You are on page 1of 4

MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KE 3 TARIKH: 30 OGOS 2013 MASA: 3.00 HINGGA 5.

00 PTG AGENDA: 1) Ucapan Yang Dipertua PIBG 2) Ucapan penasihat PIBG 3) Mengesahkan minit mesyuarat lepas. 4) Perkara-perkara berbangkit 5) Laporan kewangan 6) Hal-hal lain.

1. Ucapan Pengerusi ( Yang Dipertua PIBG) 1.1 YDP PIBG, En. Suhaimi mengucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Hari Raya kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir pada mesyuarat kali ini. Tindakan: Makluman 2. Ucapan penasihat PIBG 2.1 Datin Hjh Faizah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ajk serta sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah dalam menjayakan program yang telah dirancang sepanjang tahun ini. 2.2 Beliau juga memaklumkan peperiksaan UPSR akan bermula pada 10 hingga 12 September 2013. Pihak sekolah telah membuat pelbagai program dari bulan Januari hingga ke bulan Ogos. Antara program yang masih berjalan ialah gerak gempur, bacaan yaasin dan juga solat hajat. 2.3 Beliau memaklumkan pada 2 dan 3 September 2013, pihak sekolah akan mengadakan lawatan ke Institut Terjemahan Buku Malaysia. Pelajar akan diberikan taklimat serta diskaun untuk pembelian buku. Tindakan: Makluman 3. Mengesahkan minit mesyuarat 3.1 En. Amirul mencadangkan agar minit mesyuarat ini diluluskan dan disahkan. 3.2 En. Suhaimi menyokong cadangan tersebut. Tindakan: Makluman

4. Perkara-perkara berbangkit 4.1 Amalthon 4.1.1 En. Shuhaimi memaklumkan surat untuk mengutip derma ialah selama sebulan dari 5 Oktober hingga 5 November 2013. Surat kelulusan akan diberikan kemudian. 4.1.2 Datin Hjh Faizah memaklumkan pada 5 Oktober, pihak sekolah akan mengadakan Hari Kantin. En. Shuhaimi mencadangkan pelancaran amalthon dibuat pada Hari Kantin memandangkan kehadiran ibubapa adalah ramai dan kesuntukan masa. Tindakan: PIBG

4.1.3 En. Shuhaimi mencadangkan supaya kutipan amalthon diletakkan minima RM 50 bagi setiap murid & pengecualian kepada keluarga yang tidak berkemampuan. Pn Normah bersetuju dengan cadangan tersebut. En Shuhaimi meminta En. Mazlan mempamerkan hadiah ketika pelancaran amalthon pada Hari Kantin sebagai galakkan kepada ibubapa mengutip derma. Tindakan: En Mazlan

4.1.4 En. Shuhaimi meminta kerjasama guru kelas memeriksa kad murid-murid dengan teliti untuk mengelakkan penipuan. Selain itu, jika kutipan kelas atau individu melebihi RM1000, guru kelas boleh menyerahkan kepada bendahari PIBG terlebih dahulu. En Shuhaimi akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai kutipan ini pada pertemuan dengan guru kelas ketika menyerahkan kad kutipan amalthon. Tindakan: En Shuhaimi

4.1.5 En Shuhaimi memaklumkan, jika ada organisasi yang hendak menderma, pihak sekolah atau PIBG akan menghantar surat. Mereka boleh terus derma ke PIBG sekolah. Tindakan: Makluman

4.1.6 En Shuhaimi juga meminta setiap AJK PIBG digalakkan mendapatkan kutipan RM 500 dan ke atas. Tindakan: AJK PIBG

4.2 Biro-biro
4.2.1 En Shuhaimi bertanyakan tentang perkembangan biro. En Rusli memaklumkan sedang berusaha menambahkan dana PIBG. Pn Normah memaklumkan biro kesenian belum menjalankan aktiviti yang bersesuaian. En Shuhaimi meminta semua biro bergerak lebih aktif. Beliau meminta ibubapa angkat kerap datang ke sekolah membantu meningkatkan prestasi murid dan sekolah. Tindakan: Makluman

4.3 Karate Do
4.3.1 En Shuhaimi memberitahu jumlah murid yang menyertai Karate Do ialah seramai 50 orang. Namun demikian, hanya 28 orang yang membayar pada bulan Mei dan 6 orang pada bulan Jun. Ini kerana kurang mendapat sambutan ketika bulan puasa dan cuti sekolah. Tindakan: Makluman

5. Hal-hal lain 5.1 En Shuhaimi meminta En Amirul mendapatkan maklum balas tentang garisan kuning di jalan belakan sekolah manakala En. Shuhaimi akan mendapatkan maklum balas pembinaan jalan di belakang sekolah. Datin Hjh Faizah pula memaklumkan pihak sekolah telah mendapat bantuan RM 90 ribu daripada DBKL untuk membuat laluan berbumbung. Tindakan: Makluman

5.2 En Shuhaimi bertanyakan tentang murid halus. En Zamir memaklumkan masih ada murid tahun 4 dan 5 yang masih belum menguasai kemahiran asas pembelajaran. Pn. Julia memaklumkan juga ada dikalangan ibu bapa murid ini yang tidak membantu meningkatkan akademik anak mereka. En Shuhaimi meminta En. Zamir menyenaraikan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. En Rusli mencadangkan pihak PIBG membantu ibu bapa yang susah dengan bantuan yang sewajarnya. En Shuhaimi mencadangkan menggunakan pendekatan berbeza untuk menarik ibubapa ke sekolah seperti cabutan bertuah dan sumbangan kewangan. Tindakan: En Zamir

5.3 Pn Normah mencadangkan supaya dibuat sebuah papan tanda U turn di hadapan sekolah supaya dapat mengurangkan kesesakan. En Shuhaimi mencadangkan membuat papan tanda mudah alih sementara.

Tindakan: Setiausaha PIBG

5.4 Cik Zamilah meminta sarapan pagi untuk murid-murid sebelum menjawab soalan peperiksaan UPSR. En Mazlan mencadangkan murid diberikan sandwich dan teh o. Tindakan: PIBG

5.5 En Shuhaimi mencadangkan En Idris sebagai salah seorang juru audit walaupun namanya tidak ada dalam AJK PIBG. Semua ahli bersetuju. Tindakan: Makluman

5.6 En Mazlan memaklumkan papan tanda sekolah yang dipasang di tepi jalan raya sudah teralih dan minta diperbetulkan. En Shuhaimi memaklumkan beliau akan menghubungi kontraktor untuk pertanyaan lanjut Tindakan: En Shuhaimi

5.7 En Azmi mencadangkan diadakan jadual mesyuarat PIBG untuk memudahkan ahli hadir. En Shuhaimi akan berbincang dengan Guru Besar dan besar kemungkinan akan menetapkan tarikhtarikh perjumpaan PIBG pada tahun depan. Tindakan: Makluman

5.8 En Rusli bertanyakan tentang facebook dan blog sekolah. En Shuhaimi memaklumkan pihak sekolah hanya menggunakan facebook dan bukannya blog yang dikendalikan oleh En Ahmad Zaki. En Rusli mencadangkan pihak sekolah dan ahli PIBG hanya menggunakan untuk berkomunikasi. En shuhaimi bersetuju dan akan memaklumkan kepada En Ahmad Zaki. Tindakan: Makluman

6. Ucapan Penangguhan En Suhaimi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas pandangan dan perbincangan yang telah dibuat dalam mesyuarat pada kali. Belaiu mengakhiri mesyuarat dengan surah Al-Fatihah dan surah Al-Asr. Majlis bersurai pada pukul 5.00 petang.

You might also like