You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 5 / 2013

HBHE2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

<820713025392001> <820713-02-5392> <012-5859056> <nor.aziah1982@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PP SUNGAI PETANI>

<HBAE 1403>

ISI KANDUNGAN BIL 1. 2. PENGENALAN RUMUSAN PENGAJARAN MATEMATIK 2.1 Artikel 1 2.1 Artikel 2 3. PERANCANGAN AKTIVITI PEMULIHAN 3.1 Ujian Saringan 3.2 Ujian Diagnostik 3.3 Perancangan Aktiviti Pemulihan Matematik 3.4 Menilai Pencapaian 3.5 Membuat Keputusan 4. 5. 6. REFLEKSI SERTA CADANGAN PENUTUP RUJUKAN 7 8-9 10-14 15 16 16-17 18-19 20 4-5 6 ARTIKEL BERKAITAN STRATEGI PEMULIHAN TAJUK MUKA SURAT 2-3

PENDIDIKAN

<HBAE 1403>

1.0

PENGENALAN

Amalan kebersihan merupakan satu aspek yang perlu disemai dan dipupuk bermula dari rumah dan diperkukuh serta diperkembangkan di sekolah agar menjadi amalan sepanjang hayat. Projek ini bertujuan untuk memastikan amalan kebersihan,cara hidup sihat dan kesedaran terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk sejak diperingkat awal persekolahan lagi. Projek Gotong Royong Ria ini akan dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat. Pemantauan dan penilaian akan diadakan untuk Anugerah PBSS. Projek ini juga mendapat kerjasama komuniti tempatan seperti pihak PIBG dan Wakil Pejabat Kesihatan Daerah. Diharapkan juga projek ini dapat memenuhi matlamat PBSS untuk dapat melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang sihat, selamat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Projek Gotong Royong Ria ini diadakan selama satu hari iaitu pada hari Sabtu pada 6hb. Julai 2013 bemula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Projek ini dirasmikan oleh YDP PIBG SK. Manggol Bongor iaitu En. Halim Bin Bakar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti mencuci longkang, menanam pokok, menyapu sampah, mengecat dan memasang papan tanda.

<HBAE 1403>

2.0

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN SEBELUM AKTIVITI GOTONG ROYONG RIA DIJALANKAN.

Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor ialah sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan kampung di tengah-tengah kawasan sawah padi. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1969. Kebanyakkan bangunannya agak lama dan jika kawasan persekitaran tidak dibersihkan dengan baik ini akan lebih mencacatkan pemandangan.

Gambar 1: Mencacatkan permandangan Pemantauan dan penilaian PBSS telah dijalankan dan keputusannya kurang memuaskan. Pemantauan dan penilaian dijalankan berdasarkan: 1. Pengurusan PBSS 2. Perlaksanaan PBSS yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan 3. Persekitaran Fizikal Sekolah 4. Persekitaran Sosial (Iklim dan Budaya Sekolah) 5. Penglibatan Komuniti Dalam PBSS 6. Kemahiran Kesihatan Diri 7. Kemudahan Kesihatan Di Sekolah 4

<HBAE 1403>

2.1

Keputusan laporan adalah seperti berikut:

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengurusan PBSS

Butiran

Jumlah Markah 20 /26 16/24 7/14 5/10 3/10 0/10 4/6 55/100

Perlaksanaan PBSS yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan Persekitaran Fizikal Sekolah Persekitaran Sosial (Iklim dan Budaya Sekolah) Penglibatan Komuniti Dalam PBSS Kemahiran Kesihatan Diri Kemudahan Kesihatan Di Sekolah Jumlah keseluruhan markah

Markah penuh yang diperolehi adalah 55% maka dengan ini SK. Manggol Bongor layak mendapat Anugerah Gangsa. (Rujuk laporan yang terperinci pada borang penilaian PBSS yang dilampirkan.) 2.2 Kelemahan

Dengan berpandukan borang penilaian Program Bersepadu Sekolah Sihat, pelaksanaan PBSS yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan tidak dilaksanakan dengan sempurna kerana tiada sebarang aktiviti yang dirancang dan dijalankan ke arah Program 3K iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan Alam Sekitar sekolah. Program 3K ini merupakan pendedahan awal tentang kebersihan yang bermula dari rumah, pengukuhan

<HBAE 1403>

dan pengembangan di sekolah dengan harapan akan menjadi amalan hidup sepanjang hayat setiap insan. Selain itu, papan tanda larangan yang dipamerkan dalam kawasan sekolah tidak digunakan lagi. Papan tanda seperti kawasan larangan merokok tidak dipamerkan dan tiada sebarang aktiviti pencegahan merokok dirancang dan dilaksanakan. Papan tanda yang masih elok hanya mempamerkan nama-nama pokok sahaja. Papan tanda yang sepatutnya tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya seperti gambar di bawah.

Gambar 2 : Papan tanda tidak mengikut spesifikasi Seterusnya, kebersihan kantin juga tidak memuaskan seperti lantai yang kotor dan berminyak, meja makan murid yang tidak terurus serta kemudahan membasuh tangan tidak disediakan kerana tempat membasuh tangan telah diubahsuai menjadi pentas. Oleh itu, murid-murid terpaksa menggunakan tempat wuduk untuk membasuh tangan. Ini membahayakan murid-murid kerana tempat tersebut licin.

<HBAE 1403>

Gambar 3 : Tempat membasuh tangan Tempat yang digunakan untuk memasak dan membasuh juga terlalu kotor. Ini boleh menyebabkan pencemaran makanan. Kualiti hidangan yang hendak disediakan juga boleh diragui. Kebersihan tandas juga perlu diambil perhatian. Keadaan tandas yang kotor dan tidak terurus boleh mencemarkan dan mencacatkan pemandangan serta boleh mengundang bau yang tidak menyenangkan. Penjagaan kebersihan diri seperti sabun dan kain pengelap tangan tidak disediakan. Tong sampah yang disediakan berada jauh daripada tandas. Jadual penyelenggaraan yang sepatutnya dipamerkan tidak disediakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kebersihan bilik-bilik khas juga perlu diutamakan kerana bilik-bilik tersebut perlu digunakan oleh murid-murid untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, hasil daripada pemantauan yang dibuat didapati Pusat Sumber Sekolah berada dalam keadaan yang amat kotor dan tidak terurus. Buku-buku dan majalah tidak disusun dengan teratur di temapat yang sepatutnya. Susun atur perabut juga tidak berada dalam keadaan yang tersusun dan kemas.

Gambar 4 : Pusat Sumber 7

<HBAE 1403>

2.3

Kekuatan

Walaupun terdapat banyak kelemahan, namun begitu terdapat juga beberapa kekuatan daripada pemantauan yang dibuat. Antaranya adalah dari aspek pengurusan PBSS. Pihak sekolah telah mewujudkan jawatankuasa PBSS yang mempunyai keahlian yang mencukupi. Dengan itu, sebarang aktiviti yang hendak dijalankan dapat dirancang dan dilaksanakan mengikut seperti yang dirancangkan. Manakala, dari aspek perkhidmatan kesihatan dan pergigian sekolah pula ianya telah dilaksanakan dengan sistematik dan teratur. Dimana, pihak sekolah dapat menyediakan Buku Rekod Kesihatan Murid dengan lengkap apabila diminta oleh wakil daripada pihak Klinik Kesihatan yang datang ke sekolah. 2.4 Cadangan Penambahbaikan

Pihak sekolah perlu merancang dan melaksanakan program-program pencegahan seperti pencegahan merokok di sekolah dengan mempamerkan papan tanda kawasan larangan merokok. Program seperti ini adalah bertujuan untuk melindungi warga sekolah dari terdedah kepada bahaya asap rokok. Selain itu, pihak pentadbir perlu membuat pemantauan dan teguran kepada pengusaha kantin supaya menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan teratur untuk kegunaan pekerja. Antara kemudahan tersebut ialah ruang kerja untuk pekerja, meja kerja untuk menyediakan makanan, kemudahan untuk memasak, tempat membasuh bahan makanan dan pinggan mangkuk serta alat-alat perkakas yang berasingan. Berkaitan dengan Polisi Kesihatan Sekolah, pihak yang terlibat perlulah memberi penerangan yang jelas tentang pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan 8

<HBAE 1403>

sumber bagi mempromosikan kesihatan. Dengan itu, warga sekolah akan lebih memahami dan melaksanakan setiap polisi kesihatan yang ditetapkan. Bagi membuat penambahbaikan tandas supaya tandas sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan tidak berbau, tukang cuci hendaklah sentiasa melakukan kerja-kerja keceriaan tandas mengikut spesifikasi yang ditentukan selaras dengan taraf dua bintang. Guru juga perlu membuat pemantauan dan pemeriksaan tahap kebersihan dilakukan setiap hari. Penambahbaikan kemudahan tandas sekiranya berlaku kerosakan. 3.0 CADANGAN PELAKSANAAN GOTONG ROYONG RIA

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu dan berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi pelaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh pihak sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa PBSS (Program Bersepadu Sekolah Sihat) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong Royong Ria dengan kerjasama pihak PIBG dan nasihat daripada wakil Pejabat Kesihatan Daerah bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Disamping itu, aktiviti seperti ini membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan 9

<HBAE 1403>

kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Jitra yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan fogging atau menyembur asap disekitar kawasan sekolah. Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu hendaklah sentiasa berada dalam situasi yang bersiah dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktivitiaktiviti di sekolah. Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri. Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yang lain. 3.1 Tujuan

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi. Bagi guru pula, sekolah yang ceria ini akan memberikan semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anakanak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.

10

<HBAE 1403>

3.2

Matlamat Program Gotong-royong Ria

Memberi peluang kepada ibubapa dan komuniti untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibu bapa dapat berkerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta PIBG untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibu bapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang. 3.3 Tentatif Perjalanan Aktiviti MASA 7.30 pagi 8.00 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 12.00 pagi AKTIVITI Semua guru, murid-murid, ibubapa, serta tetamu jempautan berkumpul di tapak perhimpunan. Guru Besar menyampaikan ucapan serta Perasmian Taklimat gotong-royong Pengagihan tugas mengikut kumpulan Aktiviti gotong-royong dimulakan Rehat minuman ringan Aktiviti diteruskan Majlis Penutup Penyampaian cenderamata 1.00 petang Jamuan tengahari Bersurai

3.4

Cadangan Aktiviti dan Skop Tugas

11

<HBAE 1403>

3.4.1

Pembersihan Longkang Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu, ianya merupakan satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada murid-murid.

3.4.2

Mengecat dan Memasang Papan Tanda Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga di sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah ditempah akan dipasang di kawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.

3.4.3

Kolam Kedudukan kolam ikan yang terletak di bahagian belakang Bilik Pemulihan Khas telah menjadikan kolam itu terbiar dan tidak dijaga dengan baik. Keadaan tersebut boleh membahayakan murid-murid. Melalui kerja gotong-royong di kawasan ini, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid akan membersihkan kolam dan kawasan persekitarannya. Sekaligus, pagar yang rosak dapat dibaiki supaya tidak membahayakan murid-murid.

3.4.4 3.4.5

Koridor bangunan Bagi membersihkan kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah disekitar koridor bangunan. Bilik Darjah Setiap bilik darjah akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan murid lain dari beberapa kelas untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

3.4.6

Kawasan Surau 12

<HBAE 1403>

Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti pokok bunga dan bahagian dalam surau itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung serta kawasan di sekitar tempat wuduk.

3.4.7

Kawasan Rehat / Wakaf perlu diceriakan dengan : Meletakkan pavement dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf. Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan serta

memperbanyakkan tanaman hiasan. 3.5 Senarai Tugas dan Pembahagian Tugas

BIL SENARAI TUGAS 1. Pembersihan Longkang darjah Mengecat

KETUA DAN KUMPULAN YANG TELIBAT Semua murid dengan pemantauan beberapa orang

-Di sekitar kantin dan bilik guru. 2. dan Wakil PIBG Memasang Wakil PIBG En. Ahmad Zaki Bin Daud En. Aliad Bin Zainon 3. Kolam Murid Tahun 6 Gemilang En. Luqman Hakim Bin Mohd Said En. Shafie Bin Hanafi Murid Tahun 6 Cemerlang 4. Koridor Bangunan Wakil PIBG En. Lokman Hakim Bin Mohd Zaroni En. Mohammad Salehuddin Bin Ishak Wakil PIBG 5. 6. Bilik Darjah Kawasan Surau Murid Tahun 5 Gemilang Guru Kelas Tahun 1 hingga 6 Murid kelas terlibat Ustaz Mohd Yazid Bin Ibrahim Ustazah Naimah Binti Ahmad 13

Papan Tanda

<HBAE 1403>

7.

Kawan Rehat/Wakaf

Murid Tahun 5 Cemerlang Wakil PIBG En. Habli Bin Osman Pekerja-pekerja sekolah / tukang kebun

3.6

Jawatankuasa PBSS Peringkat Sekolah. Pengerusi En. Fadzil b. Othman (Guru Besar SK. Manggol Bongor) Naib Pengerusi En. Shabudin B. Ali (GPK HEM) Penyelaras PBSS Pn. Nor Aziah Bt Mohd Razali Setiausaha PBSS Cik Rusnani Bt Othman

Ahli-ahli

Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Wakil PIBG Guru Penyelaras 3K Pengusaha Kantin

Guru Penyelaras Program Kesihatan Sekolah Guru Penyelaras RMT/PSS Guru Penyelaras Kantin

3.7

Penutup

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Ria ini akan dapat menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu, ianya juga adalah selaras dengan hasrat 14

<HBAE 1403>

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya serta ibubapa dan masyarakat setempat. Dalam menjalankan aktiviti Gotong Royong Ria ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan antara masyarakat serta komuniti dengan pihak sekolah. Ini akan menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain. Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan harian. 4.0 KESIMPULAN

Bagi memastikan Program Bersepadu Sekolah Sihat dilaksanakan dengan jayanya, semua warga sekolah iaitu murid, guru, ibubapa dan masyarakat perlu maminkan peranan masing-masing. Murid hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PBSS yang dirancang serta mereka perlu menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti-aktiviti kesihatan dalam PBSS yang dijalankan di sekolah. Guru pula perlu memahami teras-teras utama PBSS serta menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. Selain itu, guru juga perlu menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.

RUJUKAN BUKU RUJUKAN :

15

<HBAE 1403>

Kementerian Kesihatan Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia.(1999). Modul Latihan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Kuala Lumpur : Gempita Maju Sdn. Bhd. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Panduan

Pengurusan 3K. Permai Padu Jaya Sdn. Bhd. Teng Boon Tong.(1995). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Norazhan Che Lan.(2012). HBHE2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat . Seri Kembangan : Open University Malaysia

BAHAN INTERNET : Diperolehi pada 13 Jun 2013 daripada http://muhammadshaff.blogspot.com/2012/02/program-bersepadu-sekolahsihatpbss.html Diperolehi pada 18 Jun 2013 daripada http://personajohor.blogspot.com/2009/10/polisipbss-program-bersepadu-sekolah.html

16

You might also like