You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT & TMK 1/2014

SK STAPOK,PADAWAN, KUCHING

Tarikh

21 Januari 2014

Jam

1:10 petang

Tempat

Bilik Guru.

Kehadiran :
1. Puan Faishah Binti Hj. Biyi
2. Puan Hidayah Binti Madrah

1.0

Kata Aluan Pengerusi


1.1

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru guru yang menghadiri mesyuarat


RBT dan TMK pada hari ini.

1.2

Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat memberi kerjasama dan


komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti RBT dan TMK yang
dirancang sepanjang tahun 2014.

2.0

Pelantikan AJK
2.1

Senarai pelantikan AJK RBT dan TMK 2014 adalah seperti berikut:
Penasihat

Guru Besar

Penasihat Bersama

Paun Hadinah Samsudin

Pengerusi

Puan Faishah Binti Biyi.

Setiausaha

Puan Hidayah Binti Madrah

Ahli

1.

Faishah Binti Biyi

2.

Hidayah Binti Madrah.

3.0

Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian.


3.1

Pengerusi mengingatkan guru-guru bahawa format penyediaan Rancangan


Tahunan dan Rancangan Harian adalah mengikut format yang telah ditetapkan
oleh pihak Kementerian Pelajaran .

3.2

Lampiran tentang format Rancangan Harian ada disediakan.


Tindakan : Semua Guru RBT dan TMK

4.0

Perancangan Aktiviti 2014


4.1

Perancangan untuk aktiviti tahun 2014 yang telah dipersetujui adalah seperti
berikut:
1. Pertandingan membuat power point atau movie maker berdasarkan tajuk
yang terdapat dalam sukatan pelajaran TMK.
2. Pertandingan membuat barang kitar semula daripada bahan-bahan terbuang
berdasarkan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran.
3. Projek membuat tanaman bunga.

Tindakan : Semua Guru RBT dan TMK

5.0

Bentuk Penilaian dan Soalan Peperiksaan RBT dan TMK


5.1

Bentuk penilaian adalah dengan mengadakan pentaksiran seperti mana yang


telah dinyatakan semasa guru mengikuti kursus KSSR RBT dan TMK pada
tahun 2013.

5.2

Soalan peperiksaan hendaklah disediakan mengikut contoh yang terdapat


dalam buku DSKP RBT dan TMK.

5.3

Soalan perlulah diubah dan tidak diambil terus dari buku.

5.4

Jenis tulisan yang digunakan ialah Times New Roman dan bersaiz 12.

5.5

Draf kertas soalan hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia untuk disemak
sebelum cetakan dibuat.

5.6

Sesalinan kertas soalan perlu diserah kepada Ketua Panitia untuk disimpan
dalam Fail Bank Soalan.

Tindakan : Semua Guru RBT dan TMK

7.0

Hal hal lain


7.1

Puan Hidayah menyatakan bahawa Guru Besar berharap agar guru-guru RBT
menggunakan ruang depan di Bilik KH untuk menjalankan amali.Pengerusi akan
berbincang dengan Guru Besar tentang perkara mengenai ruang yang kecil di
kawasan tersebut dan tiada kerusi dan meja untuk murid-murid.

7.2

Sudut RBT dan TMK akan diadakan dan meminta kerjasama guru untuk
menceriakan sudut tersebut dengan maklumat yang berguna.

7.3

Borang maklumat guru akan diedarkan kepada semua guru RBT dan TMK untuk
dilengkapkan

7.4

Guru RBT dan TMK dikehendaki menghantar sesalinan jadual waktu mengajar
kepada Ketua Panitia sebagai simpanan dan rujukan.
Tindakan: Semua Guru RBt dan TMK

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh

(Puan Hidayah binti Madrah)

( Puan Faishah Binti Biyi)

Setiausaha
Panitia RBT dan TMK 2014

Ketua Panitia
RBT dan TMK 2014.

You might also like