You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN BANDAR DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH

DISEDIAKAN OLEH : RAJA NURSYAIRAH BINTI RAJA AZHAL SHUHADA ISNAINI BINTI MOHD SHAFIEE HARISSON NJAU PISMP PENDIDIKAN KHAS 1

SEJARAH
Teori nahu tradisional telah dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Secara keseluruhannya, ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa struktur-struktur bahasa ialah hasil daripada sebab dan akibat dan bahasa di dunia ini ialah variasi-variasi daripada satu sistem yang berasaskan logik dan rasional yang sama.

TUJUAN
Membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dengan betul. Melatih pelajar menulis dengan cepat. Membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing kepada natif dan sebaliknya. Menikmati nilai kesusasteraan. Menterjemah makna dalam sesuatu bahasa.

CIRI-CIRI TEORI NAHU TRADISIONAL


Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan. Selain itu, huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Panini turut berpendapat bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat seperti logik, falsafah dan sebagainya.

Kajian bahasa juga dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturanperaturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh. Teori ini juga berpendapat semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani dan ciri nahunya mementingkan bahasa tulisan serta kajian berdasarkan hukum.

KELEBIHAN
Murid dapat mengingati peraturan-peraturan dan perbendaharaan kata. Sesuai bagi kelas yang mempunyai ramai pelajar. Berkesan kepada murid-murid yang cerdas dan berminat menaakul konsep abstrak. Guru hanya perlu menggunakan kapur dan papan hitam bagi menghuraikan nahu dan perbendaharaan kata. Kebanyakan bahan pengajarannya terdiri daripada buku teks. Dapat diajar dalam jumlah pelajar yang ramai.

KELEMAHAN
Konsep pengajaran bersifat hafalan dan peraturan-peraturan tatabahasa dan penjenisan kata. Berpusatkan buku teks. Nahu tradisional tidak mempunyai kerangka teoritikal yang dijadikan dasar analisis untuk memberikan petunjuk kepada hasil kajian yang mantap, selain bersifat universal (White, 2003)

KAEDAH MENGAJAR
Pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu. Kemudian, guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya disuruh membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang dipelajari.

RUJUKAN
Tuan Jah Tuan Yusof. (2001). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.lagha: Multimedia Sdn Bhd.Puchong.

Adenan Ayob, Khairuddin Mohamad (2012). Siri Pendidikan Guru Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Adenan Ayob, Mohd. Rashid Md. Idris & Mohd Raain Shaari. (2010). Aspek Kemahiran Berbahasa. Tanjung Malim: Penerbit Emiritus

Teori Huraian Bahasa. (n.d). Retrieved Julai 01, 2013 from http://catatannota.blogspot.com/2011/08/teori-huraianbahasa_14.html Bahasa Melayu OUM. (n.d). Retrieved Julai 01, 2013 from http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2011/02/teorihuraian-bahasa.html Teori Huraian Bahasa. (n.d). Retreived Julai 01, 2013 from http://amirafarhanah.blogspot.com/2012/11/tajuk-3-teorihuraian-bahasa.html

You might also like