You are on page 1of 1

Cara penyebaran biji benih Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus

hidup di bumi ini. Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikankemandirian spesiesnya adalah melalui penyebaran bijih benihnya. Haiwan juga adalah salah satu agen dalam penyebaran bijih benih. Biji benih disebarkan oleh haiwan dari sesuatu tempat ke tempat yang lain melalui najis.selain itu, biji benih akan terlekat pada badan haiwan dan akan disebar ke tempat lain apabila haiwan bergerak ke tempat yang lain. Biji benih yang disebarkan oleh haiwan mempunyai ciri-ciri yang tertentu pada biji benih bagi meningkatkan populasi spesiesnya. Yang pertama, biji benih yang disebar melalui najis haiwan mempunyai biji yang keras supaya tidak dapat dihadam dan juga mempunyai bau yang menarik.. Kedua adalah buahnya mempunyai warna yang menarik,mempunyai rasa manis dan sedap supaya dapat dimakan oleh haiwan. Antara contoh biji benih yang disebarkan melalui najis haiwan adalah buah rambutan dan buah langsat.Seterusnya, biji benih yang terlekat pada badan haiwan mempunyai bentuk yang bercangkuk supaya mudah terlekat pada badan haiwan. Antara contoh biji benih yang disebarkan melalui cara ini adalah pokok kemuncup. Contoh biji benih disebarkan melalui najis haiwan

Rajah 1 : Buah rambutan

Rajah 2: Buah langsat

Contoh biji benih yang terlekat pada badan haiwan

Rajah 3:Kemuncup terlekat pada gigi kucing

Rajah 4: Tumbuhan kemuncup

You might also like