You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TIU 18500 MACHANG,KELANTAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KO-KURIKULUM KALI PERTAMA TARIKH MASA TEMPAT

: 23 Disember 2013 :10 Pagi : Bilik Wawasan SKBT.

Kehadiran : 1.En.Zakaria b.Abd Ghani (Guru Besar) 2.Hj Ahmad Sanusi b.Hj.Ramlee(PK.Pentadbiran) 3.En.Jalaludin b.Yahya (PK Hem) 4.En.Abdul Rahim b. Che Noh ( PK Ko) 5.En.Azhan b.Mustafa (SU.Kurikulum) 6.En.Mohd Zuki b.Mohamad (SU.Hem) 7.En.Malik Radzuan b.Omar (Kaunselor Sekolah) 8.En.Mohd Wardi b.Hussein (SU.Ko) 9.EN.Chan Guan Heng (SU Sukan) 10.Pn.Nor Ayati b.Mahamad 11.Pn.Kasmawati bt Mohamed 12.Pn.Munirah bt Maliki 13.YM.Tn.Mohd Izani b Tn Abdullah 14.Pn.Marjan bt Mokhtar 15.Pn.Maihan bt Hassan 16.Pn.Nor Asmaliza bt Ismail 17.Pn.Hjh.Rohani bt zahari 18.En.Mohd Zaidi b Muhammad 19.Pn.Nor Asiah bt Deris 20.Pn.Rohani bt hamid 21.YM.Tuan Mazni b Tuan Sulaiman 22.Pn.Hjh Meriani bt Ismail 23.Pn Noraira bt Che Rahim 24.Pn.Rohaidah bt Mat Zain 25.Pn Kumutham a/p Kuppusamy 26.Pn Normala bt Hamzah. *Semua Hadir

Agenda 1 : Perutusan penasihat (Guru Besar) 1.1 Guru besar Memulakan majlis dengan membaca surah Al-fatihah. 1.2 Guru Besar Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli. 1.3 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua guru di atas kejayaan bidang ko seperti : Naib Johan Dikir Barat PPD Machang ,bola tampar,bola sepak (ketiga PPD Machang} 1.4 Guru Besar mengharapkan kejayaan lebih cemerlang lagi unit ko kurikulum pada 2014. 1.5 Tahniah kepada semua yang terlibat dalam pesta ko , yang pertama kali diadakan di sekolah. 1.6 Pk Ko meneruskan agenda mesyuarat ko kurikulum

Agenda 2 : Ucapan Pengerusi (Pk Ko) 2.1 Pk Ko memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah di atas kejayaan melaksanakan program ko kurikulum pada tahun 2013 dengan jayanya.

Agenda 3 :Pembentangan Jawatankuasa Pelantikan Unit Ko-Kurikulum 2014 dan pengesahan pelantikan 3.1 En. Mohd Zuki bin Mohamad mencadangkan pelantikan jawatankuasa untuk tahun 2014 disahkan dan disokong oleh oleh En. Mohd Zaidi bin Muhamad.

Agenda 4 :Perancang Unit Ko 2014 4.1 Pk Ko memberitahu dasar yang diperkenalkan tahun lepas 2013 akan diteruskan dan ditambahkan kepada yang lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan 4.2 Program 1 Murid 1 Sukan merupakan dasar kerajaan dan wajib dilaksanakan . 4.3 Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan disekolah 4.4 Dasar 1M1S adalah diwajidkan untuk murid tahun 4 hingga 6 di sekolah rendah 4.5 Setiap sekolah hendaklah : a) Jawatankuasa pembagunan sukan sepanjang tahun 2014 4.6 PK Ko memberitahu aktiviti program 1M1S hendaklah dijalankan sepanjang tahun dalam masa 60 minit seminggu . Semua Guru terlibat dan diwajibkan hadir. 4.7 PK Ko juga mengingatkan kepada guru 5 strategi telah dirangka bagi melaksanakan dasar 1M1S :

i. ii. iii. iv. v.

Membezakan aktiviti sukan dengan Ko-Kurikulum. Memperkasakan penilaian dalam sukan pada tahun ini. Mewajibkan pelaksanaan aktiviti sukan sepanjang tahun persekolahan . Member penekanan kepada pendidikan jasmani waktu persekolahan. Mengadakan aktiviti asas sukan disekolah melalui Kelab Sukan.

4.8 PKko juga mengigatkan semua guru supaya aktiviti yang dijalankan mestilah berfokus dan target Juara. 4.9 Kejohanan sukan tahunan akan diadakan pada tahu ini .Dicadangkan pada bulan Jun. 4.10 Perkhemahan Unit Beruniform akan diadakan pada bulan April dan September ,di luar sekolah selama 3 hari 2 malam. 4.11 PK ko juga mengingatkan kepada semua guru jika ingin membatalkan aktiviti atau perjumpaan hendaklah dimaklumkan lebih awal atau 1 hari sebelum perjumpaan. 4.12 Perjumpaan pertama setiap unit atau pasukan akan diadakan pada 2 minggu bulan januari. 4.13 Perjumpaan pertama diadakan untuk melantik jawatankuasa baru tahun 2014. Tindakan :Makluman

Agenda 5 : Laporan Kewangan Unit Ko Kurikulum 5.1 Pk Ko membentang peruntukan kewangan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan mengikut klausa klausa yang tertentu. 5.2 Ketua unit ko Kurikulum di minta merancang lebih awal perbelanjaan sebelum menjalankan aktiviti dan perlu merujuk kepda kerani sekolah. Tindakan :Makluman

Agenda 6 : Hal- hal lain 6.1 Pk ko mengingatkan guru-guru yang mengajar PJK ,memastikan murid-murid yang menggunakan peralatan sukan dengan baik dan selamat.

6.2 Memastikan Peralatan sukan yang digunakan dikembalikan ke setor sukan dengan baik. 6.3 Guru PJK dan murid mesti berpakain sukan semasa menjalankan aktiviti PJK. 6.4 Setiap Rabu murid diwajibkan beruniform lengkap mengikut pasukan masing-masing.Guru-guru Unit pula,digalak memakai uniform lengkap ,supaya menarik minat murid 6.5 Latihan atau perjumpaan unit beruniform, kelab dan persatuan akan diadakan pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang, setiap rabu. 6.6 Latihan Rumah Sukan akan diadakan 2 kali setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.oo Tengah hari

Disediakan oleh

Disemak oleh

MOHD WARDI BIN HUSSEIN Setiausaha KO Kurikulum, SK. Bukit Tiu, 18500 Machang , Kelantan.

ABDUL RAHIM BIN CHE NOH PK KO SK.Bukit Tiu, 18500 Machang , Kelantan.

s.k 1.fail

You might also like