You are on page 1of 10

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 1 Bidang: Nombor dan Operasi Tajuk: Nombor bulat hingga 100

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 1 Bidang: Nombor dan Operasi Tajuk: Nombor bulat hingga 100 Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:Menyatakan kuantiti secara intuitif. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit,sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara:

(a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek (b) Membanding dua kumpulan secara padanan, (c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.
Masa: 60 minit (2 waktu)

Aktiviti :
1. Tayangan video lagu Sepuluh Budak Hitam. 2. Pemerhatian dan soal jawab 3. Aktiviti pengukuhan 4. Aktiviti luar bilik darjah 5. Lembaran kerja 6. Rumusan

1. Tayangan video lagu Sepuluh Budak Hitam.

2. Pemerhatian dan soal jawab

1. Kumpulan mana yang mempunyai rambutan yang banyak? 2. Kumpulan mana yang mempunyai rambutan yang sedikit?

3. Aktiviti pengukuhan

1. Murid diminta mengasingkan guli berwarna merah dan kuning. 2. Murid menyatakan bilangan yang mana banyak dan yang mana sedikit.

4. Aktiviti luar bilik darjah

1. Murid dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama mempunyai ahli yang sedikit berbanding kumpulan yang kedua. 2. Murid diminta mengutip daun kering. Setiap murid hanya dibenarkan mengutip 2 helai daun kering. 3. Kumpulkan daun kering dalam kumpulan dan kira bilangan. Kumpulan yang mana lebih mengutip daun kering? Nyatakan kenapa?

5. Lembaran kerja
Nama :__________________________ Kelas:__________________ A. Tanda (/) pada kumpulan yang lebih banyak. 1.

Kenapa (lisan): ________________________________________________ 2.

Kenapa (lisan): ________________________________________________

B. Warnakan merah bagi objek yang paling banyak dan warnakan biru bagi objek yang sama banyak.

c. Lengkapkan gambarajah di bawah dengan melukis bilangan objek mengikut arahan.

You might also like