You are on page 1of 14

ANALISIS ITEM

TUJUAN ANALISIS ITEM


Kaji ciri item sesuai atau tidak untuk dijadikan alat mengukur penguasaan murid. Tentukan kualiti item yang melibatkan kesahan dan kebolehpercayaan item. Kenal pasti item yang sukar atau senang dan item yang boleh membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi dan rendah. Menambahkan koleksi item yang baik untuk disimpan dalam bank item bagi tujuan digunakan semula.

Apakah itu indeks kesukaran item objektif?


Item yang berbentuk dikotomus, aras kesukaran item ditakrifkan sebagai peratus atau kadar bilangan murid yang memberi respons dengan betul, kadaran tersebut dipanggil indeks kesukaran item.

indeks kesukaran item subjektif


Indeks kesukarnan ditentukan dengan mencari peratus skor min(skor purata) atau kadar skor min. Indeks kesukaran item(K0) = Skor purata

Skor maksium Item yang mempunyai indeks aras kesukaran 0.7 keatas merupakan aras kesukaran rendah manakala indeks kesukaran 0.3 ke bawah dikelaskan aras kesukaran yang tinggi.

Menentukan indeks kesukaran item objektif.


Pengiraan indeks kesukaran item objektif:
Nama murid
1. Ali 2. Abu 3. Shahir 4. Kinah Jumlah betul Indeks kesukaran 1 1 1 4 0.4

Item 1
1

Item 2
1 0 1 1 3 0.3

Item 3
0 0 1 1 2 0.2

Menentukan indek kesukaran item subjektif.


Pengiraan indeks kesukaran item subjektif:
Nama murid skor murid Item 1 (markah penuh 5 ) Item 2 (markah penuh 5) Item 3 (markah penuh 8)

Elbert
Venu Joseph Baba Jumlah Skor min Indeks kesukaran

5
5 6 9 25 2510 = 2.5 2.55 = 0.5

8
6 0 5 19 19 10 = 1.9 1.9 5 = 0.38

0
8 1 8 17 1710 = 1.7 1.7 8 = 0.21

Indeks diskriminasi item.


Dapat membezakan murid berpencapaian rendah daripada murid berpencapaian tinggi.

Jenis item

Nisbah murid yang menjawab dengan betul item tersebut.

Diskriminasi positif

Murid berpencapaian tinggi > murid berpencapaian rendah.

Diskriminasi negatif

Murid berpencapaian tinggi < murid berpencapaian rendah.

Tiada diskriminasi

Murid berpencapaian tinggi = murid berpencapaian rendah.

Langkah-langkah menentukan indek diskriminasi.


Susun kertas ujian mengikut markah tertinggi kepada markah terendah. Bahagikan kertas ujian tersebut kepada 2 kumpulan. Kaedah ini sesuai untuk analisis bagi satu kelas. Sekiranya terdapat banyak kertas ujian yang perlu dianalisis, memadai dipilih 25 % atau 33 % kumpulan markah tertinggi dan terendah untuk dianalisis.

Kirakan nilai indeks kesukaran ( K ) bagi setiap kumpulan markah tertinggi ( Kt ) dan terendah ( K r). Cari perbezaan nilai K bagi kedua-dua kumpulan tersebut untuk mendapat nilai indeks diskriminasi : D=KtKr
D = indeks diskriminasi item K t = indeks kesukaran item bagi kumpulan berpencapaian tinggi. K r = indeks kesukaran item bagi kumpulan berpencapaian rendah.

Penilaian item berdasarkan indeks diskriminasi ( D ) :


Indeks diskriminasi ( D ) Penilaian item 0.40 dan ke atas Sangat baik

0.30 0.39

Baik dan boleh diperbaiki

0.20 0.29

Marginal perlu dibaiki

0.19 ke bawah

Lemah, tidak boleh diterima atau perlu semakan semula.

Analisis penggangu bagi item aneka pilihan.


Item 7 Pilihan jawapan 15 Murid pencapaian tinggi A 2 15 Murid pencapaian rendah 5 *B 5 10 C 0 0 D 8 0

Jawapan betul K = 15/30 = 0.5 D=KtKr = 5/15 10/15 = 0.33 0.66 = - 0.33

Analisis item 7
Pilihan A boleh diterima Pilihan B(jawapan betul) dipilih oleh kebanyakkan murid lemah Pilihan C tidak menjadi penganggu Pilihan D perlu disemak kerana hanya dipilih oleh murid pandai

Kesimpulannya item 7 adalah item yang tidak baik kerana mempunyai nilai D yang negatif(diskriminasi negatif) dan item ini perlu dikeluarkan atau disemak semula.

Penilaian kendiri.
1. Bagaimanakah menentukan aras kesukaran: a ) item objektif? b) item subjektif? 2. Bagaimanakah menentukan indeks diskriminasi ?

You might also like