You are on page 1of 19

1.

PENDAHULUAN

Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling telah menjadi semakin penting pada masa kini kerana Negara kita telah mengalami pembangunan dan perubahan yang pesat. Manusia termasuklah kanak-kanak perlu mengharungi banyak cabaran dalam kehidupannya. Oleh itu, perkhidmatan tersebut telah dititikberatkan tidak kira sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah dan sehingga ke Universiti. Untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan kebangsaan dan menyahut cabaran Wawasan 2020, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlulah diutamakan.

Menurut George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995) menjelaskan bimbingan sebagai kegiatan memberikan maklumat yang berkaitan dengan minat dan keperluan peribadi murid seperti maklumat pendidikan, sosial atau vokasional. Tujuan bimbingan lebih menekankan pencegahan daripada rawatan masalah psikologi. Manakala menurut McLeod, J. (2007) menjelaskan kaunseling sebagai satu aktiviti yang mana seseorang yang bermasalah menjemput dan membenarkan seseorang individu lain membina hubungan istimewa dengannya. Ini bertujuan untuk membolehkannya meluahkan masalah, meneroka, mempelajari serta mencari penyelesaian dan menikmati kehidupan yang bermakna.

Di setiap sekolah, guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu memperkembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan seimbang. Tugas pertama guru Bimbingan dan Kaunseling ialah menyediakan sebuah bilik Bimbingan dan Kaunseling yang sesuai untuk melaksanakan tugastugasnya. Selain itu, guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menyediakan programprogram yang melibatkan 3K, iaitu pencegahan, pemulihan dan pengayaan supaya tabiat yang baik dapat disemai dalam hati murid-murid di sekolah.

2.0

LAPORAN

PEMERHATIAN

BILIK

DAN

PROGRAM

BIMBINGAN

DAN

KAUNSELING 2.1 Kesesuaian Suasana Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Bilik bimbingan dan kaunseling adalah satu tempat yang khas untuk sesi temuduga kaunseling. Keberkesanan kaunseling adalah bergantung kepada keadaan dan tempat kaunseling itu dijalankan. Sesi bimbingan dan kaunseling tidak sesuai dijalankan di bilik guru, pondok, kantin dan sebagainya. Hal ini demikian kerana suasana di sekeliling akan mempengaruhi sesi kaunseling.

Syarat pertama bagi bilik bmbingan dan kaunseling ialah bilik tersebut mestilah berada dalam suasana yang kondusif, teraputik, selesa dan menyenangkan. Secara tidak langsung, sesi bimbingan dan kaunseling akan dijalankan dengan lebih lancar kerana klien dapat menyuarakan masalahnya dengan hati yang tenang apabila berada dalam suasana yang selesa.

Semasa menjalani Praktikum fasa 3, saya telah membuat pemerhatian ke atas bilik bimbingan dan kaunseling (B&K) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Thai Hong, Skudai, Johor.

Pada kali pertama saya masuk ke bilik kaunseling, saya berasa selesa kerana ruangan bilik tersebut adalah besar. Dalam bilik bimbingan dan kaunseling ini terdapat satu ruang besar dan 3 bilik kecil. Semasa menjejak ke dalam bilik ini, terdapat satu papan notis yang besar di sebelah kanan. Pada papan notis tersebut terdapat maklumat yang berkenaan dengan Bimbingan dan Kaunseling seperti Carta Organisasi Bimbingan dan Kaunseling, Carta Alir Proses Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya.

Suasana dalam bilik B&K adalah kondusif. Pada ruang besar, terdapat satu meja yang panjang dan kerusi telah disediakan. Tempat ini biasanya digunakan sebagai tempat perjumpaan ibu bapa dengan guru kaunseling atau guru besar. Selain itu, bilangan tingkap adalah cukup untuk memastikan sistem pengudaraan bilik B&K adalah baik. Satu almari telah disediakan untuk menyimpan barang barang seperti poster, alatan, brosur dan sebagainya. Terdapat 3 lampu pada ruang besar ini dan pencahayaan dalam bilik B&K adalah sesuai. Dua kipas telah disediakan pada ruang ini supaya bimbingan dan kaunseling dapat dijalankan dalam suasana yang selesa. Terdapat juga dua buah sofa pada satu sudut bilik. Ini bertujuan membenarkan klien berehat atau menunggu guru B&K.

Dalam ketiga-tiga bilik di bilik bimbingan dan kaunseling, terdapat kemudahan yang baik. Oleh itu, suasananya adalah selesa. Satu mesin penghawa dingin telah disediakan di setiap bilik. Langsir telah disediakan pada bahagian tingkap supaya dapat menghalang cahaya yang terang.

Bilik pertama ialah Bilik Kelompok. Dalam bilik kelompok, terdapat satu meja bulat dan 4 kerusi. Ruang bilik adalah sesuai bagi menjalankan bimbingan kelompok yang tidak melebihi 5 orang termasuklah guru bimbingan dan kaunseling. Suasana dalam bilik adalah selesa kerana tidak mudah diganggu oleh suara dari luar.

Bilik tengah adalah Bilik Individu.

Bilik tersebut merupakan bilik guru B&K.

Maklumat-maklumat sulit atau maklumat yang berkaitan dengan bimbingan dan aunseling disimpan dalam bilik tersebut.

Bilik yang terakhir ialah bilik maklumat. Dalam bilik ini terdapat maklumatmaklumat rujukan yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling.

Warna bilik juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan dan mempengaruhi suasana bilik bimbingan dan kaunseling. Selain itu, warna dapat memberi kesan kepada diri dan emosi kita. Warna juga dikatakan mampu menjadi sesuatu terapi dalam program atau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Dalam bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut, dinding dan silingnya dilatari dengan warna putih. Oleh itu, bilik ini kelihatan terang dan cerah dan sesuai untuk sesi kaunseling kerana guru kaunseling dapat memerhati ekspresi klien dengan baik.

Melalui pemerhatian, pekerja sekolah akan membersihkan bilik bimbingan dan kaunseling sebanyak dua kali dalam seminggu. Ini menunjukkan bahawa pihak sekolah amat mementingkan kebersihan. Selain itu, keceriaan bilik juga dipentingkan. Perhiasan-perhiasan telah dipamerkan dalam bilik tersebut. Meja juga dialas dengan kain dan kertas plastik supaya kelihatan lebih kemas dan cantik. Keselamatan bilik bimbingan dan kaunseling juga diutamakan. Pintu sentiasa dikunci apabila tiada orang berada di dalamnya. Terdapat juga satu CCTV di luar bilik bimbingan dan kaunseling.

Secara kesimpulan, pihak sekolah masih berusaha untuk menambahbaik dan menceriakan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah.

2.2

Kesesuaian Lokasi Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Pada pendapat saya, lokasi bilik bimbingan dan kaunseling adalah strategik. Bilik bimbingan dan kaunseling sekolah ini terletak di tingkat dua pada bangunan pertama. Selepas naik tangga, bilik bimbingan dan kaunseling berada pada arah kiri. Oleh sebab bilik ini berada di seblah bilik Guru Besar dan sebaris dengan bilik guru, murid mudah mengenalpasti kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling.

Lokasi bilik bimbingan dan kaunseling adalah sangat sesuai kerana apabila murid menghadapi masalah, mereka boleh pergi ke bilik B&K yang berada di tingkat bawah. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk naik ke tingkat atas. Lokasi ini lebih memudahkan murid tahap rendah kerana bilik darjah murid tahap rendah adalah bertentangan dengan bilik bimbingan dan kaunseling. Oleh sebab pintu bilik bilik bimbingan dan kaunseling sentiasa ditutp kerahsiaan klien dapat dijamin. Murid juga tidak perlu berasa malu untuk masuk ke dalam bilk bimbingan dan kaunseling.

2.3

Kesesuaian Program Bimbingan dan Kaunseling Sekolah

Mengikut Rancangan Unit Bimbingan dan Kaunseling Tahunan 2011, saya mengetahui banyak program telah dijalankan pada tahun lepas. Rancangan tahunan ini adalah satu elelmen yang paling penting dalam suatu organisasi. Rancangan tahunan membantu organisasi bergerak dengan lebih teratur dan pelaksanaan rancangan menjadi lebih mudah. Selain itu, ia juga membolehkan kami memperlihat hala tuju organisasi itu. Tanpa rancangan tahunan, suatu organisasi kelihatan tiada hala tuju dan agak sukar untuk melakukan sesuatu program.

Melalui penelitian kami dalam rancangan tersebut, kami rasa program yang dijalankan di SJK (C) Thai Hong adalah sesuai dan bermakna untuk pelajar di sekolah ini. Contohnya, pengenalan kepada murid tahun 1, klinik kem sebelum dan selepas UPSR, kursus kepimpinan, kesedaran kemerdekaan, dan yang paling utama adalah tumpuan kepada murid yang bermasalah. Program-program yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu.

Pada awal tahun, sekolah akan memasukkan murid yang baru untuk tahun satu. Pihak sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling telah melaksanakan pelancaran program transisi khas untuk muris tahun satu. Ianya bukan sahaja membolehkan pelajar mengenalkan budaya sesuatu sekolah, ia juga dapat menghakis perasaan takut murid tahun satu yang takut untuk datang ke sekolah. Dalam program ini, bukan sahaja murid yang diberi pendedahan tentang sekolah, ibu bapa juga diberi pendedahan yang sama. Masa program dijalankan juga amat baik sekali kerana ia dijalankan diawal tahun ketika mereka baru sahaja masuk ke sekolah. Tindakan unit bimbingan dan kaunseling menjemput ibubapa murid tahun satu hadir sekali. Hal ini kerana ibu bapa perlu didedahkan kepada persekitaran sekolah. Mereka juga perlu mengetahui apa yang anak mereka perlu lalui sepanjang masa persekolahan. Tambahan pula, sistem KSSR telah menggantikan KBSM yang lama. Oleh itu, ibubapa perlu membuka mata dan
6

telinga dan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam menjamin pendidikan anak mereka sendiri.

Selain itu kem klinik UPSR yang disediakan untuk pelajar tahun enam tentang teknik-teknik menjawab soalan UPSR. Klinik ini memberikan maklumat kepada pelajar tentang cara menjawab soalan bahagian B dan C dalam subjek sains, penulisan bahasa melayu dan penulisan bahasa cina. Klinik UPSR ini sangat berguna untuk pelajar tahun enam. Melalui klinik ini, pelajar dapat mempelajari teknik-teknik menjawab soalan dalam peperiksaan. Dengan itu, mereka boleh merasa yakin pada diri sendiri untuk menjawab soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang untuk UPSR. Selain itu, selepas UPSR, unit bimbingan dan kaunseling juga menyediakan lawatan sambil belajar dan bimbingan ke sekolah menengah. Dengan itu, masa pelajar tahun 6 tidak dibazirkan begitu sahaja. Ia membolehkan pelajar mendapat pengetahuan tentang sekolah menengah.

Aspek kepimpinan juga tidak diabaikan oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini. Pemimpin disini merujuk kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua darjah dan penolong ketua darjah. Program yang dirancang bagi golongan ini adalah kursus kepimpinan yang dijalankan pada awal tahun. Masa program dijalankan iaitu pada awal tahun adalah sangat baik tetapi bagi pendapat kami tempoh pelaksanaan program boleh ditambah baik. Program tersebut adalah Kem Kepimpinan. Unit bimbingan dan kaunseling melaksanakan kem ini sehari pada waktu persekolahan. Tempoh masa ini seharusnya ditambah menjadi dua hari satu malam atau tiga hari dua malam. Ini kerana dalam Kem Kepimpinan mempunyai banyak maklumat yang perlu disampaikan, hanya beberapa jam tidak cukup untuk menyampaikan ilmu tersebut. Akan tetapi, saya faham, mungkin unit kewangan ada perancangan untuk melakukan lebih daripada satu hari tetapi terdapat banyak faktor pengehad, salah satu daripadanya adalah faktor wang.

Pada bulan Ogos, SJK (C) Thai Hong telah mengistihar sebagai bulan kemerdekaan. Mengikut perancangan, banyak aktiviti telah disediakan bagi warga sekolah termasuklah guru dan pekerja sekolah. Pada pendapat saya, perancangan mengenai bulan kemerdekaan ini adalah sangat baik. Murid perlu didedahkan dengan fakta-fakta kemerdekaan, bagaimana pemimpin negara bertungkus lumus

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan itu, perasaan cintakan negara dapat dipupuk sejak dari sekolah rendah lagi, dan apabila mereka meningkat dewasa, semangat cintakan negara tetap dalam jiwa mereka. Bukan seperti apa yang berlaku sekarang ini, semangat cintakan negara telah terhakis sedikit demi sedikit.

Selain itu, unit bimbingan dan kaunseling juga membantu murid yang bermasalah. Oleh itu, unit bimbingan dan kaunseling di sekolah ini adalah sentiasa terbuka kepada klien yang bermasalah. Klien di sekolah ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang datang sendiri atau yang dihantar oleh guru kerana bermasalah. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sentiasa tersedia daripada awal tahun hingga ke akhir tahun. Akan tetapi kaunselor disekolah ini mempunyai masalah iaitu beliau tidak boleh fokus hanya kepada unit ini sahaja kerana beliau perlu mengajar seperti guru-guru lain juga. Dengan itu, beliau tidak selalu di bilik bimbingan dan kaunseling dan ini memberikan impak yang negatif kepada unit ini.

Selain daripada itu, sekolah ini juga mengadakan program pertandingan melukis dan mewarnakan poster anti dadah pada bulan april. Program ini penting untuk pelajar mengetahui tentang bahaya dadah untuk kesihatan badan manusia. Dengan itu, masalah sosial yang semakin teruk ini dapat dikurangkan. Pada pendapat kami, program ini amat sesuai. Hal ini kerana pelajar yang masih kecil ini mudah terpengaruh dengan tindak laku orang dewasa. Oleh itu, sekolah patut memberikan pendedahan yang positif untuk mereka.

Seterusnya, banyak program diatur bagi memberi perkhidmatan menolong bantu pelajar dalam aspek pemulihan, pencegahan dan perkembangan untuk
8

mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan sikap diri pelajar melalui unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah membuat perancangan teratur untuk membantu membentuk pelajar yang seimbang, berjiwa besar, berwawasan dan berketrampilan.

3.0

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengatasinya. Antaranya program penting yang telah diambil ialah mewajibkan tiaptiap buah sekolah mengadakan Unit Kaunseling untuk membantu murid yang bermasalah. Menurut Menteri Pendidikan , Dato Seri Najib Tun Razak (1996), pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah murid tidak hanya dari sudut akademik malah termasuklah masalah peribadi murid. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah murid.

Peranan guru biasa dalam Bimbingan dan Kaunseling juga mustahak kerana mereka dapat membantu murid untuk membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, mereka juga menolong murid dalam pelajaran mereka dengan memperkenalkan mereka dengan sistem pendidikan. Guru biasa juga memaparkan kepada murid tentang matlamat pelajaran dan penyesuaian mereka dengan suasana persekitaran. Mereka juga menganjurkan kepada murid kaedah belajar secara berkesan, peraturan sekolah dan kepentingan mata pelajaran.

Lebih-lebih lagi, mereka memberi bantuan kepada murid untuk membuat perancangan persekolahan mengikut kebolehan, kemampuan, minat dan

perkembangan mereka dengan membangkitkan semangat kesedaran dalam kalangan murid di peringkat awal tentang kepentingan pelajaran sehingga mencapai kerjayaan cemerlang. Guru biasa dapat menolong murid menyelesaikan masalah mereka dalam bidang pelajaran di sekolah. Mereka membantu pelajar membentuk tabiat kerja yang baik dan sahsiah yang sempurna.
10

Bimbingan merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Guru perlu berusaha mengendalikan peyelesaian masalah-masalah tersebut. Guru perlu

mengenalpasti murid-murid yang mengalami masalah pelajaran dan sosioemosi terlebih dahulu. Cara-cara mengenalpasti masalah murid adalah seperti membuat pemerhatian sama ada dalam atau di luar kelas dari semasa ke semasa, menggunakan alat-alat inventori, menggunakan borang soal selidik, menjalankan temu bual ataupun mendapatkan pandangan serta rujukan kepada guru-guru lain, rakan sebaya dan ibu bapa. Oleh itu, guru juga akan menghubungi ibu bapa murid untuk membincang masalah murid lebih-lebih lagi membuat lawatan ke rumah murid jika ada keperluan.

Guru juga menyimpan rekod murid tentang latar belakang murid, kesihatan dan pencapaian akademik mereka. Di samping itu, guru juga mengumpul maklumat mengenai prestasi akademik murid dan tingkah laku mereka. Guru akan cuba menwujudkan perhubungan yang baik dengan murid agar memahami dan sedia mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka. Jika murid didapati mengalami masalah dalam pelajaran mereka, guru akan cuba memotivasikan murid-murid dalam pelajaran mereka. Justeru, guru juga berperanan mengelolakan ceramah bagi membincangkan masalah remaja, keburukan merokok dan lain-lain.

Di sekolah rendah, kaunselor sekolah memerhatikan murid di dalam bilik darjah semasa mereka menjalankan aktiviti. Kaunselor juga berbincang tentang isu-isu murid dengan guru-guru lain serta ibu bapa untuk menilai kekuatan, masalah dan keperluan khas mereka. Di samping itu, kaunselor juga berbincang dengan pentadbir sekolah, ahli psikologi sekolah, pegawai perubatan dan pekerja kebajikan tentang masalah yang dihadapi dalam kalangan murid sekolah. Memandangkan kaunselor di sekolah perlu bertungkus-lumus untuk mengambil berat dan bertindak dari pelbagai aspek serta berhubung dengan pelbagai sumber orang, guru biasa bolehlah memberi kerjasama kepada kaunselor supaya dapat membentuk dan menjalankan strategi untuk membantu murid berjaya dalam kehidupan mereka.

11

4.0

LAPORAN PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN 4.1 Kesesuaian Program dengan Keperluan Murid

Pada awal tahun 2012, jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Kempen Kesihatan Gigi setiap hari selepas waktu rehat sepanjang tahun.

Program ini bertujuan untuk memastikan murid menjaga kebersihan diri dan seterusnya berasa selesa semasa belajar. Program tersebut adalah sesuai dengan keperluan murid. Amalan menjaga kebersihan dan kesihatan haruslah diterapkan sejak kecil lagi. Oleh itu, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam mendidik murid supaya mereka sentiasa mengambil berat dan tahu cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri.

Walaubagaimanapun, ramai murid pada masa kini tidak peka terhadap kebersihan diri dan telah mengabaikan amalan gosok gigi dengan cara yang betul. Selepas mengkaji masalah yang telah dihadapi oleh murid, Jawatankuasa Unit Bimbingan dan kaunseling mengambil keputusan untuk menjalankan Kempen Kesihatan Gigi pada setiap hari. Dengan mengamalkan program tersebut, murid adalah diharapkan dapat sedar tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi dan sentiasa memupuk tabiat tersebut. Apabila murid dapat menjaga kebersihan diri, mereka tidak mudah menghadapi penyakit seperti sakit gigi dan sebagainya. Secara tidak langsung, murid akan berasa selesa semasa belajar apabila kebersihan dirinya dapat dijamin. Ini telah membuktikan bahawa kempen tersebut adalah sesuai dengan keperluan murid supaya murid dapat menjaga kebersihan serta kesihatan diri dan seterusnya berasa selesa dalam proses pembelajaran.

12

4.2

Kesesuaian Aktiviti yang Dicadangkan dalam Program yang Dilaksanakan

Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program dijalankan. Yang pertama, semasa perhimpunan murid, pemberitahuan tentang pelancaran Kempen Kesihatan Gigi pada 6 Februari 2012 telah diumumkan. Murid diingatkan untuk membawa peralatan gosok gigi pada hari tersebut. Pemberitahuan atau pengumuman ini adalah sesuai supaya semua murid mendapat maklumat yang betul dan tepat.

Pada 3 Februari 2012, jawatankuasa bimbingan dan kaunseling telah mengadakan satu taklimat mengenai kepentingan penjagaan gigi. Guru bimbingan dan kaunseling telah memberitahu murid tentang sebab-sebab hendak menggosok gigi dan bagaimana hendak menggosok gigi setiap hari. Taklimat ini adalah amat berfaedah terutama bagi murid-murid tahap satu di mana mereka jarang didedah untuk menjaga kesihatan gigi dalam kehidupan seharian. Guru juga mengingatkan bahawa dengan menjaga kesihatan gigi, barulah kami berasa selesa dan dapat menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran. Pada akhir taklimat, guru mengingatkan lagi murid supaya membawa peralatan gosok gigi pada 6 Februari 2012.

Pelancaran Kempen Kesihatan Gigi telah diadakan pada 6 Februari 2012. Pada mulanya, pemberian informasi tentang penjagaan gigi telah diadakan. Murid-murid didedahkan dengan cara menjaga gigi dan kebaikan serta keburukannya. Seterusnya, satu ceramah tentang cara menggosok gigi yang betul dilaksanakan. Ceramah ini bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi. Setelah ceramah tamat, guru penolong kanan menyediakan tempat bagi setiap kelas untuk menggosok gigi. Murid Tahun 1 dan Tahun 2 menggosok gigi di padang kecil di sebelah dewan manakala murid Tahun 3 hingga murid Tahun 6 menggosok gigi di kaki lima Pusat Kokurikulum. Pelancaran kempen tersebut adalah sesuai dan strategik kerana murid telah mendapat banyak input tentang penjagaan gigi dan dapat mempraktiskan cara menggosok gigi yang betul dalam kehidupan.
13

4.3

Matlamat, Kepentingan Program kepada Pelajar, dan Aktiviti yang Dijalankan

Kempen Kesihatan Gigi telah dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Thai Hong pada 6 Februari 2012. Program ini dijalankan dengan matlamat di mana untuk memberi kesedaran kepada murid-murid mahupun warga sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut. Di samping itu, program ini diadakan agar dapat menanam tabiat menggosok gigi sebagai satu amalan rutin penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut Dr. Samit Joshi yang merupakan pemimpin pengkaji dari Universiti Yale mengatakan bahawa kesihatan mulut berhubungan dengan kesihatan sistem pernafasan manusia. Isu ini ditemukan pada pesakit di beberapa hospital. Para pengkaji menemukan fakta bahawa seseorang yang mengalami sakit paru-paru dikesan pada awalnya terdapat bakteria di dalam mulut mereka. Memandangkan keadaan yang serius ini, rajin menggosok gigi dan membersihkan mulut bukan sahaja baik untuk kesihatan gigi dan gusi, mulut yang bersih ternyata dapat mengurangkan risiko radang paru-paru atau pneumonia.

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, Kempen Kesihatan Gigi dilancarkan untuk membawa manfaat kepada setiap warga sekolah dan murid-murid sekolah. Pelbagai agenda aktiviti dirancang untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan program tersebut. Sebelum pelancaran kempen tersebut, murid-murid telah diberi satu taklimat ringkas tentang kepentingan penjagaan gigi agar dapat menimbulkan kesedaran dalam sanubari mereka untuk lebih mementingkan kesihatan gigi.

Pada hari yang keesokkan, murid-murid telah dipesan untuk membawa berus gigi. Sebelum murid-murid menggosok gigi, sata taklimat diberikan oleh Guru Penolong Kanan. Dalam taklimat tersebut, murid-murid diberi informasi tentang penjagaan gigi
14

dan cara menggosok gigi yang betul. Murid-murid belajar dengan menunjukkan pergerakan menggosok gigi bersama-sama dengan pengiraan satu, dua, tiga.

Seterusnya, guru-guru yang bertanggungjawab mengatur lokasi bagi-bagi semua kelas agar murid-murid dapat mengambil tempat sendiri semasa menggosok gigi. Selepas mengatur lokasi, murid-murid menggosok gigi di bawah pengawasan guru. Selepas program ini dijalankan, murid-murid menjadikan menggosok gigi sebagai amalan di mana mereka akan berada di tempat sendiri untuk menggosok gigi selepas waktu rehat.

Perancangan Aktiviti Kempen Kesihatan Gigi Bil. Tarikh Perhimpunan murid 1. 30 Januari 2012 Pemberitahuan tentang pelancaran Kempen Kesihatan Gigi pada 6 Februari 2012 Taklimat 2. 3 Februari 2012 Kepentingan penjagaan gigi Peringatan murid untuk membawa berus gigi Pelancaran Program Pemberian informasi tentang penjagaan gigi 3. 6 Februari 2012 Ceramah tentang cara menggosok gigi yang betul Pengaturan tempat bagi setiap kelas untuk menggosok gigi Perkara

15

4.4

Perancangan dan Pelaksanaan Program yang telah Dilaksanakan

Semasa pratikum di SJK(C) Thai Hong, kami sempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti menggosok gigi. Terlebih dahulu, Unit Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan pihak sekolah tentang program yang dirancangkan pada bulan Februari 2012 iaitu program menggosok gigi yang akan dijalankan pada 6 Februari 2012. Selepas itu, kaunselor merancang bagaimana untuk menjalankan program tersebut di sekolah. Oleh itu, mesyuarat telah dijalankan untuk perbincangan tentang pelaksaanan program menggosok gigi. Melalui perbincangan dengan pihak sekolah dan guru-guru, kaunselor mendapat banyak idea yang berguna untuk menguruskan. Oleh itu, kaunselor mengikut apa yang dibincangkan. Seterusnya, kaunselor membahagikan tugas-tugas kepada guru-guru. Selain itu, sebelum hari pelaksanaan program, kaunselor meminta pelajar membawa berus gigi dan cawan untuk program menggosok gigi.

Pada hari pelaksanaan program, guru-guru membawa murid-murid ke dewan untuk memberikan penerangan dan pendedahan tentang cara yang betul untuk menggosok gigi. Guru penolong kanan memberikan penerangan dan meminta pelajar mengikutinya dengan menggunakan jari seperti berus untuk menggosok. Seterusnya, guru membawa pelajar ke tempat yang dirancang untuk menjalankan program menggosok gigi.

Pelaksanaan program ini adalah agak teratur dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Selain itu, pelajar juga didedahkan maklumat yang bermakna dan bermanfaat untuk kehidupan seharian dan masa depan. Program ini dijalankan pada waktu pagi selama 30 minit. Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menggosok gigi pada waktu pagi.

16

Taklimat tentang cara menggosok gigi yang betul

Mengatur lokasi menggosok gigi bagi semua kelas

Murid-murid menggosok gigi


17

4.5

Cadangan Penambaikkan Program

Dari segi keseluruhan program ini, kami rasa ia berjalan dengan lancar dan mempunyai matlamat yang amat jelas iaitu menjaga kepentingan kebersihan pelajar di sekolah. Walau bagaimanapun, kami merasa program ini mempunyai sedikit kekurangan iaitu semasa guru menjelaskan cara menggosok gigi secara betul. Kami rasa beliau patut menyediakan model gigi yang membolehkan pelajar melihat dengan jelas bagaimana menggosok gigi secara berkesan. Selain itu, program ini juga boleh mempamerkan poster-poster yang berkaitan dengan gigi yang sihat serta kemalasan menggosok gigi yang akan menyebabkan gigi rosak di persekitaran sekolah seperti dekat dengan bilik pergigian, kantin, kelas dan sebagainya untuk sentiasa memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menggosok gigi pada setiap hari. Seterusnya, program ini juga boleh menjemput doktor pergigian untuk menjalankan pemeriksaan gigi pada semua pelajar di sekolah ini.

18

5.0

RUMUSAN

Khidmat kaunseling di sekolah perlu diberi perhatian dengan serius kerana penyelidikan lepas menunjukkan bahawa khidmat kaunseling yang berkesan

mempunyai perkaitan positif dengan perkembangan murid secara menyeluruh. Khidmat kaunseling memberi pengaruh positif kepada pencapaian akademik murid sekolah rendah (Hadley 1988; Lee 1993), membentuk murid yang lebih berdisiplin dan mengurangkan tingkah laku agresif ( Baker & Gerler 2001), membina kemahiran sosial positif (Verduyn, Lord & Forrest 1990); meningkatkan estim kendiri murid, di samping membina locus of control yang kukuh (Omizo & Omizo 1988; Rose & Rose 2001), membantu murid-murid yang menjadi mangsa buli di sekolah (Hanish & Guerra 2000) serta membina jangkaan kerjaya murid pada masa akan datang (Mau, Hitchcock & Calvert 1998).

Kaunseling sekolah rendah direka bentuk untuk memenuhi keperluan murid pada setiap peringkat perkembangan mereka. Oleh sebab tekanan sosial dan perubahan yang berlaku, murid-murid membawa banyak isu dan masalah kepada sekolah. Kesan daripada keadaan ini, seorang murid yang tidak tenteram akan mengalami masalah dalam pembelajaran. Dengan membekalkan kaunseling pada peringkat rendah akan dapat mewujudkan keadaan di mana murid ini boleh berjaya di sekolah.

19

You might also like