You are on page 1of 26

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN 4 PERDANA, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, SESI 2007/2008,

FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI

RAHMADHANIAH BINTI ABDUL MAJID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN 4 PERDANA, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, SESI 2007/2008, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya RAHMADHANIAH BINTI ABDUL MAJID
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : KG. PT. HJ. SIRAJ, KAYU ARA PASONG, 82010, PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM Tarikh : CATATAN : * **

_____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. MADYA DR. OTHMAN BIN MD. JOHAN NAMA PENYELIA Tarikh :

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: ............................................................ : PROF. MADYA DR. OTHMAN BIN MD. JOHAN : ............................................................

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN 4 PERDANA, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, SESI 2007/2008, FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI

RAHMADHANIAH BINTI ABDUL MAJID

TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2008

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

..........................................

Nama Penulis : RAHMADHANIAH BINTI ABDUL MAJID Tarikh : .........................................

iii
DEDIKASI...

Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu..........

Untuk ayah dan ibu tercinta, En. Abdul Majid Bin A. Rahim & Pn. Sakak@Hanafiah Binti Bedu, Doa, dorongan dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih abah dan emak

Untuk sahabat handai yang diingati, Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan serta perkongsian suka dan duka bersama

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah diatas segala rahmat dan limpah kurniaNya tesis ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Profesor Madya Dr. Othman Bin Md. Johan diatas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasajasanya..

Ungkapan terima kasih ini juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan projek penyelidikan ini. Tidak lupa kalungan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan, warga 4 SPA, 4 SPE , 4 SPJ dan 4 SPH sesi 2007/2008 atas kerjasama yang telah diberikan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah S.W.T membalas segala bantuan yang telah dihulurkan.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tahun Empat Perdana, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 108 orang daripada keseluruhan populasi responden iaitu 150 orang pelajar tahun 4 Perdana Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuteraan Jentera dan Kemahiran Hidup) telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan telah memperolehi nilai kebolehpercayaan 0.789. Data dalam kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 13.0 bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min dan Ujian t. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor pensyarah merupakan faktor yang paling tinggi dalam

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini diikuti dengan faktor rakan dan faktor minat. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap semua faktor tersebut dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

vi

ABSTRACT

This research has been done to identify factors that influence students academic performance among 4th year students from Technical and Engineering Department in the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, session 2007/2008. A total of 108 respondents from Year 4 Technology and Education (Civil Engineering, Electrical Engineering, Mechanical Engineering and Living Skills) Program are participated in the study. The questionnaire has a reliability index of 0.789. The data in this research has been analyzed using SPSS version 13.0 to the obtain frequencies, percentages, means and t test. The study found that lecturers factor has the greatest influence on students academic performance. This factor was followed by other factors namely friends and interest. This research also found that there is no significant difference between perception of male and female students on all factors that affect the academic performance.

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA TAJUK KAJIAN PENGAKUAN PENGKAJI DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN

MUKA SURAT

i ii iii iv v vi vii x xii xiii

viii

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10

PENDAHULUAN Pengenalan Latarbelakang Masalah Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah Penutup 1 3 8 9 10 10 12 12 13 14

BAB 2 2.1 2.2 2.3

SOROTAN PENULISAN Pengenalan Kajian Lepas Kaitan Konsep Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik 2.4 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar 2.5 2.6 2.7 2.8 Faktor Pengajaran Pensyarah Faktor Rakan Sebaya Faktor Minat Perbezaan Persepsi antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap terhadap faktor pensyarah, faktor minat dan faktor rakan 2.9 Penutup 39 20 24 25 38 19 15 15 16

ix

BAB 3 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8

METADOLOGI KAJIAN Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi dan Persampelan Instrument Kajian Kajian Rintis Kaedah Pengumpulan Data Analisis Data Penutup 40 40 41 41 43 44 44 47

BAB IV 4.1 4.2 4.3 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 4.4

ANALISIS DATA Pengenalan Profil Responden Dapatan Kajian Analisis Data Persoalan Kajian 1 Analisis Data Persoalan Kajian 2 Analisis Data Persoalan Kajian 3 Analisis Data Persoalan Kajian 4 Analisis Data Persoalan Kajian 5 Analisis Data Persoalan Kajian 6 Penutup 48 49 53 53 56 59 62 65 68 71

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPUAN 5.1 5.2 5.2.1 Pengenalan Perbincangan Dapatan Kajian Faktor Pensyarah Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar 5.2.2 Faktor Rakan Mempengaruhi 76 72 73 74

Pencapaian Akademik Pelajar 5.2.3 Faktor Minat Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar 5.2.4 Perbezaan Antara Persepsi Pelajar Lelaki dengan Pelajar Perempuan Terhadap Faktor Pensyarah, Faktor Rakan dan Faktor Minat 5.3 5.4 5.5 Implikasi Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Penutup 80 82 83 80 77

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A Surat Pengesahan Menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) B C D Soal Selidik Dapatan Nilai Alpha Kajian Rintis Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie dan Morgan (1970)

84

SENARAI JADUAL NO JADUAL 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Taburan item soal selidik mengikut faktor. Taburan Pilihan Jawapan dalam Skala Likert Nilai Alpha Cronbach Setiap Item Kriteria Menganalisis Data Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata Skala Min Jadual pada aras keertian 0.05 Taburan responden yang dipilih berdasarkan jantina Taburan responden yang dipilih berdasarkan bangsa Taburan responden yang dipilih berdasarkan kelayakan Taburan responden yang dipilih berdasarkan kursus Taburan responden yang dipilih berdasarkan PNGK Taburan mengikut kekerapan peratusan dan skor min bagi faktor pensyarah dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar 4.7 Ujian t mengenai perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan terhadap faktor pensyarah berdasarkan nilai signifikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar 4.8 Taburan mengikut kekerapan dan skor min bagi perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dengan
perempuan terhadap faktor pensyarah dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

TAJUK

MUKA SURAT 42 42 43 45 46 46 47 50 50 51 51 52 55

56

58

xii

4.9

Taburan mengikut kekerapan peratusan dan skor min bagi faktor rakan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

61

4.10

Ujian t mengenai perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan terhadap faktor rakan berdasarkan nilai signifikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

62

4.11

Taburan mengikut kekerapan dan skor min bagi perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dengan
perempuan terhadap faktor rakan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

64

4.12

Taburan mengikut kekerapan peratusan dan skor min bagi faktor minat dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

67

4.13

Ujian t mengenai perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan terhadap faktor minat berdasarkan nilai signifikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

68

4.14

Taburan mengikut kekerapan dan skor min bagi perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dengan
perempuan terhadap faktor minat dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

70

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 2.2

Rajah Proses Pembelajaran ( Atan Long, 1978 ). Hierarki Keperluan Maslow

19 29

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN

KETERANGAN

IPTA JPTK SPA

Institusi Pengajian Tinggi Awam Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam)

SPE

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)

SPJ

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Jentera)

SPH

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS UTM

Statistical Package of Social Science Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Memang tidak dinafikan sejak awal penubuhannya lagi, Universiti Teknologi Malaysia telah berkembang pesat terutamanya dalam memperkenalkan pendidikan bercorak teknikal. Ini kerana aktiviti pengajian dan pembelajaran yang berasaskan teknologi adalah penting untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran serta selaras dengan kehendak pembangunan sebuah negara.

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti latar belakang seseorang pelajar serta tahap potensi dan intelek individu. Selain itu, faktor konsep kendiri dan motivasi pencapaian juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Menurut Crow & Crow (1983), darjah pencapaian seseorang pelajar dalam proses pengajarannya banyak bergantung kepada sikap, minat dan motivasi yang berterusan. Justeru itu, kekuatan kedua-dua konsep kendiri sama ada akademik dan bukan akademik serta motivasi pencapaian perlu dikenal pasti supaya sesuatu boleh dilakukan bagi mengembangkan mana-mana yang baik terhadap pelajar

Atan Long (1980), menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah merupakan satu interaksi antara 3 faktor penting iaitu pelajar, guru, dan isi pelajaran. Ketiga-tiga faktor ini dikelilingi oleh persekitaran pelajaran. Tujuan utama pengajaran dan pelajaran di dalam mana-mana situasi ialah untuk pelajar

menguasai suatu pelajaran atau ilmu. Secara umumnya, pencapaian akademik adalah hasil atau peralihan dari sesuatu yang mengandungi ilmu pengetahuan tinggi dan mendalam (Kamus Dewan:19,195).

Pencapaian akademik juga sering dikaitkan dengan faktor pembelajaran dan fokus utama adalah para pelajar, ibu bapa ataupun pihak pentadbir sesebuah institusi pendidikan. Kecemerlangan dalam bidang akademik tidak akan dapat diperolehi sekiranya ada faktor negatif yang boleh merencatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, dengan pencapaian akademik yang baik menjadi petanda bahawa beliau telah menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ditentukan.

Pembelajaran di institusi-intitusi pengajian tinggi adalah pembelajaran formal yang berorientasikan kepada teori pencapaian yang dinilai dan disahkan oleh pihak tertentu disamping penghargaan melalui penganugerahan ijazah. Matlamat sesebuah institusi pengajian tinggi adalah jelas iaitu melahirkan graduan yang berjaya dalam pencapaian akademik dan sahsiah.

Secara amnya pencapaian akademik adalah penentu kepada taraf pencapaian individu dalam sesuatu peperiksaan rasmi yang diambildan peperiksaan awam dibawah Kementerian Pelajaran. Menurut Carter V.Good (1973) dalam Abdul Jalil (1997), pencapaian adalah sebagai penyelesaian dan kecekapan yang diperolehi dalam sesuatu kemahiran, pengetahuan atau kemajuan yang diperolehi secara semulajadi yang tidak terlalu bergantung kepada kecerdasan akal fikiran.

Selaras dengan itu, segala permasalahan yang berlaku dalam proses pembelajaran ini akan menggalakkan usaha dan cita-cita sesebuah intitusi pengajian tinggi selain mempunyai minda yang cemerlang, terdapat faktor lain yang akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Maka, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Tahun 4

Perdana, Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.2

Latar Belakang Masalah

Di universiti, pelajar sering beranggapan seolah mereka telah berjaya dalam hidup apabila hasrat mereka untuk untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading telah tercapai dan prestasi terhadap pencapaian akademik mereka tidak begitu penting bagi mereka. Ini secara tindak langsung bahawa tanggapan negatif dikalangan pelajar ini boleh memberi kesan negatif kepada pencapaian akademik mereka. Yang lebih malang lagi ada segelintir mereka yang mengamalkan sikap sambil lewa dan memandang rendah terhadap kualiti pencapaian akademik dan mahu sekadar lulus bersama segulung ijazah. Walaupun kajian secara rasmi belum pernah dilakukan tetapi didapati bahawa golongan pelajar yang memegang teguh terhadap paradigma ini akan belajar hanya sekadar untuk lulus sahaja. (Dewan Masyarakat, September 1997). Hal ini sangat berkait rapat dengan psikologi manusia. Menurut Ames dan Feller (1997, dalam: Dembo, M.H. 1991 halaman 419) pernah menyatakan bahawa: Competition tends to magnify the positive affect associated with success and the negative affect associated with failure (guilt)

Banyak

kajian

telah

dijalankan

berhubung

dengan

faktor-faktor

yang

mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Di antara kajiankajian itu ialah hubungan antara konsep kendiri, motivasi pencapaian dan pencapaian. Ini menyebabkan isu tersebut menjadi semakin penting dalam bidang pendidikan.

Bagi golongan pelajar, berjaya atau tidak dalam bidang akademik adalah diambil daripada pencapaian yang mereka perolehi dalam sesuatu sistem peperiksaan. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah

menyatakan pencapaian dalam peperiksaan inilah yang akan menentukan maju mundurnya seseorang pelajar itu dalam bidang akademik.(Star, 22 Julai 1999)

Jika dilihat secara keseluruhan, terdapat faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Faktor-faktor yang mempengaruhi ini terbahagi kepada 2 iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor yang mempengaruhi pencapaian adalah keluarga, kewangan, persekitaran, pengajaran pensyarah, kelengkapan, infrastruktur dan sebagainya.

Pemikiran pelajar sangat mudah dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling dan minda telah diubah kepada satu keadaan yang akan menjadi satu tabiat yang akan mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Selain daripada sikap negatif kurang minat yang diamalkan pelajar, faktor rakan sebaya juga banyak mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka. Ia bergantung sepenuhnya kepada sejauhmanakah kebijaksanaan kita memilih rakan. Selain itu, pengaruh kawankawan juga boleh menyumbang dan mempengaruhi pencapaian akademik seseorang. Jika kawan itu baik, maka mereka akan menjadi baik begitu juga sebaliknya. Jika sekiranya kawan itu lebih menjurus kepada melakukan perkara yang kurang baik, kurang sihat, meruntuhkan akhlak dan tidak bermoral seperti melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, penyalahgunaan dadah, melepak, pergaulan bebas, mencuri dan sebagainya tidak mustahil perkara ini akan mempengaruhi mereka dalam pencapaian akademik mereka.

Pencapaian akademik pelajar juga dipengaruhi oleh kaedah pengajaran pensyarah. Menurut Dr. Shed Hussein Alatas (Utusan Online, 20 Julai 2005) menyatakan bahawa pensyarah hanya memberi kuliah tetapi tidak kisah apa yang berlaku selepas itu. Mereka juga tidak mempunyai hubungan erat dengan pelajar. iaitu hubungan luar kelas iaitu selepas kuliah. Jika pensyarah itu sendiri tiada minat untuk membina budaya ilmu, pengaruh itu akan turun kepada mahasiswa

Menurut Syed Hussein Alatas (Utusan Online, 20 Julai 2005) guru-guru atau pensyarah yang ada sekarang adalah produk daripada sistem yang sama. Sebelum ini mereka juga adalah pelajar yang didedahkan kepada sistem pendidikan yang sama. Maka seelok-eloknya sebahagian daripada tenaga pengajar di universiti tempatan adalah dari luar negara. Mungkin bilangan tenaga akademik asing ini ialah 15 peratus daripada keseluruhan bilangan pensyarah

Pengubahan tingkah laku amat diperlukan dalam usaha mencapai kejayaan dalam akademik lebih-lebih lagi dalam usia lingkungan akhir remaja dan menginjak ke awal dewasa. Dalam jangka masa ini merupakan jangka masa yang paling kritikal bagi seseorang manusia. Pelbagai cabaran dan perubahan dalam tingkah lakunya terjadi dan selalunya bertentangan dengan kehendak nilai atau norma setempat. Ini didorong oleh beberapa faktor, dalaman dan luaran. Faktor dalaman seperti perasaan ingin tahu, ingin mencuba, ingin merasa, merasakan dirinya sudah besar, mahukan kebebasan daripada kongkongan, mampu mengawal diri sendiri dan sebagainya. Faktor luaran datangnya dari pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa, pengaruh persekitaran, membina imej untuk mendapat perhatian dari pihak lain dan seumpamanya.

Untuk mengatasi tingkahlaku-tingkahlaku yang negatif, bertentangan dengan norma dan nilai kita, patut ditunjukkan cara-cara yang betul dan mudah diikut. Tetapi mereka ini sering bersifat memberontak sama ada di tunjukkan secara luaran atau memberontak dalam diri yang dirasai oleh dirinya sendiri. Dirinya akan merasa tertekan, walaupun kita nampak tidak seperti yang dirasai. Terdapat pelbagai teknik khas yang akan dilakukan pelajar untuk menyelesaikan masalah. Terdapat 3 langkah mudah dalam menyelesaikan masalah iaitu The mind (minda), The Body (fizikal) dan The Action (aksi menyelesaikan masalah). Melalui 3 langkah ini, pelajar boleh praktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka

boleh menyelesaikan masalah harian mereka sama ada ia masalah pencapaian akademik, masalah hubungan keluarga atau rakan sebaya dan juga masalah-masalah lain. Menurut Hassan Ali (1996), kecemerlangan boleh diertikan sebagai puncak kegemilangan yang boleh dicapai oleh seseorang pelajar. Dalam konteks ini,

kecemerlangan dilihat dari aspek kemampuan seorang pelajar itu mendapat kelulusan yang cemerlang dalam satu-satu peperiksaan. Kemampuan dan kesanggupan pelajar mengatur dan mengambil berat tentang pelajarannya bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pembelajarannya dan ini adalah berkait rapat dengan kejayaan dan kegagalan dalam kehidupannya.

Pembelajaran adalah merupakan proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Ia akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang dihajati yang meliputi aspek pengetahuan, kemahiran menggunakan fakta dan mengubah nilai diri. Pembelajaran berlaku apabila minda seseorang individu dirangsang untuk menjadi pengalaman dan pengalaman ini pula digunakan untuk tingkahlaku atau tindakan. Pelajar yang sudah belajar ialah yang sudah mengetahui serta mengamalkan pengetahuan, kemahiran nilai dan sikap yang baru.

Menurut Mercer & Mercer (1998), bagi kriteria kognitif, masalah pembelajaran adalah disebabkan oleh faktor seperti kekurangan aspek kognitif, pencapaian akademik yang rendah, masalah penumpuan, hiperaktif dan kekeliruan. Dalam memahami sesuatu tajuk pelajaran gabungan peringkat domain kognitif itu penting dalam meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai tajuk itu dengan lebih mendalam. Menurut Rozainal (2002) setiap pelajar harus memahami dengan jelas peringkat awal setiap topik baru pada sessi pengajaran dan pembelajaran kerana ianya menjadi teras kepada pembelajaran yang lebih kompleks bagi setiap topik.

Dalam konteks pendidikan hari ini, disaran supaya strategi pengajaran adalah berpusatkan pelajar. Ini dikukuhkan oleh Ee Ah Meng (1991), yang menyatakan di antara

ciri-ciri pengajaran yang efektif ialah pengajaran memusat kepada murid-murid atau pelajar dan pelbagai kaedah serta teknik pengajaran digunakan. Menurut Esah Sulaiman (2002), untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan, guru-guru atau pensyarah perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna, kaedah dan teknik pengajaran yang diaplikasikan adalah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran mereka.

Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1996), para pelajar seharusnya dibimbing agar potensi mereka dapat dikembangkan secara maksimum untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Maka, guru dan pensyarah hendaklah memilih strategi pengajaran berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar (Mok Soon Sang, 2000). Pensyarah atau guru juga harus bijak menggunakan kaedah atau teknik penyampaian yang sesuai (Robiah Sidin, 1998). Kaedah atau teknik yang sesuai, yang digunakan mengikut objektif pengajaran meninggalkan impak yang berpanjangan ke atas pemahaman dan motivasi belajar muridmurid atau pelajar. Satu sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru dan pensyarah memadankan kaedah pengajaran dengan objektif pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka (Shahabudin Hashim, et al., 2003).

Pendapat ini disokong oleh David, M. M. (1981), yang menyatakan bahawa guru atau pensyarah hendaklah mempunyai pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam situasi yang berbeza dan pelajar yang berbeza. Fokus transformasi atau perubahan yang diperlukan ialah supaya ia mampu mendedahkan pelajar tentang strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan kemas kini, boleh mengaitkan secara bermakna amalan teori dengan praktik (Robiah Sidin, 1998).

Demonstrasi dan latihan amali yang ditunjukkan membolehkan para pelajar mempelajari atau mengamati sendiri perlakuan guru dan pensyarah secara sistematik mengikut prosedur dalam mengendalikan penggunaan bahan, alatan dan latihan yang

akan dijalankan oleh mereka kemudiannya. Penerangan dari guru atau pensyarah amat penting untuk menyampaikan isi kandungan dan konsep-konsep asas serta

mempercepatkan lagi penaakulan pelajar dalam mata pelajaran teknikal dan kejuruteraan ini.

Oleh yang demikian, Scott et al. (1987), menyatakan bahawa strategi pengajaran guru atau pensyarah hendaklah berubah daripada hanya memberi nota dan kuliah kepada aktiviti-aktiviti seperti kerja amali, perbincangan dan soal selidik.

Kualiti pencapaian akademik yang baik akan mempertingkatkan keupayaan kendiri setiap pelajar JPTK sebagai bakal pendidik yang mampu melahirkan pelajar yang boleh memberi sumbangan yang besar kepada negara terutama dalam bidang berteraskan teknologi suatu masa nanti.

1.3

Pernyataan Masalah

Daripada latar belakang masalah di atas didapati pencapaian akademik pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Daripada kajian ini, pengkaji ingin mengkaji faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Tahun Empat Perdana, sesi 2007/2008, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Tahun 4 SPA, SPE, SPJ dan SPH. Kajian ini dilakukan dengan tujuan:a. Mengenalpasti faktor pensyarah mempengaruhi pencapaian akademik pelajar b. Mengenalpasti perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan terhadap faktor pensyarah dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar c. Mengenalpasti faktor rakan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar d. Mengenalpasti perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan terhadap faktor rakan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar e. Mengenalpasti faktor minat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar f. Mengenalpasti perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan terhadap faktor minat dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

You might also like