You are on page 1of 7

1.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMERDEKAAN MALAYSIA Tarikh 31 Ogos 1957, jam 12 malam menjelang hari yang disifatkan sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah saat paling bersejarah.Ia menandakan berakhirnya dilemma zaman penjajahan tentera British terhadap negara kita, Malaysia (sebelum ini Malaya). Tarikh keramat itu disambut dengan laungan dan pekikan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil daripada perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dalam menuntut kemerdekaan tanah melayu. Di hari yang bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat telah berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dengan cahaya lampu yg berwana-warni untuk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia. Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting sebanyak 12 kali, teriakan MERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah sejarah baru tanah air yang merdeka. Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh negeri di Persukutuan Tanah Melayu telah dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain telah dihiasi dgn bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dgn membentuk huruf MERDEKA'. Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11hari mulai dari 29 Ogos hingga 7september 1957 . Susunan aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dengan upacara menyambut keberangkatan tiba yang Teramat Mulia Duke dan Duchess of Glocester serta puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29 Ogos 1957,dua hari sebelum tarikh perayaan Kemerdekaan itu disambut ,Duke Duchess ofGlocester serta puteranya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur . Duke of Glocester,ialah bapa saudara kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yg menjadi Pegawai Peribadi Baginda Queen di dalm perayaan merdeka dan untuk tujuan menyerahkan surat

perlembagaan bagi menarik balik kuasa British menaungi Negeri-Negeri Melayu dan Kedaulatan Mahkota British ke atas Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ,Tunlu Abdul Rahman Putra Al-Haj,di dalam istiadat Perisytiharaan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Pada keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30Ogos 1957, perayaan di Kuala Lumpur terus disambut dgn penuh meriah .Selain daripada Majlis doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting dlm sejarah Negara ialah pembukaan rasmi Stadium Merdeka.Selain daripada menjadi gelanggang sukan Negara ia juga dijadikan tempat perisytiharaan kemerdekaan .Upacara pembukaan rasmi Stadium Merdeka itu telah diadakan pada jam 8:15 pagi dengan dilangsungkan pertunjukan senaman beramai-ramai murid-murid sekolah.

GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN KEMERDEKAAN 1957

2.0

ERTI KEMERDEKAAN

3.0

AKTIVITI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-56, 2013 telah diadakan di Dewan Terbuka

SMKA Yan pada 29 Julai 2013 . Antara pengisian adalah, ucapan daripada Pengetua, persembahan pelajar dan nyanyian lagu patriotik oleh para guru dan pelajar.

Aktiviti Sepanjang Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-56 : 39 Julai 2013 : Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang & Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan 29 Julai 2013 : Perutusan Hari Kemerdekaan & Jamuan Sempena Hari Kemerdekaan 16 Sept 2013 : Majlis Penutupan Sambutan Kemerdekaan & Sambutan Hari 1 Malaysia Aktiviti Pertandingan - Pertandingan : - Melukis logo -Menulis cerpen bertema patriotik -Deklamasi Sajak 1 Malaysia -Sudut Merdeka -Kuiz Kemerdekaan -Kartun Patriotik

You might also like