You are on page 1of 7

Salam,

Terima kasih kerana berminat. Disini sy akan bantu cik terangkan tentang produk2 yg cik boleh promote dan buat secara dropship.

Samsung Power Bank 20,000mAh. Iphone boleh charge 4-5 kali. Note 2 boleh charge 2-3 kali. Sangat sangat ringan, lebih ringan dari berat telefon iphone 4. Size nya panjang mcm iphone 4, lebar mcm iphone 4 cuma tambah satu jari je. Beratnya cuma 153g shj. Dlm set ni ada 1 x Power Bank & 1 x USB cable berserta 4 connectors (boleh rujuk gambar). Samsung power bank ni bole support semua jenis phone & tablet. Tentang harga pula selalu sy jual RM110-140. Sy boleh tolak kat cik satu RM75. Jd cik boleh promote kat fb, twitter atau instagram atau kwn kwn cik dgn harga cik sendiri. Contoh kalau cik buka harga RM120, kat situ cik boleh untung RM45 utk 1 samsung powerbank.

Caption yg cik boleh tulis utk promote Samsung powerbank ni:

SELLING FAST!! Samsung Power Bank 20,000mAh

Normal price RMxxx (cik hentam nak letak berapa asalkan lg tinggi dr harga cik. Cth RM200)

Promotion price RMxxx (harga cik)

Ada 2 warna shj : Gold & Silver (bergantung pada stock availability)

Boleh support semua jenis phone & tablet!

COD : KL & Ampang shj Postage : RM6 untuk semenanjung / RM10 untuk sabah & sarawak.

Kalau berminat boleh hubungi ......

Okay. Sekarang utk powerbank kedua, iPhone powerbank 12,000mAh. Powerbank ni ramai jugak yang order sbb warna dia sgt sgt cantik. Mcm pastel colors. Yang ini kami boleh tolak kat cik RM45. Kami jual biasanya antara harga RM60-90. Berbeza dgn samsung tadi, iphone ni cuma 12,000mAh je. So iphone boleh charge 2-3 kali. Kalau galaxy note 2 maybe sekali atau sekali setengah shj sbb note 2 punya battery besar berbanding iphone. Set ni juga di datangi dgn 1 x powerbank & 1 x usb cable dgn 4 connectors (rujuk gambar). Beratnya, berat sedikit dari samsung powerbank td. 172g. Boleh support semua tablet & phone juga. Saiz mcm iphone 4 cuma pendek sedikit.

Cik boleh tulis caption mcm kat bawah utk promote powerbank ni:

SELLING FAST!! iPhone Power Bank 12,000mAh

Normal price RMxxx (cik hentam nak letak berapa asalkan lg tinggi dr harga cik. Cth RM120)

Promotion price RMxxx (harga cik)

Ada 6 pilihan warna: Hitam, Putih, Hijau, Biru, Pink & Orange

Boleh support semua jenis phone & tablet!

COD : KL & Ampang shj Postage : RM6 untuk semenanjung / RM10 untuk sabah & sarawak.

Kalau berminat boleh hubungi ......

Perbezaan kotak iphone & samsung powerbank.

Selain daripada dua powerbank ni, cik boleh promote powerbank laim seperti Yoobao Transformers Powerbank 13,000mAh. Iphone boleh charge 3-4 kali. Kami tolak pada cik RM50. Cik boleh jual ikot harga pasaran atau nak lebih murah lagi, terpulang.

Satu lagi Apple powerbank 8,000mAh. Harga kami boleh tolak RM55. Kenapa mahal? Sebab design dia padahal 8,000mAh saje. Boleh charge 1-2 kali. Cik boleh

jual mcm kakak sy jual harga RM100. Memang ada orang beli sebab design dia cantik.

Selain tu, ada keychain powerbank 2,600mAh. Kami tolak RM10. Boleh jual RM20. Tp ni emergency powerbank. Tak boleh nak support note 2. Iphone boleh. And tak boleh charge batt full. Ada 6 warna. Boleh rujuk gambar di bawah.

Satu lagi jenis powerbank 2,600mAh tp besar sikit & ada fungsi Torch Light. Kami tolak RM13. Cik boleh jual RM25. Sama macam keychain powerbank 2,600mAh cuma ni besar sikit je.

8,600mAh powerbank, ada 6 warna yang cantik cantik. Striking colours! Kite tolak RM40. Iphone bole charge 2-3 kali.

Selain powerbank, kami ada jual Bluetooth Speaker Beats By Dr Dre. Ada 2 jenis. Panjang & bulat. Yang panjang kami tolak RM55, yang bulat kami tolak RM45.

Kalau ada cust yg nak COD, kami boleh bantu utk tlg COD kan barang tp cuma di KL & Ampang area sahaja ya. Kalau customer nak pos, cik perlu minta tambahan lg RM6 utk byran pos bagi semenanjung & RM10 untuk sabah & sarawak. Cik hanya perlu transfer ke acc kami jumlah harga yang kami tolak pd cik je. (RM75 + RM6) harga samsung & postage. Kami akan letak nama cik sebagai pengirim. Kalau misalnya cust menggunakan cash deposit machine utk transfer duit, cust tak boleh nak bank in RM126 utk harga barang dan pos kan? Customer akan bank in RM130. Jd, cik perlu transfer RM85 kepada kami (RM75 utk harga powerbank dan RM10 utk postage) utk kami pulangkan RM4 (baki postage) dlm parcel nnt. Kalau ada order melebihi 2 item utk customer yang sama, harga postage minta cik tanya kita dulu sbb beratnya maybe lain. Kalau cust order 2 iphone powerbank masih boleh charge customer harga postage rm6. Tp kalau 3, kena guna parcel lebih besar sbb parcel rm6 tak muat. So kena guna parcel rm9. Mcm samsung powerbank kalau customer order satu boleh muat parcel rm6. Kalau customer order 2, kena guna parcel rm9.

Untuk meyakinkan customer cik juga, kesemua powerbank ini ada warranty selama setahun (kecuali keychain powerbank). Sekiranya bermasalah, cust hubungi cik, cik hubungi kita & kita akan tukarkan powerbank tersebut dgn yg baru. Kita akan sertakan resit utk cust simpan sebagai warranty.

Kalau cust tanya made in mana? Cik ckp je, everything made in china. Even iphone original pon apple outsource ke china. Tak semestinya barang dari china tak elok. Ada yang low quality and ada yang high quality. Supplier kata ni original tp bukan dari apple & samsung. Kalau takde quality kite takkan bagi warranty. Dan kalau tak elok kite tak berani bagi warranty sampai setahun. Mungkin bg warranty sebulan atau 6 bulan je. Tp ni kita bg warranty setahun. Pape masalah boleh tukar baru je.

Cik boleh gunakan gmbr gmbr yg kami beri utk tujuan promosi. Kalau boleh simpan juga dlm phone gmbr2 tu takot nnt kalau ada cust yg nak whatsapp ke kan. Cik boleh tunjuk gmbr2 tu. Senang cerita ni salah satu cara untuk cik dptkan duit tambahan dgn tolong kami promote je. Kami yg akan tlg cod & pos kan barang. Jadi cik cuma ambil order shj. Untung satu powerbank samsung rm45 contohnya. Kalau 2 dah rm90 cik untung. Berbaloi kan?

Lagi satu, sekiranya cik berminat untuk ambil secara BORONG, harga kami boleh kurangkan lagi. Tp kuantiti borong mestilah melebihi 30pcs. Rujuk senarai dibawah untuk harga borong.

You might also like