You are on page 1of 2

Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan

peningkatan keseluruhan kanakkanak melalui pengalaman pergerakan. Menurut Lim T.F. dan Borhan Tusof dalam buku Kokurikulum Peranan dan Implikasi pg46, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada peningkatan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental, dan emosi. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam meningkatkan potensi individu.

Walaubagaimanapun, kebanyakan golongan pendidik turut memberi persepsi yang negatif terhadap subjek pendidikan jasmani. Kebanyakan pendidik menganggap pendidikan jasmani sebagai subjek main-main dan hanya berbentuk ko-kurikulum yang tidak berbentuk akademik. Maka pendidikan jasmani tidak diajar dengan betul sebagaimana yang dibincangkan dalam teori menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini tidak mencapai objektifnya. Lebih malangnya, ada sesetengah sekolah tidak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan jasmani kerana beranggapan subjek ini tidak bersifat akademik dan tidak penting dalam peperiksaan. Maka pihak pengurusan sekolah tidak mengambil berat terhadap pelaksanaan subjek pendidikan jasmani di sekolah dan menganggap semua guru mampu mengajarnya. Apabila guru yang tidak berkemahiran dalam subjek pendidikan jasmani mengajar pendidikan jasmani di sekolah, kesan yang buruk akan terhasil. Sebagai contoh ialah kegagalan pencapaian matlamat dalam pendidikan jasmani di sekolah iaitu pertumbuhan otot-saraf, pertumbuhan organ-organ, pertumbuhan sosial dan emosi dan meningkatkan pengamatan dan persefahaman dalam kalangan murid-murid.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan strategi pengajaran secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pengajaran secara langsung boleh dikenali sebagai pengajaran ekspositori yang dikaitkan dengan pengajaran berpusatkan guru. Strategi ini boleh digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani untuk melaksanakan

pengajaran Pendidikan Jasmani. Dalam situasi ini, guru akan membuat pilihan tentang apa, bila, dan bagaimana untuk mengajar. Guru yang menggunakan strategi ini juga cenderung melaksanakan perkara-perkara seperti menentukan matlamat pelajaran, menyusun urutan bahan pengajaran, menggariskan apa yang pelajar akan buat dan bagaimana murid-murid akan buat, memantau perkembangan murid-murid dan memberikan maklum balas yang positif, dan membenarkan menggunakan masa dengan secukupnya untuk belajar tentang bahan yang disediakan.

Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian standard pembelajaran berdasarkan ansur maju. Cadangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan pendekatan TGFU. Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan pertanyaan yang membolehkan murid berfikir dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Guru juga digalakkan menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran masteri supaya murid dapat menguasai kemahiran dan mencapai standard pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengukur tahap penguasaan murid, pentaksiran juga perlu dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovatif dalam mengubahsuai serta menambah baik aktiviti Panduan Pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat dan kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran dan berpengetahuan dalam melakukan aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan diri.

You might also like