You are on page 1of 13

15

EKONOMI MALAYSIA

BAB 2 :

EKONOMI MALAYSIA

2.1 STRUKTUR EKONOMI NEGARA - terbahagi kepada tiga sektor utama iaitu : (a) sektor utama - dikenali sebagai sektor tradisional/ primer - melibatkan pengeluaran bahan mentah secara langsung daripada alam semulajadi tanpa mengubah suai bentuk barang - ia dapat dibahagikan kepada : (i) sektor pertanian, perikanan dan penternakan (ii) sektor perhutanan dan pembalakan (iii) sektor perlombongan dn kauri spt petroleum. bijih timah, gas asli, bauksit dan arang batu - contoh pekerjaan sektor ialah petani, penternak, pelombong, penoreh getah dll (b) sektor kedua - dikenali juga sebagai sektor sekunder - lebih kepada aktiviti pemprosesan iaitu aktiviti menukarkan bahan mentah kepada barang separuh siap dan barang siap - ia juga melibatkan aktiviti pembinaan (spt rumah kediaman, ruang niaga, kondominium dll) dan perkilangan (spt. kereta, makan ringan, elektronik dll) - contoh pekerjaan : juru teknik, operator pengeluaran, penyelia sektor ketiga - dikenali juga sebagai sektor tertiar - aktiviti yang menawarkan perkhidmatan dan tidak menghasilkan barang - boleh diklasifikasikan kepada : (i) eletrik, gas dan air (ii) pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan (iii) kewangan insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan (iv) perkhidmatan kerajaan (v) perniagaan boeong dan runcit, hotel dan restoran (vi) perkhidmatan-perkhidmatan lain - contoh pekerjaan : pelayan, pegawai bak, pemborong, pengurus dll

(c)

MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA (i) Ketidakstabilan harga komoditi - harga komoditi turun naik mengikut permintaan dan penawaran pasaran Peluang pekerjaan terjejas - penyerapam guna tenaga yang terhad mengakibatkan kadar pengangguran tinggi

(ii)

(iii) Kehausan dan kepupusan sumber - sumber semula jadi tidak boleh diperbaharui dan penawarannya terhad (iv) Merugikan imbangan dagangan - harga komoditi mentah jauh lebih murah dan tidak stabil berbanding dengan harga barang siap yang diimport

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

16

EKONOMI MALAYSIA

KESAN PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA DARI SEGI PENDAPATAN NEGARA DAN GUNA TENAGA Dari segi pendapatan negara 1. Turun naik harga komoditi harga komoditi tertakluk kepada permintaan dan penawaran di pasaran dunia penawaran komoditi tidak anjal menyebabkan harga turun naik bergantung kepada permintaan 2. Daya pengeluaran yang rendah saiz tanah yang tidak ekonomik untuk diusahakan penggunaan teknologi yang terhad pendapatan yang rendah menyebabkan pengusaha tidak mempunyai insentif untuk tingkatkan penggunaan teknologi dalam pengeluaran 3. Persaingan daripada barang tiruan penggunaan getah boleh diganti dengan getah sintetik dan bijih timah dapat diganti dengan aluminium ini menyebabkan permintaan kedua-dua komoditi ini sangat anjal Dari segi guna tenaga 1. Pelaburan yang berkurangan ini kerana berlaku penurunan dalam pendapatan negara ia juga menyebabkan keupayaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang baru terjejas 2. Penghijrahan penduduk dari desa ke bandar upah yang rendah dan tidak stabil daripada hasil getah dan bijih timah mengurangkan insentif kepada buruh untuk terus bekerja di ladang getah dan lombong maka ramai buruh berhijrah ke sektor lain di bandar 3. Peningkatan guna tenaga dalam sektor lain kemerosotan pendapatan daripada sektor utama menyebabkan aktiviti pelaburan bertumpu ke sektor lain pelabur beralih kepada sektor lain yang dapat berikan pulangan yang lebih baik dan wujudkan peluang pekerjaan yang banyak

PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA TEMPOH MASA (a) Sebelum merdeka PERUBAHAN berasaskan pertanian dan perlombongan iaitu getah dan bijih timah dasar ekonomi penjajah tidak galakkan perindustrian hanya libatkan industri ringan seperti memproses makanan dan minuman dasar mempelbagaikan ekonomi tumpuan diberi kepada pembangunan industri penggantian import yang berintensif buruh dan gunakan sedikit modal tingkatkan kepentingan sumbangan sektor kedua tetapi sektor utama kekal sebagai tulang belakang ekonomi negara kerajaan galakkan industri berasaskan eksport galakkan kepada industri pembuatan aktiviti industri berorientasikan eksport yang intensif buruh kepentingan sector utama semakin berkurangan sektor utama semakin terjejas dan sektor kedua semakin berkembang ini akibat daripada penurunan harga komoditi utama di antarabangsa Pelan Induk Perindustrian diperkenalkan pd tahun 1985 untuk membangunkan sektor pembuatan negara mulanya aktiviti perindustrian berat dengan pengeluaran keret dan simen sektor kedua telah mengatasi sektor utama dari segi sumbangan kepada
DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

(b) Tahuna 1960-an

(c) Tahun 1970-an

(d) Tahun 1980-an

17

EKONOMI MALAYSIA

(e) Tahun1990-an hingga 2020

pengeluaran dan guna tenaga sumbangan sektor utama semakin merosot dan kepentingan sektor kedua semakin meningkat galakkan industri memproses bahan mentah tempatan seperti industri barangan berasaskan getah dan kelapa sawit sector ketiga menjadi peneraju utama ekonomi negara seperti galakkan sektor pelancongan dan pengangkutan juga galakkan aktiviti ekonomi berasaskan maklumat dan teknologi tinggi dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia(MSC) dasar kerajaan kepada Pelan Induk berasaskan k-ekonomi

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA MALAYSIA Langkah mempelbagaikan ekonomi - dasar kerajaan untuk mempelbagaikan ekonomi iaitu beralih ke sektor kedua dan ketiga - p-ekonomi iaitu ekonomi berasaskan pengeluaran. Contoh output : hasil pertanian dan barang siap sektor perkilangan - k-ekonomi iaitu ekonomi berasaskan pengetahuan Contoh output : teknologi untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan pakar perubatan Kehausan sumber-sumber asli negara - sumber-sumber sektor kedua semakin bertambah kerana banyak inovasi hasil daripada penyelidikan sedangkan sumber utama seperti bijih timah, getah, kelapa sawit semakin berkurang

(i)

(ii)

(iii) Galakkan industri pergantian import - mengalakkan industri memproses yang mengeluarkan barang-barang pengguna spt. makanan, minuman dan pakaian (iv) Peningkatan dalam pendapatan dan taraf hidup penduduk - pendapatan yang tinggi menyebabkan wujudnya kuasa beli untuk meminta barang yang lebih berkualiti - ini memberi ruang kepada sektor pembuatan untuk berkembang

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

18

EKONOMI MALAYSIA

KESAN/IMPLIKASI PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA MALAYSIA (i) Meningkatkan pelaburan asing - peningkatan dalam pelaburan asing kerana telah menarik minat dan keyakinan pelabur asing - semakin banyak pelaburan, semakin pesat pertumbuhan ekonomi Meningkatkan perkembangan sektor perkilangan - usaha pembangunan ekonomi negara ditumpukan ke sektor perkilangan - berlakunya pertambahan dari segi keluaran negara, guna tenaga dan eksport dari sektor perkilangan

(ii)

(iii) Meningkatkan perkembangan sektor perkhidmatan - perkembangan sektor kedua memerlukan pelbagai khidmat sokongan daripada sektor ketiga - ini menyebakan sektor ketiga turut meningkat (iv) Peluang pekerjaan meningkat - membuka peluang pekerjaan yang lebih luas iaitu daripada buruh mahir sehinggalah buruh tak mahir (v) Pendapatan negara bertambah - peningkatan dalam pendapatan negara kerana daya pengeluaran sektor pembuatan dan sektor ketiga tinggi

(vi) Taraf hidup meningkat - untuk bangunkan sektpr pembuatan dan perkhidmatan. kerajaan perlu sedia kemudahan infrastruktur yang memuaskan seperti bekalan air & elektrik, jaringan jalan raya, sistem perhubungan yang baik (vii) Penghijrahan penduduk desa ke bandar - disebabkan banyak peluang pekerjaan di bandar (viii) Kadar kemiskinan dapat dikurangkan - pertambahan dalam pendapatan rakyat telah mengurangkan bilangan isi rumah yg. miskin (ix) Kadar pencemaran alam sekitar meningkat - kegiatan industri menyebabkan pembuangan sisa-sisa industri tidak terkawal hingga mencemarkan persekitaran

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

19

EKONOMI MALAYSIA

2.2 BELANJAWAN NEGARA


Maksud - satu penyata anggaran kewangan tentang perbelanjaan dan hasil kerajaan untuk satu tahun kewangan yang akan datang

SUMBER HASIL KERAJAAN

HASIL CUKAI

HASIL BUKAN CUKAI

CUKAI LANGSUNG

CUKAI TAK LANGSUNG

- cukai yang bebannya tidak boleh diagihkan kepada org. lain - bersifat progresif, semakin tinggi tingkat pendapatan semakin tinggilah cukainya - tujuannya : untuk agih kekayaan sama rata cukai pendapatan syarikat cukai pendapatan perseorangan cukai pendapatan petroleum cukai pendapatan koperasi cukai langsung lain - cukai tanah - cukai pintu - cukai keuntungan hartanah - duti setem

- beban cukainya boleh diagihkan kepada orang lain - selalunya ditanggung oleh pengguna apabila membeli sesuatu barang/perkhidmatan - pengeluar kenakan kepada pengguna dengan naikkan harga - kesannya : pengguna perlu bayar kos barang/ perkhidmatan bersama cukai yang dikenakan o o o o o o duti import duti eksport duti eksais cukai jualan cukai perkhidmatan cukai tidak langsung lain - cukai perjudian

- sumber hasil pendapatan lain yang diterima bayaran lessen/permit bayaran perkhidmatan pendapatan petroleum royalti cukai jalan denda/saman caruman drp agensi kerajaan dan a/bangsa pendapatan pelaburan dividen, sewa, faedah

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

20
HASIL CUKAI Cukai langsung :CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN CUKAI PENDAPATAN SYARIKAT CUKAI PENDAPATAN PETROLEUM CUKAI PENDAPATAN KOPERASI Cukai langsung lain :CUKAI TANAH

EKONOMI MALAYSIA

Cukai yang dibayar oleh individu atas pendapatan yang diterimanya dalam jangka masa setahun Cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh oleh syarikat berhad Cukai yang dikenakan ke atas syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia

Cukai yang dikenakan terhadap syarikat koperasi di Malaysia

Cukai yang dikenakan ke atas pemilik tanah dan ia berbeza mengikut lokasi dan jenis tanah Cukai yang dibayar oleh pemilik rumah/semua hartanah spt. rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, hotel, kilang, perusahaan serta semua premis yang didirikan di kawasan Majlis Perbandaran. Cukai ini digunakan utk. membolehkan prasarana dan perkhidmatan awam disediakan oleh kerajaan tempatan Cukai yang dikenakan ke atas harta yang dijual dengan harga yang lebih tinggi drp harga belian spt rumah, ladang, tanah, saham Bayaran yang dikenakan apabila sesuatu harta dipindah milik. Antara proses yang dikenakan ialah pembelian hartanah dan individu yang menerima kemudahan kewangan

CUKAI PINTU

CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH DUTI SETEM

CUKAI TIDAK LANGSUNG cukai yang dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimport dari luar negara(Malaysia kenakan ke atas barang akhir sahaja) cukai yang dikenakan ke atas komoditi utama yang dieksport spt. petroleum, kelapa sawit, kayu balak, getah cukai yang dikenakan ke atas barang-barang keluaran tempatan yang dijual di negara ini/dalam negeri spt minyak petrol, rokok, tembakau, minuman keras dan barang mewah spt. kereta cukai ke atas barang akhir keluaran tempatan dan luar negara. Kerajaan Malaysia menetapkan kadar 5% cukai yang ditanggung sepenuhnya oleh pengguna ke atas perkhidmatan tertentu spt. hotel, restoran, insurans, pengiklanan dan perkhidmatan profesional cukai yang dikenakan ke atas syarikat yang menjalankan aktiviti perjudian berlesen Contoh : Magnum, TOTO

DUTI IMPORT DUTI EKSPORT

DUTI EKSAIS

CUKAI JUALAN CUKAI PERKHIDMATAN

CUKAI PERJUDIAN

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

21

EKONOMI MALAYSIA

PERBELANJAAN KERAJAAN
- jika perbelanjaan tidak mencukupi, kerajaan akan mengeluarkan simpanan atau meminjam dari dalam atau luar negeri.

KOMPONEN PERBELANJAAN KERAJAAN

PERBELANJAAN KERAJAAN

PERBELANJAAN MENGURUS perbelanjaan semasa yang ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun merupakan bayaran agar pengurusan dan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar ia bersifat berulang-ulang merupakan peruntukan yang terbesar dalam komponen kerajaan

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN merupakan pelaburan kerajaan dalam projek-projek pembangunan ekonomi negara ia tidak bersifat berulang-ulang dapat meningkatkan pengeluaran barangan untuk menjaga kebajikan rakyat jika hasil kurang, perbelanjaan pembangunan akan ditanggung oleh simpanan atau pinjaman

- Emolumen - Pencen dan ganjaran - Bayaran khidmat hutang - Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri kerajaan negeri - bekalan dan perkhidmatan - perbelanjaan lain

- sektor keselamatan - sektor perkhidmatan sosial - sektor perkhidmatan ekonomi - sektor pertadbiran am

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

22

EKONOMI MALAYSIA

Item-item Dalam Perbelanjaan Mengurus ITEM EMOLUMEN HURAIAN bayaran gaji dan upah kepada kakitangan kerajaan peruntukan perbelanjaan yang terbesar pembayaran kepada pegawai kerajaan yang telah bersara dibuat pada setiap bulan disepanjang hayat pesara balu pesara boleh menerima pencen selepas kematian pesara ganjaran dibayar sekali sahaja kepada pesara selepas bersara dan jumlahnya berdasarkan gaji akhir pesara serta tempoh pesara bekerja bayaran yang dikenakan ke atas bayaran balik pokok dan bayaran faedah atas hutang negara sejumlah peruntukan daripada perbelanjaan kerajaan persekutuan yang diserahkan kepada kerajaan negeri ia berdasarkan jumlah penduduk sesebuah negeri untuk menyelenggara jalan raya negeri termasuklah penyelenggaraan jalan raya, sekolah, hospital dan harta kerajaan yang lain untuk mengekalkan mutu perkhidmatan dan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan bantuan kerajaan untuk mengurangkan kos pengeluaran dalam bidang pertanian, perindustrian dan pendidikan seperti subsidi baja kepada petani

PENCEN DAN GANJARAN

BAYARAN KHIDMAT HUTANG PEMBERIAN DAN SERAHAN KEPADA KERAJAAN NEGERI BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

PERBELANJAAN LAIN

Item-item Dalam Perbelanjaan Pembangunan ITEM SEKTOR KESELAMATAN HURAIAN digunakan untuk membeli senjata dan kelengkapan pasukan tentera dan polis negara pembinaan kem-kem tentera, bangunan-bangunan polis dan alat-alat pengangkutan untuk pasukan keselataman Malaysia memperuntukan jumlah wang yang besar untuk sektor pendidkan untuk pembinaan tambahan bangunan-bangunan sekolah untuk dijadikan satu sesi membina makmal-makmal komputer disetiap sekolah rendah dan menengah sektor-sektor lain seperti kesihatan, perumahan dan perkhidmatan perbelanjaan membaiki dan menaik taraf jalan-jalan kampong pelbagai projek pertanian telah ditingkatkan teknologinya untuk memenuhi keperluan semasa sektor-sektor lain seperti kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan dan perhubungan bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam seperti pembangunan Putrajaya dan pembinaan infrastruktur ICT

SEKTOR PERKHIDMATAN SOSIAL

SEKTOR PERKHIDMATAN EKONOMI PENTADBIRAN AM

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

23

EKONOMI MALAYSIA

Jenis-jenis Belanjawan Negara JENIS BELANJAWAN Belanjawan lebihan (positif) KETERANGAN keadaan apabila jumlah pendapatan kerajaan melebihi jumlah perbelanjaan kerajaan hasil > belanja keadaan apabila jumlah pendapatan kerajaan adalah kurang berbanding dengan jumlah perbelanjaan kerajaan hasil < belanja berlaku apabila jumlah pendapatan adalah sama dengan jumlah perbelanjaan kerajaan hasil = belanja

Belanjawan kurangan (negatif)

Belanjawan seimbang

TUJUAN BELANJAWAN NEGARA - untuk membiayai aktiviti kerajaan persekutuan dan menstabilkan ekonomi negara - ia juga sebagai alat untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi(deflasi) KESTABILAN EKONOMI (Keadaan di mana tidak berlaku inflasi dan deflasi)

INFLASI berlaku apabila tingkat harga umum mengalami kenaikan harga secara berterusan dan tidak terhad satu keadaan apabila terlalu banyak wang mengejar sedikit barangan

DEFLASI berlaku apabila keluaran negara menurun secara berterusan kadar pengangguran meningkat untuk satu jangka masa yang panjang

KESAN
- kuasa beli pengguna berkurang - pendapatan boleh guna isi rumah menurun

KESAN
- jumlah permintaan barang dan perkhidmatan dalam pasaran akan jatuh - firma menghadapi kesukaran menjual barang - firma terpaksa kurangkan tenaga buruh untuk elakkan kerugian berterusan

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

24

EKONOMI MALAYSIA

BELANJAWAN NEGARA

MENGAWAL

INFLASI (Dasar Belanjawan Lebihan) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan - menangguhkan projek pembangunan seperti pembinaan jalan raya - pendapatan penduduk berkurang - perbelanjaan masyarakat berkurang Meningkatkan kadar cukai - pendapatan boleh guna rakyat akan berkurang - maka permintaan masyarakat berkurang

DEFLASI (Dasar Belanjawan Kurangan) Meningkatkan perbelanjaan kerajaan - meningkatkan perbelanjaan dengan menjalankan projek-projek pembangunan seperti pembinaan sekolah - menyebabkan pendapatan penduduk bertambah - permintaan masyarakat bertambah Menurunkan kadar cukai - pendapatan boleh guna rakyat akan bertambah - maka permintaan masyarakat bertambah

HUTANG NEGARA Definisi : Pinjaman kerajaan daripada sumber dalam negeri atau luar negara. Tujuan Pinjaman Kerajaan (i) Menampung kekurangan hasil negara - apabila jumlah perbelanjaan melebihi hasil negara Contoh : mengatasi masalah kemelesetan ekonomi Membiayai perbelanjaan pembangunan ekonomi negara - apabila hasil negara yang diperoleh sekadar cukup untuk membiayai perbelanjaan mengurus sahaja/meningkatkan taraf hidup rakyat Contoh : pembinaan jalan raya/sekolah/hospital/klinik

(ii)

(iii) Pengagihan pendapatan melalui projek pembangunan - untuk merapatkan jurang antara penduduk kawasan bandar dan luar bandar dengan cara meningkatkan taraf hidup mereka/kerajaan mengadakan projek tertentu di kawasan tertentu supaya agihan pendapatan lebih seimbang Contoh : projek pertanian di luar bandar (iv) Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai - terpaksa menghadapi masalah hasil kutipan cukai yg tidak tetap jumlahnya pada setiap bulan - untuk membiayai perbelanjaan mengurus seperti membayar gaji dan pencen kakitangan kerajaan/melicinkan pentadbiran kerajaan Contoh : pembayaran emolumen/bayaran khidmat hutang/pencen dan ganjaran

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

25

EKONOMI MALAYSIA

Sumber Pinjaman Kerajaan HUTANG NEGARA

DALAM NEGERI
Bil Perbendaharaan Sekuriti Kerajaan Sijil Pelaburan Pinjaman Lain

LUAR NEGARA
Pinjaman Pasaran Pinjaman Projek Kredit Pembekal

Sumber Pinjaman Dalam Negeri SUMBER HURAIAN pinjaman jangka pendek yang tempoh matangnya kurang daripada setahun pelanggan terdiri daripada syarikat berhad, bank perdagangan dan individu pelaburan jangka pendek ia dijual dengan harga diskaun suatu perjanjian bertulis antara kerajaan dengan peminjam kerajaan keluarkan surat jaminan kerajaan(SJK) KWSP merupakan institusi kewangan utama yang melabur dalam SJK memperoleh keuntungan daripada kadar faedah yang telah ditetapkan satu bentuk pelaburan yang diadakan untuk institusi kewangan Islam seperti Bank Islam, LTH dan Syarikat Takaful LTH merupakan pelabur utama dalam sijil pelaburan keuntungan diperoleh dalam bentuk dividen bukan faedah diperoleh daripada Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan dan pinjaman bersindiket daripada bank-bank asing yang diperbadankan di Malaysia

Bil Perbendaharaan Kerajaan

Sekuriti Kerajaan (Surat Jaminan Kerajaan)

Sijil Pelaburan Pinjaman Lain

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

26

EKONOMI MALAYSIA

Ringkasan Cara Maksud Bil Sekuriti Perbendaharaan Kerajaan Kerajaan Pinjaman jangka Pinjaman bertulis pendek Syarikat berhad, Bank perdagangan atau orang perseorangan Kurang daripada setahun Sijil Pelaburan Pelaburan Pinjaman Lain Pinjaman jangka pendek Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan dan pinjaman bersindiket drp bank-bank asing Kurang daripada setahun

Pelanggan

BSN, KWSP

Institusi Kewangan Islam, SPI dan LTH Ikut tempoh matang

Tempoh

Lebih daripada setahun

Sumber Pinjaman Luar Negara SUMBER HURAIAN pinjaman yang diperoleh melalui penjualan alat kewangan seperti bon dan nota terapung di pasaran terbuka bon ialah surat tuntutan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang menjanjikan pembayaran pokok dan bunga pada tempoh matang nota kadar terapung merupakan bon kerajaan yang telah ditetapkan kadar faedahnya Contoh : bon Yankee, bon Sovereign Euro-Exchangeable, Global Bond bertujuan membiayai projek pembangunan yang memerlukan perbelanjaan yang besar diperoleh oleh kerajaan daripada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Pembangunan Asia dan Bank Dunia Contoh :projek pembinaan lebuh raya, pembinaan jana kuasa hidroelektrik dan projek pendidikan pinjaman dalam bentuk barangan yang bayarannya ditangguhkan untuk suatu masa tertentu pembekal utama ialah Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman

Pinjaman Pasaran

Pinjaman Projek

Kredit Pembekal

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

27

EKONOMI MALAYSIA

Kelebihan Pinjaman Dalam Negeri Berbanding dengan Pinjaman Luar Negeri Pinjaman Dalam Negeri Mudah diperoleh. - tempoh kelulusan pinjaman pendek - peraturan yang dikenakan tidak tetap Tidak melibatkan pengaliran wang keluar. Maka ia tidak menjejaskan pengaliran modal keluar negara dan imbangan pembayaran negara tidak tertjejas Kadar faedahnya lebih rendah. Maka kerajaan tidak perlu naikkan kadar cukai untuk membayar hutang negara. Ini dapat kurangkan beban penduduk Faktor-faktor Mudah diperoleh Pinjaman Luar Negara Sukar diperoleh - ambil masa yang lama untuk diluluskan dan berisiko tinggi - syarat pinjaman ketat Berlaku pengaliran wang keluar negara. Maka imbangan pembayaran negara terjejas dan ini mengurangkan pendapatan negara. Ia juga boleh membawa kepada penurunan nilai mata wang negara Kadar faedahnya sangat tinggi. Maka kerajaan terpaksa menaikkan cukai untuk membayar hutang pokok dan bayaran faedah. Ini menyebabkan penduduk terpaksa menanggung beban cukai Melibatkan perubahan dalam kadar pertukaran asing. Negara terdedah kepada risiko naik turun nilai mata wang asing. Jumlah hutang Negara turut meningkat jika kadar pertukaran asing meningkat

Pengaliran wang keluar

Kadar faedah

Tidak melibatkan perubahan dalam kadar pertukaran asing. Kesannya jumlah hutang Negara tidak bertambah pada suatu jangka masa tertentu

Perubahan kadar pertukaran asing

Ringkasan Pinjaman Dalam Negeri Mudah syarat senang risiko rendah Jimatkan pengaliran wang asing Kadar faedah rendah Tidak terdedah kepada perubahan pertukaran asing

Faktor-faktor Mudah diperoleh Pengaliran wang keluar Kadar faedah Perubahan kadar pertukaran asing

Pinjaman Luar Negara Sukar syarat ketat risiko tinggi Berlaku pengaliran keluar (rendah) Kadar fardah tinggi Terdedah kepada perubahan kadar pertukaran asing

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

You might also like