You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

VIDEO BENTUK
MATEMATIK
TAHUN 3

Nama Mohd Nizamudin bin Mohd Pauzi


Sekolah SK Seri Hartamas
Link Youtube https://youtu.be/bjAdRzG1RT0
Bidang Sukatan dan Geometri
Tajuk Bentuk
Standard 14.1 Mengenal pelbagai jenis prisma.
Kandungan 14.2 Membandingkan prisma dan bukan prisma.
(i) Mengenal jenis prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan
prisma (14.1)
segitiga.
Standard (ii) Melabelkan dan mencirikan bahagian-bahagian prisma: permukaan,
Pembelajaran tapak, bucu dan sisi. (14.1)
(iii) Membandingkan prisma dengan bukan prisma berdasarkan ciri-
cirinya.
(14.2)
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1. Mengenal jenis prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan
prisma
Objektif segitiga.
Pembelajaran
2. Melabelkan dan mencirikan bahagian-bahagian prisma: permukaan,
tapak, bucu dan sisi.
3. Membandingkan prisma dengan bukan prisma berdasarkan ciri-cirinya.
Kenal Prisma (Buku teks – Muka surat 79-82)
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan
kaitannya dengan tajuk pelajaraan.
2. Murid mengenal jenis prisma segiempat sama, prisma segiempat
tepat dan prisma segitiga.
3. Murid melabelkan dan mencirikan bahagian-bahagian prisma:
Aktiviti permukaan, tapak, bucu dan sisi.
4. Murid membandingkan prisma dengan bukan prisma berdasarkan
cirri-cirinya.
5. Murid melengkapkan latihan yang diberi oleh guru dalam video.
Selepas itu boleh buat pada (Buku aktiviti – Muka surat 137)
6. Murid mendengar guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran.

Nilai Murni: Mendengar arahan guru, keyakinan


EMK
EMK: Teknologi ICT, Usahawan
BBB Video pdp, buku aktiviti
Penilaian P&P Soalan (Lisan dan bertulis)
Pada akhir pengajaran;
______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid
Refleksi
yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan
datang.

Kepentingan video ini:

Murid-murid:

1. Semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bahan video seperti ini perlu
untuk membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas kerana video ini mempunyai
elemen ICT yang menarik seperti grafik dan suara guru mereka.
2. Elemen Kartun digunakan untuk menarik murid tahun 3 khususnya, dan sekolah rendah
amnya.

Ibu Bapa:

1. Sebagai panduan kepada ibubapa dalam membantu guru memberi kefahaman terhadap
murid.

Sekolah:

1. Sebagai modul tambahan yang boleh dikumpul untuk sesi pdp masa hadapan.
2. Sebagai rekod sekolah aktiviti guru untuk pdp semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

Jabatan/KPM:

1. Sebagai kompilasi modul untuk disebar kepada pihak sekolah.


2. Bertujuan juga untuk disebar kepada pihak masyarakat.
3. Sebagai bukti komitmen jabatan/KPM dalam meningkatkan proses penyampaian ilmu
semasa musim PKP ini.

Modul Penggunaan

1. Layari pautan youtube yang diberikan. Pastikan suara jelas didengar bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman.
2. Beri perhatian dan jawab dengan cepat dan teliti setiap soalan yang ditanya.
3. Latihan pengukuhan boleh dibuat dengan menggunakan Buku Aktiviti muka surat 137
-138.

You might also like