You are on page 1of 16

1.

0 WACANA DAN TEKS

1.1 Definisi wacana

Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Fonem

Frasa

Klausa

Morfem

Kata

Ayat

Wacana

Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, ucapan, khutbah, dan dialog manakala wacana dalam bentuk tulisan terdiri daripada laporan, surat, rencana, cerpen, novel, dan puisi.

Keutuhan fikiran dalam wacana sangat penting. Hal yang demikian adalah kerana menerusi keutuhan ini, ahli bahasa dapat menentukan sama ada sesuatu

bentuk ujaran atau tulisan itu merupakan wacana atau hanya terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak berhubungan.

Wacana juga dikatakan melebihi batas ayat, ini adalah kerana: Dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja tetapi turut merangkum aspek-aspek yang lebih luas daripada ayat. Sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku,ataupun satu siri buku

Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaannya. Contoh ayat Mengapa bising sangat : Daripada segi struktur merupakan ayat tanya Tetapi apabila dilihat dalam konteks di bilik darjah, ayat ini ialah ayat perintah, iaitu seorang guru dengan tegas memerintahkan pelajarnya supaya senyap.

Ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasaskan aliran stuktural (rumus) dan transformasi generatif adalah tidak lengkap kerana huraian mereka berakhir pada tahap ayat sahaja walhal penggunaan bahasa yang sebenarnya sering melebihi batas ayat

1.2 Ciri-ciri wacana

TUJUAN

INTERTEKS

KOHESI (tautan)

CIRI-CIRI WACANA KEADAAN KOHEREN (runtutan)

MAKLUMAT

PENERIMAAN

TUJUAN Setiap wacana yang dihasilkan mestilah mempunyai tujuan. Tujuan ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan juga menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya.

KOHESI (tautan) Kohesi bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama, frasa atau ayat dengan perkataan.

KOHEREN (runtutan) Tatabahasa Dewan (2005:525) menjelaskan ia merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi teks itu bermakna.

PENERIMAAN Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.

MAKLUMAT Terbahagi kepada dua; maklumat lama (maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya) dan maklumat baharu (maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini)

KEADAAN Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.

INTERTEKS Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana yang lain. Wacanawacana lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarnya itu.

1.3 PENANDA WACANA Untuk memastikan keutuhan wacana,kata atau rangkai kata telah digunakan bagi merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Unsur perangkai ini dikenal sebagai penanda wacana.

ANALISIS WACANA YANG TERDAPAT DI DALAM TEKS FUNGSI Tambahan Tambahan dan penegasan Pertentangan Sebab dan kesan atau lanjutan CONTOH PENANDA WACANA Begitu juga Namun begitu -Oleh yang demikian -oleh sebab itu perkaitan Waktu Tempat Perbandingan contoh Penyataan semula urutan Tujuan dan maksud harapan pendahuluan rumusan Singkatan generalisasi Penekanan atau penegasan Bahasa klasik Oleh hal yang demikian Contohnya iaitu Akhirnya Hal ini adalah Sebagai rumusan Jelaslah maka

2.0 SEMANTIK Dalam bidang linguistik,semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Daripada segi etimologi, kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda atau lambang. Oleh hal yang demikian, semantik juga dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat manakala ayat terbina daripada rentetan kata. Oleh yang demikian, untuk meneliti makna dalam sesuatu bahasa, peringkat bahasa yang diteliti meliputi unit-unit bahasa yang membentuk kata dan ayat, iaitu morfem,kata,frasa,dan ayat. Dengan ini,semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna morfem,kata,frasa,dan ayat dalam sesuatu bahasa.

PERKAITAN MAKNA PERKATAAN Daripada segi leksikal, kata-kata dalam sesuatu bahasa mungkin mempunyai hubungan sinonim, antonim, hiponim, polism, homonim(homofon dan homograf).

2.1 SINONIM Sinonim ialah ungkapan atau kata yang maknanya hamper sama dengan ungkapan atau kata lain. Sebagai contoh, kata cerdik mempunyai makna yang hampir sama dengan kata bijak, pintar, atau pandai. Dengan ini, dikatakan cerdik, bijak, pintar, dan pandai merupakan kata-kata yang bersinonim.

CONTOH DALAM PETIKAN makna akal seni bidang

SINONIM DENGAN Maksud,erti fikiran Halus,kecil Lebar, lerang, buka

Berdasarkan jadual di atas, contoh sinonim yang terdapat dalam petikan adalah tidak banyak. Perkataan makna bersinonim dengan maksud dan erti. Perkataan akal pula bersinonim dengan fikiran. Selain itu, perkataan seni bersinonim dengan halus dan kecil manakala perkataan bidang besinonim dengan lebar,lerang dan buka.

2.2 ANTONIM Antonim bermaksud kata yang maknanya dianggap berlawanan dengan kata lain. Sebagai contohnya, kata tidur berlawanan maknanya dengan kata jaga, manakala kata berani berlawanan maknanya dengan kata takut.

CONTOH DALAM PETIKAN muda turun putih baik dosa

ANTONIM DENGAN tua naik hitam buruk pahala

Terdapat lima perkataan di dalam petikan yang dapat diketengahkan oleh pengarang. Perkataan muda antonimnya adalah tua. Turun antonym dengan naik.putih pula berlawanan dengan hitam.selain itu, antonym bagi baik ialah buruk dan dosa ialah pahala.

2.3 HIPONIM Hiponim ialah kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna, iaitu sesuatu ungkapan itu merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. Sebagai contohnya, kerusi ialah hiponim terhadap perabot kerana kerusi tergolong dalam makna perabot. Dalam hal ini, kerusi memang perabot tetapi perabot bukanlah kerusi sematamata sebaliknya merangkum perabot lain.

CONTOH DALAM PETIKAN -

HIPONIM DENGAN -

Di dalam petikan tidak terdapat contok perkataan hiponim.

2.4 POLISM Polism diertikan sebagai satu patah kata yang mempunyai makna yang banyak atau satu set makna. Hal ini memperlihatkan seolah-olah konsep polism sama dengan homonim ,iaitu satu patah kata mempunyai lebih daripada satu makna. Banyak kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai polism. Antaranya ialah kata derai, jatuh, kepala, mentah dan turun.

CONTOH DALAM PETIKAN jatuh

MAKNA -gugur -merosot -terbenam -tumbang -muflis

Terdapat satu sahaja perkataan polism di dalam petikan. Contohnya ialah perkataan jatuh. Makna bagi perkataan jatuh ialah gugur, merosot, terbenam,tumbang dan muflis.

2.5 HOMONIM Homonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada daripada segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya lompang, pasang, rawan, sari, ulas, buku, batu dan sebagainya.

CONTOH DALAM PETIKAN buku

MAKNA i-penjodoh bilangan ii-bongkah

Berdasarkan jadual di atas, terdapat satu perkataan homonim sahaja di dalam teks. Contoh di dalam teks ialah buku yang member makna penjodoh bilangan dan bongkah.

2.6 HOMOFON Homofon merujuk kepada kata-kata yang sama sebutannya atau bunyinya tetapi berbeza dari segi ejaan dan maknanya. Contohnya baka dengan baqa.

CONTOH DALAM PETIKAN masa baka

HOMOFON massa baqa

Terdapat dua contoh di dalam petikan. Contohnya ialah masa dan homofonnya ialah massa. Bagi perkataan baka pula homofonnya ialah baqa.

2.7 HOMOGRAF Homograf ialah kata-kata yang sama ejaannya tetapi mempunyai sebutan yang berbeza dan sudah tentulah maknanya juga berbeza. Contohnya bela , perang, rendang, selak, semak dan sepak.

CONTOH DALAM PETIKAN Semak

MAKNA iiiBelukar meneliti pelihara mempertahankan

Bela

iii-

Di dalam petikan, hanya terdapat dua contoh homograf sahaja.contohnya ialh perkataan semak yang membawa maksud belukar dan meneliti. Bagi perkataan bela pula, homografnya ialah pelihara dan mempertahankan.

10

3.0 PSIKOLINGUISTIK Konsep Linguistik

Menurut Aitchinson (1987), ilmu linguistik didefinisikan sebagai penyelidikan yang sistematik mengenai bahasa iaitu ilmu yang menghuraikan kesemua aspek bahasa dan merumuskan teori-teori tentang bagaimana bahasa berfungsi.

Menurut Abdullah Hassan (1984) pula linguistik ialah satu sains yang mengkaji bahasa yang merangkumi teori-teori dan teknik-teknik yang digunakan untuk menganalisis bahasa.

Selain itu, Nik Hassan Basri (2003) mengatakan linguistik merupakan satu pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syaratsyarat yang diperlukan seperti dalam pengkajian bidang yang lain.

Stork & Widdowson (1983), pula mengatakan linguistik merupakan ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang bahasa, merangkumi semua segi komunikasi manusia daripada pemerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis secara menyeluruh.

Menurut Dewan Bahasa Edisi Ketiga (1984) linguistik merupakan satu kajian/ilmu tentang bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat.

11

Konsep Psikologi

Menurut Gleitman (1986), Psikologi ditakrifkan sebagai ilmu tentang akal budi, kadang kala disebut sebagai ilmu tingkah laku. Bidang kajian ini cuba menjawab persoalan tentang bagaimana organisma-organisma melakukan sesuatu dan mengapa hal tersebut dilakukan.

Mangantar Simajuntak (1986) pula mengatakan psikologi ialah satu sains mengenai manusia yang cuba mengkaji proses akal manusia dengan segala manifestasinya yang mengatur perilaku manusia itu.

Selain itu, Atan Long (1976) berpendapat bahawa perkataan psikologi berasal daripada gabungan perkataan Yunani iaitu psyche yang bermaksud nafas, kehidupan & jiwa/semangat dan perkataan logy yang bermakna pengkajian mengenai sesuatu. Oleh itu, perkataan psikologi membawa erti pengkajian berkenaan jiwa dan semangat manusia.

Aitchison pula membahagikan bidang kajian psikolinguistik kepada dua topik iaitu aspek yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan bahasabahasa pertama/ibunda dan aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input bahasa dan aspek yang berkaitan dengan ingatan dan penyimpanan maklumat bahasa /pengetahuan bahasa

Bagi Garnhem (1905) pula, psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya untuk mengetahui cara bahasa dihasilkan dan difahami.

12

KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, pengetahuan bahasa diperolehi secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) : Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu. Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Bahasa mesti dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan (rangsangan) dan sikap positif adalah perlu. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada pelajar Melayu tidak banyak masalah. Sebaliknya, mengajar bahasa kedua kepada bukan penutur jati (orang Melayu misalnya) memerlukan lebih perhatian. Pelajar perlu melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu. Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980) menjelaskan : Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas. Adalah jelas bahawa mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan bahasa ibunda pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara bersistem. dan formal.

13

Perbezaan konsep pemerolehan bahasa pertama dan pembelajaran bahasa kedua

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA Dari segi prinsip: -penguasaan sesuatu kemahiran bahasa berlaku secara beransur-ansur.

PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA

-satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa.

-setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan

-mesti didahulukan dengan kemahiran lisan.

cara yang perlahan.

-kanak-kanak tidak mengkaji tatabahasa untuk menguasai bahasa tersebut

-pelajar belajar secara membuat analogi

-kanak-kanak belajar menggunakan bahasa melalui pemerhatian atau pendengaran dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya

-makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri

-kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu

-Pembelajaran berlaku secara formal dan mempunyai guru

14

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA

Strategi: -melalui proses tidak formal -memerlukan usaha gigih dan perancangan teliti

-satu proses yang tidak ada pilihan

-proses yang ada pilihan

-kanak-kanak, secara genetik, telah diprogramkan untuk berjaya dalam proses penguasaan bahasa pertama

-faktor genetik tidak memainkan peranan penting

-tidak mengalami kesulitan masa

-mengalami kesulitan masa

15

Berdasarkan jadual di atas, terdapat banyak perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dan pembelajaran bahasa kedua. Dari segi prinsip, penguasaan sesuatu kemahiran bahasa berlaku secara beransur-ansur dalam pemerolehan bahasa pertama. Bagi pembelajaran bahasa kedua, berlaku satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan dalam pemerolehan bahasa pertama manakala pembelajaran bahasa kedua mesti didahulukan dengan lisan. Selain itu, kanak-kanak tidak mengkaji tatabahasa untuk menguasai bahasa tersebut dalam pemerolehan bahasa pertama manakala pelajar belajar secara membuat analogi bagi pembelajaran bahasa kedua. Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa melalui pemerhatian atau pendengaran dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya bagi pemerolehan bahasa pertama manakala makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri bagi pembelajaran bahasa kedua. Di samping itu, kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu bagi pemerolehan bahasa pertama manakala bagi pembelajaran bahasa kedua pula, pembelajaran berlaku secara formal dan mempunyai guru. Dari segi strategi pula, pemerolehan bahasa pertama melalui proses tidak formal manakala pembelajaran bahasa kedua memerlukan usaha gigih dan perancangan teliti. pemerolehan bahasa pertama merupakan satu proses yang tidak ada pilihan manakala pembelajaran bahasa kedua pula proses yang mempunyai pilihan. Selain itu, kanakkanak, secara genetik, telah diprogramkan untuk berjaya dalam proses penguasaan bahasa pertama manakala faktor genetik tidak memainkan peranan penting bagi pembelajaran bahasa kedua. Pemerolehan bahasa pertama tidak mengalami kesulitan masa manakala pembelajaran bahasa kedua mengalami kesulitan masa.

16

You might also like