You are on page 1of 2

Rujukan kami: Rujukan tuan:

Prof Dr Yusri Bin Hj Yusof Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor Darul Takzim.

26 JANUARI 2014

Tuan, Memohon Kebenaran Bagi Pelajar Untuk Menggunakan Makmal Polimer dan Seramik

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Puan Masni Binti A.Majid, ingin memohon kebenaran bagi pelajar di bawah seliaan saya, Jefri Bin Shaharuddin (CF110280), untuk menggunakan Makmal Polimer dan Seramik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP). 2. Saudara Jefri merupakan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam daripada Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS). Projek Sarjana Muda beliau berkait dengan Prestasi Gentian Kenaf Yang Mengandungi Resin Polylactic-asid dan Polipropilena dan memerlukan penggunaan Makmal Polimer dan Seramik untuk menjalankan eksperimen. Maklumat lanjut mengenai permohonan adalah seperti berikut: Tajuk Projek : Prestasi Gentian Kenaf Yang Mengandungi Resin Polylactic-asid (PLA) dan Polypropelyne (PP) Penyelia : Puan Masni Binti A.Majid Tempoh Penggunaan : 26 Januari 2014 26 Jun 2014 (6 bulan) Alatan Yang Diguna : Universal Testing Machine (UTM) dan Scanning Electron Micrograph (SEM) Bahan Yang Diguna : Polylactic-asid (PLA) dan Polipropilena (PP) 3. Saya berharap agar permohonan saya ini dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan oleh oleh pihak Tuan. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.

Yang benar,

.................................... PUAN MASNI BINTI A.MAJID Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

You might also like