You are on page 1of 15

Latar belakang morsi

MOHAMED Morsi Isa al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah. Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri. Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982. Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000. Dakwah dan Politik Morsi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005). Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme. Penjara dan Penangkapan Morsi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan. Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Morsi mencalonkan diri pada pemilihan 2000. Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

http://www.sinarharian.com.my/siapa-dr-mohamed-morsi-1.179064

Penggulingan Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi daripada kepemimpinannya oleh pihak tentera sememangnya adalah berita sedih bagi demokrasi Arab Spring. Ia menjadi bertambah pilu kepada kumpulan-kumpulan prihatin Palestin di negara ini kerana akan berhadapan dengan laluan sukar untuk masuk ke Gaza. Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang. Sudah tentu perjalanan akan datang melalui liku-liku sukar dengan sekatan, dan persoalannya bagaimanakah bantuan hendak disalurkan sekarang? Kekuasaan di Mesir setelah penggulingan Morsi berada di tangan pihak junta tentera yang begitu komited mempertahankan kepentingan ekonomi golongan atasan dan mencapai matlamat geo-politik imperialisme Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Selepas penggulingan Morsi, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan Mesir dan Genting Gaza. Seorang saksi berbangsa Arab berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku. Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006. Morsi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tidak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa. Walaupun Morsi menggalas beban tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan puak rejim dan kerja memantapkan kedudukan sosio-ekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain. Selepas Perjanjian Damai Mesir-lsrael 1979, Rafah dipisahkan oleh Koridor Philadelphia. Selepas Israel berundur, Koridor Philadelphia di bawah kawalan Pihak Berkuasa Palestin (PA) hingga 2007. Selepas Hamas berkuasa pada 2007, Mesir dan Israel menutup pintu sempadan dengan Gaza. Pada 2009, Mesir di zaman rejim Mubarak memulakan pembinaan halangan bawah tanah untuk menyekat terowong sedia ada dan menghasilkan laluan rahsia. Selepas penyingkiran Morsi, berita tersebut disahut penuh kegembiraan oleh penunjuk perasaan anti-Morsi tanpa memikirkan nasib saudara seagama mereka di Palestin. Sejauh manakah mereka menyedari bahawa kuasa sekarang berada di tangan junta tentera dan bukannya di tampuk pemerintahan yang menang daripada proses pilihan raya. Morsi yang menggerakkan usaha ke arah membebaskan Mesir daripada cengkaman AS nampaknya tidak disukai pihak tentera dan elit kewangan serta perbankan antarabangsa. Sejak menduduki kerusi pemerintahan, Morsi mengambil pendirian bebas daripada cengkaman Barat dengan mengutamakan kepentingan nasional Mesir. Bersandarkan kepentingan nasional ini, ia telah membawa Morsi ke Tehran menyertai Sidang Kemuncak Negara Berkecuali (NAM) di mana beliau telah mengumumkan sokongan kepada rakyat Syria menentang rejim Bashar Al Assad. Beliau juga mencadangkan pembentukan Syria Quartet yang terdiri daripada Mesir, Iran, Turki dan Arab Saudi.

Bagaimanapun pihak Arab Saudi tidak pernah berminat dengan cadangan ini dan memboikot mesyuarat tersebut di Kaherah pada tahun lepas. Bahkan pihak Qatar juga tidak menyukai cadangan Morsi mengadakan mesyuarat melibatkan Tehran. Jika ditinjau daripada struktur junta tentera sekarang pula majoritinya adalah gabungan menggerunkan kuasa-kuasa reaksioner, termasuk konco-konco bekas Presiden Hosni Mubarak, beberapa ahli politik Islam dan ahli politik liberal yang mempunyai hubungan rapat dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Tiada seorang pun daripada individu ini berlatar belakang kumpulan akar umbi atau punyai program sosial yang jelas. Selepas mengambil alih kuasa dari Ikhwan Muslimin, stesen-stesen televisyen dan menahan Morsi, ketua junta tentera, Jeneral Abdul Fatah Khalil Al-Sisi menggariskan peta politik masa depan, termasuk menggantung perlembagaan dan pembentukan kerajaan teknokratik nasional. Istilah teknokratik dianggap kononnya sebagai membawa imej politik berkecuali iaitu tidak terlibat dalam sebarang kumpulan atau pihak berkepentingan politik. Namun pada realitinya apa yang dinamakan teknokratik itu terbenam di dalam ruang-ruang reaksioner atau kumpulan anti-pembaharuan yang berhubung rapat dengan pihak-pihak kapitalis perbankan, kewangan dan perniagaan antarabangsa. Jika kita meneliti selumat-lumatnya skenario kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, sebenarnya sedari awal Angkatan Tentera Mesir diperhatikan sepenuhnya memegang inisiatif politik. Buktinya ketika Mubarak dipaksa berundur pada Februari 2011, Mubarak tidak menyerahkan tampuk kekuasaan kepada wakil presiden, Omar Suleiman, sebaliknya diserahkan kepada Dewan Jeneral Angkatan Bersenjata (The High Command of Armed Forces) yang ketika itu dipimpin oleh Jeneral Mohammed Hussein Tantawi sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Mubarak. Karakter kerajaan baru sudah dapat dibayangkan terdiri daripada mereka yang bersekongkol dan bersubahat dengan Mubarak. Ini termasuklah ahli politik pembangkang seperti pemimpin Barisan Penyelamat Nasional (National Salvation Front), Hazim al-Bablawi dan bekas Ketua Pegawai Tenaga Atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamed El Baradei, pemimpin parti Salafi Al Nour, Mahamoud Badr dan gabungan pembangkang Arab atau Tamarod. Setiap daripada tokoh ini dipilih bagi menggambarkan tanggapan, mereka mendapat sokongan meluas pelbagai lapisan masyarakat di Mesir. Penyokongnya termasuklah El Baradei sendiri, bekas anggota Ikhwan Abdel Moneim Aboul Fotouh, pergerakan belia 6 April dan kumpulan kiri, Revolusi Sosialis. Realitinya penggulingan Morsi adalah berita sedih bagi demokrasi Arab Spring dan masa depan yang gelap kepada Mesir yang kembali ke zaman Firaun.

http://www.tarbawi.my/2013/07/presiden-dr-mohamed-morsi-dalam-dakapan.html

PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan rakyat dan tentera seiring bersama. Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama. Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya. Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa. Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan revolusi membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka. Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi. Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah! Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak

boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraqdemokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir. Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik. Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar. Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya

http://nizar-coretanku.blogspot.com/2013/07/ulasan-professor-dr-mohammad-agus-yusof.html

Biodata & Latar Belakang Nama penuh beliau ialah Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran. Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq. Dakwah dan Politik Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak. Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme. Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu. Penjara dan Penangkapan Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang. Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7 bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr.Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000. Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin. Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011. Rujukan : Mohammad Azhan , Wikipedia

"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. " Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar! Tahukah Anda? Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah. Hebat!

http://www.lamankongsi.com/2012/06/latar-belakang-dr-mohamed-morsi.html

Kenali Siapa Sebenar Dr Mohamed Morsi Isa' al-Ayyat | Mohamed Mursi (Morsi) Isa al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Keluarga beliau hidup dalam keluarga sederhana dan kuat beragama, manakala bapanya merupakan seorang petani dan ibunya suri rumah sepenuh masa.

Dr Mohamed Morsi Isa' al-Ayyat telah berkahwin pada 1978, dikurniakan lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Pendidikan
Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Beliau kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982. Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah da n Politik
Morsi amat konsisten dan komited dalam memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005). Berkat kegigihan beliau, pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau fokus dalam memberi perhatian serius terhadap isu negara bebas Palestin dan Al-Quds. Akhirnya beliau terpilih menjadi ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penan gkap an


Morsi merupakan salah seorang diantara pendakwah yang agak aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya yang tegas dalam menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Morsi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan. Morsi juga pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28

Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Bukan hanya diri beliau, keluarganya turut menjadi sasaran pihak yang tidak sukan cara Morsi. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Morsi sedang sibuk mencalonkan diri pada pemilihan presiden Mesir tahun 2000. Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Menjadi Pr esiden
Morsi akhirnya berjaya menjadi Presiden Mesir dalam pilihanraya pada 30 June 2012, pada tarikh tersebut Morsi telah mengangkat sumpah sebagai presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi. Beliau berjaya menurunkan presiden Hosni Mubarak, yang meninggalkan pejabat Presiden Mesir pada 11 Februari 2011.

Di Paksa Turun
Pada 30 Jun 2013, satu demonstrasi besar-besaran telah diadakan di seluruh Mesir untuk menuntut peletakan jawatan Presiden Morsi. Serentak dengan demonstrasi anti-Morsi, penyokongnya mengadakan tunjuk perasaan di tempat lain di Kaherah. Pada 1 Julai 2013, Angkatan Tentera Mesir telah mengeluarkan amaran dan kata dua dalam tempoh 48 jam untuk Morsi memenuhi permintaan rakyat Mesir. Tentera Mesir juga mengancam untuk campur tangan jika pertikaian itu tidak dapat diselesaikan pada masa itu. Empat menteri juga meletak jawatan pada hari yang sama, termasuk menteri pelancongan Hisham Zazou, komunikasi dan IT menteri Atef Helmi, menteri negara bagi hal ehwal undang-undang dan parlimen Hatem Bagato dan menteri negara bagi hal ehwal alam sekitar Khaled Abdel Aal, meninggalkan Morsi dan ahli-ahli Ikhwan Muslimin sahaja. Pada 2 Julai 2013, Presiden Morsi secara terbuka menolak kata dua 48 jam Tentera Mesir dan berikrar untuk meneruskan rancangan sendiri untuk perdamaian nasional dan menyelesaikan krisis politik. Pertelingkahan akhirnya ditamatkan apabila tentera Mesir telah menggulingkan Morsi pada tarikh 4 Julai 2013. Morsi kini dikenakan tahanan daam rumah di satu tempat di Mesir. Ketua Hakim Mesir, Adly Mansour, mengangkat sumpah sebagai presiden sementara negara itu pada 4 Julai 2013, sehari selepas tentera menyingkir dan menahan tokoh yang dipilih rakyat melalui pilihan raya, Mohamed Mursi. Dalam pada itu, Presiden Bashar al-Assad dilaporkan memuji protes yang berlaku di Kaherah dan berkata, penyingkiran pemimpin Islam itu bermakna berakhirnya politik Islam di negara

berkenaan. Kata Bashar, rakyat Mesir sudah menemui penipuan Ikhwanul Muslimin. Bercakap kepada stesen akhbar al-Thawra semalam, Bashar berkata, apa yang berlaku di Mesir adalah kejatuhan politik Islam. Itulah nasib sesiapa saja di dunia yang cuba menggunakan agama untuk berpolitik atau kepentingan pihak tertentu, katanya. Sebelum ini, Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zoubi menggesa Mohamed Mursi berundur selaras dengan kehendak rakyat negara itu.

http://kezoom.blogspot.com/2013/07/kenali-siapa-sebenar-dr-mohamed-morsi.html#

Rampasan kuasa di Mesir yang menggulingkan presiden yang sah dipilih oleh rakyat secara demokratik, Dr. Mohd Morsi minggu lalu meninggalkan kesan paling buruk terhadap negara tersebut sama ada dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Negara tersebut yang selalu dimegahkan sebagai warisan Farouh (Firaun) dengan Piramid dan Sungai Nilnya dan lain-lain adalah antara negara tertua di benua Afrika dengan sejarah kediktaroran penguasanya. Bermula dari zaman Firaun membawalah ke zaman Hosni Mubarak dengan tenteranya hingga ia terguling dua tahun lalu. Rampasan kuasa minggu lalu itu adalah yang kesekian kalinya berlaku di negara yang tidak pernah stabil itu. Apa yang berlaku di Mesir selama ini menunjukkan bahawa kuasa tentera mendominasi negara miskin itu, di mana menurut pemerhati, tentera menguasai sebanyak 40% penghidupan rakyat Mesir. Rampasan kuasa terbaru minggu lalu itu menimbulkan beberapa akibat: 1) Menyebabkan lebih banyak pertumpahan darah berlaku di mana pihak Ikhwanul Muslimin telah mengerahkan seluruh ahli dan penyokongnya supaya tampil menentang rejim tentera yang menggulingkan Dr. Mohd Morsi. Dalam masa yang sama pemimpin ulama dunia, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa haram menggulingkan kerajaan yang sah, Dr. Mohd Morsi. 2) Menyebabkan negara itu terbahagi dua, iaitu golongan pertama yang mahukan Islam memerintah dan satu lagi drnaliknya. 3) Ekonomi Mesir yang parah akan lebih parah dan sukar dipulihkan. Ini sudah tentu ia tidak dapat membayar hutang yang begitu banyak kepada Amerika. 4) Umat Islam sangat kecewa bahawa Mesir tidak menjadi negara umat Islam contoh walaupun ramai ulama dan wujudnya Universiti Al-Azhar di negara itu. 5) Memberikan gambaran bahawa demokrasi memang tidak serasi dengan Islam dan menimbulkan kepercayaan banyak pihak bahawa negara umat Islam tidak dapat menerima demokrasi. 6) Tentera akan terus memusuhi Ikhwanul Muslimin, justru Dr. Mohd Morsi adalah datang dari Ikwanul Muslimin. 7) Mengesahkan bahawa rampasan kuasa ini ditaja oleh Amerika dan disokong kuat oleh Israel.

10

Ini terbukti dari hubungan rapat antara tentera Mesir dengan Amerika dan Israel disebabkan bantuan kewangan yang diterima angkatan tentera Mesir dari Amerika setiap tahun berjumlah 1.3 billion dollar sejak 1987. Sejumlah 71.6 billion dollar telah diberikan oleh Amerika sejak 1948 sehingga 2011. Untuk tahun 2014, Presiden Obama menyediakan 1.55 billion dollar untuk Mesir, di mana 1.3 billion untuk angkatan tentera dan 250 juta dollar untuk sektor ekonomi Mesir, sebagaimana dilaporkan di dalam laporan kongres Amerika Syarikat bertarikh 27 Jun 2013, di mana menyebut: With the President of Egypt hailing from the Muslim Brotherhood, some lawmakers and U.S. citizens are concerned that continued U.S. military aid and sales of U.S. equipment could be one day used by a government and military that is controlled by Islamist forces hostile to U.S. national security interests and to peace with Israel. Some opponents of U.S. military aid to Egypt may apply further scrutiny in the months ahead to proposed U.S. arms sales to Egypt financed by U.S. taxpayer dollars. Dengan Dr. Mohd Morsi dan Ikhwanul Muslimin dipilih oleh rakyat Mesir selaku kerajaan yang sah melalui pilihanraya, ia menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat dan Israel. Justeru, kerana dosa inilah, Morsi akhirnya digulingkan dengan jalan yang sangat licik, oleh pihak pihak yang berkepentingan. Inilah dosa terbesar Morsi dan Ikhwan yang menyebabkan mereka disingkirkan. Penasihat Keselamatan Amerika, Susan Rice menghubungi Dr. Mohd Morsi, memaklumkan bahawa rampasan kuasa oleh tentera akan berlaku sekiranya beliau terus berdegil enggan meletak jawatan sejam sebelum ia digulingkan. Dengan itu seluruh dunia telah mengetahui bahawa siapapun yang memerintah Mesir mestilah tunduk kepada arahan Amerika dan ini bermakna Mesir tidak bebas sebagai sebuah negara merdeka. Ikhwanul Muslimin sangat sedar akan hal ini. Namun sebagai sebuah gerakan Islam yang sudah berumur 80 tahun, ia tidak ada pilihan lain melainkan menentang rejim serupa ini. Hingga kini, semakin ramai penyokong Dr. Morsi telah terbunuh di samping beratus-ratus telah cedera dan ditahan oleh tentera Mesir yang menggunakan peluru hidup dalam pertempuran di Kaherah dan di bandar lain. Penyokong Dr. Morsi, khususnya dari Ikhwanul Muslimin diberitakan semakin mara dibanyak bandar walaupun berdepan dengan tentera. Menurut pemerhati, ini adalah pertempuran paling sengit yang telah pernah berlaku di negara itu di mana pihak tentera dilihat berusaha keras untuk menghapuskan Ikhwanul Muslimin. Tetapi bolehkah ia menghapuskan Ikhwanul Muslimin? Jawabannya tidak walau sebesar manapun tentangan. Dari pengalaman sejarah sejak Ikhwanul Muslimin ditubuhkan 80 tahun lalu, pendukung gerakan Islam itu mempunyai semangat jihad yang sangat tinggi, istiqamah terhadap perjuangan mereka sangat luar biasa, justru mati syahid adalah cita-cita mereka. Sepanjang sejarah Ikhwan, ribuan pejuangnya telah mati syahid dan ratusan ribu dipenjarakan kerana menentang rejim dektator Gemal Abd Naseer, Anwar Sadat membawa ke zaman Hosni Mubarak. Dengan itu, menurut mereka yang tahu benar mengenai kekuatan Ikhwanul Muslimin bahawa gerakan Islsam itu tidak akan dapat dikalahkan walaupun ribuan akan shahid.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/abdul-shukur-harun/20613-guling-morsi-bawa-kesan-palingburuk-buat-mesir

11

KUNJUNGAN singkat saya ke Kota Kairo pada kali ini adalah amat tragis sekali. Bermula dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh junta tentera serta penangkapan Presiden Dr Mohamad Morsi serta ramai pimpinan Ikhwan Muslimin yang merupakan episod awal kekejaman rejim tentera yang merampas kuasa di bawah pimpinan Jeneral As-Sisi. Namun, saya amat tidak menduga apabila saya turut menjadi saksi kepada kekejaman rejim tentera ini membunuh rakyat yang tidak berdosa sesuka hati mereka tanpa sebaran belas kasihan. Bertapa pilunya apabila melihat rakyat yang menyokong Presiden Morsi di tembak dengan kejam di hadapan mata kepala saya sendiri.

Saya ke medan Rabaah Adawiah yang merupakan tempat berhimpun penyokong Presiden Morsi memenuhi permintaan sahabat-sahabat Mesir di sana untuk berbuka puasa bersama-sama mereka di medan tersebut. (Penulis [kiri sekali] berbuka puasa dengan penyokong Dr Morsi di medan Rabaah Adawiah) Saya dapat melihat sendiri semangat serta pengorbanan yang begitu tinggi yang ditunjukkan oleh penyokong Presiden Morsi yang telah berkhemah di sana lebih dari tiga minggu walaupun di tengah-tengah musim panas di bulan ramadhan.

Bayangkan kesempatan bersama ratusan ribu rakyat yang berkumpul di tengah-tengah Kota Mesir bagi menuntut dikembalikan presiden mereka dan sekaligus menolak rampasan kuasa junta tentera. Rata-rata yang hadir amat bersemangat sekali samada yang tua atau yang muda, yang kaya atau yang miskin, dari seorang pensyarah kepada seorang petani semuanya bersama di medan Rabaah Adawiah bagi memperjuangkan hak dan menolak kekejaman tentera. Pidato serta ucapan dari pimpinan Ikhwan Muslimin amat besemangat sekali dan mereka tidak sedikitpun menunjukkan mahu mengalah dan berundur dari perjuangan menegakkan hak mereka dan tuntutan demokasi di Mesir. Hidangan berbuka puasa untuk ratusan ribu yang berhimpun di situ dapat dinikmati semua. Entah daripada mana semua makanan itu datang tetapi mencukupi untuk semua. Kami berbuka puasa sambil berbincang tentang perkembangan yang sedang berlaku di Mesir kini. Semua yang saya temui amat besemangat sekali mahukan presiden mereka yang sah di bebaskan dan kembalikan semula kuasa kepada beliau. Kami solat Maghrib dan Isyak serta bersolat Tarawih bersama-sama. Amat sayu apabila mendengar bacaan

12

imam solat Terawih serta doa Qunut Nazilah yang dikumandangkan dalam setiap solat waktu dan solat Witir. Namun, suasana aman damai selepas solat Terawih pada malam itu bertukar menjadi "kelam kabut" apabila terdengar tembakan dan siren ambulan yang bertali arus menuju ke hospital sementara yang terletak di Masjid Ibrahim di Rabaah Adawiah. Semua yang hadir diminta bertenang serta sama-sama bertakbir serta mengungkapkan ayat "cukuplah Allah sebagai penolong" berkali-kali. Saya dapat melihat ratusan yang cedera serta puluhan jenazah yang di bawa ke belakang masjid. Para doktor yang begitu ramai cuba sedaya upaya untuk memberi pertolongan serta melakukan pembedahan segera kepada mereka yang cedera. Sepanjang pengalaman di pelbagai tempat berkonflik dan bersama menyaksikan pelbagai tragedi, bagi saya inilah yang paling trajis dan amat memilukan dalam hidup saya. Bertapa pilu apabila melihat mereka yang tidak berdosa di tembak tanpa rasa sebarang belas kasihan di hadapa mata kepala saya. Kebanyakan yang meninggal di tembak di kepala dan di leher mereka. Begitu juga yang cedera parah yang di tembak di bahagian kepala dan perut mereka. Inilah siri awal kekejaman yang sedang berlaku di Mesir selepas rampasan kuasa tentera yang didokong oleh Kuasa besar barat. Mungkinkah sudah tidak ada istilah "hak asasi" bagi melindungi kumpulan dan parti Islam dari kekejaman tentera ini yang membunuh rakyat sesuka hati mereka? Atau mungkinkah "demokrasi" dan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin sudah tidak layak berada di gelangang demokrasi ini seperti yang di agung-agungkan oleh kuasa Barat dan sekutunya sehinggakan mereka boleh di lakukan sedemikian walaupun dengan membunuh tanpa sebarang rasa simpati dan bersalah? Namun, saya yakin Ikhwan Muslimin dan pimpinannya akan bangkit dan melakar sejarah bertapa kekejaman terhadap mereka tidak sekali-kali mematikan semangat mereka untuk menegakkan keadilan walaupun ribuan yang dipenjarakan dan di bunuh dengan kejam.

http://kedahla.blogspot.com/2013/08/dr-syed-azman-menyaksikan-sendiri.html

13

Agak menarik artikel tentang penggulingan Dr. Mohamed Morsi iaitu Presiden Mesir yang dikongsi oleh Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman ini. Ramai yang tidak bersetuju dengan penggulingan tersebut kerana sebab-sebab tertentu. Tidak kurang juga yang terpengaruh dengan hebahan media barat yang berat sebelah.

Ikuti pandangan peribadi Ustaz Zaharudin berkenaan penggulingan Dr. Mohamed Morsi ini. Semoga bermanfaat: 1. Dr. Mohammed Mursi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik. 2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak. 3. Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berpuak dan membantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang ala diktator dari pemimpin yang AMANAH DAN BAIK bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undnag-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi. BACA JUGA: (Biodata) Siapa Sebenarnya Presiden Mesir Dr. Mohamed Morsi 4. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu revamp tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti. 5. Tindakan rakyat awam Mesir yang mengadakan revolusi jalanan dan bergembira atas kejatuhan Dr. Morsi adalah pelik dan kurang matang pada hemat saya. Masakan tidak, sedang mereka bergembira dan merayakannya, adakah mereka sedar dan tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin terbaru mereka?, bilakah tarikh pemilihannya? adakah mudah menaikkan pemimpina kesukaan mereka untuk diterima semua pendemonastrasi dan puak-puak? malah mungkin sebahagian besar mereka langsung tidak mempunyai idea siapakah calon yang paling layak. Apakah tindakan mereka ini lebih membantu menstabilkan Mesir atau mengoyahkannya semula? Dan lebih teruk, tindakan ini memberi kesan kepada kemaslahatan rakyat Palestin.

14

6. Saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini. 7. Rampasan kuasa Morsi ini lebih jelas disokong oleh pihak barat padahal mereka sering melaungkan keperluan untuk berpegang kepada Demokrasi, namun apabila Presiden Mesir dilihat ingin meluaskan agenda Islam dalam pentadbiran dan membantu Palestin, mereka kini berubah kepada menyokong rampasan kuasa pula. 8. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam rampasan kuasa ala tentera Mesir ini kerana iktirafan kerajaan Malaysia bakal memberi mesej yang mengelirukan kepada sebahagian rakyat Malaysia kelak iaitu seolaholah Malaysia mengiktiraf kerajaan melalui revolusi jalanan sedangkan tiada kezaliman nyata dilakukan oleh Morsi yang hanya baru setahun jagung memerintah. 9. Menukar pemimpin kerajaan melaui cara revolusi jalanan atau kekerasan memang lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Justeru, wajarlah ia dijauhi. Perlu difahami, revolusi jalanan menjatuhkan kerajaan BERBEZA DENGAN DEMONSTRASI AMAN bertujuan menyatakan bantahan tanpa sebarang perancangan menggulingkan kerajaan seperti di Mesir ini. Demonstrasi aman ( khususnya dengan permit) termasuk dalam hak yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, manakala revolusi bersenjata dan ganas adalah tidak. 10. Ini hanyalah pandangan peribadi dan mungkin saya juga boleh tersalah dalam analisa dan penerimaan maklumat. Wallahulam.Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

http://fitrihadi.com/2013/07/artikel-ringkasan-penggulingan-dr-mohamed-morsi/

15

You might also like