You are on page 1of 1

Kajian terhadap proses pertuturan kanak-kanak autisme mendapati perkembangan fonologi kanak-kanak autisme adalah sama dengan perkembanagn

kanak-kanak normal, namun mengalami kelewatan dalam urutan perkembangan fonologi. Ramai pengkaji melaporkan bahawa kanak-kanak autisme mempunyai masalah berkenaan ciri-ciri suprasegmental dalam pengeluaran bunyi (tekanan dan sebutan). Mereka digambarkan bercakap seolah-olah meyanyi, mempunyai keadaan turun naik dalam kesungguhan vokal iaitu terlalu tinggi dan terlalu lembut. Mereka juga menggunakan sebutan yang tidak sesuai dengan maksud sesuatu perkataan iaitu menggunakan sebutan yang tinggi bagi perkataan yang bukan soalan. Mereka sering mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan bercakap dalam monotone. Masalah ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan untuk memproses ciri-ciri pertuturan suprasegmental, namun kajian gagal membuktikan hipotesis tersebut (Kuder 2003).

You might also like