You are on page 1of 9

Amali 2 TAKSONOMI DAN PENGEKALAN ALIRAN BIOKEPELBAGAIAN GAMBARAJAH : KUMPULAN A KUMPULAN B

KUMPULAN C

KUMPULAN D

KUMPULAN E

Keputusan

Kump. Spesis A

Ciri-ciri Umum 1, 16, 17,24,27

Moonmorf

Memiliki abdomen yang besar. Mempunyai kepala, mata, tangan dan ekor.

2,3,4,5,12,18,22,23 B Memiliki abdomen badan yang bercorak. Mempunyai kepala, mata, tangan, kuku, abdomen, jari dan kaki. 6,9,10,11,21 C Memiliki tangan yang bercorak. Mempunyai kepala, mata, abdomen, tangan dan ekor.

19,20,26,29 D Memiliki abdomen yang panjang. Mempunyai kepala, sesungut dan tangan.

7,8,13,14,15,25,28 E Mempunyai kepala yang berbentuk. Mempunyai kepala, abdomen, tangan dan ekor.

ANALISIS DATA : MOONMORF

Mata bercantum

Mata tidak bercantum

Kaki berkuku

Kaki tidak berkuku

Bentuk ekor

1,15

17,24,27 3,12

Tajam

Tumpul 2,4 22

Itik

Katak 5,18,22

Y 6,11,21

V 9,10

D Sesungut dan ekor

E Bentuk kepala

Bercantum dan berekor panjang

Terpisah dan berekor pendek Pendek

Panjang

Pendek

Panjang

20

19,26,29

25

8,13,14

15

28

10

Perbincangan

Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak diperolehi. Ciri-ciri yang ditekankan sewaktu membuat pengelasan ialah ciri-ciri luaran fizikal. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corak pada bahagian abdomen, tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Ciri-ciri ini adalah yang lebih menonjol dan mempunyai persamaan antara semua haiwan tersebut. Kumpulan kami sebulat suara mengatakan bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Ciri-ciri ini dipilih kerana ianya boleh dilihat dan dikenal pasti dengan mudah. Ini juga merupakan ciri-ciri utama bagi setiap MoonMorphs. Selain daripada itu, kelimalima ciri tersebut merupakan ciri dominan bagi setiap moonmorphs. Semua Individu di dalam sesuatu spesies itu mempunyai ciri-ciri fizikal sepunya yang hampir sama. Spesis A, haiwan tersebut memiliki bahagian abdomen yang besar. Spesis B memiliki abdomen badan yang bercorak. Spesis C pula mempunyai tangan yang bercorak. Spesis D memiliki abdomen yang panjang dan spesis E mempunyai bentuk kepala yang berbentuk. Dalam setiap spesis kumpulan kami telah mengenal pasti 2 hingga 3 variasi. Sebagai contoh spesies yang memiliki abdomen badan yang bercorak mempunyai perbezaan corak di abdomen dan mempunyai kaki yang berkuku. Perbezaan ini membolehkan pengelasan dibuat melalui subspesis seperti yang dilakukan ahli taksonomis. Jika tahap variasi individu yang tinggi diterima, Moonmorphs akan dapat dikumpulkan secara khusus. Moonmorphs juga akan dapat dibahagikan kepada pelbagai jenis spesies. Manakala, jika tahap variasi individu yang sangat rendah diterima, Moonmorphs pula hanya 11

akan dapat dikelaskan mengikut ciri-ciri asas dan biasa. Jadi Moonmorphs akan hanya dikumpulkan ke dalam beberapa spesis yang berbeza. Ini akan mengurangkan variasi di kalangan spesis berbanding jika tahap perubahan individu yang tinggi diterima. Ahli taksonomi merupakan sekumpulan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Mereka boleh membahagikan sesuatu spesies kepada dua atau lebih subspesis dengan pelbagai cara. Inilah yang menyebabkan bidang taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti serta untuk membezakan antara setiap spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomis dapat memecahkan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan konsep spesies biological. Konsep ini merujuk kepada sekumpulan populasi yang berpotensi untuk membiak secara semulajadi. Selain itu kaedah lain yang digunakan adalah konsep morfologikal spesies. Konsep ini membolehkan individu dikategorikan dengan melihat persamaan dari segi ciri-ciri fizikal yang ketara seperti bentuk abdomen sama pipih atau besar serta sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut. Terdapat juga beberapa kaedah lain yang turut digunakan seperti kaedah tipologi spesis, pengenalpastian spesis, evolusi spesis, ekologi, genetik dan mikrospesiss. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya variasi di dalam individu dari sesuatu spesis. Variasi pada sesuatu individu itu sebenarnya membolehkan saintis membezakan individu dalam spesis yang sama. Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jika terdapat keperluan dan peluang yang wujud, variasi membolehkan sesetengah individu mengeksplotasi sumber yang ada di habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental. Variasi berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran.

12

Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal. Konsep Morphospecies merujuk kepada penggunaan perbezaan dalam ciri-ciri morfologi untuk membezakan spesies. Perbezaan melalui morfologi ini boleh dirujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesis Moonmorphs dikenali sebagai Morphospecies disebabkan spesis tersebut dikumpulkan berdasarkan ciri-ciri persamaan sepunya yang boleh diperhatikan di antara moonmorphs. Morphospecies adalah satu kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu bagi mengelaskan sesuatu spesies. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini. Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana maklumat yang diperolehi amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam. Spesis ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri sepunya yang boleh dilihat seperti sifat fizikal. Secara kesimpulannya, setiap spesis boleh dikelaskan dengan berbagai kaedah. Pengelasan boleh dilakukan merujuk kepada maklumat yang diperolehi sama lengkap atau tidak. Jika lengkap seperti DNA atau jantina spesies yang dikelaskan boleh dikategorikan

sebagai spesies biologikal. Jika tidak, spesis itu boleh dikelaskan berdasarkan cara yang mudah iaitu melalui ciri fizikal sepunya yang dimilikinya.

13

You might also like