You are on page 1of 26

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

RINGKASAN EKSEKUTIF
1.

TAJUK PROJEK
Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) ini disediakan
untuk Pembesaran Kilang Keluli Ann Joo Steel Berhad Sedia Ada Di Atas Lot
1227 dan 78 dan Sebahagian Daripada Lot 1225 dan 1236 di Kawasan
Perindustrian Perai, Daerah Tengah, Seberang Perai, Pulau Pinang, untuk
menilai kesan-kesan daripada aktiviti pembinaan dan operasi sebuah Relau Bagas
dan sebuah Kilang Sinter, dan juga kesan-kesan daripada penaikan taraf
kemudahan yang sedia ada di kilang keluli Ann Joo Steel. Projek pembesaran ini
akan memerlukan bahan-bahan mentah seperti bijih besi dalam bentuk pelet dan
gentian, arang, kok (coke), batu kapur, aloi besi dan bahan-bahan kimia untuk
operasinya kelak. Ketika ini proses penghasilan keluli sedia ada adalah melalui
teknologi relau arka elektrik (EAF) dengan menggunakan bahan-bahan mentah
seperti sekerap besi dan besi jongkong atau besi tuangan.

2.

KEPERLUAN PROJEK
Besi dan keluli merupakan komoditi penting dalam pasaran tempatan dan juga
pasaran antarabangsa. Permintaan untuk hasil keluli dalaman Malaysia adalah
tinggi. Namum demikian, penghasilan keluli dalam negara tidak dapat menampung
permintaan yang semakin meningkat dan seterusnya terpaksa bergantung kepada
hasil keluli import yang berharga tinggi. Sebagai menangani jurang perbezaan
antara penawaran dan permintaan, Ann Joo Steel Berhad merancang untuk
meningkatkan keupayaan penghasilan kelulinya melalui projek yang dicadangkan ini.
Sekerap keluli dan besi yang digunakan sebagai bahan mentah oleh Ann Joo Steel
Bhd pada masa ini merupakan barangan yang terdedah kepada turun naik harga
pasaran akibat bekalan sekerap keluli yang tidak menentu. Sebagai langkah untuk
mengawal kos pengeluaran serta mengelak berlakunya kegendalaan bekalan bahan
mentah, Ann Joo Steel Berhad telah memutuskan untuk mempelbagaikan bahan
mentahnya dengan penggunaan bijih besi di samping sekerap besi dan keluli.
Penggunaan bijih besi sebagai bahan mentah turut membenarkan Ann Joo Steel
Berhad mempelbagaikan produk keluarannya dengan penghasilan besi khas
bergred tinggi. Ianya boleh disebabkan oleh komposisi kimia bijih besi yang lebih
stabil dan kurang mengandungi bendasing berbanding dengan sekerap keluli.
Kesimpulannya, cadangan pembesaran ini akan mendatangkan manfaat kepada
Ann Joo Steel Berhad dengan membenarkannya terus bersaingan di pasaran
ekonomi, dan juga untuk negara dengan membantu memenuhi permintaan keluli
tempatan seterusnya megurangkan kebergantungan kepada import hasil keluli.

3.

PILIHAN PROJEK
Pilihan projek yang dipertimbangkan untuk cadangan pembesaran ini adalah pilihan
teknologi untuk pembuatan besi dan keluli. Memandangkan projek ini terletak di
dalam kawasan kilang sedia ada, pilihan tapak projek pula dibuat berdasarkan
penggunaan optima susunatur kilang.
Sebuah kilang keluli bersepadu merangkumi kemudahan untuk membuat besi lebur
(atau hot metal) dan keluli (asas) di dalam satu kawasan. Proses membuat besi
menggunakan bijih besi untuk menghasilkan besi lebur untuk pembuatan keluli,iaitu
melalui sama ada teknologi EAF atau relau oksida bes (Basic Oxide Furnace, BOF).
Sebagai perbandingan, sebuah kilang besi tidak bersepadu pula tidak mempunyai

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 1

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

kemudahan untuk membuat besi lebur, tetapi menggunakan keluli sekerap sebagai
pengganti besi lebur dalam proses membuat keluli. Kilang Ann Joo Steel Berhad
sedia ada pada ketika ini menepati gambaran ini di mana ia menggunakan teknologi
EAF untuk meleburkan keluli sekerap bagi pembuatan keluli sekunder. Cara ini tidak
dapat menghasilkan keluli yang berkualiti tinggi akibat kebergantungan kepada keluli
sekerap sebagai bahan mentah yang mudah terpengaruh dengan ketidaktetapan
bekalan dan harga.
Pilihan teknologi untuk pembuatan besi termasuk melalui proses relau bagas (Blast
Furnace), proses penurunan terus (Direct Reduction) dan lain-lain. Proses relau
bagas merupakan proses yang paling gemar digunakan oleh hampir 98% pengeluar
besi di seluruh dunia, manakala sebilangan kecil pengeluar besi dunia (hanya 1.5%)
menggunakan proses penurunan terus untuk membuat besi lebur. Kedua-dua
proses ini dianggap sebagai proses mesra alam dan fleksibel dari segi penggunaan
bahan mentah. Namun demikian, kos modal dan pelaksanaan serta kos penggunaan
elektrik keseluruhan untuk proses relau bagas adalah lebih rendah daripada proses
penurunan terus. Berdasarkan ini, pemaju projek telah membuat pilihan untuk
menggunakan teknologi relau bagas untuk cadangan pembesaran kilang keluli ini.
Pemilihan tapak cadangan pembesaran ini dibuat berdasarkan penggunaan optima
untuk ruangan dan logistik di tapak. Cadangan pembesaran akan dibina
berhampiran dengan kemudahan-kemudahan sokongan sedia ada dan di kawasan
luas iaitu lebih kurang 23 hektar bagi memuatkan struktur-struktur yang bakal dibina.
4.

KETERANGAN PROJEK

4.1

Lokasi
Cadangan projek ini terletak di sebelah barat kilang keluli Ann Joo Steel Bhd sedia
ada di kawasan yang berkeluasan 23 hektar. Pembesaran yang dicadangkan akan
ditempatkan di atas Lot 1227 dan Lot 78, dan sebahagian daripada Lot 1225 dan Lot
1236. Pemilihan tapak ini dibuat berdasarkan faktor-faktor sejarah, alam sekitar dan
strategik. Menurut sejarah, kilang keluli ini telah menduduki tapak sedia ada sejak
tahun 1967 dan mempunyai sebuah relau bagas dan sebuah kilang sinter sehingga
1995. Penggunaan kemudahan-kemudahan kemudiannya ini ditamatkan diatas
sebab-sebab ekonomi. Dari segi alam sekeliling, tapak projek ini terletak lebih
daripada 500m dari kawasan perumahan yang terdekat di sebuah kawasan yang
dikhaskan untuk tujuan perindustrian, lantas mematuhi kehendak-kehendak asas
persekitaran untuk penapakan kilang baru. Pemilihan tapak ini juga strategik kerana
terletak berhampiran dengan kemudahan pelabuhan sedia ada yang akan berfungsi
sebagai pusat penerima bahan mentah.

4.2

Konsep Projek
Projek ini bertujuan untuk mengembalikan taraf pengilang besi dan keluli bersepadu
kepada Ann Joo Steel Bhd. Sebuah kilang besi dan keluli bersepadu akan
menghasilkan logam panas daripada bijih besi untuk menampung permintaan bahan
mentah dari kilang keluli yang sedia ada. Kilang besi ini merangkumi sebuah loji
relau bagas dan sebuah kilang sinter yang merupakan pertambahan kepada kilang
keluli sedia ada. Kapasiti pembuatan keluli sekarang di Ann Joo Steel Berhad ialah
90 MT dengan menggunakan EAF arus terus dan relau centung (ladle furnace) yang
dilengkapi penuang berterusan 5 alur. Kemudahan bantuan di kilang ini termasuk loji
oksigen sedia ada dan sebuah kilang pengatoman sanga yang sedang dibina untuk
merawat sanga daripada EAF.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 2

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

Jadual RE-1 menunjukkan ringkasan berkenaan


pembesaran dan kemudahan yang sedia ada.

kilang,

cadangan

projek

JADUAL RE-1: RINGKASAN BERKENAAN KILANG DAN PROJEK CADANGAN


SERTA KEMUDAHAN SEDIA ADA DI TAPAK PROJEK

4.3

Jenis Kilang dan


Kemudahan
Kilang Sedia Ada
Kilang Pembuatan
Keluli (termasuk EAF &
Mesin Penuang Bilet)
Kilang Penggelek 1
Kilang Penggelek 2

Hasil

Kapasiti
(tan setahun)

Status

Bilet

762,870

Beroperasi sejak 1995

Bar
Bar & Rod Wayar

125,000
336,736

Precious Slag Ball

Loji Gas Oksigen

Gas oksigen

25,896

Beroperasi sejak 1973


Beroperasi sejak 1982
Akan dijayakan pada July
2007
Beroperasi sejak 1995 (new
plant)

Loji Pengatoman Sanga

Proposed Plants
Kilang Sinter
Relau bagas

Sinter
Besi lebur panas

600,000
500,000

Akan dijayakan pada suku


terakhir 2008

Keterangan Proses
Proses pembuatan besi bermula di kilang sinter di mana sinter akan dihasilkan
daripada bahan mentah seperti kok, coke breeze, bijih besi, batu kapur, dolomit,
kapur kalsium dan bijih yang dikembali semula. Proses pembuatan sinter akan
menyepadukan gentian besi seterusnya membentuk batu hangus keras yang akan
digunakan sebagai komponen utama untuk bahan mentah dalam relau bagas. Sinter
yang bersesuaian saiznya akan dimasukkan ke dalam relau bagas bersama-sama
dengan kok, arang, fluks dan pelet untuk menghasilkan besi lebur panas pada suhu
1,300C. Besi lebur ini akan disadap dan dipindahkan ke pengangkut centung pot
(pot ladle carrier).
Dengan menggunakan pengangkut centung pot, besi lebur akan dibawa ke kilang
keluli untuk tujuan penulenan dan penghasilan keluli dengan proses EAF berarus
terus. Bahan-bahan lain seperti DRI, sekerap, kok, besi jongkong, aloi besi dan fluks
akan dicampurkan mengikut keperluan dan dileburkan dalam EAF.
Besi lebur daripada EAF kemudiannya akan dipindahkan ke dalam relau centung
(Ladle Furnace) untuk tujuan penulenan dan untuk pelarasan kimia sebelum
penulenan selanjutnya atau dituang untuk membentuk bilet. Besi lebur daripada
relau centung ini akan dipindahkan ke tundish di mana ia akan diagihkan ke dalam
lima acuan untuk membentuk bilet menurut keratan rentas yang dikehendaki dan
disejukkan dengan teknik penyemburan. Bilet tertuang ini kemudiannya dipotong
mengikut kepanjangan yang dikehendaki dan disejukkan ke suhu 800C atau lebih
rendah lagi.
Kemudiannya bilet ini akan dihangatkan semula di relau pemanasan sehingga
mencapai suhu dikehendaki sebelum ia digiling menepati saiz produk bilet siap.
Produk termasuklah bilet keluli berkarbon rendah, bilet keluli berkarbon sederhana
dalam bentuk bar berbunga dan bar bulat, dan rod wayar yang dibuat daripada bilet
keluli berkarbon rendah.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 3

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

4.4

Ringkasan Eksekutif

Kawalan Alam Sekitar


Pelepasan bahan pencemar yang mungkin terhasil telah dikenalpasti dan langkahlangkah kawalan telah diambil kira di dalam rekabentuk kejuruteraan kilang untuk
memastikan agar bahan pencemar tersebut dirawat dengan berkesan.
Kilang Sinter
Bahan pencemar udara yang utama adalah debu dan jirim zarahan. Langkahlangkah kawalan seperti pengaliran tertutup dan pengurangan debu dengan
penggunaan pemendak elektrostatik (Electrostatic Precipitator) dan/atau bag penapis
akan diadakan di bahagian-bahagian kilang yang menghasilkan debu. Bahan mentah
yang mempunyai kandungan sulfur rendah akan digunakan sebagai kawalan
pelepasan gas sulfur dioksida (SO2). Proses sinter ini merupakan proses kering
maka tiada air sisa dihasilkan di sini.
Relau Bagas
Debu akan dihasilkan di rumah tuang, tong bijih, mesin tuang dan sistem pendebuan
arang (coal pulverizing system). Beg penapis dan penyahdebu elektrik akan
dipasang sebagai kawalan pelepasan debu.
Air akan digunakan untuk pendinginan secara tidak langsung untuk mesin dan
peralatan, dan secara langsung untuk pendinginan butiran sanga dan semasa
penuangan. Kesemua air yang digunakan akan dikitar dan diguna semula atau akan
hilang sebagai stim.
Kawasan Penyimpanan Bahan Mentah
Langkah-langkah kawalan yang akan diadakan termasuk penggunaan sistem
pemercik air untuk mengurangkan penghasilan dan penyerakan debu manakala air
larian dari kawasan pengstoran akan dihala masuk ke dalam kolam pengenapan
untuk membuang pepejal terampai dan sedimen sebelum dilepas keluar.

4.5

Keperluan Utiliti, Bahan Mentah dan Tenaga Pekerja


Keperluan tenaga elektrik untuk kilang sedia ada ialah sebanyak 369,186 MWh
setahun. Penggunaan tenaga elektrik dijangka akan bertambah sebanyak 289,236
MWh setahun selepas projek pembesaran. Penggunaan air ketika ini ialah sejumlah
1,050,000 m3 setahun dan dijangka akan memerlukan 1,820,000 m3 setahun setelah
projek pembesaran siap.
Sebahagian besar bahan mentah akan diimport dan akan diterima melalui terminal
kargo pukal Perai. Anggaran jumlah bahan mentah yang diperlukan untuk projek
pembesaran ini diringkaskan di dalam Jadual RE-2.
Tenaga pekerja untuk kilang yang sedia ada adalah seramai 798 pekerja, termasuk
pekerja-pekerja eksekutif. Untuk projek pembesaran seramai 419 orang pekerja
tambahan akan diperlukan.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 4

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

JADUAL RE-2: ANGGARAN JUMLAH BAHAN MENTAH YANG DIPERLUKAN


UNTUK KEMUDAHAN YANG DICADANGKAN
Perkara

Bahan Mentah
(tan setahun)

Sumber

65,800
150,200
280,000
86,371
24,802
620

Diimport
Diimport
Diimport
Diimport
Tempatan
Diimport

739,361
74,025
31,500
20,000
21,000
39,016
1,532,695

Diimport
Tempatan
Tempatan
Diimport
Diimport
Diimport

Relau Bagas
Bijih besi bergumpal
Bijih besi pelet
Kok
Arang PCI separa lembut
Silika
Bijih mangan
Kilang Sinter
Bijih besi gentian
Batu kapur
Kapur tohor
Dolomit
Coke Nut
Kok
Total

Cara Penyampaian

Konveyor

Konveyor

Sumber: Ann Joo Steel Bhd, 2007

4.6

Jadual Projek
Jadual kerja untuk cadangan pembesaran ini dibentangkan di dalam Jadual RE-3
dibawah ini:
JADUAL RE-3: JADUAL KERJA UNTUK CADANGAN PEMBESARAN KILANG
KELULI ANN JOO
Bil

2007
Suku

Keterangan Aktiviti
1

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

2008
Suku
3

Pengikatan kontrak, kejuruteraan dan ulasan


Tender dan perlantikan kerja-kerja kejuruteraan
awam
Persediaan tapak dan kerja tanah
Pembinaan substruktur
Pembinaan superstruktur
Infrastruktur
Pemerolehan dan pembuatan peralatan
Pemasangan mesin dan peralatan
Pemerolehan komponen elektrik
Pemasangan komponen elektrik
Ujian rangkaian tanpa muatan
Cubaan bermuatan dan penjayaan

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 5

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

5.

PERSEKITARAN SEDIA ADA, KESAN-KESAN DAN LANGKAH-LANGKAH


TEBATAN

5.1

Ciri-ciri fizikal
Cadangan pembesaran ini akan ditempatkan di kawasan seluas 23 hektar di dalam
tapak kilang sedia ada di Kawasan Perindustrian Perai. Kawasan perindustrian ini
terletak di pinggir pantai mendatar yang telah ditambun untuk dibangunkan bagi
tujuan perindustrian.
Topografi kawasan sekitaran secara amnya adalah rata (dengan paras ketinggian <5
m) dan paras tertinggi merupakan Bukit Juru (dengan ketinggian 500 m) yang
terletak 5 km di arah selatan tapak projek.
Kawasan tapak projek ini adalah ditakrifkan dengan bahan tambakan dan endapan
aluvial Kuaterner. Ini berdasarkan ciri profil lapisan atasan endapan aluvial yang
mengandungi lempung pasir di bahagian bawahnya. Ciri tanah kawasan sekitaran di
sini ditakrifkan dari jenis siri tanah Kranji dan Linau-Sedu.
Hasil penyiasatan tanah tidak menunjukkan jenis akuifer airtanah yang jelas iaitu
samada akuifer tidak terkekang atau akuifer terkekang. Paras airtanah yang dicerap
pada lubang gerudi menunjukkan ciri-ciri percampuran antara airtanah akuifer
terkekang dan tiruan. Cerapan juga menunjukkan bahawa paras airtanah yang tinggi.

5.2

Hidrologi dan Kualiti Air


Kawasan projek ini terletak di dalam lembangan Sg Perai yang berkeluasan 120km2,
yang mana pada amnya digunakan untuk tujuan pertanian dan perindustrian.
Beberapa kawasan kediaman di dalam lembangan ini seperti Taman Supreme,
Taman Siakap, Taman Chai Leng dan Kampung Dock mudah dibanjiri akibat
kelandaian kawasan tersebut di samping ketiadaan sistem saliran yang sempurna
dan akibat daripada pergerakan air pasang surut.
Menurut data yang diperolehi daripada ASMA, kualiti air di Sungai Perai pada amnya
menepati had Kelas III yang ditetapkan oleh Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan
(INWQS). Tahap DO, NH3N, E. Coli dan Faecal Coliform didapati melebihi had-had
yang ditetapkan dan ini adalah disebabkan oleh pelepasan effluent dan kumbahan di
kawasan lembangan Sungai Perai.
Penilaian Pencemaran Air
Untuk mengambarkan ciri-ciri effluen dari kilang sedia ada, pihak perunding telah
menjalankan penilaian effluen dengan mengambil sampel cekau dan mengkaji datadata daripada pensampelan rutin yang dijalankan oleh Pemaju Projek. Hasil sampel
cekau yang dijalankan telah mendapati bahawa effluen sedia ada mengandungi
tahap pH, COD dan BOD yang melebihi had Piawai B dalam Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian) 1979. Effluen daripada alur-alur
pelepasan didapati mempunyai nilai pH yang tinggi akibat oksida sanga yang melarut
lesap dan beralkali apabila bercampur dengan air. Effluen yang disampel berjauhan
dari tapak projek mencatatkan bacaan yang lebih tinggi disebabkan kualitinya telah
dipengaruhi pelepasan daripada industri-industri lain di dalam Kawasan
Perindustrian Perai.
Kesan-kesan dan Langkah-Langkah Kawalan Semasa Pembinaan
Isu utama kualiti air pada fasa pembinaan adalah untuk menghalang kewujudan air
larian permukaan semasa kerja-kerja tanah dan untuk mengurang beban sedimen

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 6

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

terampai dalam air larian hujan dan larian air sisa dari kemudahan kumbahan
sementara.
Kesan-kesan terhadap kualiti air ini dijangka tidak ketara kerana ia terbatas pada
lokasi setempat dan hanya untuk jangka masa pendek malahan impaknya adalah
senang dikawal.
Langkah-langkah kawalan on-site yang sesuai adalah seperti berikut:
Larian permukaan: Larian permukaan akan disalirkan ke dalam parit larian air hujan
melalui kemudahan penyahlodak, yang mana akan bersihkan dari semasa ke
semasa supaya berfungsi dengan baik. Permukaan atasan yang terakhir kerja-kerja
tanah pula harus dimampatkan sebaik mungkin supaya tidak berlaku hakisan
semasa hujan lebat. Longgokkan bahan-bahan pembinaan pula hendaklah ditutup
dengan kain terpal atau fabrik-fabrik lain sejenisnya semasa hujan lebat.
Air pembasuh tayar: Satu ruang membasuh tayar perlu disediakan di setiap pintu
keluar supaya tayar kenderaan berat boleh dibasuh sebelum kenderaan tersebut
keluar dari kawasan kilang. Ini adalah untuk memastikan agar tiada tanah, lumpur
atau puing mencemari jalan raya awam.
Air sisa daripada kemudahan penstoran sementara: Kumbahan dari tandas perlulah
dialirkan ke dalam sistem pembetung, atau dengan menyediakan tandas bergerak.
Sekiranya tandas bergerak digunakan, ia perlu diselenggara dari semasa ke semasa
oleh kontraktor berlesen. Air sisa yang dikumpulkan dari kantin pula hendaklah
dilepaskan melalui perangkap minyak dan gris.
Penstoran dan pengendalian gas asli, bahan kimia dan hasil petroleum: Kawasan
penstoran gas asli, bahan kimia dan hasil petroleum lain perlu diadakan benteng
yang berupaya menampung 110% daripada jumlah muatan tangki simpanan
terbesar supaya dapat menggelak apa-apa pertumpahan memasuki air penerima.
Air sisa dari pembinaan struktur besar: Objek-objek besar di dalam air sisa daripada
aktiviti membancuh konkrit, menampal plaster, penghiasan dalaman, pembersihan
dan sebagainya perlu dibuang terlebih dahulu dengan pemasangan perangkap jenis
bar di laluan-laluan masuk ke parit.
Kesan-kesan dan Langkah-Langkah Kawalan Semasa Operasi
Air sisa yang lazim dijangka terhasil sewaktu operasi relau bagas, kilang sinter dan
kawasan penstoran bahan mentah merangkumi air pendingin, air larian permukaan
dan air parit serta air kumbahan dan air sisa basuhan.
Pelepasan Air Pendingin
Air pendingin akan dilepaskan terus ke dalam laut semasa kegendalaaan sistem
pendingin atau kegagalan proses, dan ini adalah untuk sementara waktu sahaja.
Kesan-kesan terma dan kimia yang timbul akibat pelepasan air pendingin ke laut dari
semasa ke semasa ini terhad pada kawasan terbabit dan kesannya terhadap
persekitaran marin dan kawasan penternakan kerang 350m ke arah barat laut tapak
projek adalah rendah atau amat rendah sehinggakan boleh diabaikan sama sekali.
Semasa operasi, pelepasan air pendingin ke laut hanya akan berlaku sewaktu
penyahaktifan sistem pendingin atau semasa perkhidmatan peralatan sedang
dipulihkan. Untuk mengelakkan kesan-kesan pelepasan air pendingin ke laut,
pengurusan pengendalian air pendingin akan merangkumi:

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 7

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

Mengambil semua langkah-langkah yang berpatutan untuk mengurangkan


jumlah masa henti sistem pendingin atau mencepatkan proses pemulihan
proses supaya lepasan air pendingin dapat dikurangkan; dan
Menerapkan piawai operasi dan penyelenggaraan industri untuk
mengurangkan kejadian sedemikian.

Langkah-langkah lain termasuk mengambil kira rekabentuk kemudahan, pemilihan


bahan kimia, penyelenggaraan operasi dan menggunakan peralatan kawalan proses.
Pelepasan Air Larian Permukaan
Kesan-kesan utama kualiti air adalah larian air daripada timbunan bahan di kawasan
penstoran sekerap dan bahan mentah yang dijangka akan mengandungi kandungan
sedimen, kok, logam berat (terutamanya besi) dan pada kemungkinan juga minyak,
gris dan hidrokarbon petroleum yang tinggi. Air larian akan disalirkan ke kolam
tahanan di mana pelepasan ke laut hanya akan dilakukan sewaktu hujan lebat (ARI
100 tahun), dan hanya akan meninggalkan kesan terhadap kualiti air sekiranya
kandungan bahan pencemar yang tinggi ini tidak diurus dengan baik. Lepasan air
larian juga akan diminimakan dengan menggunakan semula air larian yang dikumpul
untuk tujuan pengurangan habuk dan sebagai air pembasuh. Lepasan-lepasan akan
mematuhi had-had yang ditetapkan dalam Piawai B.
Ciri-ciri air lepasan daripada peralatan proses dan kawasan utiliti, bengkel dan jalan
raya dalaman dijangka serupa seperti air larian sedia ada dan juga akan mematuhi
had-had Piawai B. Ini kerana tapak pembinaan untuk relau bagas dan kilang sinter
yang dicadangkan hanya merangkumi 15% daripada jumlah keseluruhan kawasan
proses dan peralatan.
Kesan-kesan terhadap kualiti air mungkin timbul daripada operasi di kawasan
penstoran sekerap dan bahan mentah akibat air larian daripada timbunan stok yang
terbuka. Sebagai langkah kawalan, air larian ini akan disalirkan ke kolam tahanan
yang hanya akan melepaskan kandungannya ke dalam laut semasa hujan lebat (ARI
> 100 tahun).
Langkah-langkah kawalan lain termasuk pemasangan perangkap minyak dan gris di
kawasan-kawasan yang berkemungkinan besar akan mengalami tumpahan kecil,
serta pembinaan benteng di kawasan penstoran bahan bakar dan bahan kimia untuk
memastikan agar kesan kemungkinan terhadap kualiti air dapat diminimakan ke
tahap yang boleh diterima oleh air marin.
Lepasan Kumbahan dan Air Sisa Basuhan (Greywater)
Kesan-kesan pelepasan kumbahan terawat dan greywater terhadap alam sekitar
dijangka boleh diabaikan. Pelupusan kumbahan terawat dan greywater daripada
tapak projek tidak akan menimbulkan apa-apa kesan signifikan terhadap air
persekiran atau penternakan kerang yang berdekatan.
Sistem kumbahan akan direkabentuk supaya muatannya dapat menampung
kesemua sisa yang dihasilkan oleh pekerja-pekerja kilang akan datang dan akan
melupus kumbahan tersebut menurut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Kumbahan dan Effluen Industri) 1979. Oleh yang demikian, tiada kesan-kesan
ketara daripada pelepasan kumbahan terawat dan lepasan air basuhan ke laut.
5.3

Persekitaran dan Aktiviti-aktiviti Marin


Kawasan kajian terletak di sebelah timur Selat Selatan dan berkedudukan lebih
kurang 2.6 km daripada Jambatan Pulau Pinang. Menurut JAS, kualiti air marin di

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 8

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

kawasan pinggir laut berdekatan mengandungi kepekatan jumlah pepejal terampai,


minyak dan gris, plumbum dan E.Coli yang melebihi had Piawai Interim Kualiti Air
Kebangsaan Malaysia (MIWQS). Pencemaran kualiti air marin di sini sebahagian
besarnya berpunca daripada pencemaran-pencemaran daratan akibat aktiviti-aktiviti
perindustrian dan dari kawasan perumahan.
Aktiviti marin di persekitaran kawasan kajian termasuklah pergerakan kapal-kapal
perdagangan ke Terminal Kargo Pukal Perai yang terletak di sebelah barat tapak
projek, dan penternakan kerang di kawasan berlumpur di pinggir pantai ke arah
barat dan ke arah selatan tapak projek.
Projek ini dijangka tidak mempunyai kesan signifikan ke atas persekitaran marin
memandangkan pelepasan air sisa dari kilang adalah sedikit sahaja dan air sisa ini
kebanyakkannya yang terhasil dari jujuh lepasan air pendingin ataupun air larian
permukaan.
5.4

Meteorologi
Kawasan projek mengalami iklim Khatulistiwa, panas, lembap dan menerima cahaya
matahari sepanjang tahun. Suhu harian adalah tinggi dengan suhu purata 24-jam
pada 26C. Kelembapan bandingan jangka masa panjang yang dicatatkan adalah
tinggi dan melebihi 80%. Hujan turun dengan banyak dan purata jumlah hujan
tahunan yang tercatat adalah melebihi 2,000 mm. 39.6% dari keseluruhan masa
adalah waktu tenang manakala pergerakan angin utama ialah dari utara dan selatan.

5.5

Kualiti Udara
Pengawasan kualiti udara ambien dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada Oktober
2006 dan November 2006. Keputusan pengawasan kualiti udara ambien
menunjukkan bahawa kandungan TSP dan PM10 di semua stesen adalah kurang
daripada had 260 g/m3 dan 150 g/m3 yang ditetapkan oleh Piawai Kualiti Udara
Malaysia yang Disyorkan (Recommended Malaysia Ambient Air Quality Standards).
Sulfur dioksida tidak dikesan dalam aktiviti pengawasan ini, manakala tahap nitrogen
dioksida yang dikesan berada dalam julat 5 12 g/m3. Logam berat hanya dikesan
pada jumlah yang amat sedikit dari aktiviti pengawasan ini.
Guguran habuk dijangka tinggi di A1 pada kadar 190 263 mg/m2 sehari, diikuti
dengan A2 pada kadar 69 153 mg/m2 sehari dan 41 139 mg/m2 sehari di A3.
Pengawasan berterusan yang dijalankan oleh pemaju projek dari November 2000
April 2006 dalam kawasan kilang dan di kawasan perumahan berdekatan
menunjukkan bahawa paras TSP yang diawasi menepati saranan piawai kualiti
udara ambien dan semakin berkurangan mengikut masa.
Data sekunder yang diperolehi daripada ASMA dan stesen meteorologi di Perai dan
Seberang Jaya, Pulau Pinang, menunjukkan TSP dan PM10 yang direkod pada tahap
56.0-190.19 g/m3 dan 42.319 77.095 g/m3 masing-masing. Kandungan SO2 dan
NO2 yang dicatatkan adalah rendah dengan kepekatan kurang daripada 0.005 g/m3.
Secara amnya, kualiti udara ambien di kawasan perumahan berdekatan masih
menepati had Piawai Kualiti Udara Malaysia Disyorkan, akan tetapi kualiti udara di
dalam kawasan perindustrian melebih had yang ditetapkan sekali-sekala.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 9

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

Potensi berlakunya pencemaran udara lebih signifikan sewaktu kilang beroperasi


sekiranya dibandingkan dengan peringkat pembinaan kilang, disebabkan operasi
kilang yang akan mendatangkan kesan-kesan jangka panjang manakala pembinaan
kilang hanya akan mendatangkan kesan-kesan jangka pendek. Oleh yang demikian
penilaian pelepasan udara lebih menitikberatkan kesan pencemaran udara ketika
kilang beroperasi.
Pencemaran Udara Sewaktu Pembinaan
Penggunaan mesin dan peralatan pembinaan seperti jentolak, ekskavator,
pembancuh simen, penjanakuasa, pemampat dan lori-lori pengangkut akan
mendatangkan kesan-kesan pencemaran udara. Kandungan bahan pencemar
daripada sumber-sumber ini termasuklah zarahan, sulfur dioksida, oksida nitrogen,
karbon monoksida dan wasap hidrokarbon. Pelepasan ini hanyalah mendatangkan
kesan-kesan jangka masa pendek dah lepasan ini tidak terhad di dalam satu
kawasan sahaja tetapi akan diserakkan oleh angin.
Lepasan larian lain yang terhasil dalam fasa pembinaan akan dikawal dengan
pengamalan housekeeping yang baik untuk meminimakan penghasilan habuk
sewaktu pencampuran dan tuangan konkrit, semasa menurunkan perancah dan
struktur-struktur sementara yang lain, penggerudian dan pelupusan sisa daripada
kawasan pembinaan. Aktiviti-aktiviti yang berkeupayaan untuk menghasilkan habuk
larian akan ditempatkan berjauhan dengan kawasan kediaman dan dibenteng
daripada angin yang kuat.
Pencemaran Udara Sewaktu Operasi Kilang
Pada masa kini terdapat 6 cerobong yang berfungsi di kilang sedia ada. 10 cerobong
tambahan akan dibina pada masa hadapan. Sumber utama lepasan udara adalah
daripada proses pembakaran dan kandungan bahan pencemar utama adalah TSP,
PM10, oksida nitrogen dan sulfur dioksida.
Model ISCST3 digunakan untuk meramalkan peningkatan purata maksimum
kepekatan (MAIC) bagi setiap bahan pencemar dengan mengambilkira habuk larian
daripada kawasan penstoran yang dicadangkan. Kepekatan di paras bumi (glc) bagi
gas-gas downwind telah diramalkan untuk dua senario, iaitu sewaktu keadaan
operasi normal dan sewaktu keadaan operasi abnormal. Untuk permodelan ini,
semua lepasan udara dijangkakan akan dilepaskan melalui cerobong lepasan gas
kecemasan.
Operasi Normal
Ramalan peningkatan kepekatan maksimum bahan pencemar yang dimodelkan
(TSP, SO2, NO2 dan dioxin) menunjukkan untuk kilang sedia ada dan tambahan
kilang yang dicadangkan, adalah dijangka kepekatan di paras bumi akan menepati
piawai udara ambien yang disarankan.
Hasil permodelan menunjukkan zon impak adalah tertumpu ke arah tenggara kilang
tetapi masih di dalam Kawasan Perindustrian Perai, dan menghadap ke arah laut
(iaitu dari barat ke barat-laut). Peningkatan kepekatan di paras bumi dijangka lebih
rendah di kawasan-kawasan perumahan yang berdekatan.
Operasi Abnormal
Ramalan peningkatan kepekatan maksimum untuk tempoh 1 jam yang
distimulasikan untuk TSP, SO2 and NO2 adalah sebanyak 175 g/m3, 165 g/m3 dan
125 g/m3 masing-masing, pada ketika berlakunya kecemasan dan dijangka turut
berlaku pelepasan gas dari menara cerobong menjujuh gas.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 10

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

Zon-zon impak didapati terunjur di dalam lingkungan 1 km dari cerobong utama


(SMP Stack 1) dan menghala ke arah laut (iaitu ke sebelah barat).
Kawalan-kawalan Pencemaran Udara
Debu dan wasap merupakan pencemar utama yang terhasil daripada proses
pembuatan besi dan keluli di dalam sebuah kilang besi dan keluli bersepadu.
Pelbagai langkah-langkah boleh diambil untuk kilang baru ini termasuk seperti
dibawah:
Menggunakan sistem kawalan pencemaran udara termaju (seperti Electrostatic
Precipitator dan Pulse Jet Filter yang mempunyai kecekapan penyingkiran
melebihi 95%);
Mengadakan sistem mengitar semula gas sisa di Kilang Sinter untuk
mengurangkan debu dan pencemar lain termasuk SO2, NOx, dioxins and logam
berat, bahan beralkali dan klorida;
Menggunakan gas-gas hasil sampingan seperti gas relau bagas yang boleh
merendahkan suhu-suhu puncak dan mengurangkan penghasilan NOx;
Menerimapakai sistem mesra alam INBA untuk penggranulan sanga relau
bagas dan membuangkan H2S and SO2 daripada wasap;
Menukar kepada penggunaan gas asli di kilang sedia ada; dan
Lain-lain langkah kawalan proses dan operasi
5.6

Bunyi dan Getaran


Analisa bunyi dan getaran telah dijalankan untuk menentukan pencemaran daripada
aktiviti-aktiviti semasa pembangunan dan untuk operasi kilang akan datang. Kaedah
yang digunakan untuk pengiraan tahap bunyi bising persekitaran pada jarak yang
tertentu adalah berdasarkan ISO 9613 Part 2. Tahap bunyi bising daripada
pemerhatian-pemerhatian dahulu dan tahap bunyi bising bahagian dalam kilang
digunakan sebagai tahap bunyi bising sedia ada, yang mana ia merupakan bunyi
bising yang terhasil dari operasi kilang kini dan dari punca-punca luaran. Untuk
pembesaran kilang, pihak Ann Joo telah menspesifikasikan mesin dan alatan yang
mempunyai tahap bunyi yang rendah diantara 80-85 dBA. Ramalan tahap bunyi
bising yang dijalankan kemudian analisa untuk memenuhi limit yang telah ditetapkan
di dalam Garispanduan Untuk Perancangan Had dan Kawalan Bunyi Bising
Persekitaran.
Kesan-kesan Bunyi Pembinaan
Aktiviti-aktiviti
pembinaan
seperti
pencerucukan,
pencampuran
konkrit,
pemunggahan bahan-bahan pembinaan dan pergerakan lori merupakan sumber
utama bunyi bising diperingkat pembinaan. Oleh kerana kerja-kerja pembinaan akan
dijalankan di bahagian selatan dan barat kilang, bunyi bising yang terhasil daripada
kerja-kerja pembinaan ini adalah terhad di kawasan ini sahaja. Bangunan-bangunan
kilang sedia ada di antara kawasan pembinaan dan kawasan kediaman yang
terdekat iaitu kuarter KTM di Taman Perai Utama (yang terletak kira-kira 470m ke
utara) akan berfungsi sebagai penghadang bunyi pembinaan.
Langkah-langkah Kawalan Bunyi Pembinaan
Tiada langkah-langkah khusus perlu diambil, hanya langkah-langkah yang lazim
untuk kawalan bunyi bising pembinaan di peringkat ini. Pekerja-pekerja pembinaan
yang terdedah kepada tahap bunyi bising yang tinggi perlu memakai peralatan
perlindungan peribadi (PPE) sewaktu bekerja dan dihadkan masa bekerja dan masa
dedahan kepada bunyi tersebut. Peralatan pembinaan perlulah diselenggara dengan
baik supaya ia sentiasa berfungsi dengan baik dan tidak menghasilkan bunyi bising

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 11

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

yang lebih tinggi daripada yang tahap yang ditetapkan oleh pengeluar peralatan
tersebut.
Kesan-kesan Bunyi Operasi
Penilaian bunyi bising operasi menunjukkan bahawa anggaran paras bunyi bising di
sempadan kilang adalah di dalam julat 4762 dBA. Paras bunyi bising ini
dianggarkan hanya untuk operasi kilang berterusan, tanpa mengambilkira bunyi
bising dari sumber-sumber bergerak di kawasan kilang dan di luar sempadannya.
Anggaran tahap bunyi bising daripada operasi kilang dijangkakan akan mencecah
5053 dBA di kediaman penerima terdekat iaitu di kuarter KTM. Paras bunyi bising
ini adalah kurang daripada paras bunyi bising sedia ada di situ iaitu di antara 5662
dBA. Bunyi bising yang tinggi ini adalah daripada aktiviti-aktiviti penduduk dan
pergerakan keretapi berhampiran.
Ramalan bunyi bising ini juga menentusahkan bahawa bunyi bising di dalam
kawasan operasi utama adalah tinggi iaitu diantara 70100 dBA. Paras bunyi bising
yang tinggi ini datangnya daripada peralatan-peralatan yang menghasilkan bunyi
secara berterusan. Namun demikian bunyi bising ini adalah terhad di kawasan ini
sahaja disebabkan dinding dan tembok bangunan kilang yang menghadang bunyi
bising terkeluar daripada kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti di kawasan sekerap di
sebelah utara kilang juga didapati menghasilkan bunyi bising yang signifikan. Bunyi
bising yang dihasilkan di sini didapati terputus-putus dan lebih signifikan apabila
terdapat kerja-kerja dijalankan di sempadan utara kawasan penstoran sekerap.
Penduduk terdekat di Kampung Main Road (berjarak kira-kira 100m) dijangka akan
mengalami tahap bunyi bising setinggi 60 dBA sekiranya terdapat kerja-kerja
sedemikian. Pada masa yang sama, pengendalian sekerap juga boleh menghasilkan
bunyi letus setinggi 73 dBA sekiranya sekerap terjatuh secara tidak sengaja.
Langkah-langkah Kawalan Bunyi Operasi
Langkah-langkah kawalan bunyi bising boleh diambil kira seawal mungkin di fasa
perancangan dan rekabentuk. Selain itu, pemaju projek akan mempertimbangkan
penggunaan peralatan yang menghasilkan bunyi yang rendah. Peralatan sedia ada
perlulah dinilai dan dilengkapi dengan penghadang akustik, penyenyap atau penebat
bunyi untuk mengurangkan tahap bunyi bising sedia ada. Pekerja-pekerja yang
bekerja di kawasan persekitaran bunyi bising perlu menggunakan PPE dan
mengurangkan masa dedahan terhadap bunyi tersebut. Rutin penyelenggaraan yang
ketat akan memastikan peralatan kilang sentiasa berada dalam keadaan baik dan
tidak menghasilkan bunyi berlebihan.
Kawalan bunyi bising aktiviti-aktiviti di kawasan sekerap adalah dengan pembinaan
penghadang akustik, seperti tembok yang berketinggian 56m dan menanam pokok
di sempadan utara kilang bersebelahan dengan Kampung Main Road dan Taman
Senangin. Penghadang sebegini dapat mengurangkan bunyi bising sebanyak 8 dB.
Selain itu, pembinaan penghadang akustik dan dengan penanaman pokok dapat
mengurangkan pendedahan visual kilang kepada penduduk-penduduk di sini.
Getaran
Tiada kesan-kesan getaran dijangka akan timbul dari operasi kilang memandangkan
peralatan kilang pada amnya tidak menghasilkan getaran tinggi. Sekiranya terdapat
hentakan pencerucuk sewaktu fasa pembinaan, kesan getaran jangka pendek akan
dirasai di tapak projek tetapi ianya tidak dijangka akan menimbulkan kesan pada
kawasan kediaman berdekatan.
Kesan-kesan getaran dijangka akan timbul daripada aktiviti-aktiviti di kawasan
penstoran sekerap di bahagian utara tapak. Namun demikian, paras getaran ini

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 12

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

dijangka tidak signifikan kerana penduduk akan lebih merasai getaran dari
pergerakan keretapi yang lagi berhampiran dengan mereka.
5.7

Guna Tanah
Tapak projek ini terletak di dalam Kawasan Perindustrian Perai, yang telah didirikan
dalam dekad 1960an sebagai salah satu kawasan perindustrian yang pertama untuk
menampung perindustrian berat di bahagian utara negara. Tanpa mengambilkira
pengairan semulajadi seperti Selat Selatan dan Sg Perai, guna tanah utama di
kawasan persekitaran kilang keluli sedia ada adalah dari aktiviti-aktiviti perindustrian,
pedagangan, tanah simpanan utiliti dan pengangkutan dan kawasan perumahan
terancang dan tradisional. Industri-industri berat, contohnya industri tekstil, gentian,
bahan kimia dan hasil kejuruteraan, serta kawasan simpanan utiliti dan
pengangkutan terletak dalam kawasan 500m daripada sempadan kilang utama.
Terdapat beberapa kawasan perumahan di dalam kawasan tersebut juga, iaitu
Kampung Main Road, Taman Kepar, Taman Senangin, Taman Mas dan Taman
Perai, dan juga dua perumahan kakitangan kerajaan, tiga buah sekolah dan sebuah
klinik kerajaan. Industri-industri lain yang terletak dalam kawasan impak 3km
termasuklah industri automotif, industri hasil kertas, hasil plastik dan getah, hasil
kejuruteraan dan industri makanan.
Kesan-Kesan
Lokasi projek pembesaran yang dicadangkan adalah sejajar dengan pengezonan
guna tanah dan strategi pembangunan jangka masa sederhana dan panjang bagi
kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, perancangan guna tanah yang tidak
memuaskan telah mengakibatkan pembangunan kawasan perumahan yang tidak
bersesuaian bersebelahan dengan kilang sedia ada dan Kawasan Perindustrian
Perai. Tambahan pula pelan guna tanah masa hadapan untuk Butterworth telah
menetapkan satu kawasan lapang yang ketika ini berkeluasan 7.7 hektar di hujung
kawasan impak 1km, bagi tujuan pembangunan perumahan, dan ianya akan
menambahkan jumlah rumah di kawasan tersebut sebanyak 2,500 dan seterusnya di
dalam kawasan impak 1km. Penduduk-penduduk yang berada di dalam kawasan ini
akan terdedah kepada masalah pencemaran bunyi dan pencemaran udara dari
kawasan perindustrian.
Langkah-langkah Kawalan
Untuk mengurangkan kesan-kesan bunyi bising dan pencemaran udara di kawasan
perumahan yang berdekatan, beberapa langkah kawalan telah dikenalpasti untuk
dilaksanakan untuk projek ini. Zon penimbal sedia ada tidak dapat diluaskan kerana
tapak kilang sedia ada telahpun wujud sebelum kawasan kediaman berhampiran
didirikan. Perancangan guna tanah oleh kerajaan tempatan hendaklah dibuat secara
efektif, mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAS, bagi
menggelak timbul isu ketidakserasian di masa hadapan.

5.8

Lalulintas
Jalan utama ke Perai termasuklah Jalan Persekutuan 1 (FR1) dan Lebuhraya 1
(Lebuhraya Utara Selatan, NSE) dan Lebuhraya 15 (Lebuhraya ButterworthKulim,
BKE). FR1 dan NSE kedua-duanya merupakan jalan raya yang amat sesak dan
lazim digunakan oleh kereta dan kenderaan berat.
Kilang keluli Ann Joo boleh dimasuki melalui Jalan Perusahaan yang bersambung
dengan FR1, NSE, Jalan Chain Ferry dan Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Jalan menuju ke kilang ini adalah jalan raya perkhidmatan tempatan (local service
road) yang bersambung dengan Jalan Perusahaan melalui sebuah bulatan

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 13

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

bercabang tiga. Kebanyakan lalulintas (80%) menuju ke arah dan ke luar kilang
adalah kenderaan yang digunakan oleh pekerja dan pelawat kilang, dan tertumpu
pada waktu sibuk iaitu pagi dan lewat petang.
Kajian Lalulintas
Isipadu lalulintas di Jalan Perusahaan menghala Jalan Chain Ferry dijangka akan
bertambah pada kadar 3% setahun, tanpa mengambilkira pertambahan aktiviti
lalulintas akibat projek pembesaran ini. Pertumbuhan ini akan menyebabkan
kenaikan yang tidak diingini dalam nisbah isipadu kepada muatan (v/c) di Jalan
Perusahaan, yang akan menyebabkan perubahan keadaan sekarang kepada aliran
terpaksa, iaitu dari aliran stabil ke tidak stabil bersertakan kelengahan yang boleh
ditanggung.
Untuk menampung kenaikan isipadu lalulintas akan datang, kerja-kerja menaiktaraf
jalan raya perlu dijalankan. Bagi tujuan mengurangkan dan menangani isu-isu trafik
pada masa akan datang, pihak Pemaju Projek bercadang untuk mengangkut bahan
mentah ke kilang melalui kapal laut dan menggunakan keretapi untuk penghantaran
produk di dalam Semenanjung.
5.9

Kesihatan Awam
Sebuah tinjauan kesihatan telah dijalankan di kawasan kediaman di sekitar tapak
projek untuk mendapatkan keadaan dasar kesihatan masyarakat am yang terbabit.
Selain itu, data morbiditi pesakit juga dianalisa untuk mengenalpastikan jenis-jenis
penyakit yang perlu dititikberatkan dalam tinjauan kesihatan awam ini.
Menurut keputusan tinjauan, keadaan kebersihan di sekitar Kawasan Perindustrian
Perai agak memuaskan, memandangkan kebanyakan rumah di kawasan ini
menerima bekalan air di kediaman masing-masing (91.48%) dan menggunakan
tandas curah atau tandas pam (95.74%). Majlis Perbandaran Seberang Perai turut
mengutip sampah daripada majoriti penduduk (95.74%).
Pada tahun lepas, 4.84% daripada penduduk yang ditinjau telah didiagnosis
menghidapi penyakit-penyakit pernafasan yang tidak merangkumi asma, emfisema,
bronkitis kronik, pneumonia, tuberkulosis atau kanser paru-paru. Penyakit lain yang
didiagnosis adalah hipertensi (1.84%), asma (1.84%) dan pelbagai jenis penyakit
kulit (1.15%). Simptom-simptom atau penyakit yang menyebabkan pesakit diwadkan
di hospital adalah kesesakan nafas (12 kes), batuk dan demam selsema (6 kes) dan
asma (3 kes).
Penyakit kebiasanya disebabkan atau dimudaratkan oleh pencemaran udara
merupakan suatu kebimbangan utama di Kawasan Perindustrian Perai. Sejumlah
11.45% daripada semua pesakit dewasa di Hospital Seberang Jaya, 15.22% di Klinik
Kesihatan Perai, 17.28% di Klinik Kesihatan Seberang Jaya dan 14% di Klinik
Kesihatan Butterworth didapati menghidapi penyakit yang berkaitan dengan
pencemaran udara. Bagi pesakit kanak-kanak pula, sejumlah 27.06% di Hospital
Seberang Jaya, 25.81% di Klinik Kesihatan Perai, 44.59% di Klinik Kesihatan
Seberang Jaya dan 78.1% di Klinik Kesihatan Butterworth didapati menghidapi
penyakit yang berkaitan dengan pencemaran udara.
Penilaian Risiko Kesihatan
Udara merupakan salah satu arah laluan utama bagi pencemar udara dan
pernafasan merupakan kaedah pendedahan utama kepada pencemar udara yang
berada di atmosphere ataupun yang melekat kepada partikel pencemaran bawaan
atau fiber. Untuk penilaian dos pernafasan, anggaran isipadu udara yang disedut

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 14

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

oleh seseorang perlu di ambil kira yang mana ini bergantung kepada jantina, umur
dan juga aktiviti yang dilakukan oleh individu berkenaan. Selain itu, faktor lain yang
akan mempengaruhi penilaian tersebut adalah seperti suhu, ketinggian tempat, latar
belakang pencemaran udara, berat badan dan ketinggian individu tersebut dan juga
keadaan kesihatannya sama ada merokok atau tidak dan sama ada mempunyai
sakit jantung.
Jumlah keseluruhan indeks kesihatan (HI) untuk penerima-penerima di luar tapak
berdasarkan peningkatan maksimum kepekatan di paras bumi bagi pencemarpencemar udara yang telah diramalkan, menunjukkan tiada kesan signifikan yang
dijangka terhadap kesihatan mereka. Potensi untuk insiden penyakit barah yang
disebabkan oleh dioxin turut diramalkan tidak akan memberi kesan signifikan.
Operasi kedua-dua kilang sedia ada dan cadangan tambahan yang efektif menurut
perancangan serta ketetapan undang-undang dan garis panduan berkanun adalah
penting bagi perlindungan kesihatan penduduk-penduduk sekeliling.
5.10

Sosioekonomi
Kajian sosioekonomi bagi DEIA ini dilakukan dengan menjalankan aktiviti
penyenaraian (listing activity) serta menjalankan sebuah tinjauan sikap dan
pandangan penduduk di kawasan-kawasan perumahan yang berada dalam jejari
1km daripada kawasan kilang keluli sedia ada. Kawasan-kawasan perumahan
tersebut adalah Kampung Bagan Dalam, Kampung Hujung Batu, rumah kediaman
pekerja KTMB, Pangsapuri Setia Wira, Pangsapuri Perai Utama, Taman Perai,
Taman Senangin, Taman Mas, Taman Kepar, Taman Chai Leng dan Taman
Inderawasih. Aktiviti penyenaraian dibuat untuk kesemua rumah iaitu 100% (502
buah rumah, N = 2119) manakala tinjauan yang dibuat hanya melibatkan 18%
daripada rumah yang tersenarai. Selain itu, dua sesi dialog berkenaan dengan projek
pembesaran ini telah dibuat bersama-sama wakil penduduk komuniti yang terbabit
dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri.
Penilaian Keadaan Sosioekonomi
Penduduk berdekatan yang terjejas akibat daripada perlaksanaan projek ini dijangka
akan menerima keuntungan dari segi sosial, ekonomi dan alam persekitaran.
Kilang ini membolehkan komuniti sedia ada menikmati suatu situasi yang bertambah
baik daripada keadaan sekarang ataupun jika projek ini tidak dijalankan, dengan
syarat alat kawalan pencemaran yang efektif hendaklah dipasang. Impak positif yang
lain kepada komuniti sedia ada termasuk peningkatan peluang pekerjaan dan bisnes,
di mana lebih kurang 1,240 peluang pekerjaan (secara langsung atau tidak
langsung) dijangka akan terhasil apabila relau bagas dan kilang sinter ini beroperasi
serta 6,350 peluang pekerjaan (secara langsung atau tidak langsung) akan terhasil
semasa peringkat pembinaan kilang ini. Kesan berterusan yang besar turut dijangka
dari segi peluang pekerjaan, pelaburan dan perkembangan perniagaan untuk
perniagaan-perniagaan dan industri tempatan yang terlibat dalam pembekalan
makanan, mengadakan tempat tinggal, pembekalan servis runcit dan perkhidmatan,
pembankan dan insuran, servis rekreasi dan pengangkutan.
Pengambilan pekerja-pekerja asing (jika perlu) hendaklah dibuat secara sah dari segi
undang-undang bagi menggelak daripada kemungkinan kejadian konflik sosial.
Pekerja hendaklah diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan mereka tidak
mempunyai penyakit yang mudah berjangkit. Prosedur penyaringan kesihatan
hendaklah sentiasa diikuti. Syarat-syarat ini juga hendaklah diwajibkan kepada
kontraktor pembinaan yang bakal dilantik untuk pembinaan kilang ini.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 15

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

5.11

Ringkasan Eksekutif

Penilaian Risiko Kuantitatif


Penilaian kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan ke atas risiko yang berkaitan
dengan operasi projek yang dicadangkan walaupun kilang sedia ada kini tidak
diklasifikasikan sebagai pemasangan perindustrian besar berbahaya (major
hazardous industrial installation) oleh DOSH. Risiko-risiko utama yang mempunyai
impak ke atas alam sekeliling yang terhasil daripada kilang cadangan ini adalah
berkaitan dengan bahaya kebakaran (i.e. gas asli dan diesel) di dalam kawasan
kilang tersebut dan juga kawasan sekelilingnya. Kawasan kebimbangan yang lain
ialah kawasan penstoran bahan mentah yang akan menerima dan menyimpan arang
dan kok.
Isu-isu diatas akan dijelaskan lebih lanjut dibahagian kuantitatif dibawah dan
meramalkan senario kes terburuk akibat daripada kebakaran besar yang berlaku
berikutan kegagalan di stesen pemeteran gas asli dan kawasan penstoran diesel.
Penilaian kualitatif telah dijalankan untuk menilai risiko kebakaran yang akibat dari
penstoran kok dan arang di kawasan penstoran bahan mentah.
Penilaian kuantitatif
Peristiwa berbahaya yang dimodel ialah jet nyalaan untuk pelepasan gas asli tidak
sengaja dan kolam kebakaran untuk diesel.
Keputusan yang diperolehi daripada jangkaan frekuensi dan analisis konsekuen
diintegrasikan untuk menghasilkan kontor risiko bagi perbandingan dengan kriteria
yang dicadangkan di Malaysia. Zon-zon radiasi yang dimodel daripada pelepasan
kemalangan bagi gas asli dan diesel tidak menjangkaui sempadan tapak. Kontor
iso-risiko sepadan dengan kriteria penerimaan risiko bagi kawasan perindustrian
berdekatan iaitu 1x10-5 kematian/orang/tahun dan bagi kawasan perumahan
berdekatan iaitu 1x10-6 kematian/orang/tahun, turut dijangka tidak mempunyai impak
signifikan (memandangkan ia berada di dalam kriteria yang boleh diterimapakai).
Langkah-langkah kawalan
Kebanyakkan kemalangan industri adalah disebabkan kesilapan manusia ataupun
kecuaian operasi dan penyelenggaraan kilang. Langkah-langkah pencegahan
merupakan cara yang berkesan untuk mengurangkan kemalangan. Antara langkahlangkan yang akan diterima pakai untuk projek ini termasuk mengamati dan
mematuhi dengan tegas segala perintah dan peraturan, perlaksanaan prosedur
keselamatan yang ditetapkan, penyelenggaraan kilang secara tetap dan efektif, serta
pembelajaran dan latihan berterusan berkenaan langkah-langkah tersebut.
Penilaian kualitatif
Kok
Kok merupakan bahan yang mudah terbakar jika dibandingkan dengan arang. Walau
bagaimanapun, kebarangkalian bagi kok untuk terbakar secara spontan atau dengan
letupan debu (dust explosion) adalah sangat jarang kerana kok tidak mudah
dinyalakan kecuali dengan kehadiran sumber nyalaan.
Kebakaran kok selalunya berlaku semasa penghasilan kok di mana ketika itu kok
baru yang dihasilkan belum sempat disejukkan dan ia perlu distor dengan
membenarkan udara bergerak bebas dan berterusan melalui lapisan kok tersebut.
Prosedur melembabkan dengan menggunakan sistem pemercik akan diaplikasikan
dari semasa ke semasa untuk mengawal mengekalkan suhu kok dibawah suhu
pencucuhan, manakala pemadatan semula akan membantu melepaskan tekanan

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 16

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

yang terperangkap di dalam lapisan kok. Langkah kawalan yang perlu diambil adalah
pengawasan suhu timbunan kok dan pemerhatian visual untuk asap atau api, serta
cepat bertindak untuk mengalihkan kok-kok di bahagian panas dan membasahkan
dengan air apabila ia terdedah.
Arang
Salah satu bahaya yang kerap terjadi disebabkan arang ialah pembakaran spontan
akibat daripada keupayaan arang bertindak balas dengan oksigen di udara yang
terdapat dalam timbunan arang. Titik panas mudah terbentuk apabila arang
menyerap oksigen dari udara berikutan dengan cara arang tersebut disimpan
ataupun diletakkan di kawasan penstoran. Peningkatan haba berlebihan dalam
timbunan arang merupakan sebab kebiasaan punca kebakaran arang di kawasan
simpanannya. Namun demikian, kebarangkalian untuk berlakunya pembakaran
sepontan di kawasan penstoran arang adalah amat jarang memandangkan arang
mempunyai suhu pencucuh yang agak tinggi. Tambahan pula, langkah kawalan
seperti penggunaan sistem pemercik air untuk menghalang kejadian peningkatan
haba dan pembakaran sepontan, serta pengawasan terdekat untuk titik-titik panas
adalah berkesan bagi mengurangkan risiko kebakaran.
5.12

Penilaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan


Di peringkat pembinaan untuk kemudahan baru, bahaya yang mungkin dihadapi
adalah kemalangan akibat pergerakan kenderaan, penggunaan peralatan, bekerja di
tempat tinggi dan pendedahan kepada bunyi bising yang tinggi. Dalam fasa operasi
pula, bahaya yang mungkin dihadapi termasuklah bahaya fizikal (pendedahan
terhadap bunyi bising yang tinggi, getaran dan haba), bahaya kimia (pendedahan
terhadap bahan boleh sedut dan bahan kimia berbahaya) dan bahaya dari
penggunaan mesin.
Bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan besi dan keluli juga boleh
mendatangkan bahaya kepada pekerja-pekerja yang terdedah kepadanya. Bahanbahan tersebut adalah:
Arang:
berupaya mengurangkan fungsi peparu dan boleh terbakar
Kok:
berupaya menyebabkan kerengsaan salur respirasi dalam dos yang
besar dan menyebabkan kerengsaan mata
Gentian besi: berupaya menyebabkan dan memudaratkan penyakit respirasi akibat
saiz zarahnya yang kecil
Silika:
sejenis karsinogen dalam bentuk kuartza dan cristobalite sekiranya
tersedut
Batu kapur: mungkin mengandungi zarah silika, sejenis karsinogen, dan
mendatangkan kesan-kesan buruk pada salur respirasi sekiranya
tersedut habuk berlebihan
mungkin mengandungi zarah silika, sejenis karsinogen
Dolomit:
Langkah-langkah Kawalan
Menerima pakai prosedur keselamatan akan dititikberatkan untuk kesemua aktiviti
yang berlangsung dalam pembinaan dan juga operasi kilang. Ini termasuk
pemeriksaan keselamatan yang kerap, pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja dan
pengawasan berkala persekitaran kilang (yang berkaitan kepada kualiti udara,
radiasi, bunyi bising dan getaran).
Selain itu, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) telahpun disediakan untuk
meminimakan dan membendung kesan-kesan kemalangan dan ianya meliputi:
Pelindungan kepada pekerja dan harta benda kilang semasa kecemasan;

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 17

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

5.13

Ringkasan Eksekutif

Prosedur penutupan dan pengungsian kecemasan;


Pengurangan dan pembendungan kesan-kesan kemalangan terhadap alam
sekitar;
Peranan ahli-ahli dalam pasukan tindakan;
Interaksi bersama perkhidmatan awam (seperti polis, bomba, JAS dll) untuk
menghasilkan sebuah rancangan kecemasan yang menyeluruh; dan
Latihan kecemasan berkala.

Sisa Pepejal dan Sisa Terjadual


Projek pembesaran kilang ini akan mengakibatkan pertambahan jumlah sisa yang
terhasil.
Sisa-sisa yang terhasil daripada projek yang dicadangkan adalah habuk terturas
daripada sistem pengumpulan habuk kilang sinter dan relau bagas, sanga relau
bagas dan juga sisa minyak dan gris daripada peralatan kilang. Namun demikian,
kebanyakkan sisa-sisa ini (kecuali sisa minyak dan gris) akan dikitar semula ke
dalam proses di Kilang Sinter. Sanga relau bagas pula akan dihancurkan dan dipulih
semula untuk digunakan dalam pembuatan simen.
Secara keseluruhannya, tujuan untuk projek ini ialah untuk mengurangkan jumlah
sisa terjadual yang terhasil dan dilupuskan. Kilang Sinter dijangka akan memainkan
peranan utama untuk mengitar semula kebanyakkan sisa pepejal dan sisa terjadual
yang dihasilkan. Lantas, kesan berkemungkinan terhadap alam sekeliling yang
disebabkan oleh sisa-sisa ini dijangka amat sedikit.

5.14

Prestasi Alam Sekeliling


Hasil daripada pengawasan berkala (dari Ann Joo) dan pengawasan persekitaran
sediaada (yang dijalankan oleh Perunding) untuk kualiti udara, pelepasan cerobong,
kualiti air, bunyi bising sempadan dan getaran telahpun ditaksirkan.
Pematuhan terhadap tahap kualiti udara untuk debu (TSP) adalah tinggi dan di
antara 93% di jambatan timbang dan 100% di kawasan-kawasan lain di dalam tapak
kilang. Pematuhan pelepasan cerobong pula di antara 88% hingga 100%. Untuk
parameter-parameter PM10, SO2, NO2 dan logam berat, pematuhan 100% dicapai di
semua kawasan.
Pematuhan untuk kualiti air untuk effluen keluar dari kedua-dua alur adalah di antara
50% hingga 80% untuk pH, 50% hingga 100% untuk COD dan 100% bagi
parameter-parameter lain yang tersenarai di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian) 1979.
Bagi bunyi bising sempadan dan getaran, didapati pematuhan terhadap tahap yang
ditetapkan adalah tinggi pada waktu siang berbanding dengan waktu malam.
Pematuhan paling rendah ialah di sempadan timur kilang di mana hanya 65%
kepatuhan di waktu siang dan 0% di waktu malam. Tahap getaran yang direkodkan
di Kampung Main Road mencapai tahap pematuhan 100%.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 18

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

6.

KESAN-KESAN TINGGALAN DAN CADANGAN-CADANGAN

6.1

Pencemaran Udara dan Kesihatan Sekitaran


Permodelan kualiti udara yang dijalankan untuk operasi normal kilang telah
meramalkan peningkatan yang tinggi bagi kandungan zarah terampai (TSP) di udara
persekitaran, meskipun tahap yang diramal ini akan mematuhi piawaian kualiti udara
DOE di kawasan-kawasan penduduk yang berdekatan. Kepekatan di paras bumi
bagi parameter-parameter SO2, NO2 dan dioxin diramalkan akan berada dibawah
tahap yang boleh terima. Peningkatan tahap TSP diramal akan memberi kesan
terhadap populasi pekerja tetapi tidak pula kepada kawasan perumahan yang berada
di luar kawasan perindustrian. Pada masa yang sama, risiko pendedahan kepada
tahap TSP yang tinggi yang dialami oleh populasi penduduk adalah kurang jika
dibandingkan dengan pekerja di kawasan perindustrian ini.
Aduan sesekali yang dibuat oleh penduduk yang tinggal berdekatan dengan kilang
adalah berkaitan dengan pencemaran lepasan larian daripada pengendalian sekerap
di kawasan sekerap, pengendalian dan pelupusan sanga dan pergerakan trafik di
dalam kawasan kilang. Pencemaran debu dijangka akan berkurangkan dengan
kewujudan kilang membuat besi yang baru, yang mana turut mengurangkan
penggunaan sekerap. Pada masa yang sama, pelepasan debu daripada pergerakan
trafik akan dapat dikawal dengan efektifnya dengan menurap jalan, mengawal
hadlaju kenderaan, menyapu jalan dengan kerap dan juga membasahkan
permukaan jalan dan sanga.
Secara keseluruhannya, penerimagunaan prinsip BATNEEC serta kaedah operasi
dan penyelenggaraan sistem kawalan yang betul akan dapat memastikan
pencemaran dapat dikawal di tahap minima. Pada masa yang sama, EPR akan turut
membenarkan tindakan pantas diambil untuk kemalangan dan kecelakaan yang tidak
dijangka.

6.2

Pencemaran Bunyi
Peningkatan tahap bunyi bising akibat pembesaran yang dicadangkan ini secara
amnya terbatas di dalam kawasan kilang sahaja dan peningkatan tahap bunyi bising
tidak akan memberi kesan kepada penduduk-penduduk terdekat.
Bunyi bising daripada operasi sedia ada di Ann Joo tidak berkemungkinan menjadi
punca utama bagi aduan-aduan daripada kawasan penduduk persekitaran. Ini
adalah disebabkan bunyi bising dari punca-punca bergerak seperti pergerakan
kenderaan berat (di dalam kawasan perindustrian) dan pergerakan keretapi adalah
lebih ketara. Diantara kedua-dua, bunyi bising daripada pergerakan keretapi adalah
lebih tinggi akan dirasai penduduk memandangkan landasan keretapi ini terletak di
antara sempadan kilang dan kawasan penduduk. Perancangan guna tanah yang
tidak memuaskan telah mengakibatkan kekurangan zon penampan di antara
kawasan-kawasan penduduk baru dengan sempadan Kawasan Perindustrian Perai.
Perlu diambil kira bahawa Kawasan Perindustrian Perai telah mula beroperasi jauh
lebih lama daripada kewujudan kawasan perumahan seperti Taman Perai Utama
dan kawasan perumahan untuk pekerja KTM dan ianya adalah diluar tanggung
jawab pihak penggerak projek untuk mengawal bunyi bising yang tidak berpunca dari
operasinya sendiri.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 19

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

6.3

Ringkasan Eksekutif

Keserasian Guna Tanah dan Isu Sosial


Keserasian guna tanah merupakan suatu kebimbangan akibat daripada
perancangan guna tanah yang tidak memuaskan untuk kawasan Perai. Kawasan
Perindustrian Perai ini mula beroperasi sejak 1967 apabila kawasan sekitarnya
masih kawasan pertanian ataupun hutan paya. Pencerobohan kawasan untuk
mengadakan perumahan telah mengakibatkan kehilangan zon penampan yang perlu
dan kini penampan yang tinggal hanyalah rizab keretapi yang berada di antara
kawasan perumahan dan kawasan perindustrian. Namun demikian, zon penampan
yang secukupnya akan diadakan di antara pembesaran yang dicadangkan dengan
kawasan perumahan ini. Kilang baru ini akan ditempatkan di bahagian barat dan
barat daya tapak, dalam jarak yang lebih daripada 500m dari kawasan penduduk
terdekat.
Hasil kajian sosio-ekonomi mendapati penduduk di sini secara amnya tidak mengalualukan cadangan pembesaran kilang ini. Maklumbalas yang diterima ini adalah
seperti yang dijangkakan memandangkan terdapat persepsi yang menyatakan akan
berlakunya peningkatan pencemaran udara daripada projek yang dicadangkan.
Namun demikian, diketahui umum bahawa keadaan kualiti alam sekeliling di sini
adalah kurang memuaskan dan ini disebabkan pelbagai industri yang berada di sini.
Gol jangka panjang untuk memulih semula keadaan alam sekeliling bukan sahaja
tertakluk dengan menghadkan pertambahan industri baru, tetapi dengan
pengurangkan pecemaran alam sekeliling dari punca-punca sedia ada. Ini boleh
dicapai dengan penggunaan teknologi proses yang baru dan mengadakan sistem
kawalan pencemaran yang lebih baik. Cadangan pembesaran kilang yang
disarankan Ann Koo Steel akan menepati kedua-dua objektif ini. Pada masa yang
sama, penilaian faedah kos telah menyimpulkan bahawa cadangan pembesaran ini
boleh mendatangkan keuntungan bersih bagi sosial dan ekonomi penduduk di
kawasan Perai.

7.

PELAN PENGAWASAN ALAM SEKITAR


Objektif utama untuk pelan pengurusan alam sekeliling adalah untuk memastikan
langkah-langkah yang dicadangkan di dalam laporan DEIA ini dilaksanakan dan juga
kesemua kehendak-kehendak undang-undang dipatuhi. Program pengawasan alam
sekeliling yang dicadangkan dalam Jadual RE-4 ini boleh dijadikan sebagai salah
satu komponen di dalam EMP. Di dalam jadual ini turut disyorkan rangka
pengawasan-pengawasan yang perlu untuk isu-isu yang berpotensi dan yang telah
dikenalpasti di dalam Bab 9. Program pengawasan ini hendaklah disemak dan
diubah dari masa ke semasa mengikut perubahan yang dibuat terhadap projek yang
dicadangkan ini semasa peringkat perlaksanaannya.

8.

KESIMPULAN
Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa impak terhadap alam sekeliling yang
berkaitan dengan cadangan pembesaran kilang ini dijangka berada di tahap yang
boleh diterima dan tidak mempunyai kesan-kesan tinggalan jangka panjang yang
signifikan terhadap alam sekeliling.
Di mana terdapat kebimbangan yang timbul dari penduduk tempatan dan
ketidaksetujuan terhadap projek ini, ia adalah dari pandangan kajian ini bahawa ini
merupakan kebimbangan yang dilihat dengan mata kasar, tanpa mengambil kira
kemajuan teknologi untuk rekabentuk kilang baru yang telah diambil oleh Ann Joo
Steel untuk mengurangkan kebimbangan penduduk terhadap Projek ini.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 20

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

Secara amnya, penemuan dari kajian DEIA ini menyokong perlaksanaan projek dan
operasi kilang baru yang dicadangkan, dengan peruntukkan bahawa langkahlangkah yang telah dikenalpasti di dalam kajian DEIA ini dilaksanakan.

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 21

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

JADUAL RE-4: RINGKASAN PENGAWASAN ALAM SEKELILING UNTUK CADANGAN PEMBESARAN KILANG ANN JOO STEEL BERHAD
ISU & PUNCA
1.

KUALITI UDARA

1.1

Udara ambien

1.2

1.3

Pelepasan udara

Dustfall

SASARAN PENGAWASAN

Di dalam tapak projek

Taman Senangin

Kg Bagan Dalam

Pelepasan cerobong

Di dalam tapak projek

Taman Senangin

Kg Bagan Dalam

PARAMETER

PEMATUHAN

FREKUENSI

TSP, PM10, SO2, NO2, Fe

Dioxins

TSP, SO2, NO2

Dioxins

Fallout (purata bulanan)

Recommended Ambient
Air Quality Standard

Sepanjang tahun

Recommended Ambient
Air Quality Standard
Tahap latar belakang

Setiap suku

Tahunan

Peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekeliling
(Udara Bersih) 1978

Setiap suku (untuk


Tahun 1);
Setengah tahun
(selanjutnya)
Tahunan (Kilang
Sinter dan EAF)

2.

BUNYI BISING

2.1

Bunyi bising sempadan

Sempadan kilang

24 jam

Piawai Garispanduan:
70 dB(A) waktu siang
60 dB(A) waktu malam

Setiap suku (untuk


Tahun 1);
Setengah tahun
(selanjutnya)

2.2

Kawasan perumahan

Rumah pekerja KTM

24 jam

Piawai Garispanduan:
LAeq+3 dBA

Setiap suku (untuk


Tahun 1);
Setengah tahun
(selanjutnya)

Perunding Utama Sdn Bhd

RE - 22

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

ISU & PUNCA


3.

AIR LARIAN PERMUKAAN

3.1

Kualiti air

4.

BAHAYA DAN
KESELAMATAN

4.1

Tindakan Kecemasan

5.

BUANGAN TERJADUAL

5.1

Buangan terjadual

Perunding Utama Sdn Bhd

SASARAN PENGAWASAN

PARAMETER

PEMATUHAN

Takat pelepasan

Piawaian B.

Kesediaan untuk mengambil


tindakan semasa
kecemasan

Memeriksa dan menguji


peralatan kecemasan,
mengadakan
latihan,
drill, dll.

Kawasan pengstoran dan


pelupusan yang wajar

Perlabelan,
penyimpanan, pungutan
dan mengitar semula/
memulih semula yang
betul oleh kontraktor
berlesen.

RE - 23

FREKUENSI

Piawaian B PeraturanPeraturan Kualiti Alam


Sekeliling (Kumbahan
dan Effluen Perindustrian)
1979

Setiap bulan

NA

Setiap suku atau


seperti yang
disarankan oleh
DOSH/Bomba

Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling
(Buangan Terjadual)
2005

Setiap minggu atau


setiap bulan.

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

Ringkasan Eksekutif

RINGKASAN ISU DAN LANGKAH KAWALAN


ISU
(mengikut kepentingan)

LANGKAH KAWALAN YANG DICADANGKAN

RUJUKAN LAPORAN
EIA

Pemasangan peralatan kawalan pencemaran udara


punca titik seperti beg penapis dan penyahdebu elektrik
Penggunaan sistem pengunaan semula sisa gas untuk
kilang sinter
Penggunaan semula gas relau bagas dalam proses
Penggunaan sistem INBA dalam proses penggranulan
sanga

Seksyen 9.1.6, pp. 9-14 ke


9-16

ULASAN JAS

1. Pencemaran Udara
Lepasan punca titik

Lepasan debu

Pelaksanaan langkah-langkah kawalan lepasan debu


yang berpatutan seperti penggunaan sistem pemercik
Pelaksanaan good housekeeping

Seksyen 9.1.1, pp. 9-2

2. Pencemaran bunyi
Bunyi bising dari operasi

Penggunaan mesin / peralatan yang kurang


menghasilkan bunyi bising dan penyenyap peralatan di
punca bunyi bising
Penyediaan peralatan perlindungan peribadi untuk
kegunaan pekerja-pekerja di kawasan bunyi bising
Pembinaan penghadang akustik di bahagian utara
kilang untuk mengurangkan bunyi bising

Seksyen 9.3.2, 9.3.3 dan


9.3.4, pp. 9-74 to 9-78

Pembinaan penimbal fizikal atau visual di kawasan zon


penimbal

Seksyen 9.6.3, pp. 9-112


& 9-113

3. Guna Tanah
Zon penimbal yang kurang
mencukupi
4.

Sosioekonomi
Masalah sosial yang timbul
akibat tenaga pekerja asing

Perunding Utama Sdn Bhd

Guna tenaga asing menurut peraturan


Pelaksanaan pemeriksaan kesihatan pekerja asing

RE-24

Seksyen 9.7.7, pp. 116

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

ISU
(mengikut kepentingan)

Ringkasan Eksekutif

LANGKAH KAWALAN YANG DICADANGKAN

RUJUKAN LAPORAN
EIA

ULASAN JAS

5. Trafik
Pengangkutan

Pengubahan jadual waktu pengangkutan untuk


mengelakkan pengangkutan sewaktu waktu sibuk dan
menggunakan jalanraya yang sesak
Penggunaan keretapi dan kapal laut untuk menerima
dan mengangkut bahan-bahan yang lebih intensif

Seksyen 9.10.2, pp. 9-130


& 9-31

Larian daripada timbunan


bahan

Pembinaan kolam tahanan, perangkap minyak dan gris


dan pembinaan benteng sekiranya berlakunya
tumpahan

Seksyen 9.2.5.2, pp. 9-66

Lepasan air pendingin


secara tidak langsung

Penggunaan piawai dan operasi industri untuk


mengurangkan tempoh dan jumlah lepasan

Seksyen 9.2.4.1, pp. 9-62

Larian permukaan sewaktu


fasa pembinaan

Penubuhan kemudahan penyahlodak

Seksyen 9.2.3.3, pp. 9-59

Sisa kumbahan

Penggunaan sistem kumbahan yang berkesan

Seksyen 9.2.4.3, pp. 9-65

Pelaksanaan langkah-langkah pencegahan kebakaran,


letupan etc.
Pemasangan sistem melawan kebakaran dan
pelaksanaan latihan kecemasan rutin

Seksyen 9.4.5, pp. 9-96 &


9-97

Pelaksanaan sistem pengurusan sisa yang berkesan


dan berupaya mengurus pelbagai jenis sisa
Pemisahan kawasan simpanan sisa pepejal dan sisa
terjadual

Seksyen 9.5.3, pp. 9-110

6. Pencemaran Air

7. Penilaian Risiko Kuantitatif


Bahaya api (termasuk
pembakaran spontan arang /
kok)
8. Waste Management
Pengurusan Sisa
Sisa terjadual
Sisa pepejal

9. Kesihatan dan Keselamatan


Pekerja
Bahaya kimia

Perunding Utama Sdn Bhd

Penyediaan MSDS di tempat kerja

RE-25

Seksyen 9.8.2.1, pp. 9121

[PU/EIA0612]

Ann Joo Steel Berhad

ISU
(mengikut kepentingan)
Bahaya keselamatan

Perunding Utama Sdn Bhd

Ringkasan Eksekutif

LANGKAH KAWALAN YANG DICADANGKAN

RUJUKAN LAPORAN
EIA

Penyediaan dan semakan pelan tindakbalas kecemasan

Seksyen 9.8.4, pp. 9-122

RE-26

ULASAN JAS

[PU/EIA0612]

You might also like