You are on page 1of 21

SEMANTIK

Istilah

semantik berasal dari perkataan Yunani semantickos yang bermaksud penting; bererti.

Definisi
Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994). Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228)

Definisi
Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

DEFINISI SEMANTIK
Makna Umum

Makna Khusus Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.

KONSEP SEMANTIK
Setiap perkataan perlu diperhatikan 3 perkara berikut: Makna leksikal makna kamus. Bagaimana perkataan itu bermula. Sebab berlaku perubahan pada makna.

KONSEP SEMANTIK
Semantik dapat diteliti dalam beberapa sudut, iaitu: Makna dan rujukan perkataan Ayat Jenis-jenis makna Perubahan makna Peribahasa, dan Nahu.

Makna dan Rujukan

Menurut Ferdinand de Saussure: Perkataan dizahirkan melalui alat pengucapan manusia. Bunyi bahasa yang diucapkan merupakan penjelmaan makna yang ada dalam fikiran penutur. Chomsky berpendapat: Erti sesuatu ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks (persekitaran) apabila ayat digunakan.

Menurut Rupert Firth: Bahasa mempunyai 5 tingkat, iaitu tingkat fonetik, tingkat leksikon, tingkat morfologi, tingkat sintaksis dan tingkat semantik. Unsur fonetik ialah fonem. Unsur leksikon ialah kata. Unsur morfologi ialah morfem. Unsur sintaksis ialah kategori sintaksis. Unsur semantik ialah kategori semantik.

Menurut Bloomfield: Makna hanya dapat difahami.Pemahaman hanya ada dalam akal fkiran dan manusia. Kata dasar mempunyai satu atau lebih makna. Makna kata dasar berubah jika terdapat imbuhan, gandaan atau majmuk. Makna perkataan akan menjadi makna ayat. Makna ayat akan menjadi makna perenggan. Makna perenggan menjadi makna wacana.

Perkataan

Ahli-ahli bahasa berpendapat lahirnya sesuatu perkataan atau nama berdasarkan:


Peniruan bunyi Tanggapan khusus Sifat Nama pencipta Tempat asal Bahan Kiasan Bahasa daerah

Berdasarkan Peniruan Bunyi


Teori peniruan bunyi atau onomatopeia dianggap sebagai asas yang primitif dalam menyebut perkataan. Walaupun primitif, tetapi masih digunakan hingga sekarang. Contoh: Nama bom dari bunyi bum. Angklung dari bunyi klung buluh. Contoh lain: Burung gagak, pipit, cengkerit dsbnya.

Berdasarkan Tanggapan Khusus


Nama atau perkataan yang lahir berdasarkan sesuatu yang khusus. Contohnya: Bila disebut minum kopi bermakna di dalamnya dicampur kopi, susu dan air panas. Manakala bekasnya terdiri daripada cawan, piring dan sudu. Tanggapan khusus ini difahami oleh kebanyakan orang.

Berdasarkan Sifat
Nama atau perkataan yang dicipta berdasarkan sifatnya. Misalnya Along panggilan bagi anak pertama kerana sifatnya sebagai anak sulung. Contoh lain: Angah dll. Segenting Kera kerana sifat kawasan itu yang genting atau hampir putus. Panggilan Bob biasanya untuk orang yang berbadan besar atau gemuk.

Berdasarkan Nama Pencipta


Nama yang diberikan berasaskan nama penciptanya. Misalnya tayar Dunlop, kereta Ford, kereta dan motoskal Honda, basikal Raleigh dsbnya. Contoh lain Tembok Gavion, radio Philips dsbnya.

Berdasarkan Tempat Asal


Nama atau perkataan berdasarkan tempat mula-mula ia dicipta atau tempat asalnya. Nama atau perkataan berkenaan juga digunakan sempena tempat asal orang yang mula-mula memperknalkannya. Contohnya: Mi bandung, nasi padang, laksa penang, mangga siam, ikan sardin, keropok losong, batik jawa dsbnya.

Berdasarkan Bahan
Nama atau perkataan yang diberi nama berdasarkan bahan. Contoh: minyak kelapa sawit, tepung beras, tepung gandum, selipar getah, kerusi rotan. Contoh lain: Tiang konkrit, rumah kayu, kain sutera, cincin emas dsbnya.

Berdasarkan Kiasan
Nama atau perkataan yang dicipta berdasarkan perkataan yang sedia ada dan dikias dengan perkataan lain sehingga menjadi perkataan baharu. Contoh: Mata hati, mata kail, mata angin, mata pisau, mata pencarian, mata-mata dsbnya. Kaki pukul, kaki botol, kaki betina dll.

Berdasarkan Bahasa Daerah


Terdapat juga nama atau perkataan yang dicipta berdasarkan bahasa daerah. Nama atau perkataan ini akhirnya menjadi perkataan yang universal dan diterima pakai oleh semua orang. Contohnya: laba (untung), semberono (sebarangan), nyonya, nyiur dan sebagainya.

Makna Leksikal (Perkataan)

Makna Ayat
Ayat merupakan satu perkataan atau serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud. Makna ayat mungkin mempunyai satu, dua atau tiga iaitu makna tersurat, makna tersirat dan makna terselindung.

You might also like