You are on page 1of 1

MENGGUNAKAN KAEDAH THINKING BLOCK DALAM SOALAN BERBENTUK PENYELESAIAN MASALAH YANG MELIBATKAN OPERASI PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN

Mohd Nizamudin bin Mohd Pauzi neezampauzi@yahoo.com Koay Chen Yong, Ph.D koaycy99@yahoo.com Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah yang melibatkan operasi penambahan dan penolakan. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 17 orang murid iaitu 7 lelaki dan 10 orang perempuan Tahun Tiga sebuah sekolah di Pulau Pinang yang memperoleh markah sederhana dan lemah bagi mata pelajaran Matematik yang dikenalpasti melalui ujian diagnostik telah yang dilakukan. Fokus utama adalah meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah yang melibatkan operasi penambahan dan penolakan dengan menggunakan kaedah Thinking Block. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian Pra bertujuan mengenalpasti tahap penguasaan dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah manakala Ujian Pra bertujuan mengenalpasti tahap kemajuan responden dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah setelah diperkenalkan dengan kaedah Thinking Block. Instrumen kajian lain yang digunakan ialah borang soal selidik. Hasil kajian mendapati latih tubi mengunakan kaedah Thinking Block dapat membantu responden dalam menguasai kemahiran menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah. Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Thinking Block telah meningkatkan pencapaian responden dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah melibatkan operasi penambahan dan penolakan.

You might also like