You are on page 1of 12

TAJUK 3

PENGENDALIAN DATA

Modul ini meliputi dua tajuk utama iaitu Manipulasi Data yang meliputi tajuk Pengumpulan Data, Paparan Data dan Terjemahan Data dan tajuk kedua adalah Purata yang meliputi menghasilkan rumus dan menggunakan rumus. Pengendalian data boleh dimanipulasikan berdasarkan masalah harian yang melibatkan penggunaan purata yang boleh meliputi tajuk-tajuk ukuran, timbangan berat, sukatan isipadu cecair dan masa.

PENGENDALIAN DATA

MANIPULASI DATA

PURATA

PENGUMPULAN DATA

PAPARAN DATA

TERJEMAHAN DATA

MENGHASILKAN RUMUS

MENGGUNAKAN RUMUS

1.1.

Manipulasi Data

Manipulasi data melibatkan peringkat kebolehan untuk mengumpul informasi atau data, mempersembahkan dan menginterpretasikan data secara sistematik yang merupakan aspek yang penting dalam kehidupan seharian.

1.1.1 Pengumpulan Data Pengumpulan data bermula dengan pencarian jawapan bagi masalah dalam kehidupan seharian kita. Selepas murid mendapat persoalan yang sesuai, mereka perlu merancang untuk mengumpul data. Data boleh dikumpulkan dengan pelbagai jenis cara; iaitu tally atau pembilangan terkumpul. Seterusnya data yang terkumpul perlu diproses dan dipersembahkan dengan menggunakan pelbagai carta atau rajah yang sesuai seperti carta bar, carta pai dan histogram. Akhir sekali, interpretasi data harus dilakukan dengan membaca data dan menanya soalan yang relevan dengan data.

Kitaran Pengumpulan Data

Nyatakan masalah dan merancang

Menginterpretasi data

Mengumpul data daripada sumber berbeza

Memproseskan dan mempersembahkan data

1.1.2 Paparan Data Contoh-contoh paparan data boleh dilakukan dalam bentuk :

a) Piktograf Piktograf yang mengandungi maklumat-maklumat yang ringkas dan mudah difahami yang diwakili oleh gambar atau simbol. Nilai yang diwakili oleh gambar atau simbol harus dinyatakan dalam kunci.

Contoh :

b)

Jadual

Biasanya, data sering dikumpul, diorganisasi dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Contoh: Jantina Jumlah

Lelaki

100

Perempuan 150

b) Graf Bar Terdapat dua jenis, iaitu graf bar secara melintang atau graf bar secara menegak. Contoh :

Makanan Kegemaran Murid


35 30 25 20 15 10 5 0 Nasi goreng Sushi Kuih Jumlah

c)

Graf Garis

Graf garis berkesan untuk menunjukkan fenomena semasa seperti catatan suhu, hujan dan kelajuan kenderaan. Contoh :

Graf kelajuan kereta


4

d)

Carta Pai

Carta pai berbentuk bulat dan dibahagikan kepada sektor-sektor untuk mewakili data. Ciri-ciri: Mempunyai tajuk Setiap sektor mesti dilabel atau mempunyai kunci untuk menjelaskan label Setiap sektor merupakan sebahagian daripada keseluruhan

Contoh

Cara Murid Pergi ke Sekolah

22% 45% 11% 22%

Berjalan kaki Bejalan

Bas sekolah Kenderaan ibu bapa Memandu sendiri

Refleksi

Bagaimana anda menentukan bentuk paparan data yang sesuai untuk memaparkan data yang diperolehi ?

1.1.3 Interpretasi Data Kemahiran kompleks ini melibatkan proses ramalan dan membuat inferens

daripada satu set data. Kaedah yang digunakan oleh penyelidik untuk memberi makna kepada data

yang dikumpulkan Contoh yang seterusnya boleh digunakan sebagai latihan untuk mengintepretasikan data daripada piktograf:

Jenis Wayang Kegemaran Guru Pelatih PISMP Matematik Semester 6 Jenis Wayang Romantik Jumlah

Aksi

Drama

Kunci:

10 orang

Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk membantu murid untuk memahami piktograf:

Apakah tajuk piktograf? Apakah maksud kunci gambar tersebut? Berapakan orang yang terlibat dalam data? Apakah jenis wayang yang paling popular? Apakah jenis wayang yang paling tidak popular? Berapakah beza antara bilangan yang meminati wayang Romantik dengan wayang Drama ?

Latihan 1. Anda dikehendaki membuat demonstrasi pengajaran mikro/makro dengan memasukkan contoh soalan 1 yang diberi di bawah secara terperinci. 2. Sediakan satu Rancangan Mengajar untuk 60 minit secara terperinci dan serahkan kepada pensyarah yang berkenaan. 3. Tuliskan satu refleksi berkaitan pengajaran anda dengan memberikan tumpuan kepada analisis SWOT (kekuatan-kelemahan-peluang-cabaran)

Soalan 1 :

Piktograf menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah muzium di Sarawak. Carikan jawapan untuk soalan-soalan berikut :

1. Berapa jumlah pengunjung dalam lima bulan pertama yang ditunjukkan ? 2. Berapakah beza bilangan pengunjung antara bulan Mei dan bulan Jan ? 3. Pada bulan apakah paling ramai orang mengunjungi muzium ini ? Pada pandangan anda, kenapa berlaku sedemikian pada bulan tersebut ? 4. Ramalkan bilangan pengunjung pada bulan Jun dan berikan justifikasi anda 5. Binakan satu graf bar menegak menggunakan data daripada jadual tersebut.

1.2

Purata

1.2.1 Penghasilan Rumus Perkataan Purata selalu digunakan untuk menerangkan sesuatu acara atau objek.

Contohnya: ketinggian purata budak di darjah 4 adalah 47. size kasut purata untuk budak perempuan 13 tahun adalah size 6.

Pernyataan di atas adalah penerangan yang biasa digunakan untuk menerangkan sesuatu fenomena.

Aktiviti: Andaikan anda telah mengutip data tersebut daripada murid-murid darjah 5 anda. Data yang diperolehi adalah seperti berikut:

Bil murid 5 7 6 8 3

Bil adik beradik 4 3 2 1 0

Bagaimana anda komputasikan purata untuk data ini? Tuliskan rumus untuk mengirakan purata.

Refleksi: Bolehkah anda mencadangkan satu contoh set data yang sesuai untuk mengirakan purata?

1.2.2

Aplikasi Rumus kanak-kanak meneroka

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kelas untuk membantu maksud purata. Contoh:

Mencari purata melalui aktiviti mengimbang bilangan duit siling dalam beg. Bahan-bahan: 6 beg 42 duit siling 10 sen Beg pertama = 7 duit siling 10 sen Beg kedua = 5 duit siling 10 sen Beg ketiga = 6 duit siling 10 sen Beg keempat = 10 duit siling 10 sen Beg kelima = 9 duit siling 10 sen Beg keenam = 5 duit siling 10 sen Soalan guru: i. ii. Perhatikan bilangan duit siling dalam semua beg. Jika anda ingin berkongsi beg ini dengan kawan anda, adakah anda fikir ini satu perkongsian yang adil? Bagaimana anda mengagihkan bilangan duit siling 10 sen dalam semua beg ini? Senaraikan langkah-langkah anda. Lukiskan gambar untuk menujukkan apa yang anda telah buat dengan pengagihan duit siling tersebut. Terangkan bagaimana anda melakukan pengagihan tersebut.

iii.

Arahan guru:

i. ii.

iii.

Kumpulkan semua duit siling 10 sen daripada semua beg

kumpulkan duit siling 10 sen dalam 6 kelompok supaya setiap kelompok mempunyai bilangan duit siling 10 sen yang sama banyak

Beritahu berapa bilangan duit siling 10 sen dalam setiap kelompok

Soalan guru: i. Berapa jumlah bilangan duit siling 10 sen? ii. Berapa bilangan duit siling 10 sen dalam setiap kelompok selepas anda mengagihkan kepada bilangan yang sama banyak dalam 6 kelompok? iii. Bagaimana anda mencari jumlah bilangan duit siling 10 sen? iv. Bagaimana anda boleh menentukan bilangan duit siling 10 sen yang perlu dimasukkan ke dalam setiap beg? Aktiviti ini membolehkan guru memperkenalkan cara untuk komputasi purata. Guru boleh menanya soalan untuk membimbing murid untuk membuat refleksi atas tindakan mereka dan membuat perhubungan antara tindakan mereka dengan matematik.

Refleksi: Bolehkah anda merancang satu aktiviti yang sesuai untuk meneroka konsep purata
10

1.3.1

Isu-isu dalam Pengajaran Graf

Terdapat ramai murid yang mempunyai kesukaran dalam memahami dan menangani kemahiran data. Murid ini biasanya mempunyai masalah dalam pemahaman ilmu matematik yang umum dan seterusnya, boleh menghindarkan mereka daripada membangunkan kefahaman dalam pengendalian data aktiviti. Kumpulan pelajar ini mempunyai masalah mungkin disebabkan oleh: Kemahiran murid dalam pengiraan Kekurangan strategi untuk menyelesaikan masalah Data daripada graf yang dianggap tidak bermakna bagi mereka Tidak dapat menghubungkaitkan data daripada graf dengan situasi kehidupan seharian Kekurangan alat bantu mengajar yang dapat membantu mereka memahami konsep dalam pengajaran graf

Refleksi : Berikan cadangan untuk mengatasi masalah-masalah dalam pengajaran graf seperti yang diberikan di atas

1.3.2 Isu dalam Mengajar Purata

Min adalah konsep Matematik yang kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Murid-murid perlu mengetahui bahawa nilai purata dipengaruhi oleh data yang dikumpul/diberikan.

Contoh: Hari Isnin Selasa Rabu Wang saku yang dibelanja (RM) 1.20 1.00 3.50
11

khamis Jumaat Sabtu Ahad

2.40 1.50 -

Data berikut menunjukkan bagaimana Ali membelanjakan wang sakunya pada satu minggu. Seorang murid menunjukkan bagaimana dia mendapat nilai purata daripada data tersebut:

= =

Apakah masalah yang dihadapi oleh murid tersebut? Bagaimana anda membantu murid tersebut?

Refleksi: Daripada refleksi dan pemerhatian anda di bilik darjah, apakah masalah lain yang dihadapi oleh murid semasa mereka belajar topik purata?

12

You might also like