You are on page 1of 3

Laporan Projek Perintis Pengakap 2008

S.M.K. Dato’ Ibrahim Yaacob

Baru-baru ini, Badan Uniform Pengakap telah mengadakan aktiviti projek


perintis. Aktiviti tersebut telah diadakan dari 17 Ogos 2008 hingga 20 Ogos
2008.Projek ini bertempat di padang S.M.K. D.I.Y. Sebanyak 39 orang ahli pengakap
menyertainya dan diawasi oleh seorang guru, En. Chan Chee Kong.

Projek yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini bertujuan memdedahkan


ahli kepada aktiviti projek perintis, menguji keupayaan ahli, dan membentuk
semangat berpasukan antara ahli.

Pada hari pertama, semua ahli telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap
kumpulan telah diminta membina sebuah “gadget” dengan mengguna buluh dan
tali yang diberikan. Semua kunpulan telah diberikan masa untuk berbincang
tentang pembahagian tugas. Kemudian, semua kumpulan pun mula kerja sendiri
seperti menggali lubang, menebang buluh dan sebagainya. Pada masa petang,
aktiviti terpaksa diberhentikan akibat hujan. Apabila waktu malam, semua ahli
pengakap makan malam yang dimasak sendiri.

Pada keesokan harinya, aktiviti membina “gadget” diteruskan. Semasa waktu


tengahari dan malam, pengakap remaja membeli makanan dari luar manakala
pengakap muda masak sendiri.

Pada hari ketiga, kami pun meneruskan membina “gadget” yang hampir siap.
Pada waktu tengahari, pengakap muda masak sendiri manakala pengakap remaja
pula membeli makanan dari luar.

Pada malam itu, diadakan aktiviti memanggang (BBQ). Beberapa ahli


pengakap pergi ke “The Store” yang berhampiran dengan sekolah untuk membeli
makanan. Selepas mereka balik ke sekolah, mereka pun mula menghidupkan api.
Sementara itu, ada yang memotong buluh untuk mencucuk makanan yang
disediakan untuk memanggang. Selepas aktiviti ini tamat, semua pengakap mula
membersihkan kawasan aktviti memanggang.

Pada hari yang terakhir, semua pengakap telah diminta memeriksa sekolah
mengikut kumpulan sendiri supaya memastikan kebersihan sekolah dan tiada
meninggalkan barang sendiri. Kemudian, semua pengakap mengambil gambar
bersama-sama di “gadget” dengan Puan Aisya. Aktiviti ini telah berakhir pada pukul
9.30 pagi.

Laporan disediakan oleh, 24 Ogos


2008

_____________________
(LIM CHI YEN)
Setiausaha,
Badan Uniform Pengakap,
S.M.K. Dato’ Ibrahim Yaacob.

SENARAI NAMA PENGAKAP YANG


HADIR

(Sesi Pagi)
1. Tan Zhen H’ng
2. Mellissa Yeo Hui Shian
3. Tan Kok Hong
4. Chong Jyy Fei
5. Yau Siong Fei
6. Yap Weei Pei
7. Ho Pooi Theng
8. Yap Leh Moon
9. Sam Wen Chein
10.Soo Yee Ling
11.Lim Chi Yen
12.Lim Bee Kean
13.Chan Mei Yee
14.Hafizin Afnan
15.Chia Yak Thuan
16.Lim Chi Mun
17.Tan Soon Ming
18.Rendy Ng
19.Tung Yean Sen
20.Yoong Hoi Ming
21.Yap Koon Hing
22.Ng Jin Hom
23.Nazrin
(Sesi Petang)
1. Yuvaraj
2. Muhd Rodiyallahuan
3. Kadhireshaan
4. Muhd Shazwan Alif
5. Hui Keng Fai
6. Nur Fatiqah
7. Nor Izzati
8. Nurul Qamariah
9. Nur Addelina
10.Damal Izzuderi
11.Nur Asmida
12.Poon Seng Pang
13.Mohd. Shafiq
14.Muhammad Haziem
15.V.Thivyan
16.Muhammad Hafiz hakimi
17.Anthony Choo Wei Keong

You might also like