You are on page 1of 8

Tingkatan Masa Genre Tajuk

Dua 80 Minit Novel Wira Pesona Avatari 10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran. Mengemukakan jenis, ciri-ciri, tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran karya puisi dan prosa. Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.

Fokus Utama Aras 1 (iv) Fokus Sampingan

1.3

Aras 1 (iii)

Menjelaskan maksud sebenar penyataan dalam teks.

Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Objektif Menyatakan empat nilai yang yang diperoleh daripada petikan dialog yang terdapat dalam novel. ii. Menyatakan empat nilai yang yang diperoleh daripada petikan peristiwa yang terdapat dalam novel. iii. Menulis empat pengajaran berdasarkan petikan dan nilai yang terdapat dalam novel. iv. Mencari maksud dan membina ayat daripada peribahasa yang dikesan dalam petikan. Kemahiran membaca Kemahiran menulis Peribahasa Kosa kata: Ilmu: Nilai: Istilah Komputer

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa Pengisian Kurikulum Kemahiran Bernilai Tambah

Sains Tabah, gigih, kerjasama, kasih sayang

Kemahiran Berfikir:

Borang penyusunan grafik, peta minda, ulasan, membuat rumusan Kecerdasan pelbagai: Interpersonal, verbal linguistik, lakonan

Langkah Set Induksi

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru memanggil seorang murid dan menghadiahkan sebuah bungkusan. Murid diminta menyatakan tujuan seseorang memberi hadiah. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.

Penilaian Formatif Murid sudah membaca novel

KBT / Catatan Menghubung kait

Nilai daripada Petikan Dialog Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Guru mengedarkan petikan dialog dalam novel Wira Persona Avatari. Guru meminta seorang murid membaca dan melakonkan petikan dialog tersebut. Guru meminta murid menyenaraikan empat nilai yang diperoleh daripada dialog dan mengisi dalam lampiran yang disediakan. Objektif (i) tercapai Lampiran 1 Membaca dan melakonkan dialog Kemahiran berfikir

Nilai daripada Petikan Peristiwa Guru mengedarkan Lampiran 2 Setiap kumpulan dikehendaki mengesan empat nilai berdasarkan petikan peristiwa dalam novel Wira Persona Avatari dan mengisi dalam lampiran Objektif (ii) yang disediakan. tercapai Murid membentangkan hasil perbincangan tentang nilai-nilai daripada peristiwa yang terdapat dalam novel. Lampiran 2

Langkah 3

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran Guru mengedarkan Lampiran 3. Guru menerangkan cara membina pengajaran berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan yang diperoleh. Guru menerangkan perbezaan antara nilai dan pengajaran Murid diminta menulis pengajaran berdasarkan petikan dan nilai menggunakan Lampiran 3.

Penilaian Formatif

KBT / Catatan Lampiran 3 Kemahiran berfikir

Objektif (iii) tercapai

Perbincangan

Peribahasa Guru mengedarkan Lampiran 4 Murid dikehendaki memberi makna peribahasa yang dikesan dalam petikan (Rujuk Lampiran 4) Murid dikehendaki membina ayat daripada peribahasa (Rujuk Lampiran 5) Objektif (iv) tercapai

Pembelajaran masteri Lampiran 4 Kerja rumah Lampiran 5

Penilaian dan Pengukuhan Guru meminta murid menulis perenggan tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam novel sebagai aktiviti pengukuhan di rumah. Guru membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini. Kerja rumah

Lampiran 1/M Lengkapkan petak-petak di bawah dengan nilai-nilai yang sesuai dengan dialog berikut.

Aina, mari masuk ke bilik tidur. Nanti ibu marah kalau dia tahu adik tidur di sini, kata Anas sambil memimpin adiknya itu ke bilik tidur.

Ah, kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bukankah begitu kata pepatah lama kita? Yakinlah kepada diri sendiri dan kepada ahli pasukan Aina nanti. Sebagai rakyat Malaysia tentu sekali kita boleh.

Ala, abang ni. Abang pesanlah borang tu secara manual. Mungkin tak canggih sangat dan selaras dengan era perdagangan elektronik, tapi cara itu tetap berkesan. Lagipun, pihak penganjur pertandingan bukannya jauh sangat sampai di hujung dunia. Alamat mereka pun di Cyberjaya. Dalam sehari, Aina jamin borang tu tentu boleh sampai kepada kita.

Kenapa Abang Adeen lambat? tanya Aina lagi. Maaf, terlepas komuter tadi, jawab Adeen. Nak tak nak, kena tunggu tren lain. Tak apalah abang Adeen, kata Anas sambil menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman.

Lampiran 2/M Lengkapkan jadual di bawah dengan nilai-nilai kemanusiaan yang sesuai daripada peristiwa berikut.

PERISTIWA Tanpa ayah, Anas terpaksa mengambil alih peranannya sebagai orang lelaki di rumah. Oleh itu, Anas mesti lebih tabah mengharungi ujian Allah itu, Siapa lagi, kalau bukan dia. Mereka nampak keletihan kerana terpaksa melalui beberapa halangan dan cabaran untuk keluar. Jalan keluar juga terpaksa dicari sendiri selepas Cikgu Nisah meninggalkan mereka sejam setengah yang lalu di laluan masuk belukar itu. Nyaris juga Aina terjatuh ke dalam gaung, tetapi Zuriani sempat menariknya. Anas segera menyentuh salah satu butang pada panel yang kelihatan di dada mesin masa. Tindakan lewanya itu disambut oleh sambaran cas elektrik yang berdesit. Avatar Anas melantun ke belakang ditolak olrh sebuah daya kuat. Avatarnya terlanggar avatar rakan-rakan sepasukannya yang berada di belakang. Mereka semua rebah. Anas mengerang kesakitan. Tangan kanannya kebas kerana disambar cas elektrik bervoltan tinggi. Jeritannya mendapat perhatin rakan-rakannya yang sudah turun ke bawah. Pauline yang berada di bawah Anjali keluar semula untuk membantu kawannya. Dia menikam mata ulat itu dengan pisau yang tersisip di pinggang. Ulat itu meraung sakit dan melepaskan Anjali.

NILAI

Lampiran 3/M Lengkapkan jadual dengan nilai dan pengajaran berdasarkan petikan di bawah. PERISTIWA NILAI PENGAJARAN

Aina, mari masuk ke bilik tidur. Nanti ibu Nilai kasih sayang marah kalau dia tahu adik tidur di sini, kata Anas sambil memimpin adiknya itu ke bilik tidur. Ala, abang ni. Abang pesanlah borang tu secara manual. Mungkin tak canggih sangat Nilai dan selaras dengan era perdagangan Kebijaksanaan elektronik, tapi cara itu tetap berkesan. Lagipun, pihak penganjur pertandingan bukannya jauh sangat sampai di hujung dunia. Alamat mereka pun di Cyberjaya. Dalam sehari, Aina jamin borang tu tentu boleh sampai kepada kita. Anas segera menyentuh salah satu butang pada panel yang kelihatan di dada mesin masa. Tindakan lewanya itu disambut oleh Nilai sambaran cas elektrik yang berdesit. Avatar Keberanian Anas melantun ke belakang ditolak olrh sebuah daya kuat. Avatarnya terlanggar avatar rakanrakan sepasukannya yang berada di belakang. Mereka semua rebah. Anas mengerang kesakitan. Tangan kanannya kebas kerana disambar cas elektrik bervoltan tinggi. .

Jeritannya mendapat perhatin rakan-rakannya yang sudah turun ke bawah. Pauline yang berada di bawah Anjali keluar semula untuk Nilai Kerjasama membantu kawannya. Dia menikan mata ulat itu dengan pisau yang tersisip di pinggang. Ulat itu meraung sakit dan melepaskan Anjali.

Lampiran 4/M Kenal pasti peribahasa yang terdapat dalam petikan di bawah dan berikan maksud peribahasa tersebut. Petikan Mereka tidak harus mengandaikan akan seri satu sama. Mereka seharusnya berusaha untuk menang, bukannya bertahan. Kini mereka yang gagal ke perlawanan akhir. Kalau tidak, kelebihan gol sudah menjanjikan pasukan mereka iket ke perlawanan akhir, walaupun mereka seri. Ah, apa yang dapat dibuat lagi? Nasi sudah menjadi bubur. Kejayaan Anas mejaringkan gol tunggal untuk pesukannya masih tidak dapat mengubati kekecewaannya. Kenapa kakak gunakan nama tu? tanya Zuriani pula. Zu rasa, nama asal kakak kan dah sedap. Saja, jawab Anjali. Eh, mesti ada sebab, Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang, celah Aina Peribahasa Peribahasa: Maksud: .

Peribahasa: Maksud:

Anas tersenyum dengan kecerdasan adiknya. Memang Peribahasa: benar kata Aina, mereka tidak dibenarkan mendaftar secara talian langsung kerana tidak mempunyai kemudahan kad kredit. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Untuk mendaftar juga, mahu atau tidak terpaksa juga mereka Maksud: memesan borang itu melalui kaedah tradisional, iaitu melalui pos.

Walaupun tidak dapat menggunakan kemudahane-tunai Peribahasa: yang disediakan, kamudahan giro atau wang pos boleh juga digunakan untuk membayar harga borang itu dan yuran pendaftaran. Kata peribahasa, kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga. Maksud:

Lampiran 5/M Bina ayat daripada peribahasa di bawah ini. 1. nasi sudah menjadi bubur Ayat: ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang Ayat: _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 3. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Ayat: _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 4. kalau tidak ada rotan, akar pun berguna Ayat: _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

You might also like