You are on page 1of 3

PETA MINDA RPH PERMAINAN BADMINTON: SERVIS TINGGI

PERMULAAN
Guru memasang lagu "Warm Up Song" dan murid diminta untuk meniru setiap aksi pergerakan guru. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan. Permainan tamat apabila wisel dibunyikan.

Aktiviti memanaskan badan.

Permainan sentuh dan Kejar.

PENERANGAN
Guru bertanyakan kepada murid-murid tentang pengetahuan sedia ada mereka tentang permainan badminton.

Guru menyatakan topik yang akan dibincangkan pada hari ini di dalam kelas : Servis Tinggi.

Guru memberi penerangan tentang servis tinggi.

DEMONSTRASI
Demonstrasi servis tinggi tanpa raket dan bulu tangkis Guru menunjukkan postur badan yang betul untuk membuat servis tinggi. Demonstrasi servis tinggi tanpa bulu tangkis Guru menunjukkan cara memegang dan menghayun raket yang betul ketika hendak melakukan servis tinggi.

DEMONSTRASI SERVIS TINGGI

AKTIVITI
SERVIS MERENTAS BENUA (5M) SERVIS MERENTAS BENUA (3M) Murid perlu berdiri berhadapan dalam jarak 3 meter dan letakkan kon sebagai tanda. Murid dikehendaki membuat servis tinggi melepasi kon di hadapan rakan pasangan mereka. Murid perlu berdiri berhadapan dalam jarak 5 meter puladan letakkan kon sebagai tanda. Murid dikehendaki membuat servis tinggi melepasi kon di hadapan rakan pasangan mereka sekali lagi.

SERVIS TIGA PENJURU Murid dibahagikan 3 orang dalam satu kumpulan. Murid diminta untuk menghantar bulu tangkis menggunakan servis tinggi dalam bentuk bulatan.

Peluru Pepandu Jangka

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar peluru pepandu (servis tinggi) melepasi net dan menepati target kawasan yang ditetapkan. Peluru pepandu perlu dihantar dibelakang garisan sempadan negara. Guru akan mengangkat kad warna bagi menentukan kawasan target. Skittel akan diletakkan bagi menentukan warna target.Peluru pepandu yang jatuh di kawasan target akan diberikan 2 mata.

KEMUNCAK: PERMAINAN KECIL

Peluru Pepandu Sesat

Kumpulan yang sama masih digunakan. Setiap kumpulan diberikan 2 minit untuk menghantar sebanyak mungkin peluru pepandu (servis tinggi). Setiap kawasan target telah ditetapkan mata-mata tertentu.

PENUTUP
COOLING DOWN Guru memasang muzik rancak dan murid membuat pergerakan memusingkan pergerakan kaki, pinggang, pergelangan tangan dan juga kepala mengikut muzik Guru membuat rumusan tentang langkah-langkah membuat servis tinggi.

You might also like