You are on page 1of 2

3.0SEJARAH AWAL PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA Sebelum Malaysia dibentuk, ia terlebih dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu.

Pendidikan di Tanah Melayu bermula dengan pendidikan agama di masjid, surau dan pondok dengan bimbingan tok guru seperti Sharif Muhammad, Syeikh Daud binAbdullah, Syeikh Abdul Kadir, Tuk Kecil, Hj Muhammad, Salleh Penaga dan HjMuhamad Tamiri. Selain itu, mereka juga mendapat pendidikan tidak formal daripadaibubapa dan keluarga seperti bertani, menangkap ikan , menjahit, melakukan kerja-kerjarumah, menjaga adik dan lain-lain agar mereka dapat meneruskannya apabila dewasa.Kedatangan British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah telah mewujudkansekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. (Abu Bakar Nordin &Ikhsan Othman:2003:56)

Walaupun sekolah vernakular melayu ditubuhkan, tetapi pihak British kurangmengambil berat kerana bimbang kedudukan mereka tergugat jika rakyat tempatanmendapat pendidikan tinggi. Pendidikan ini diwujudkan hanya untuk memenuhikeperluan politik penjajah di samping mengambil hati pembesar melayu. Pendidikan bagi masyarakat melayu hanya sekadar untuk menjadi tenaga buruh atau petani. Antaramatapelajaran yang di ajar ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. Pemilihan bahan kurikulum adalah tidak penting terutamanya buku. Kebanyakannya buku dongeng yang melalaikan dan melekakan orang melayu.Orang melayu hanya bersekolah setakat Darjah 4 sahaja pada ketika itu. Pada mulanya, penerimaan orang melayu terhadap sekolah vernakular adalah dingin. Tetapi, pihak British telah mengambil langkah memberi arahan memaksa anak-anak melayu ke sekolah berdekatan, mewujudkan jawatan guru pelawat bumiputera bagi kepentingan kemajuansekolah melayu, mengenakan denda kepada ibubapa yang tidak menghantar anak kesekolah, mendapatkan bantuan ketua-ketua masyarakat dan memberi hadiah kepadamurid yang rajin ke sekolah. (Sharil @ Charil Marzuki, Habib Mat Som:1999:1) Sekolah vernakular cina pula dibuka oleh mubaligh, individu cina, persatuan cinaataupun persatuan suku kaum. Biasanya, sekolah vernakular cina mengimport guru-gurumereka dari negara China. Kurikulum yang dijalankan di sekolah vernakular cina ialahhafalan klasik lama, bahasa, ilmu hisab, lukisan, nyanyian,

latihan jasmani, sejarah, ilmualam dan moral. Kerajaan Manchu mula memberi bantuan kewangan kepada pendidikanorang cina di Tanah Melayu mulai tahun 1901. Kerajaan China mengambil kesempatanitu untuk menyebarkan ideologi kepada pelajar-pelajar. Pada tahun 1919, telah berlakureformasi kebudayaan yang dikenali dengan pergerakkan 4 Mei.

You might also like