You are on page 1of 24

TOPIK 3 PERKAEDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU

PENDEKATAN
Kumpulan andaian yang saling berkaitan. y Mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses P&P. y Terdapat tiga pendekatan yang digunakan dalam proses P&P kesusasteraan.
y

Sejarah Sosiopsikologi dan emosi Diduktik dan analitik

PENDEKATAN SEJARAH
Terbentuk berdasarkan teori bahawa karya sastera perlu dilihat berdasarkan latar belakangnya. y Faktor sejarah mempunyai pengaruh besar terhadap jenis, persoalan dan cara penghasilan karya sastera. y Karya sastera dilihat sebagai himpunan rentetan peristiwa yang berlaku kepada seseorang watak.
y

PENDEKATAN SOSIOPSIKOLOGI DAN EMOSI


y y

y y

Realiti kepada peranan sastera. Cerminan sosial dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap psikologi dan emosi ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Karya sastera menjadi pembentuk cita rasa dan nilai dalam masyarakat tersebut. Melihat karya sastera sebagai peristiwa yang boleh dikaitkan dengan psikologi dan emosi manusia yang digambarkan dalam sesebuah karya sastera. Mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak yang terdapat dalam sesebuah karya sastera.

PENDEKATAN DIDUKTIK DAN ANALISIS (INTRINSIK)


y

y y y y

Berdasarkan teori bahawa unsur-unsur extrinsik sematamata bukanlah penyebab maka sesuatu karya sastera itu terhasil. Unsur-unsur ekstrinsik hanyalah boleh digarap untuk penghasilan karya sastera. Unsur-unsur intrinsik lebih penting. Membolehkan pelajar melihat karya sastera secara objektif dan analitik. Menganggap peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam karya sastera hanyalah sebagai suatu aksi yang boleh dieksploitasi sebagai bahan karya. Karya sastera dinilai berdasarkan ketepatan atau kebolehan pengarangnya memaparkan mesej berdasarkan peristiwa yang dieksploitasi itu.

KAEDAH PENGAJARAN
Perancangan bagi melaksanakan sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar. y Merupakan alat yang membolehkan pengajaran berjalan secara teratur, kemas dan bersistem, sesuai dengan pendekatan yang dipilih. y Terdapat tiga kaedah pengajaran :
y

Analisis struktural Menghayati-mengalami Berfokus, global dan eklektik

KAEDAH ANALISIS STRUKTURAL


Bertitik tolak daripada anggapan bahawa bahan sastera ialah penghasilan buah fikiran yang mengandungi pengalaman, imaginasi dan emosi yang berkaitan antara satu sama lain. y Berdasarkan kaedah struktural, karya sastera diajar melalui struktur bahan itu sendiri. Contohnya, cereka akan diajar berdasarkan strukturnya iaitu tema, plot, perwatakan dan sebagainya. y Antara ciri-ciri kaedah ini : Kajian bahan sastera dibuat secara induktif Perlukan pembacaan secara rapi dan terperinci Pemahaman terhadap karya berkait rapat dengan struktur karya.
y

KAEDAH MENGHAYATIMENGHAYATI-MENGALAMI
y y y y

Berasaskan anggapan bahawa setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup mereka. Bahan sastera merupakan rakaman pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita, drama dan sebagainya. Amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre sastera yang berbentuk cereka. Antara ciri-ciri utama kaedah ini :
Pelajar akan membaca karya sebelum pengajaran. Pelajar cuba menghayati atau menikmati bahan sastera dengan cara mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada. Aktiviti pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara kritis. Pengajaran berorientasikan aktiviti.

KAEDAH BERFOKUS, GLOBAL DAN EKLEKTIK


y

Kaedah Berfokus
Pengajaran yang menekankan aspek tertentu dalam sesebuah karya. Diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Menumpukan pengajaran kepada dua fokus, fokus utama dan fokus sampingan. Fokus-fokus ini tertumpu kepada kandungan isi pelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Terdapat satu tajuk isi pelajaran yang menjadi fokus utama, manakala aspek-aspek lain yang berkaitan menjadi fokus sampingan.

KAEDAH BERFOKUS, GLOBAL DAN EKLEKTIK


y

Kaedah Global
Berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu ialah hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Dikatakan tidak dapat mendalami sesuatu aspek sastera secara terperinci. Digunakan sebagai aktiviti pemanas dalam pengajaran seterusnya. Dalam P&P, pengkajian terhadap karya dibuat berdasarkan analisis kepada aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut secara keseluruhan dan spontan. Kebiasaannya diikuti dengan kaedah separa global yang menjuruskan kajian kepada aspek tertentu dalam karya tersebut.

KAEDAH BERFOKUS, GLOBAL DAN EKLEKTIK


y

Kaedah Eklektik Kaedah yang menggabungkan semua ciri terbaik dalam pelbagai kaedah lain. Tidak terikat kepada mana-mana kaedah tertentu. Guru boleh menggunakan kreativiti mereka untuk disesuaikan dengan pelajar sasaran.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P Adaptasi, Deklamasi, Cerpendra dan Mestamu


y

Adaptasi
Mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik. Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Deklamasi
Membaca puisi dengan nada, intonasi suara dan gaya yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Cerpendra
Mengubah suai petikan cerpen kepada bentuk drama. Teknik ini memaksa pelajar mendalami dan menghalusi isi petikan dan mengubahnya kepada skrip drama. Pelajar terpaksa mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar tempat dan masa, persoalan dan tema yang terdapat dalam cerpen tersebut.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Mestamu
Mendeklamasikan puisi dan melagukannya tanpa muzik. Terdapat dua aktiviti berjalan secara serentak iaitu, mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap. Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


Kerusi Panas, Improvivasi dan Pemaduan Seni

Kerusi Panas Boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera. Seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas. Pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas. Pelajar tersebut akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Improvivasi
Lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan. Para pelajar diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Pemaduan Seni
Penggunaan unsur seni untuk menghidupkan petikan dalam karya sastera. Seni-seni yang dipilih itu digunakan dengan serentak pada masa yang sama, Contohnya, pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan fakta mengenai watak tersebut.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


Baca Drama, Lakonan, Kaligrafi, Dialog, Melodi dan Nyanyian
y

Baca Drama
Untuk mengajarkan isi dan persoalan yang terdapat dalam drama. Pelajar diminta membaca skrip drama secara bergilir-gilir atau berdasarkan watak yang dikhaskan. Guru perlu menegaskan tentang penggunaan intonasi yang sesuai dalam pembacaan tersebut.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Lakonan
Untuk memudahkan pelajar mengingati dan menghayati sesuatu karya sastera. Pelajar diminta mengingati semula dialog atau petikan dalam drama atau novel, kemudian mereka diminta melakonkan petikan tersebut mengikut pemahaman dan penghayatan mereka sendiri.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Kaligrafi Seni tulisan yang boleh digunakan untuk memotivasikan pelajar memberikan fokus terhadap objektif pengajaran. Dalam pengajaran aspek perwatakan dalam novel misalnya, pelajar boleh diminta menuliskan nama-nama watak mengikut gaya dan kreativiti masing-masing. Tumpuan pelajar akan terarah kepada mana-mana watak yang sedang dituliskannya dan ini akan memudahkan perbincangan tentang aspek tersebut yang dibuat selepas itu.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Dialog Dimulakan dengan pemilihan dialog-dialog daripada bahan yang dikaji. Pelajar diminta menulis dan melafazkan dialog-dialog pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai. Kesungguhan perlu ditekankan supaya pelajar membaca dialog tersebut dengan gaya yang menarik. Aktiviti ini akan menyebabkan pelajar tertumpu kepada isi yang akan dibincangkan. Pengajaran akan diteruskan dengan perbincangan antara guru dan pelajar, yang merupakan soal jawab yang berkaitan dengan isu yang sedang dibincangkan.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Melodi
Nada dan ritma yang enak didengar atau dibacakan. Digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati sesuatu isi atau fakta. Fakta atau isi yang akan diajarkan digubah dalam bentuk melodi yang indah. Pelajar lebih mudah mengingati fakta yang bermelodi, berbanding fakta yang disampaikan secara tradisional.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P


y

Nyanyian
Teknik ini hampir sama dengan melodi. Isi atau fakta yang akan diajarkan digubah seperti rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. Fakta tersebut disebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu. Teknik ini akan menjadi lebih menarik jika diiringi muzik minus one lagu berkenaan.

You might also like