You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KETIGA

TARIKH : 11 SEPT 2015 ( JUMAAT )


MASA : 3.00 PM HINGGA 5.00 PM
AGENDA:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

Ucapan Yang Dipertua PIBG


Ucapan penasihat PIBG
Mengesahkan minit mesyuarat lepas.
Perkara-perkara berbangkit
Laporan Kewangan
Laporan Bacathon 2015
Hal-hal lain.

KEHADIRAN :
En. Mohd Suhaimi Bin Abd Hamid
En. Rusli b Ab Ghani
Ust. Mohd Puaad Bin Abd. Malik
En. Muhammad Fadzil Abol Kasim
Pn Nurhidayah Mohd Arif
Cik Nurjannah bt Muhammad Said
Cik Zanariah bt Zakaria
En. Mazlan Bin Mat Amin
En Mahisam Bin Abd Rahman
En. Farhan b. Abdullah
Pn. Norlelah
En. Syamsul Fozy Bin Osman
TURUT HADIR :
Pn Rohana bt Abdullah
TIDAK HADIR BERSEBAB :
En. Iqbal Bin Jusoh
En. Badrool Bin Mohd Salleh
En. Amirul Farid
Pn. Norliza Bt Noodin
En. Idris Bin Arshad
Dr Shamsul Sarip

1.

UCAPAN PENGERUSI (YANG DIPERTUA PIBG)


1.1
En Suhaimi mengalu-alukan kedatangan Ahli dan mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru tahun 6 atas komitmen mereka terhadap murid-murid

tahun 6

dalam menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2015.


Tindakan: Makluman

2.

UCAPAN PENASIHAT PIBG (GURU BESAR)


2.1

Pn Rohana menyampaikan salam dari Datin yang tidak dapat hadir kerana
menghadiri satu mesyuarat di JPWP. Beliau memaklumkan Datin

berbangga

dengan kesungguhan guru-guru tahun 6 mengerah keringat untuk

melihat murid-

murid tahun berjaya cemerlang didalam peperiksaan UPSR nanti.

Pada 30 Oktober

2015 sekolah akan mengadakan Hari Graduasi. Beliau juga

memaklumkan lokasi

yang menjadi perhatian sekolah adalah di Dewan Felcra

dan di Dewan kampung


2.2

pengantin PV 128.

En Suhaimi memaklumkan sudah menghubungi En Azizan berkenaan dengan


untuk hari Graduasi

2.3

Pn Rohana juga memaklumkan terdapat beberapa program lain yang berada


didalam perancangan sekolah seperti perkhemahan, lawatan dan Majlis

Anugerah

Cemerlang.
Tindakan: Makluman

3.

MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


3.1

En. Fadzil Bin Abol Kasim mencadangkan agar minit mesyuarat diluluskan dan
disahkan.

3.2
4.

En. Mazlan bin Mat Amin menyokong cadangan tersebut.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT :
4.1

SPEED BREAKER DAN LANDSCAPE


2

4.1.1

En. Suhaimi memaklumkan permohonan untuk speed breaker dan landscape


masih di dalam proses perbincangan. Beliau memaklumkan kawasan di bahagian
belakang sekolah dan kawasan penempatan R10 adalah kawasan sensitif yang
banyak menerima campurtangan dari luar. Bila melibatkan penempatan penduduk
ia kembali kepada politik dan pusat. Ia juga berkaitan dengan jabatan trafik dan
jurutera kawasan dan ia memerlukan sedikit masa untuk melihat permohonan
tersebut diluluskan oleh pihak atasan.

4.1.1

En. Suhaimi juga memaklumkan dana bagi membina turf padang hoki yang baru
memerlukan kos yang sangat besar didalam anggaran RM500,000.

4.1.2

Beliau juga memaklumkan bahawa Kelab Memanah R10 PIBG akan dilancarkan
tidak berapa lama lagi dan kelab memanah ini akan berada di bawah naungan Tan
Sri Zulhasnan Rafique.

4.1.3

En Suhaimi juga memaklumkan PIBG sentiasa memberi sokongan yang tidak


berbelah bahagi untuk menyokong pembangunan sukan bolasepak di sekolah.
Sperti mengadakan klinik sukan bolasepak. Beliau memaklumkan akan
menyokong usaha cikgu Farhan untuk mengadakan klinik bolasepak untuk muridmurid dan PIBG bersedia membantu dari segi kos kewangan.
Tindakan: Makluman

4.2

LAPORAN KEWANGAN

4.2.1

En. Fadzil memaklumkan laporan kewangan PIBG telah di kemas kini dari bulan
julai, ogos dan September. Melihat pada agihan pecahan mengikut bahagian
didalam akaun PIBG.

4.2.2

Kutipan bacathon 2015 setakat pada hari mesyuarat adalah berjumlah 24,387.55

4.2.3

En. Suhaimi memaklumkan beliau telah berbincang dengan beberapa kontraktor


bagi mendapatkan sebut harga dan kos bagi membina dewan. Anggaran yang
diterima adalah RM40,000 - RM50,000 kerana banyak aktiviti yang boleh
dijalankan didewan terbuka tersebut seperti latihan ping pong, kelab persatuan
dan sebagainya.
Tindakan: Makluman

4.3

KELAB MEMANAH

4.3.1

En. Suhaimi memaklumkan Kelab Memanah yang akan ditubuhkan adalah Projek
Kelab Memanah yang pertama di Malaysia. Beliau berharap kelab ini akan dapat
dimanfaatkan oleh murid-murid, guru-guru serta ibu bapa yang ingin turut

serta

menyertai kelab ini. Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Cikgu

Mazlan

sebagai penyelaras kelab memanah dengan di bantu oleh Dr

Shamsul. Yuran yang

dikenakan adalah pendaftaran RM10 dan yuran bulanan sebanyak

RM30.00 sahaja.
Tindakan: Makluman
5.

BSN Ebizz

5.1.

En. Suhaimi menyatakan PIBG akan membuat pertukaran akaun dari Maybank
kepada akaun BSN eBizz kerana melihat kepada beberapa kemudahan yang
disediakan oleh Bank tersebut. Antara sistem perbankan yang disediakan
termasuklah pembayaran secara online dan baki akaun PIBG boleh disemak
melalui sistem online. Beliau meminta sokongan Ahli mesyuarat untuk
menyatakan persetujuaan bagi menukar akaun tersebut. Semua ahli mesyuarat
bersetuju untuk menukar akaun PIBG dari Maybank kepada BSN eBizz dan
menetapkan kepada tiga pegelola akaun ini kepada YDP PIBG, SU PIBG dan
Bendahari PIBG.

5.

Motivasi dan Perjumpaan murid tahun 5

5.1

En Suhaimi mencadangkan agar Motivasi dan perjumpaan murid tahun 5 akan di


jalankan sebanyak 2 Sesi serta taklimat untuk format UPSR KSSR yang terkini.
Beliau juga bercadang untuk memanggil Puan Azrina di Bahagian Unit
Peperiksaan untuk menyampaikan taklimat tersebut.
Tindakan: SU PIBG

8.

HAL-HAL LAIN
8.1

Cikgu Hasmi menjelaskan kepada sidang mesyurat satu pertandingan Ragbi akan
diadakan di Padang Sk Wangsa Maju Zon R10. Beliau memaklumkan

akan menjadi

penyelaras bagi kejohanan tersebut. Ia akan diadakan pada 14 Nov 2015

selama

satu hari dan kejohanan tersebut terbuka kepada semua sekolah

rendah di Malaysia.
Tindakan: Makluman
8.2

Cikgu Hasmi memohon Dana bantuan dari PIBG untuk membuat persediaan bagi
pertandingan tersebut seperti membeli hadiah, jersi dan lain-lain lagi.
Tindakan: Makluman

8.3

YDP PIBG dengan persetujuan ahli telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak
RM1000.00 kepada pasukan Ragbi sekolah yang akan bertanding di dalam
kejohanan tersebut.
Tindakan: Makluman

8.4

Cik Zanariah memohon peruntukkan untuk membeli buku-buku untuk Pusat


Sumber. Mesyuarat juga telah bersetuju meluluskan Rm5000.00 bagi kegunaan
Pusat Sumber untuk membeli buku-buku tersebut.
5

Tindakan: Makluman
8.5

Ustaz puaad bertanyakan tentang hari penutup program Bacathon 2015. En.
Suhaimi memaklumkan Majlis penutup program Bacathon akan diadakan selepas
Ujian Sumatif 3 dan PKSR 2 dijalankan.
Tindakan: SU PIBG

8.6

Cikgu Hasniza mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG kerana telah
banyak membantu aktiviti-aktiviti tahun 6 dan menyatakan masih ada baki
tuntutan bagi program kelas tambahan. En Suhaimi memaklumkan bayaran akan
dilakukan dengan kadar segera kepada guru-guru yang terlibat dengan kelas
tambahan. Beliau juga memaklumkan akan merancang program-program yang
lebih efektif bagi tahun 2016 untuk tahun 5 dan tahun 6.
Tindakan: Makluman

8.7

Cikgu Mazlan memohon peruntukkan untuk membeli microphone

dalam

anggaran kos RM 2000.00 En Suhaimi menyatakan beliau tidak mempunyai


masalah tentang permohonan tersebut tetapi meminta Cikgu Mazlan berbincang
terlebih dahulu dengan Datin Faizah jika sekolah ada mempunyai peruntukkan
lain bagi membeli alatan tersebut.
Tindakan:Cikgu Mazlan
9.

UCAPAN PENANGGUHAN

9.1

En Suhaimi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas idea-idea dan
perbincangan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini.

Beliau

mengakhiri mesyuarat pada jam 5.00 petang.

Di sediakan oleh :

Di sahkan oleh

Mohd Puaad Bin Abdul Malik

.
Mohd Suhaimi Bin Abdul Hamid
6

Setiausaha PIBG
SK Wangsa Wangsa Maju Zon R10 KL

YDP PIBG
SK Wangsa Wangsa Maju Zon R10 KL

You might also like