You are on page 1of 35

KANDUNGAN BAHAGIAN 1 BAHGAIAN 2 BAHAGIAN 3 BAHAGIAN 4 BAHGAIAN 5 BAHAGIAN 6 BAHAGIAN 7 BAHAGIAN 8 BAHAGIAN 9 : : : : : : : : : PENGENALAN TUJUAN LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

LATAR BELAKANG PEMILIK RANCANGAN PENTADBIRAN RANCANGAN PEMASARAN RANCANGAN OPERASI RANCANGAN KEWANGAN RUMUSAN

PENGENALAN DAN TUJUAN

OBJEKTIF Kedai Makan Ibunda ini merupakan sebuah restoran yang mempunyai cirri dan kekuatan tersendiri.Dengan kelebihan yang dimiliki ia berpotensi untuk bertapak lebih jauh berbanding keadaan sediaada. Kertas kerja ini disediakan bagi mencapai 2 objektif utama iaitu :

OBJEKTIF KAJIAN Melalui strategi pemasaran yang kami sediakan ini,diharap peratus keuntungan akan meningkat berbanding sebelum in. Walaupun demikian kami tidak akan membebankan pelanggan melalui kenaikan harga.Apa yang kami ingin lakukan adalah rombakan penawaran pakej makanan yang disediakan disamping beberapa strategi pengukuhan sebaran kepada pelanggan melalui teknik pemasaran campuran dan memberi perubahan kepada reka bentuk kedai yang lebih menarik.

OBJEKTIF KEWANGAN Kami juga ingin memastikan supaya orang ramai lebih menyedari kewujudan restoran atau kedai makan ini berbanding sebelumnya.Disini merka akan ditawarkan pakej makanan berkualiti,sedap dan segar pada harga berpatutan,jauh lebih murah berbanding pesaingpesaing terdekat yang menawarkan pakej serupa.

PENGENALAN Kedai Makan Ibunda ini mula menjalakan perniagaan pada 24 Jun 2006 di No.20A Jalan Bunga Raya, Sungai Besar,Selangor Darul Ehsan yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Kedai makan ini mementingkan kebersihan dalam dan luar restoran beserta dengan keceriaannya,makanan dan minuman yang sedap dan berkualiti serta layanan yang mesra. Saya berazam menjadikan restoran ini tempat pilihan utama bagi pelanggan-pelanggan di samping itu juga restoran ini merancang untuk membekalkan tempahan bagi majlis-majlis luar seperti majlis hari-hari perayaan,kenduri kendara dan majlis-majlis rasmi kerajaan.

VISI Menjadikan Kedai Makan Ibunda ini sentiasa diingat oleh pelanggan tetap ataupun baru dengan menawarkan pakej-pakej istimewa yang menerapkan ciri-ciri makanan melayu.Mewujudkan suasana mesra pelanggan kepada pengunjung di Kedai Makan Ibunda melalui layanan dan perkhidmatan yang cekap.

MISI Mensasarkan keuntungan dalam jangka masa panjang Memberi dan memastikan operasi sentiasa di athap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti.

TUJUAN 2. Keseluruhan Rancangan Perniagaan ini disediakan bertujuan :2.1 Memberi penjelasan dan penerangan berkenaan perniagaan yang bakal diceburi. 2.2 Sebagai panduan supaya perniagaan berjalan lancar dan sempurna bagi memastikan membawa keuntungan dan terus berkembang maju. 2.3 Mendapat bantuan serta sokongan dari segi kewangan ,nasihat dan lain-lain berkaitan dari masa kesemasa daripada pihak-pihak yang berkelayakan. 2.4 Supaya dapat menilai maju projek yang dicadangkan dan dapat dijadikan asas dalam menentukan pelaksanaan projek baru.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN Nama Perniagaan Alamat Perniagaan : : Kedai Makan Ibunda No.20 A , Jalan Bunga Raya, 45300 Sungai Besar,

Selagor Darul Ehsan Alamat Surat Menyurat : No.20 A , Jalan Bunga Raya, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan No.Telefon Bentuk Perniagaan Kegiatan Utama : : : 03-32147473 Persendirian Restoran/ Kedai Makan - Menjual makanan dan Minuman Tarikh Memulakan Perniagaan Tarikh Pendaftaran Modal Perniagaan Nama Bank Jenis Akaun Perniagaan : : : : : 24 Jun 2006 01 Januari 2006 RM120,000.00 Maybank Malaysia Berhad Akaun Semasa

LATAR BELAKANG

4. LATAR BELAKANG PEMILIK Nama Penuh No.Kad Pengenalan Tarikh Lahir Umur Jantina Alamat Tetap : : : : : : Siti Salmah bt Hj Ismail 630430-10-6320 30 Mac 1963 50 Tahun Perempuan No.2 Parit 4 Barat,45300 Sungai Besar, Selangor No.Telefon Taraf Perkahwinan Kelulusan Akademik Kemahiran Pengalaman : : : : : 03-3227273 Berkahwin SRP Boleh memasak makanan melayu dan kampong Berniaga di Pasar Malam selama 6 tahun

RANCANGAN PENTADBIRAN

5.PENGENALAN ORGANISASI

Alamat Organisasi No.20 A,Jalan Bunga Raya,45300 Sungai Besar ,Selangor Darul Ehsan

Bentuk Bangunan dan Kemudahan Infrastruktur Bentuk bangunan ialah rumah kedai 2 tingkat Lot Corner di tingkat bawah.

Kemudahan lain ialah terdapat bekalan air,api,telefon,seta jalan raya yang selesa dan banyak tempat letak kereta.

6.TENAGA PEKERJA ORGANISASI No 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengurus Juruwang / Kerani Tukang Masak (Ketua) Pembantu tukang Masak Pembuat Minuman Pelayan Pekerja Am / Tukang Cuci Jumlah Jawatan Bilangan Bekerja 1 1 1 2 2 5 2 14

PENGURUS

JURUWANG

PELAYAN

PEKERJA AM

TUKANG MASAK (KETUA)

PEMBANTU
TUKANG MASAK

PEMBUAT MINUMAN

7.SPESIFIKASI TUGASAN

Jawatan Pengurus Kerani / Juruwang

Tanggungjawab Utama Menentukan perniagaan berjalan lancar dan sistematik Menentukan semua pekerja menjalankan tugas seperti yang ditentukan Menentukan para pelanggan mendapat layanan segera dan mesra Menguruskan perbelanjaan harian Menentukan masakan berkualiti dan sedap Membuat ketetapan dalam pengembangan perniagaan Sebagai juruwang,menerima pembayaran daripada pelanggan Mnyediakan rekod perniagaan Membayar bil serta lain-lain yang berkaitan Membantu mengurus menyelia para pekerja restoran Menyerahkan wang hasil jualan kepada pengurus.

8.IMBUHAN BALAS JASA ATAU GAJI Jawatan Bil Gaji / Upah Bulanan (RM) Pengurus Kerani / Juruwang Jumlah 2 2700.00 468.00 78.00 4446.00 1 1 3000.00 900.00 360.00 108.00 60.00 18.00 3420.00 1026.00 KWSP (RM) PERKESO (RM) JUMLAH (RM)

KEPERLUAN PEJABAT JENIS Kelengkapan Pejabat Komputer dan Meja Cash Register Kalkulator Alat Tulis Jumlah 1 1 1 BILANGAN JUMLAH (RM) 1000.00 3200.00 300.00 30.00 70.00 4,900.00

9.PERBELANJAAN ORGANISASI PERKARA PERBELANJAAN ASET TETAP (RM) PERBELANAAN BULANAN (RM) LAIN-LAIN PERBELANJAAN (RM)

Aset Tetap Perabot-perabot Kelengakapan Komputer dan Cash register Ubahsuai Perbelanjaan Bulanan Gaji KWSP, PERKESO Sewa Kedai Lain-lain Perbelanjaan Deposit Sewa Kedai Deposit Utiliti Uniform Daftar Niaga Lesen Niaga Stamp Duty JUMLAH 29,500.00 5,946.00 25,000.00 1,000.00 3,500.00

3,900.00 546.00

1,500.00

3,000.00 1,000.00 1,500.00 70.00 60.00 13.00 5,643.00

41,089.00

RANCANGAN PEMASARAN

10.PRODUK YANG DITAWARKAN Kedai Makan Ibunda menawarkan produk masakan dengan hidangan secara makanan panas dan mudah serta segera disediakan.

Menyediakan minuma 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

: Minuman panas,sejuk dan tin : Nasi lemak,nasi goreng,mee goreng,meehon Goring,koey teow goreng ,lontong dan roti bakar.

11.00 pagi hingga 10.00 malam

: Soto,Mee Jawa,Laksa,Aneka sup (Mee,Meehon,Koey Teow),pecal,mee Udang,mee Bandung.

SASARAN PASARAN Sasaran pelanggan restoran ini ialah penduduk di taman-taman berhampiran,pekerja kedaikedai berdekatan,penjawat awam,pelajar sekolah dan penumpang bas.

SAIZ PASARAN Pekan Sungai Besar terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam, di antara Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 km dari utara Kuala Lumpur. Pekan Sungai Besar merupakan pekan terbesar di daerah Sabak Bernam, Selangor. Sosio-ekonomi Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat bandar daerah Sabak Bernam. Kedudukannya ialah kira-kira 7 kilometer dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam. Manakala, Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, terletak kirakira 3 kilometer dari pekan sungai besar hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja dengan menaiki kereta.Kawasan ini terletak lebih kurang 120 kilometer dari utara Kuala Lumpur. Perjalanan dengan menaiki kereta dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam ke Sungai Besar mengambil masa kira-kira 15 minit.

Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 di mana 43% adalah dalam lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya, 73% terdiri dari Melayu, Cina (23%) dan India (3.5%)[1]. Majoriti penduduk Sungai Besar terdiri daripada kaum tani pengusaha IKS dan nelayan. Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain berkebun kelapa kelapa sawit serta menangkap ikan dan perusahaan kerepek. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis Daerah terletak di pekan Sungai Besar. Pada waktu sekarang Sungai Besar semakin pesat membangun dari segi fizikal. Pekan Sungai Besar semakin berkembang menunjukkan kepesatan ekonomi para

penduduknya. Sungai Besar merupakan salah satu dari 9 kawasan yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan perumahan, industri kecil dan sederhana, institusi-institusi pendidikan dan pertaniana serta akuakultur. Oleh itu,daripada pelbagai kumpulan diatas akan keluar setiap hari sama ada untuk sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam.Begitu juga terdapat penumpang bas ekspres di daerah ini terletak dibandar ini.Ini juga menyumbangkan kepada kemajuan perniagaan restoran di sini.

11.PESAING-PESAING UTAMA Tedapat 4 buah restoran melayu sebagai pesaing-pesaing utama iaitu Restoran Rashid Fadhil,Restoran Kuala Kurau,Restoran Berkat Jaya dan Restoran Gelas Besar. NAMA PESAING Restoran Rashid Fadhil Restoran Kuala Kurau Restoran Berkat Jaya Restoran Gelas Besar Jumlah %SYER PASARAN 38 25 20 17 100 ANGGARAN JUALAN SEBULAN (RM) 145,464.00 95,700.00 76,560.00 65,076.00 382,800.00

Kedai Makan Ibunda menganggarkan menguasai 13% daripada syer pasaran pada tahun pertama urusniaga dijalankan. NAMA PESAING Restoran Rashid Fadhil Restoran Kuala Kurau Restoran Berkat Jaya Restoran Gelas Besar Kedai Makan Ibunda Jumlah % SYER PASARAN 34 22 17 15 14 100 ANGGARAN JUALAN SEBULAN (RM) 130,152.00 76,560.00 65,076.00 57,420.00 53,592.00 382,800.00

Kekuatan : Mempunyai pelanggan tetap Setiap restoran ada menu istimewa Rasa masakan telah biasa di kalangan pelanggan Dibuka dari pagi hingga malam Harga berpatutan Mempunyai ramai pelanggan cina

Kelemahan : Layanan lambat Suasana kedai kurang ceria Masakan makanan tidak pelbagai,sama seperti sebelumnya

ANALISIS ANCAMAN DAN PELUANG PERNIAGAAN Analisis ini adalah penting bagi Kedai Makan Ibunda untuk menilai faktor-faktor yang mempengaruhi tahap persaingan,ancaman serta peluang dalam perniagaan ini.Kedai ini juga meramal dan menjangka suasana industri serta dapat mengambil langkah proaktif untuk menghadapi segala jangkaan yang akan bakal ditempuhi. Bagi tempoh jangka masa panjang,kedai Makan ini menghadapi saingan yang merupakan ancaman untuk mempertingkatkan perniagaannya.Pada masa yang sama ancaman pesaing menjejaskan pulangan pendapatan dan keuntungan. KEKUATAN Lokasi kedudukan Kemudahan tempat letak kereta Pekerja KELEMAHAN Carta organisasi dan misi Pesaing sekitar Suasana restoran Struktur bangunan Dekorasi ANCAMAN Saingan perniagaan sekitar Sasaran pendapatan strategik

PELUANG Operasi restoran yang strategik Peluang Promosi Pembangunan naik taraf

KEKUATAN DALAMAN Antara kelebihan dan kekuatan sedia ada Kedai Makan Ibunda ini ialah :

LOKASI PERNIAGAAN Kadai Makan Ibunda ini terletak di kawasan tumpuan seperti pusat membeli belah pakaian yang murah,penempatan perumahan dan station transit kenderaan awam. Persekitaran lokasi didapati tidak pernah lengang dengan kunjungan orang ramai termasuk orang luar dari daerah dan negeri lain.Lokasi yang disebut tadi sentiasa melakukan promosi atau aktiviti bertema untuk menarik kunjungan orang ramai.Secara tidak langsung kedai makan ini memperoleh faedah sampingan dari aktiviti yang dialkukan di persekitarannya.

KEMUDAHAN LETAK KERETA Kedai makan ini berdekatan dengan ruang letak kereta yang dapat memuatkan 50 buah kenderaan secara percuma.

PEKERJA Kedai Makan ini mempunyai pkerja yang mencukupi yang terdiri daripada warga tempatan iaitu Melayu.Secara keseluruhannya mereka dapat melaksankan tugas masing-masing dengan baik dan sentiasa menurut arahan yang diberikan.

KELEMAHAN DALAMAN Disamping kekuatan yang ada pada Kedai Makan Ibunda ini ,terdapat juga kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki ataupun dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai pengunjung di masa akan datang.antara kelemahan tersendiri yang ada iaitu :

CARTA ORGANISASI DAN MISI Melihat kepada struktur organisasi Kedai Makan Ibunda ini boleh dikatakan tiada penetapan strategi khusus untuk memajukan perniagaan.sekiranya perancangan strategi di rangka tanpa mengambil kira penstrukturan semula carta organisasi,maka pelaksanaan pelan rancangan akan mengalami kepincangan.

PESAING SEKITAR Salah satu cabaran bagi kedai makan ini adalah peasiang perniagaan gerai-gerai disekitar kawarasan kedai.walaupun pesaing ini hanya gerai kecil,merka mampu menarik pelanggan dengan kualiti masakan yang lazat dan murah.

SUASANA RESTORAN Suasana kedai makan ini memainkan peranan untuk menarik perhatian pelanggan.Hiasan dalaman dan luaran restoran bergantung penuh pada tema yang

ingin dirasai besama pelanggan.Jika dilihat ,Kedai ini daya tarikannya hanya tertumpu kepada keluarga yang ingin menikmati makanan sambil bersantai dan istirehat.

STRUKTUR BANGUNAN Ruang makan yang menempatkan terlalu ramai pelanggan dalam sesuatu masa. Terutama pada waktu cuti sekolah dan cuti hujung minggu menyebabkan ramai pelanggan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan makanan yang dihajati.

DEKORASI Hiasan lampu,penggunaan warna cat dan susun atur perabut yang kurang sesuai dan kurang menarik menjadi salah satu kelemahan yang dapat dilihat.Peralatan seperti perabot yang lama masih lagi digunakan.Ini akan menjejaskan imej Kedai Makan ini di mata pengunjung di samping akan memberi risiko kepada pelanggan sekiranya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

PELUANG OPERASI RESTORAN / KEDAI YANG STRATEGIK Mempunyai pengunjung tetapnya,terdiri daripada pelbagai kaum dan kumpulan pengunjung .

PELUANG PROMOSI Aktiviti promosi telah dimulakan melalui kain rentang,banner dan brosur yang diedarkan untuk memperkenalkan kedai makan dan jenis makanan yang disediakan. ANCAMAN SAINGAN PERNIAGAAN SEKITAR Sekiranya kedai makan ini tidak menitik beratkan mutu makanan,perkhidmatan

denga harga yang berpatutan.Orang ramai tidak akan teragak-agak untuk memilih gerai-gerai sekeliling yang mungkin mampu bersaing.

SASARAN PENDAPATAN STRATEGIK Tarikan restoran mestilah cukup berkesan denganmempelbagaikan promosi,tema,tawaran yang mencakupi semua kumpulan pelanggan bagi tarikan pengunjung yang berterusan.

12.RAMALAN JUALAN BULAN JUMLAH (RM) ANGGARAN JUALAN ANGGARAN BELIAN

Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober Novemmber Disember Jumlah Jualan Tahun 1 Jumlah Jualan Tahun 2 Jumlah Jualan Tahun 3 573,800 659,870 791,844

45,000 46,400 47,800 48,000 48,200 42,800 43,500 46,500 48,100 50,900 52,500 54,100 Kenaikan 15% 20% 315,590 331,370 347,939

24,750 25,520 26,290 26,400 26,510 23,540 23,925 25,575 26,455 27,995 28,875 29,755 Kenaikan 5% 5%

13.STRATEGI PEMASARAN Strategi Produk

Strategi produk Kedai Makan Ibunda ialah : Menghidangkan masakan yang sedap dan berkualiti dengan pembelian bahanbahan mentah yang dipilih segar dan berkualiti. Pelanggan-pelanggan diberi peluang memilih resepi yang sesuai dengan selera mereka. Menyesuaikan pakej-pakej yang menarik bagi ma melalui kain rentang,papan tanda perniagaan yang menarik,papan tanda di tepi jalanraya 1 kilometer dari kedai makan,dan mengedarkan risalah-risalah atau pamplet melalui surat khabar serta ke pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.Juga menaja jamuan majlis di majlis-majlis yang sesuai.

Strategi Harga Harga produk adalah lebih kurang sama dengan pesaingpesaing.Walaubagaimanapun,Kedai Makan Ibunda memberikan harga-harga istimewa untuk pakej makan tengahari dan malam.Menyediakan hidangan tambahan kepada yang berbelanja RM 100.00 ke atas dan menyediakan diskaun pada hari-hari sambutan istimewa seperti Hari Ibu,Hari Bapa dan sebagainya.

Strategi Edaran Pelanggan dilayan dengan mesra dan pesanan dipenuhi dengan cepat.Pelayanpelayan juga ditentukan meja-meja makan untuk diberikan perhatian.Untuk jangka panjang,mengadakan penghantaran khas bagi pakej-pakej tempahan istimewa.

14.TENAGA PEKERJA PEMASARAN JAWATAN Pelayan Restoran BILANGAN PEKERJA 5 Orang

SPESIFIKASI TUGAS JAWATAN Pelayan TANGGUNGJAWAB UTAMA Menentukan kebersihan ruang makan dan menyusun atur kerusi dan meja dengan kemas.

Menyambut dan mempersilakan tempat duduk pelanggan

Mengambil pesanan dan menghantar pesanan pelanggan.

Memberi bil kepada pelanggan dan mengemaskan peralatan hidangan untuk dihantar ke tempat cucian.

15.IMBUHAN BALAS JASA ATAU GAJI JAWATAN BIL GAJI / UPAH KWSP PERKESO JUMLAH

BULANAN (RM) Pelayan 5 3,500.00 (700 x 5)

(RM)

(RM)

(RM)

420.00

70.00

3990.00

PERBELANJAAN PEMASARAN PERKARA PERBELANJAAN ASET TETAP (RM) PERBELANJAAN BULANAN (RM) LAIN-LAIN PERBELANJAAN (RM)

Aset Tetap Kaunter dan kelengkapan Papan tanda perniagaan Perbelanjaan Bulanan Gaji KWSP / PERKESO Lain-lain Perbelanjaan Risalah / Pamplet Kad Perniagaan Kain Rentang / Banner 5,000.00 JUMLAH 3,990.00 150.00 100.00 300.00 550.00 9,540.00 2,000.00

3,000.00

3,500.00 490.00

RANCANGAN OPERASI

PROSES OPERASI

Menentukan masa masakan

Membeli Bahan Mentah

Penerimaan Bahan Mentah

Membersihkan Bahan Mentah

Mengasingkan bahan mentah mengikut menu

Memasak makanan untuk dihantar kepada pelanggan

Memeriksa makanan sebelum dihidangkan

Menghidangkan makanan kepada pelanggan

CARTA ALIRAN PROSES

Menentukan menu masakan

Membeli bahan mentah

Penerimaan bahan mentah

Membersihkan bahan mentah

Mengasingkan bahan mentah mengikut menu

Memasak makanan yang dipesan pelanggan

Memeriksa makanan sebelum dihidangkan

Menghidangkan makanan kepada pelanggan 16.UNIT YANG DIKELUARKAN ATAU MASA OPERASI Kedai Makan Ibunda beroperasi selama 14 jam dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Bulan puasa beroperasi selama 6 jam bermula jam 4.00 petang hingga jam 10.00 malam

KEPERLUAN BAHAN Bahan-bahan yang diperlukan :

1.

Bahan Asas : Beras, ayam,telur,tepung,mee,mee hon,koey teow,minyak masak,kelapa,sayursayuran,ikan(untuk laksa),ayam,udang,sotong,kek ikan,pelbagai jeis bebola,dan lainlain barangan.

2.

Barang Kering : Cili Kering,bawang merah,bawang putih,halia,rempah ratus,lengkuas,ikan bilis,soo hoon,kacang tanah,garam,ajinomoto,ubi kentang, keledek,kiub dan lain-lain.

3.

Makanan dalam tin / botol : Sos cili,sos tomato,sos tiram,cuka,pelbagai jenis kicap,sardin dan lain-lain.

4.

Minuman Kopi,teh,milo,nescafe,horlicks,gula,susu,buah liamu kasturi,buah-buahan segar,minuman air miniral,air botol,air kotak dan air tin.

17.TENAGA PEKERJA OPERASI JAWATAN BILANGAN PEKERJA

Ketua Tukang Masak Pembantu Tukang Masak Pembuat minuman Pekerja Am Jumlah

1 2 2 2 7

18.SPESIFIKASI TUGASAN JAWATAN TANGGUNGJAWAB

Ketua Tukang Masak

Memasak mengikut menu yang dipesan oleh pelanggan

Memeriksa keadaan makanan sebelum dihidangkan

Menyediakan laporan keperluan stok barangan dapur

Pembantu Tukang Masak

Membantu memasak dan menyediakan bahan-bahan untuk dimasak

Menjaga kebersihan peralatan memasak dan menjaga kebersihan kawasan operasi memasak.

Pembuat Minuman

Menyediakan minuman mengikut pesanan Menentukan bahan-bahan minuman mencukupi dan berkualiti

Menentukan peralatan untuk hidangan dalam keadaan yang baik.

Pekerja Am

Membantu urusan pembekal bahan mentah Membersihkan bahan mentah Membersihkan peralatan hidangan Menghantar hidangan kepada pelanggan Menjaga kebersihan restoran luar dan dalam.

You might also like