You are on page 1of 10

Budaya-budaya lain Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.

Mengikut kepercayaan mereka, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit. Pada asasnya,adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat. Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang diingini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku. Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki. Hari pertunangan pula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau mengikut tempoh yang ditetapkan. Akhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka. .. Adat perkahwinan dalam masyarakat Cina amat dititikberatkan. Masyarakat Cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaikbaiknya. Mengikut kepercayaan mereka, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat adalah dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan dalam masyarakat Cina iaitu eksplisit dan implisit. Pada asasnya, terdapat beberapa peringkat dalam adat asas perkahwinan dalam masyarakat Cina. Pertama sekali, adat merisik dijalankan bagi mengetahui latar belakang gadis yang diingini. Hal ini kerana masyarakat Cina amat mengambil berat tentang nama, keturunan, keperibadian, watak dan sikap bakal pasangannya. Hal ini penting bagi mengekalkan hubungan perkahwinan tersebut. Merisik dilakukan dalam pelbagai cara. Secara lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina menjalankan adat merisik dengan menghantar seorang wakil ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Segala ketetapan yang telah dipersetujui akan dimaklumkan kepada keluarga pihak lelaki. Masyarakat Cina juga gemar mengadakan perbincangan di restoranrestoran dengan disertai oleh saudara mara lain. Tradisi makan bersama amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan hubungan diantara kedua belah keluarga. Isi perbincangan ketika merisik adalah

berkaitan perkara-perkara umum terutamanya latar belakang keluarga dan keturunan.

Seterusnya, hari pertunangan akan dilangsungkan berdasarkan kalendar Cina. Tarikh pertunangan tersebut hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Dalam upacara ini, khidmat tukang tilik akan diguna bagi menetapkan tarikh tersebut berdasarkan sebuah iaitu Toong-Su. Upacara ini penting kerana mengikut kepercayaan mereka, jika dilakukan pada waktu yang tidak bersesuaian dipercayaai akan ditimpa bencana dan perkahwinan tidak berkekalan. Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah tamat tempoh pertunangan selama setahun atau mengikut tarikh yang ditetapkan. Pada waktu ini, bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah pengantin perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara menukar cincin ditukarkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Kedua-dua bakal pengantin akan menyarung cincin di jari manis kiri sehinggalah tiba hari perkahwinan. Si gadis akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyesang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik sebagai bukti persetujuan. Setelah pihak lelaki menerima Nyen-sang, mereka akan mengadakan persediaan. Nyensang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adatadat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Lazimnya, hantaran dan mas kahwin akan diberi semasa pertukaran cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Hantaran terdiri daripada sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup untuk diberi kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberikan. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan akan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Seterusnya, hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Jika berlaku sebarang kematian dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin sebelum tibanya hari perkahwinan, perkahwinan mesti ditangguhkan pada tahun berikutnya atau selama seratus hari. Hal in, kerana tidak manis jika mengadakan majlis perkahwinan ketika orang lain sedang berkabung. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan dihias cantik dan segak pada hari perkahwinan tersebut. Pada masa dahulu, masyarakat Cina memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Warna ini dikatakan membawa tuah. Menurut hasil temubual bersama dengan orang sumber iaitu, Saudara Lee Hoi Yeh, pada zaman ini, kebanyakan masyarakat Cina turut mengenakan baju pengantin berupa gaun-gaun moden bagi pengantin perempuan manakala pengantin lelaki memakai kot seperti yang banyak dipakai oleh masyarakat Barat. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya. Di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara minum teh sangat penting dan masih diamalkan sehingga ke hari ini. Adat minum teh merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walaubagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina moden hari ini.

Acara kemuncak pada hari perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Acara ini diadakan secara besar-besaran sama

ada di rumah, restoran atau di dewan. Ang-pau akan diberi kepada pasangan pengantin oleh tetamu yang datang ke jamuan tersebut. pengantin akan mengambil kesempatan yang ada bagi mengenali ahli keluarga di kedua belah pihak pada ketika itu. Akhir sekali, kedua-dua pasangan pengantin akan mendatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.

Melalui temubual yang dijalankan, adat perkahwinan bagi masyarakat Cina Hokkien adalah sama seperti masyarakat Cina yang lain. Hanya terdapat sedikit perbezaan seperti bagi masyarakat Hookien, ketika berlangsungnya majlis perkahwinan terdapar beberapa barang yang perlu ada dan dipatuhi seperti sepasang tebu, sepasang ayam yang terdiri daripada seekor ayam jantan dan seekor ayam betina, kelapa, payung dan banyak lagi. Barangbarang ini diperlukan bagi menjalankan beberapa upacara mengikut adat mereka. Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya dalam kalangan mereka yang beragama Kristian. . Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Mereka juga terpaksa berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat melayu,mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara. . Adat Menyambut Kelahiran Terdapat pelbagai pantang larang dan adat resam yang perlu dipatuhi dalam amalan masyarakat Cina. Perkara ini termasuklah beberapa adat dan pantang larang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Cina sewaktu menjalani proses mengandung sehinggalah bayi tersebut selamat dilahirkan.

Sewaktu mengandung, pelbagai adat perlu diikuti oleh masyarakat Cina bagi memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa bencana dan sebarang kejadian buruk seperti kecacatan, keguguran atau kematian. Wanita-wanita Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan amalan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina, yang bertanggungjawab menjaga wanita mengandung adalah ibu mertua dan bukannya suami. Mereka juga amat mementingkan anak lelaki. Anak lelaki amat dipentingkan kerana melaluinya keturunan boleh dilanjutkan apabila anak lelaki tersebut mewarisi nama nenek moyang mereka. Manakala anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa hanyalah sehingga mereka berkahwin. Setelah berkahwin anak perempuan dianggap sebagai hak milik keluarga suaminya.

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Hal ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

Selain itu, wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Daripada segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali mengambil makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan dalam kuantiti yang banyak kerana dikhuatiri bayi yang bakal dilahirkan menjadi terlalu besar. Hal ini akan memberi kesukaran kepada si ibu untuk melahirkan anak tersebut. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat kepada bentuk perut wanita yang hamil, terutamanya apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas anak selamat dilahirkan, wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan

untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Bagi pemakanan untuk wanita selepas bersalin, mereka disarankan untuk makan makanan yang menggunakan sejenis arak yang telah diperam. Arak itu dimasukkan dalam masakan mereka bersama-sama ayam, lada, halia dan kemudiannya digoreng. Masakan yang bersifat panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga. Sama seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina turut mengadakan kenduri apabila bayi mereka mencapai umur sebulan dan majlis cukur rambut. Sejenis kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah akan diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Adat mencukur rambut akan diadakan sebagai tanda pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat. Mereka mencukur rambut bayi kerana masyarakat Cina beranggapan rambut bayi yang dilahirkan itu adalah hanya rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk rambut baru tumbuh.

Bayi yang dilahirkan juga perlu diberi nama yang sesuai. Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti membawa maksud lambang kekayaan, kesejahteraan dan kemewahan. Bunyi nama tersebut juga hendaklah sedap didengar. Nama yang diberi adalah berdasarkan kepada kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelokeloknya sepadan. Timbangan unsur Ying dan Yang yang sama berat juga dititikberatkan dalam penamaan anak yang dilahirkan. Nama anak juga mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melangkapi.

Nama tersebut hendaklah terdiri daripada tiga perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama satu generasi dalam kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama panggilan bagi diri sendiri adalah nama yang ketiga. Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga dipercayai akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan untuk memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang lama terutamnya bagi mereka yang terikat dengan adat yang memerlukan mereka merujuk kepada kitab-kitan tertentu. .. Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian.Apabila berlaku kematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati.Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Mereka akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi si mati.Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu dimainkan.Selepas upacara kematian,ahli keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa hari sehingga hari perkabungan tamat. .. -Semasa Kematian Bagi masyarakat Cina, mereka amat berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Adat-adat tersebut dijalankan mengikut seperti yang telah diwariskan dari nenek moyang mereka.

Apabila berlakunya kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Setelah dimandikan, mayat akan disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutamanya ketika di alam akhirat. Mayat tersebut juga akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya, pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika majlis perkahwinan si mati. Oleh itu, menjadi satu kewajipan kepada masyarakat Cina untuk menyimpan pakaian perkahwinan mereka untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati juga akan dihias dengan aksesori yang lain terutamnya jika si mati itu seorang wanita. Setelah itu, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Jika si mati seorang yang kaya, kerandanya diukir dengan bersalut logam. Keadaan, rupa dan bahan untuk

membuat keranda serta harga keranda melambangkan kedudukan dan darjat si mati ketika hidup.

Setiap kematian yang berlaku akan diiringi dengan tangisan-tangisan ahli keluarga dan sahabat si mati. Mereka akan meratapi pemergian si mati dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu untuk diziarah oleh orang yang datang sehinggalah diusung ke kawasan tanah perkuburan. Tangisan yang dilakukan lazimnya akan diselit dengan kata-kata yang berunsur pujian dan kata-kata yang menunjukkan jasa baik yang telah dibuat oleh si mati ketika hayatnya. Keburukan si mati dilarang sama sekali diungkit dalam tangisan. Jika terjadinya hal ini, roh si mati tidak akan tenteram dan tersiksa. Terdapat juga segelintir masyarakat Cina yang akan melunaskan segala hutang si mati agar si mati tidak akan disoal di akhirat kelak. Tangisan keluarga terutamanya ibu bapa atau saudara mara yang lebih tua dianggap lebih baik dan amat digalakkan dalam masyarakat Cina. Mereka juga akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi pemergian si mati. Sesiapa yang menangis paling kuat dan berada dalam keadaan paling bersedih akan mendapat upah yang lebih lumayan. Tangisan akan berlanjutan sehinggalah mayat si mati dikebumikan.

Setelah itu, mayat akan dibawa ke tanah perkuburan atau dipanggil sebagai jirat untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu, masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Semasa mengiringi mayat, pelbagai jenis lagu akan dimainkan. Lagu tersebut adalah berunsur keagamaan atau lagu-lagu tradisional yang melambangkan kesedihan atas pemergian si mati. Ada juga yang akan mendendangkan lagu si mati ketika hidup. Pemuzik lazimnya ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Pada hari tersebut, keluarga si mati akan memakai pakaian bewarna hitam. Warna lain tidak digalakkan terutamanya warna merah yang dianggap

mempersendakan si mati dan juga keluarganya. Pakaian lain yang dilarang dalam upacara kematian adalah baju yang berbunga. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Mereka juga akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak di sepanjang perjalanan ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas. Adat ini dijalankan kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, cara ini adalah bagi memastikan roh mengetahui jalan untuk pulang ke rumah dengan berpandukan kepada kertas-kertas tersebut.

- Upacara Pengebumian Ketika berlangsungnya upacara pengebumian, mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur untuk mencuri barang-barang yang diletakkan dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagi masyarakat Cina, kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Semakin tinggi kawasan perkuburan, semakin mahal harganya. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.

Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

-Selepas Kematian Selepas upacara kematian, semua ahli keluarga si mati akan menjalankan adat berkabung. Bagi upacara berkabung, pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa hari sehingga tamat tarikh berkabung. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung. a) Kelainan Upacara Pengebumian Masyarakat Hokkien Adat pengebumian yang dijalankan oleh masyarakat Cina etnik Hokkien adalah sama dengan masyarakat-masyarakat Cina yang lain. Mereka juga mengamalkan adat-adat seperti memakaikan si mati dengan pakaian yang cantik, menangisi pemergian si mati dan lain-lain lagi. Hanya terdapat sedikit perbezaan dalam masyarakat Cina Hokkien iaitu, apabila berlakunya kematian seorang orang Cina etnik Hokkien, seorang tok bomoh akan diupah ketika waktu pengebumian untuk membaca kitab. Terdapat juga upacara mengelap muka mayat. Bagi sanak saudara si mati pula, mereka akan memakai pakaian seragam sama seperti yang dipakai oleh masyarakat-masyarakat Cina yang lain. Tetapi masyarakat Cina Hokkien memakai baju dari warna yang berbeza dimana setiap warna melambangkan status pemakai terhadap si mati. Contohnya, warna hitam dan putih bagi anak si mati dan warna biru pula dipakai oleh cucu sebelah anak perempuan si mati. . Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.

You might also like