You are on page 1of 21

Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan cadangan

Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan cadangan


Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan Soalan kajian Sumber literatur Subjek kajian Merancang pelan tindakan Melaksana pelan tindakan Mengumpul data Refleksi : analisis dan huraian data Jadual kerja Perbelanjaan Sumber rujukan

Prosedur Pelaksanaan Kajian Tindakan


Perbincangan di atas memperkenalkan pendekatan Model-model Kajian Tindakan dan is menerangkan prosedur yang tertentu diperlukan apabila Kajian Tindakan dilaksanakan. Prosedur itu mengutamakan langkahlangkah yang sistematik agar penyelidikan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Perbincangan di bahagian ini akan menerangkan lebih lanjut lagi mengenai langkah-langkah yang dicadangkan dalam Model-model Kajian Tindakan.

Langkah Mengenalpasti Isu / Masalah / Situasi

Dalam konteks sekolah, masalah dan permasalahan boleh timbul dalam manamana bidang juga seperti dalam bidang pentadbiran dan kewangan; pengajaran dan pembelajaran; program kokurikulum; hal-hal mengenai kakitangan; kebajikan pelajar, disiplin; perhubungan dengan ibubapa/penjaga dan sebagainya. Hal ini wujud apabila keadaan di sekolah tidak bersesuaian dengan aspirasi pendidikan.

Untuk mengenalpastikan isu / masalah / situasi, kita perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara berikut: Apakah yang sedang berlaku? Bagaimanakah keadaan sesuatu isu / masalah / situasi itu boleh wujud? Apakah yang boleh saya lakukan?

Perkara-perkara di atas boleh digambarkan selanjutnya menerusi persoalan-persoalan seperti:

Saya ingin memperbaiki ...................................................... Sesetengah orang tidak gemar terhadap ........................ Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengubah keadaan/situasi berkenaan ? Saya keliru tentang ............................................................. Apakah merupakan punca gangguan. Apakah yang dapat saya lakukan? Saya mempunyai idea yang ingin dipraktikkan atau cuba digunakan ? Bagaimana pengalaman tentang sesetengah perkara boleh digunakan terhadapmasalah ...........................

Apabila anda mulai tanya persoalanpersoalan di atas dan memikir serta menggambarkan idea tertentu, kegiatan-kegiatan itu merupakan tanda permulaan ands berminat dan ingin mengenali isu dan mencari idea untuk mengatasi masalah.

Garis Panduan Mengenali Isu


Cuba melibatkan persoalan kajian yang boleh diambil tindakan. Menghadkan kajian awal kepada persoalan yang kecil. Pilih persoalan yang penting bagi pelajar dan anda. Sebaik-baiknya kajian itu boleh atau dapat dilakukan secara kolaboratif iaitu anda akan mengkaji bersama-sama rakan sesekolah secara berkumpulan atau berpasukan Seboleh mungkin, laksanakan Kajian Tindakan berdasarkan keutamaan iaitu, hendak membangunkan atau rneningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

Contoh-Contoh Kesesuaian Isi Yang dikenalpastikan dalarn Kajian Tindakan di sekolah


Contoh-contoh Isu Kajian Yang Bersesuaian Dalam Kajian Tindakan Contoh-contoh Isu Kajian Yang Kurang Bersesuaian Dalam Kajian Tindakan

Saya ingin rneningkatkan mutu ujian lisan bahasa Inggeris

Apakah hubungan di anatara taraf sosio-ekonomi pelajar dan kegemaran dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu?
Apakah persepsi Pengetua terhadap Jabatan Pendidikan Tegeri ?

Saya hendak memperkenalkan pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran sastera. Bagaimana saya dapat menentukan kesesuaiannya ? Komunikasi dalam mesyuarat adalah sehala sahaja. Bagaimana saya dapat memastikan pertukaran idea dapat dilakukan?

Kekurangan guru dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

Garis Panduan Penentuan Fokus Kajian

Fokus kajian adalah penting bagi memudahkan pengkaji membuat perancangan. Hasil penganalisaan data sebelum ini membantu pengkaji dalam memberikan gambaran sesuatu situasi dan pernyataan masalah yang sebenar. Hasil penganalisaan itu suatu teori dapat dikemukakan dengan sokongan buktibukti yang diperolehi daripada proses tinjauan. Bermula dari ini satu fokus kajian dapat dikemukakan.

Penentuan fokus kajian ini perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

Isu itu perlu tindakan segera. Sejauhmana mustahaknya isu itu kepada pengkaji? Sejauhmana mustahaknya isu itu kepada pelajar? Siapa yang berminat untuk membantu kajian? Penumpuan kepada satu bahagian yang penting. Tugas mi boleh diurus dengan baik. Terdapat peluang yang baik untuk mendalami permasalahan tersebut.

Langkah Merancang Tindakan

Semasa mengadakan langkah merancang tindakan adalah lebih bermakna dan berkesan sekiranya ramai guru yang turut terlibat dan membantu merancang kegiatan tindakan kajian.

rancangan tindakan dapat dibahagikan kepada dua jenis:


Rancangan yang hanya untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau untuk menyelesaikan masalah tertentu yang diperolehi dalam suatu rancangan tanpa mengubah keseluruhan rancangan. b) Rancangan itu untuk menggantikan cara yang ada dengan cara yang lain. Rancangan jenis (a) merupakan rancangan yang menarik untuk diteruskan tetapi beberapa bahagian perlu diperbaiki. Rancangan jenis (b) pula merupakan rancangan yang tidak boleh diteruskan berdasarkan daripada tinjauan yang lalu. Oleh itu rancangan ini perlu ditukar ke rancangan yang lain.
a)

Cadangan perkara yang perlu diambil berat atau pertimbangkan semasa merancang tindakan Matlamat cadangan tindakan. Sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil. Senarai tentang tindakan-tindakan yang dicadangkan seperti:
i. ii. iii. iv. v. Tugas dan tanggungjawab baru; Aktiviti-aktiviti baru; Bahan-bahan baru; Struktur organisasi baru ; dan Falsafah dan konsep baru bagi perubahan itu.

Pernyataan cara-cara pemantauan perubahan yang ada. Penyataan penilaian formatif dan sumatif.

Penilaian formatif dijalankan semasa pelaksanaan kajian. Ini amat berguna untuk mendapatkan makiuman. Penilaian sumatif pula dijalankan di akhir pelaksanaan kajian untuk memberi gambaran keseluruhan projek tindakan. Oleh itu pengkaji dapat membuat keputusan apa yang telah berlaku dan apa yang patut dibuat seterusnya.

Pernyataan keperluan yang lain, misalnya: i. Sumber-sumber seperti bahan rujukan,kewangan, tenaga dan sebagainya; ii. Kelengkapan; dan iii. Masa. Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan sebenar.

Pelaksanaan Langkah-Langkah Tindakan

Perancangan tindakan lazimnya boleh melibatkan beberapa alternatif Daripada perbincangan dengn _rakan-rakan, pengkaji mungkin menghadapi kesukaran untuk melaksanakan. langkahlangkah tindakan itu. Ini kerana banyak halangan yang dinyatakan dan akhirnya pengkaji tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu menerima risiko. Kita perlu memahami bahawa setiap perubahan memang mempunyai

Kita tidak boleh menunggu sehingga tiada risiko. Pengkaji perlu meneliti dan menganalisis data secara terperinci supaya berkeyakinan untuk meneruskan kajian dan terdapat orang yang bersedia membantu. Semasa langkah-langkah tindakan dijalankan, pengkaji mungkin memerlukan rakan yang boleh mengkntik supaya pengkaji dapat gambaran yang betul apa yang sedang dibuat. Kritikan ini mestilah diberikan

Seterusnya pengkaji mungkin mendengar beberapa kegagalan orang lain. Sememangnya tidak harus berlaku kegagalan. Walau bagaimanapun pengkaji dapat berkongsi kegagalan itu bagi membina panduan seterusnya.

Langkah Meninjau dan Mengutip Data Kajian Tindakan AwaI


Dalam melaksanakan Kajian Tindakan adalah penting kita memilih kaedah yang sesuai untuk meninjau dan mengutip data. Terdapat pelbagai bentuk data yang boleh dikutip. Contoh-contoh Bentuk Data Kajian Tindakan Bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar, jadual kedatangan sekolah, rekod keputusan peperiksaan, rekod latar belakang pelajar dan sebagainya; R.akaman video dan audio mengenai pengajaran dark pernbelajaran dalam kelas; Transkrip yang dibuat basil dari temubual; misalnya temubual dengan pelajar. Foto dan gambar yang menunjukkan kegiatan yang ingin dikaji; Catatan buku diari, buku log, journal dan nota-nota aktiviti kerja.

Setiap bentuk data yang disebutkan di atas mempunyai fungsi yang tertentu dalam memberi maklumat yang penting. Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan bermakna dalam Kajian Tindakan, kita perlu mengutip pelbagai bentuk data. Maka kita lazimnya mempelbagaikan cara mengutip data. Pengkalan data (database) mestilah luas dan mewakili berbagai aspek agar hasil kajian dapat menggambarkan kedudukan yang sebenar. Dalam proses membina pengkalan data, kaedah mengutip data yang sering digunakan yang penting adalah seperti berikut: pemerhatian (observation), temubual (interview) dan kutipan bahan-bahan dokumentasi serta bahan-bahan artifak.

You might also like