You are on page 1of 20

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA

DAN KOMUNIKASI
PPG JAN 2011

PENGENALAN KOMUNIKASI
Asas Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan

Definisi Komunikasi

Komunikasi ialah satu proses di mana informasi dipindahkan


di antara dua atau lebih individu. Komunikasi melibatkan
mana-mana tingkah laku perlakuan sama ada disengaja ata
tidak disengaja dan mempunyai maksud terhadap seseorang
mengenai emosi atau fisiologi seseorang (Dunst, Lowe &
Bartholomew 1990)

Komunikasi melibatkan dua hala iaitu orang yang memberi


isyarat dan orang yang mentafsir isyarat
Proses yang digunakan oleh mereka yang terlibat untuk bertukar
maklumat dan idea, keperluan dan keinginan (Owen, 2001 dalam
Kuder, S.J, 2003).

Ketidakupayaan menggunakan pertuturan atau bahasa untuk


berkomunikasi (Hallahan & Kauffman, 1997)

Komunkasi ialah penghantaran maklumat (informasi) melalui


pertuturan dan bahasa, penegasan, intonasi, kadar kualiti suara,
pendengaran dan pemakanan, ekspresi muka (Kirk & Gallagher,
1987)
Terdapat 4 elemen dalam proses komunikasi iaitu :
a. Penutur mesej
b. Penerima mesej
c. Hasrat bersama untuk berkomunikasi
d. Kaedah bersama untuk berkomunikasi

Bentuk Komunikasi dalam 2 bentuk :


e. Lisan
f. Bukan Lisan

Cara berkomunikasi dalam 3 bentuk :


g. Auditori verbal – guna alat artikulasi seperti lidah, bibir,
dsb
h. Visual grafik – gunakan gambar
i. Visual gestural – guna pergerakan badan dan muka
Komunikasi melibatkan 4 deria utama :

a. Pendengaran/pertuturan
b. Penglihatan
c. Hidu
d. Rasa
Bahasa

Bahasa merupakan campuran kebolehan yang


diperlukan untuk berkomunikasi berbahasa atau
pengeluaran perkataan.

Heward, W.I & Orlansky, M.D (1980)


Bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh
sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada
bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol
untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu
sama lain.
Bloom & Lahey (1978)
Bahasa ialah pengetahuan menggunakan simbol untuk
menggerakkan idea dan pendapat. Penggunaan bahasa
membolehkan kita menggenalkan sesuatu objek, peristiwa
atau peristiwa tanpa (reproducing) penghasilan semula.

Kirk & Gallagher (1989)


Bahasa ialah satu simbol yang teratur yang digunakan
untuk menghantar dan menerima maklumat.
Kepentingan Bahasa
a. Sebagai alat untuk menyampaikan kehendak,
matlamat dan hasrat untuk memenuhi kehendak dan
keinginan manusia.
b. Untuk memberi kemudahan kepada manusia di
dalam mengolah dan bertukar-tukar idea atau
pendapat melalui transformasi informatif
c. Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan
emosi manusia seperti marah, dsb
d. Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal
diri
e. Untuk interaksi dalam perhubungan sosial yang lebih
kompleks
f. Sebagai asas pemikiran yang kreatif seperti
berangan, dsb
g. Alat untuk menjalin hubungan silaturrahim
Pertuturan

Pertuturan ialah tingkah laku untuk menghasilkan kod


bahasa dengan membuat bentuk bunyi vokal yang
sesuai (Hubbell, 1985;, Howard, W.L, 1996)

Suara pertuturan dihasilkan daripada 4 produk melalui


proses yang berkaitan iaitu :
a. Pernafasan
b. Bunyi
c. Resonation
d. Artikulasi
Punca Masalah Komunikasi

Kneedler, et.al (1984)


Boleh dibahagikan kepada beberapa katogeri :

1. Gangguan artikulasi (articulation disorders)


disebabkan oleh kecacatan ringan seperti ‘omissions’
atau peninggalan iaitu kecenderungan meninggalkan
bunyi awalan, pertengahan, akhiran atau ketiga-tiga
kedudukan sesuatu perkataan semasa bercakap atau
ketika membaca.

Pertuturan kanak-kanak tidak lancar.


contoh : ‘car’ disebut ‘ca’
‘rumah’ disebut ‘mah’
Kadangkala terjadi ‘substitutions atau ‘penggantian’
iaitu kecenderungan kanak-kanak menggantikan
bunyi-bunyi sesetengah perkataan.
Contoh :
‘rabbit’ disebut ‘wabbit’

Masalah ‘distortions’ atau ‘pengubahan’ bentuk


perkataan yang digunakan. Kneedler (1992)
menyatakan pertuturan ini dikenali sebagai
percakapan bayi (baby talk) atau pelat (lipsing).
Contoh :
‘saya’ disebut ‘syaya’
Masalah ‘distortions’ yang teruk disebabkan oleh 3
faktor bilogikal iaitu :
a. ‘Dysarthria’ – tidak dapat mengawal otot-otot
disebabkan kerosakan neurogikal seperti kanak-
kanak pengidap Cerebral Palsy

b. Ketidaknormalan pada struktur muka yang


membolehkan sesuatu pertuturan berlaku seperti
sumbing bibir

c. Kepekakan yang teruk


2. Gangguan Suara (Voice disorders)

Nada suara (pitch) yang tidak dapat dikawal iaitu tinggi


atau rendah, terlalu kuat, alunan dan kualiti suara yang
tidak teratur menyebabkan penyebutan yang kurang
jelas.

2 jenis gangguan suara :


a. Kesengauan (nasality)
b. Kerserakan (hoareseness) suara

Masalah ini berlaku disebabkan ketidaknormalan fizikal


pada lubang mulut (oral cavitiy) seperti sumbing bibir
atau masalah patologi serius pada peti suara.
3. Masalah Intonasi

Disebabkan oleh tinggi rendah semasa berkomunikasi.

Masalah intonasi yang dikenal pasti :


a. Lidah yang tebal, sentiasa terjelir dan saiz mulut yang
kecil menyukarkan kanak-kanak SD mengeluarkan
sebutan perkataan bermakna dengan jelas.
b. Kajian oleh Bleile (1982) menyatakan bahawa kanak-
kanak SD menghadapai kesukaran dalam
penyusunan konsonan dan fonologi.
4. Masalah Gagap

Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang


mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan
seseorang.

Gagap disebabkan oleh sebutan sesuatu perkataan


diulang-ulang, tersekat-sekat dan diikuti ketegangan otot
tekak.

Akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada


penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna.
Gagap berlaku secara berselang-seli antara pertuturan
normal dan gagap mengikut kelonggaran dan
ketegangan otot pertuturan.

Ciri individu yang gagap :


1. Pertuturan tidak lancar – kerap mengulang-ulang
menyebut perkataan
2. Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan
satu huruf yang sama
3. Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi
4. Menyembunyikan masalah gaga dengan mengubah
nada dan kadar pertuturan, memejamkan mata,
mengulang suku kata, perkataan atau frasa
e. Masalah Bahasa Reseptif (Bahasa Penerimaan)

Proses memahami lambang-lambang bahasa


pertuturan dan disimpan dalam kotak ingatan – untuk
melahirkan bahasa.

Bahasa untuk menerima maklumatdan memproses


maklumat serta menyampaikan arahan.

Gangguan bahasa ini dikenali sebagai ‘receptive


aphasia’ iaitu tidak boleh memahami bahasa pertuturan.
TL yang menunjukkan masalah bahasa reseptif :
1. Bertindak balas secara konsisten terhadap bunyi
atau percakapan
2. Mempunyai tumpuan singkat
3. Tidak menunjukkan sebarang reaksi
4. Sukar memahami konsep yang abstrak
5. Ada masalah dengan perkataan banyak makna
6. Kerap memberi jawapan yang kurang sesuai
f. Masalah Bahasa Ekspresif (Bahasa Penglahiran)

Gangguan dalam proses mengeluarkan bahasa


dikenali sebagai ‘expressive aphasia’. Disebabkan
oleh kecederaan otak, tumor dan stroke.

Bahasa untuk menyampaikan hasrat atau meminta


sesuatu menggunakan tata bahasa tertentu.

Kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa


ekspresif boleh :
- Mengumpul perkataan
- Memahami makna perkataan
- Mengikut arahan
- Mendengar dengan baik
g. Ekolalia

Ekolalia berlaku apabila individu autistik mengulang


tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara
automatik (Reed, 1994)

h. Gangguan kelancaran (Fluency disorders)

Gangguan rentak dan boleh mengganggu pemahaman


tentang percakapan seseorang.

You might also like