkan balasan.

2.4

Memberi pengalaman baru dan merasai sendiri betapa pentingnya kerjasama antara ahli persatuan.

2.5

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti makmal sebagai tempat yang bersih, indah dan ceria.

3.0

KUMPULAN SASARAN Ahli-ahli Persatuan Matematik dan Sains tahun 4 dan 5, Sekolah

Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak.

4.0

TARIKH PROGRAM Tarikh : 18 Mei 2013 Hari : Sabtu Masa : 8:00 pagi -12:00 tengah hari Tempat : Makmal Matematik dan Sains, Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak. Pakaian : T-shirt dan seluar sukan SKSR.

5.0

CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS 5.1 Membersihkan luar dan dalam makmal Kebersihan perlu ditonjolkan dari luaran dahulu. Oleh itu, aktiviti

membersihkan tingkap dan kaki lima surau serta menyusun atur selipar mengikut nombor yang betul amat penting. Bersih luar, bersih juga di dalam. Beberapa ahli akan memvakum/menyapu kawasan dalam surau. Alatan seperti penyapu, baldi, air dan kain buruk mesti disediakan.
2

5.2 Penyusunan semula barang-barang dalam surau. Bagi menyerlah lagi kebersihan, barang-barang yang sedia ada mesti dinyah habuk dan disusun rapi. Susunan yang menarik akan menampakkan keselesaan dan keluasan ruang.

5.3 Penyediaan jamuan Aktiviti gotong-royong merupakan aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga yang banyak. Penat, lapar dan dahaga tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, satu kumpulan ahli dengan bimbingan guru akan diberikan tugas untuk menyediakan hidangan ringan kepada semua ahli persatuan. Penyediaan hidangan juga merupakan salah satu penilaian untuk tahap Puteri Bongsu. Melalui, aktiviti ini penilaian terhadap penyediaan hidangan juga dapat dijalankan.

6.0

TENTATIF PROGRAM Masa 8:00 pagi Program Semua ahli Persatuan matematik dan Sains serta guru penasihat berkumpul di tapak perhimpunan. 8:40 pagi Taklimat pembahagian kumpulan dan tugas yang akan dijalankan. 9:00 pagi 11:30 pagi 12:00 tgh hari Aktiviti gotong-royong dijalankan Jamuan ringan Majlis bersurai

7.0

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


3

7.1 Jawatankuasa kerja Pengerusi : Pn. Pn. Salamiah bt Abd Rahman Naib Pengerusi : Pn. Nor Syazwani bt Abd Karim Setausaha : Pn Nor Azia binti Misran

7.2 Ahli Jawatankuasa JK Tempat Pn. Rokiah bt. Idris JK Peralatan - Pn. Noorulhuda bt. Jamaludin JK Fotografi Pn. Izan Daleila Zuhra bt Mohd Azaudin JK Kebersihan Pn. Mardhiana bt. Jaafar Murid murid PPIM tahun 4 dan 5

8.0

SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN Sumber kewangan adalah daripada peruntukan ko-kurikulum iaitu sebanyak RM 60

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN MAKANAN DAN PERALATAN Perkara Kuantiti/ anggaran harga Baldi kecil 3 X RM 3.50 Jumlah Perbelanjaan RM 10.50
4

Span/tuala kecil Sardin Roti Timun Gula Teh

6 X RM 1 4 X RM 5 4 X RM 3.35 2 X RM 1 2 kg X RM 2.50 1 X RM 3.10 JUMLAH BESAR

RM 6.00 RM 20.00 RM 13.40 RM 2.00 RM 5.00 RM 3.10 RM 60.00

Disediakan oleh

. (NOR AZIA BINTI MISRAN) Setiausaha, Persatuan Matematik dan Sains, SK Sungai Rokam Jalan kenanga, 31350 Ipoh, Perak.

You might also like