You are on page 1of 2

MINIT CURAI 201

6
SEKOLAH KEBANGSAAN STAPOK
MESYUARAT /BENGKEL / KURSUS / LAIN-LAIN TUGAS LUAR
YANG DIHADIRI OLEH PEGAWAI
NAMA FAISHAH BINTI BIYI
JAWATAN GURU AKADEMIK BIASA
DIALOG PRESTASI GURU-GURU TAHUN 5 BAGI MATA
PERKARA
PELAJARAN TERAS ( JUN ) 2016
TARIKH KHAMIS / 23 JUN / 2016
TEMPAT BILIK MESYUARAT, SK STAPOK, JALAN BATU KAWA.

LAPORAN PEGAWAI

1. Dialog prestasi ini telah dikendalikan oleh Guru Besar SK Stapok, iaitu Encik
Azmi Haji Abang Rambli sebagai pengerusi.
2. Dialog prestasi ini diadakan sebagai perbincangan antara pihak pentadbir
sekolah iaitu guru besar SK Stapok dengan guru-guru Tahun 5 mata pelajaran
teras bagi membincangkan masalah-masalah yang dikenalpasti serta cara
mengatasi masalah tersebut setelah perbandingan dibuat hasil 3 kali ujian iaitu
ujian diagnostik, ujian AR1(Mac) dan ujian AR 2 ( PPT ).
3. Melalui dialog prestasi ini, guru- guru bagi setiap mata pelajaran teras
mengetahui bahawa seramai 49 orang murid belum menguasai mata pelajaran
Bahasa Inggeris dan seramai 113 orang belum menguasai mata pelajaran
Matematik.
4. Perbincangan antara pihak sekolah dengan guru-guru Tahun 5 mata pelajaran
teras telah bersetuju bahawa Kelas Intervensi Tahun 5 bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris dan Matematik akan diadakan selepas hari raya iaitu bermula
pada 11 Julai hingga akhir sesi persekolahan.
5. Kelas Intervensi ini diadakan adalah merupakan salah satu cara untuk
mengatasi masalah tersebut bagi membantu murid-murid Tahun 5 menguasai
mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik memandangkan hasil
keputusan 3 kali ujian menunjukkan pencapaiaan yang kurang
memberangsangkan.
6. Cara pelaksanaan Kelas Intervensi tersebut adalah seperti berikut:
a. Bahasa Inggeris
- Murid-murid yang telah dipilih akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.
1 kumpulan terdiri daripada 23 orang dan kumpulan 2 terdiri daripada 26
orang.
MINIT CURAI 201
6
- Memberi latih tubi cara menjawab latihan-latihan yang telah disediakan
berfokuskan kepada struktur ayat, tanda baca dan aspek tatabahasa.
Cara pelaksanaannya iaitu memberi latihan, bincang terus latihan
tersebut
bersama-sama murid serta perbetulkan kesalahan yang dilakukan pada
waktu itu juga.
- Bahan-bahan latihan perlu disediakan lebih awal dan murid-murid mesti
mempunyai satu buku latihan sendiri yang lengkap.
c. Matematik
- Murid-murid yang telah dipilih akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.
1 kumpulan terdiri daripada 45 orang dan kumpulan 2 terdiri daripada 68
orang. Setiap kumpulan tadi akan dibahagikan lagi kepada kumpulan-
kumpulan yang kecil.
Cara pelaksanaannya ialah memberi lebih banyak penekanan
kepada cara menjawab soalan-soalan Kertas 2 yang berfokuskan kepada
rumus Matematik dan langkah kerja. Selain itu murid-murid diberi soalan
latihan, jawab dulu latihan tersebut kemudian berbincang untuk
mengenalpasti masalah dan cara menyelesaikan masalah tersebut.
- Bahan-bahan latihan/ jenis soalan latihan yang hendak diberi perlu
disediakan lebih awal.
- Murid-murid mesti mempunyai satu buku latihan sendiri untuk mereka
menyalin semula latihan yang telah dibincangkan sebagai cara mengingati
langkah kerja yang telah dibuat ketika menjawab latihan tersebut.

TANDATANGAN PEGAWAI :

You might also like