You are on page 1of 50

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN:

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

2.1 ASET

Definisi: Merupakan sumber ekonomi (barangan bernilai) yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah kepada organisasi dari segi pengendalian aktiviti atau untuk dijual semula. Boleh berbentuk fizikal (aset nyata) dan bukan fizikal (aset tidak nyata). Terbahagi kepada dua jenis: a) Aset Semasa b) Aset Bukan Semasa

2.1 b) Pengelasan Aset


Aset Semasa Ciri-ciri -Mudah ditukar menjadi wang tunai (mudah dijual). -Untuk dijual atau untuk pembuatan barang. -Digunakan dalam tempoh satu tahun atau satu tempoh perakaunan. Contoh Tunai di tangan Tunai di bank Stok barang niaga / stok bahan mentah Penghutang Belanja terdahulu Hasil terakru Aset Bukan Semasa -Tidak mudah ditukar menjadi wang tunai (sukar dijual). -Bukan untuk dijual semula. -Tempoh penggunaan melebihi setahun atau lebih dari satu tempoh perakaunan. Premis (bangunan) Tanah Kenderaan Perabot Alatan pejabat Mesin Loji

2.2 LIABILITI

Definisi: Merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. Hutang ini mungkin muncul daripada urusan pembelian barang niaga, perkhidmatan atau pinjaman wang. Liabiliti boleh terdiri daripada orang perseorangan (pemiutang) atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit kepada perniagaan. Pemiutang yang muncul daripada urusan pembelian barang niaga secara kredit dikenali sebagai pemiutang dagangan, manakala pemiutang yang muncul daripada sebab-sebab yang lain dikenali sebagai pemiutang bukan dagangan.

2.2 b) Pengelasan Liabiliti


Liabiliti Semasa Ciri-ciri -Hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dalam satu tahun / satu tempoh perakaunan. Pemiutang Overdraf bank Pinjaman jangka pendek Belanja terakru Hasil terdahulu Liabiliti Bukan Semasa -Hutang perniagaan yang akan dibayar balik dalam tempoh melebihi satu tahun / melebihi satu tempoh perakaunan. Pinjaman bank (jangka panjang) Gadai janji

Contoh

2.3 EKUITI PEMILIK

Definisi: Ekuiti pemilik atau modal ialah jumlah pelaburan atau kepentingan pemilik di dalam perniagaan. Ia merupakan tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. Tuntutan di sini bermaksud, apabila pemilik melaburkan modal ke dalam perniagaan, dia mengharapkan perniagaan dapat membalas dengan memberi keuntungan kepadanya. Ekuiti pemilik merangkumi: Modal asal yang dilaburkan + Keuntungan terkumpul yang tidak diagihkan

2.3 b) Komponen Ekuiti Pemilik


Ekuiti Pemilik 1. 2. Akan BERTAMBAH apabila: Akan BERKURANG apabila:

Pemilik memasukkan modal Pemilik membuat ambilan tambahan Perniagaan beroleh keuntungan Perniagaan mengalami kerugian

Nota: Ambilan bermaksud pemilik mengambil aset perniagaan (barang atau tunai) untuk kegunaan peribadi.

2.4 Hasil

Definisi: Wang yang diterima atau yang akan diterima daripada jualan barang atau perkhidmatan. Hasil mungkin boleh diterima dalam bentuk komisen, sewa, faedah simpanan, dividen dan lain-lain. Terbahagi kepada dua jenis: a) Hasil Kendalian b) Hasil Bukan Kendalian

2.4 b) Pengelasan Hasil


Hasil Kendalian Maksud -Hasil yang diperoleh daripada aktiviti utama perniagaan. -Jualan barang niaga (jika perniagaan menjual barangan) -Penerimaan daripada perkhidmatan (jika perniagaan menyediakan perkhidmatan) Hasil Bukan Kendalian -Hasil yang diperoleh daripada aktiviti selain aktiviti utama perniagaan. -faedah atas simpanan -sewa diterima

Contoh

-dividen pelaburan
-untung daripada jualan aset bukan semasa terpakai (contoh: jualan perabot pejabat terpakai)

2.5 Belanja

Definisi: Belanja ialah wang yang dibayar atau yang akan dibayar pada masa hadapan (kos pemerolehan barang atau perkhidmatan) kesan daripada aktiviti pengendalian perniagaan. Belanja adalah termasuk kos belian stok, gaji pekerja, bayaran bil elektrik dan air, insurans kedai dan lain-lain. Terbahagi kepada dua jenis: a) Belanja Kendalian b) Belanja Bukan Kendalian

2.5 b) Pengelasan Belanja


Jenis Belanja Kendalian Kategori Kos Jualan Contoh Belian barang niaga untuk dijual Angkutan masuk Duti atas belian Insurans atas belian Gaji & Komisen jurujual Iklan Angkutan keluar Gaji pengurus Insurans Kadar bayaran (belanja elektrik, air, telefon) Faedah atas pinjaman Hutang lapuk

Operasi jualan

Pentadbiran & Belanja Am Kewangan

Belanja Bukan Kendalian

Rugi daripada jualan aset bukan semasa Kecurian Rugi luar biasa daripada bencana alam dan kebakaran

2.6 Akaun Kontra

Definisi: Akaun yang akan mengurangkan nilai dalam akaun induk. Akaun Kontra memberikan nilai bersih bagi akaun-akaun induk tersebut. Pengelasan Akaun Kontra:
Akaun Kontra
-Susut Nilai Terkumpul -Peruntukan Hutang Ragu -Pulangan Jualan -Pulangan Belian -Diskaun Diberi -Diskaun Diterima -Ambilan

Akaun Induk (yang dikurangkan nilai)


-Akaun Bukan Semasa -Penghutang -Jualan -Belian -Jualan -Belian -Modal

2.7 Carta Akaun

Definisi: Carta akaun adalah satu senarai tajuk dan nombor akaun secara sistematik yang digunakan dalam sistem perakaunan berkomputer. Pengelasan akaun dibuat mengikut jenis akaun seperti kategori aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja dan kontra. Biasanya, carta akaun disusun mengikut tertib akaun-akaun tersebut muncul di dalam penyata kewangan, akaun-akaun Penyata Pendapatan diikuti akaun-akaun Kunci Kira-kira. Kod untuk carta akaun boleh menggunakan nombor atau abjad sahaja (aplhabetical atau numeric), atau gabungan kedua-duanya (alpha-numeric).

2.7 Carta Akaun (sambungan)

Contoh: Akaun-akaun kategori aset mungkin dikelaskan menggunakan kod 1000.


Kod 1000 1001 1002 1003 1004 Item Aset Tunai Bank Kenderaan Penghutang

Penerangan: Dalam contoh ini, Kod 1000 digunakan untuk mewakili akaun-akaun jenis Aset di dalam sistem perakaunan. Jika akaun aset baru hendak ditambah di dalam sistem, kod akaun tersebut mesti diletakkan sebagai 1xxx (bermula dengan nombor 1). Kod 1000 tidak digunakan untuk akaun aset sebenar, hanya untuk mewakili kategori aset.

2.7 b) Fungsi Carta Akaun

Carta akaun adalah satu senarai akaun yang digunakan bagi memudahkan pengeposan urusniaga ke lejar secara konsisten. Carta akaun berfungsi sebagai tapak (base) untuk menukar nama, menambah akaun dan memberi maklumat tambahan kepada akaun yang ditambah. Bagi sistem perakaunan berkomputer, carta akaun adalah perlu supaya perisian dapat mengenalpasti akaun.

2.7 c) Penyediaan Carta Akaun

1. Kenalpasti semua akaun berdasarkan urus niaga. 2. Bandingkan senarai akaun yang dibuat dengan senarai akaun seperti di dalam perisian perakaunan.

3. Semak semula nama akaun, klasifikasi akaun serta maklumat tambahan lain. 4. Masukkan maklumat carta akaun ke dalam sistem perisian perakaunan

2.7 d) Inventori

Definisi: Juga dikenali sebagai stok, inventori merujuk kepada semua item yang menjadi barang niaga bagi sesebuah perniagaan. Bagi perniagaan menjual barang, inventori terdiri daripada barang siap yang dibeli untuk dijual semula. Bagi perniagaan pembuatan barang, inventori terdiri daripada inventori bahan mentah, inventori kerja dalam proses dan inventori barang siap. Sistem penilaian inventori: a) Sistem Inventori Berkala b) Sistem Inventori Berterusan

a) Sistem Inventori Berkala

Tiada rekod terperinci disimpan mengikut sistem ini bagi mengesan semua inventori yang diterima atau yang dikeluarkan. Pengiraan fizikal (mengira inventori satu per satu) dibuat untuk menentukan nilai dan kuantiti inventori akhir (inventori yang masih dalam simpanan). Biasanya digunakan oleh perniagaan barangan runcit. Juga digunakan di kebanyakan koperasi sekolah.

b) Sistem Inventori Berterusan

Rekod yang terperinci disimpan bagi mengesan pergerakan inventori yang diterima dan juga yang dikeluarkan. Buku Rekod Inventori atau Kad Lejar Stok digunakan untuk merekod pergerakan inventori. Kelebihan sistem ini ialah kuantiti dan nilai inventori dapat diperolehi pada bila-bila masa dengan merujuk kepada Buku Rekod Inventori.

2.8 Persamaan Perakaunan


Ingat kembali! Aset: Sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah organisasi perniagaan. Liabiliti: Hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. Ekuiti Pemilik: Tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan (modal yang dilaburkan pemilik).

Bagaimanakah perhubungan ketiga-tiga item dia atas dihubungkan di dalam perakaunan?

2.8 a) Persamaan Perakaunan (tanpa hasil dan belanja).

Pemilikan aset oleh sesebuah organisasi perniagaan boleh dibiayai sama ada oleh pihak luar (liabiliti) atau pemilik (ekuiti pemilik). Perkaitan ini ditunjukkan di dalam persamaan perakaunan seperti di bawah:

Aset

Liabiliti

Ekuiti Pemilik

Semua aset yang dimiliki oleh perniagaan

Sumber pembiayaan bagi pemilikan aset

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)


Aset

Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Persamaan ini bermula pada RM0 pada kedua-dua belah persamaan, iaitu sebelum perniagaan dimulakan. Persamaan perakaunan ketika ini adalah seperti berikut; Aset RM0 = = Liabiliti + Ekuiti Pemilik RM0

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)


Aset

Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan dengan memasukkan modal RM10 000. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Aset Tunai 1.
b/b

Liabiliti

Ekuiti Pemilik Modal +RM10 000

+RM10 000 RM10 000 =

RM10 000

Analisis: Perniagaan menerima tunai (aset) yang dibawa masuk oleh pemilik. Jadi aset bertambah RM10 000 dan modal juga bertambah RM10 000. Liabiliti pada ketika ini tidak menerima kesan.

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM5 000 daripada Bank Bumiputeri. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Tunai
1. 2.
b/b

Pinjaman
+RM5 000 = RM5 000
+

Modal
+RM10 000 RM10 000

+RM10 000 +RM5 000 RM15 000

Analisis: Perniagaan menerima tunai daripada pinjaman bank. Jadi aset bertambah RM5000 dan liabiliti (perniagaan berhutang dengan bank) juga bertambah RM5000.

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai RM3000. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Tunai
1. 2. 3.
b/b

Perabot

Pinjaman
+RM5 000

Modal
+RM10 000

+RM10 000 +RM5 000 -RM3 000 +RM3000

RM12 000

RM3 000 =

RM5 000

RM10 000

Analisis: Pembelian perabot (aset) dibiayai oleh aset yang lain (tunai). Jadi kesan urusniaga hanya berlaku disebelah aset sahaja, dan keseimbangan dikekalkan.

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000 secara kredit. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Aset
Tunai 1. 2. +RM10 000 +RM5 000 +RM5000 Perabot Van

Liabiliti
Pinjaman Pemiutang

Ekuiti Pemilik
Modal +RM10000

3. 4.
b/b

-RM3 000
RM12 000

+RM3000 +RM16000
RM3 000 RM16 000 = RM5 000

+RM16000
RM16 000 + RM10 000

Analisis: Perniagaan membeli kenderaan dan dibiayai oleh pemiutang. Jadi, aset bertambah RM16000 dan liabiliti (pemiutang) bertambah RM16000.

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer bernilai RM2500 ke dalam perniagaan. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Aset
Tunai Perabot Van Komputer

Liabiliti
Pinjaman Pemiutang

Ekuiti Pemilik
Modal +RM10000

1. 2. 3. 4. 5.
b/b

+RM10 000 +RM5 000 -RM3 000 +RM3000 +RM16000 +RM2500 RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 = RM5 000 RM16 000 + +RM16000 +RM5000

+RM2500 RM12500

Analisis: Sebarang aset yang dibawa masuk oleh pemilik ke dalam perniagaan direkod sebagai modal tambahan. Jadi, perniagaan akan mengalami peningkatan aset dan juga modal pada nilai RM2 500.

2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)

Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai RM6500 secara kredit. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Aset
Tunai Perabot Van Komputer Inventori

Liabiliti
Pinjaman Pemiutang

Ekuiti Pemilik
Modal +RM10000

1. 2. 3. 4. 5. 6.
b/b

+RM10 000 +RM5 000 -RM3 000 +RM3000 +RM16000 +RM2500 +RM6500 +RM6500 +RM16000 +RM5000

+RM2500

RM12 000

RM3 000

RM16 000

RM2500

RM6500

RM5 000

RM22 500

RM12500

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).

Anda telah mempelajari persamaan perakaunan yang asas:

Aset

Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Anda juga telah mempelajari bahawa Ekuiti Pemilik akan meningkat apabila perniagaan memperoleh keuntungan. Persamaan perakaunan akan dikembangkan menjadi:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung

Anda juga telah mempelajari cara pengiraan untung yang asas iaitu hasil tolak belanja. Masukkan ke dalam persamaan:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).

Sekarang, persamaan perakaunan juga akan menerima kesan akibat perubahan kepada hasil dan juga belanja. Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja

Menyambung contoh yang sebelum ini, kita akan melihat kesan urusniaga yang melibatkan hasil dan belanja ke atas persamaan perakaunan.

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).

Imbas kembali, baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik dalam contoh sebelum ini:
Aset
Tunai Perabot RM3 000 Van RM16 000 Komputer RM2500 Inventori RM6500 =

Liabiliti
Pinjaman RM5 000 Pemiutang RM22 500

Ekuiti Pemilik
Modal

b/b

RM12 000

RM12500

Apabila melibatkan hasil dan belanja, satu lajur baru (hasil/belanja) perlu ditambah.
Aset
Tunai Perabot RM3 000 Van RM16 000 Komputer RM2500 Inventori RM6500 =

Liabiliti
Pinjaman RM5 000 Pemiutang RM22 500

+ Ekuiti Pemilik
Modal + RM12500 Hasil / Belanja

b/b

RM12 000

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).

Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga berkos RM700 pada harga RM850 secara tunai.
Aset
Tunai Perabot RM3 000 Van RM16 000 Komputer RM2500 Inventori RM6500 - RM700 =

Liabiliti
Pinjaman RM5 000 Pemiutang RM22 500

Ekuiti Pemilik
Modal Hasil / Belanja

b/b

RM12 000 + RM850

RM12500 +RM150

7.
b/b

RM12850

RM3 000

RM16 000

RM2500

RM5800

RM5 000

RM22 500

RM12500

RM150

Analisis: Perniagaan menjual inventori, jadi inventori berkurang pada harga kos (RM700). Tunai bertambah RM850, iaitu pada harga jualan. Perbezaan antara harga jualan dan kos (positif RM150) adalah untung

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).

Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900 secara tunai.


Aset
Tunai Perabot RM3 000 Van RM16 000 Komputer RM2500 Inventori RM6500 - RM700 =

Liabiliti
Pinjaman RM5 000 Pemiutang RM22 500

Ekuiti Pemilik
Modal Hasil / Belanja

b/b

RM12 000 + RM850

RM12500 +RM150

7.

8.
b/b

- RM900
RM11950 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM22 500 + RM12500

- RM900
- RM750

Analisis: Sewa yang dibayar merupakan belanja kendalian. Ia akan dimasukkan sebagai nombor negatif (- RM900) di dalam lajur hasil / belanja. Tunai juga akan berkurangan pada nilai yang sama.

2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).

Urusniaga 9: Membayar pemiutang RM2250 dan menerima diskaun RM250.


Aset
Tunai Perabot RM3 000 Van RM16 000 Komputer RM2500 Inventori RM6500 - RM700 =

Liabiliti
Pinjaman RM5 000 Pemiutang RM22 500

Ekuiti Pemilik
Modal Hasil / Belanja

b/b

RM12 000 + RM850

RM12500 +RM150

7.

8.
9.
b/b

- RM900
- RM2250 RM 9700 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 - RM2500 RM20000 + RM12500

- RM900
+ RM250 - RM500

Analisis: Aset tunai akan berkurang RM2250, diskaun diiktiraf sebagai hasil RM250 dan pemiutang berkurang pada nilai RM2500 (RM2250+RM250)

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)

Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan.

Aset
Akaun DEBIT

Liabiliti

Ekuiti Pemilik

Akaun-akaun KREDIT

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)


Pengenalan kepada debit dan kredit.

Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri) atau di sebelah kredit (kanan). Istilah debit berasal daripada perkataan Latin debitum dan diringkaskan sebagai dt manakala kredit berasal daripada perkataan Latin credere dan diringkaskan sebagai kt.

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)

Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun T:


Nama Akaun Debit
Catatan di sebelah kiri akaun

Kredit
Catatan di sebelah kanan akaun

Akaun aset, yang mewakili sumbersumber yang digunakan oleh perniagaan, merupakan akaun debit. Peningkatan baki dalam akaun tersebut dibuat melalui catatan di sebelah debit, manakala pengurangan baki dibuat melalui catatan di sebelah kredit.

Akaun liabiliti dan ekuiti pemilik yang mewakili sumber-sumber dana bagi perniagaan, merupakan akaun kredit. Peningkatan baki dalam akaun tersebut dibuat melalui catatan di sebelah kredit, manakala pengurangan baki dibuat melalui catatan di sebelah debit.

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)

Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun:


Debit Aset
Peningkatan Debit Pengurangan Kredit

= =

Liabiliti

Kredit + Ekuiti Pemilik


- modal - modal tambahan

Peningkatan Kredit Pengurangan Debit


Liabiliti bukan semasa - pinjaman bank - gadai janji

Aset bukan semasa - kenderaan - bangunan - perabot - alatan pejabat Aset semasa - tunai & bank - penghutang - stok - belanja terdahulu - hasil terakru

Liabiliti semasa - pemiutang - overdraf bank - belanja terakru - hasil terdahulu

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)

Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu, adalah penting untuk anda:

a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat.

b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama ada ianya aset, liabiliti & ekuiti pemilik. c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atas akaun-akaun yang terlibat (berlaku peningkatan baki atau pengurangan baki), dan rekodkan sama ada debit atau kredit.

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)


-

Contoh Perekodan: Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan dengan memasukkan modal RM10 000 ke dalam bank. Analisis urusniaga: Aset (bank) meningkat akaun didebitkan. Ekuiti Pemilik (modal) meningkat akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Bank
Modal (memulakan perniagaan)

10 000
10 000

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)


-

Contoh Perekodan: Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM10 000 daripada Bank Bumiputeri. Analisis urusniaga: Aset (tunai) meningkat akaun didebitkan. Liabiliti (pinjaman) meningkat akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Tunai
Pinjaman
(membuat pinjaman bank)

10 000
10 000

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)


-

Contoh Perekodan: Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai RM3000. Analisis urusniaga: Aset (perabot) meningkat akaun didebitkan. Aset (tunai) berkurang akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Perabot Tunai
(beli perabot secara tunai)

3 000
3 000

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)


-

Contoh Perekodan: Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000 secara kredit daripada Chong Motors. Analisis urusniaga: Aset (kenderaan) meningkat akaun didebitkan. Liabiliti (pemiutang) meningkat akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Kenderaan Chong Motors


(beli van secara kredit)

16 000
16 000

2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)

Contoh Perekodan:

Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer bernilai RM2500 ke dalam perniagaan.


Analisis urusniaga: Aset (alatan pejabat) bertambah akaun didebitkan. Ekuiti pemilik (modal) bertambah akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Alatan pejabat Modal


(pemilik membawa masuk komputer)

2 500
2 500

2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja)


Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih

Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut:

Aset

Liabiliti

Ekuiti Pemilik

Hasil

Belanja

Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut: Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil

Akaun-akaun DEBIT

Akaun-akaun KREDIT

2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja)


Debit
Aset + Belanja

=
= Liabiliti +

Kredit Ekuiti Pemilik


- modal - modal tambahan

Hasil

Peningkatan Debit Pengurangan Kredit


Aset bukan semasa - kenderaan - bangunan - perabot - alatan pejabat Aset semasa - tunai & bank - penghutang - stok - belanja terdahulu - hasil terakru Belanja kendalian dan bukan kendalian. - belian - sewa dibayar - gaji & upah - dan lain-lain Kontra kepada ekuiti - ambilan Liabiliti bukan semasa - pinjaman bank - gadai janji

Peningkatan Kredit Pengurangan Debit


Hasil kendalian dan bukan kendalian - jualan - hasil perkhidmatan - sewa diterima - komisen diterima - dan lain-lain

Liabiliti semasa - pemiutang - overdraf bank - belanja terakru - hasil terdahulu

2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja) Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai RM6500 secara kredit daripada Aneka Mart.
Catatan: Menggunakan sistem catatan bergu, pembelian inventori barang niaga akan direkodkan ke Akaun Belian (sebagai belanja), bukannya ke dalam akaun inventori seperti dipelajari sebelum ini.

Analisis urusniaga: -Kos inventori (belian) meningkat akaun didebitkan. -Liabiliti (pemiutang) meningkat akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Belian Aneka Mart


(belian barang niaga secara kredit)

6 500
6 500

2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja)

Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga pada harga RM1000 kepada Kedai Talib.

Catatan: Jualan inventori barang niaga akan direkod ke Akaun Jualan sebagai hasil (kos tambah tokokan), bukannya sebagai pengurangan dalam inventori seperti dipelajari sebelum ini.

Analisis urusniaga: -Aset (penghutang) meningkat akaun didebitkan. -Hasil (jualan) meningkat akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Kedai Talib Jualan


(jualan barang niaga secara kredit)

1 000
1 000

2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja)


Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900 secara tunai. Analisis urusniaga: -Belanja (sewa) meningkat akaun didebitkan. -Aset (tunai) berkurang akaun dikreditkan.

Tarikh

Butir

Fol

Debit

Kredit

Sewa
Tunai
(bayar sewa kedai)

900
900

2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja)


Urusniaga 9: Membayar penuh hutang kepada Aneka Mart secara tunai dan menerima diskaun tunai RM500. Analisis urusniaga: -Liabiliti (pemiutang) berkurang akaun didebitkan. -Aset (tunai) berkurang akaun dikreditkan. -Hasil (diskaun) bertambah akaun dikreditkan.

Tarikh

Butir

Fol

Debit

Kredit

Aneka Mart Tunai Diskaun diterima


(menjelaskan hutang kepada Aneka Mart)

6 500

6 000 500

You might also like