You are on page 1of 4

NIK MUHAMMAD AMIN BIN NIK MOHAMMED 2007295318 (KISSM / 2011)

Soalan 1B Encik Sapawi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG48 diarah mengikuti kursus jangka pendek 14 hari di Bangkok, Thailand atas kepentingan perkhidmatan. Jelaskan jenis elaun yang layak dituntut seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005, dan Perintah Am Bab B.

Kerajaan sentiasa memastikan bahawa para penjawat awam mendapat pengetahuan dan kemahiran yang sempurna bagi menjamin mutu perkhidmatan yang berkualiti. Bagi mencapai tahap tersebut, beberapa kursus telah dianjurkan dan kerajaan telah memperuntukkan kemudahan bagi mereka yang mengikuti kursus tersebut. Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005, tepat di muka surat 6 iaitu berkenaan Kursus Pendek Di Luar Negara, Encik Sapawi sebagai seorang pegawai yang berkursus pendek di luar negara adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat-syaratnya. Pertama, Kadar Elaun Makan yang layak dituntut bagi sepanjang tempoh kursus sekiranya kemudahan makan tidak disediakan bagi DG48 adalah RM200.00. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan pegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar yang disebut. Kedua, had maksimum kadar Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing yang layak dituntut bagi sepanjang tempoh kursus sekiranya kemudahan penginapan tidak disediakan adalah RM300 untuk sewa hotel, dan RM120 untuk lojing di Thailand (kategori II). Perlulah diketahui bahawa bayaran perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian dari kadar Bayaran Sewa Hotel itu; Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum berkursus dan sehari selepas tamat kursus mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Bayaran Perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu; Elaun bagi bayaran pasport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit; elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut: 8.7.1 perjalanan pergi balik dari tempat kediaman ke lapangan terbang, sekali sahaja; 8.7.2 perjalanan pergi balik dari lapangan terbang ke tempat penginapan, sekali sahaja;
1

NIK MUHAMMAD AMIN BIN NIK MOHAMMED 2007295318 (KISSM / 2011)

8.7.3 perjalanan pergi balik dari tempat penginapan ke Pusat Pengajian sekali sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6 hari; Elaun perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakan pegawai sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi iaitu andaikata beliau memilih untuk menggunakan perkhidmatan kapal terbang, bayaran lebihan muatan kapal terbang yang tidak melebihi 7kg akan ditanggung oleh kerajaan. Walau apapun peruntukan di atas, seseorang pegawai yang mengikuti kursus di luar negara selama 14 hari atau kurang secara berterusan yang dikira berdasarkan hari berkursus, layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005)

Sebagaimana yang kita tahu, Encik Sapawi adalah seorang pegawai yang dipilih untuk mengikuti kursus jangka pendek di Bangkok. Oleh yang demikian, menurut Perintah Am Bab B, belau layak untuk menuntut beberapa elaun. Antaranya, elaun sara hidup mengikut kadar semasa. Ianya juga termasuk elaun pembelajaran sebagai contoh, bayaran pendaftaran, pengajaran, makmal, bayaran peperiksaan, menaip, menjilid, serta kos belian buku atau perkakas yang perlu yang telah diluluskan oleh KPPA. Selain itu, insuran perubatan atau bayaran perubatan juga akan diberikan. Tambahan lagi, pegawai yang dibenarkan mengikuti kursus tanpa gaji boleh diberi elaun tanggungan keluarga seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Juga, jika semasa berkursus pegawai menerima elaun/gaji maka potongan sebanyak elaun/gaji dibuat dari elaun sara hidupnya. Haruslah diingati bahawa tiada elaun runcit akan diberikan kepada Encik Sapawi semasa berkursus. Dengan kemudahan-kemudahan dan bantuan elaun yang disediakan, diharapkan Encik Sapawi dapat pulang dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan di jabatan beliau. Secara tidak langsung, beliau dapat menyampaikan dan mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari di luar negara.

NIK MUHAMMAD AMIN BIN NIK MOHAMMED 2007295318 (KISSM / 2011)

Soalan 2B Huraikan Teras Perkhidmatan Awam yang terkandung dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 5/79 dapat membantu guru melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang dan memberi keseronokan bekerja.

Terdapat beberapa teras-teras yang menjadi tunjang dalam melahirkan para penjawat awam yang berkualiti dari segi ketrampilan dan hubungan sesama rakyat. Ianya realistik, dan mudah untuk dipraktikkan oleh guru-guru sekolah. Pertama, berazam meninggikan mutu perkhidmatan. Setiap guru haruslah mempunyai impian untuk senantiasa memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran. Sekadar mengikut teknik pengajaran yang telah lapuk bersandarkan papan tulis, dan buku teks adalah tidak interaktif pada masa kini. Guru juga sentiasa harus menceburkan diri dalam bengkel-bengkel teknik mengajar agar pengajaran berkesan dapat dilakukan dengan teknik-teknik terbaru yang lebih menarik dan berkesan. Kedua, guru perlu bekerja dengan penuh tanggungjawab. Telah mafhum bahawa guru diibaratkan sebagai lilin yang senantiasa menyinari orang lain, dan pada masa yang sama sanggup membakar diri sendiri. Begitulah juga keadaan sebenarnya bahawa guru perlu menunjukkan dedikasi dan semangat komited dalam menjalankan tugasnya. Jika cemerlang tugas yang dilaksanakan, maka pujianlah yang bakal diterima. Jika tidak, seseorang guru itu haruslah bersedia untuk menerima teguran demi memperbaiki diri masing-masing. Seseorang guru juga harus berusaha mengikis sikap pentingkan diri sendiri. Bak kata bidalan, Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut kata binasa. Maka, seharusnya para guru mengikut peraturan yang telah termaktub di dalam buku panduan keguruan. Ini bagi menyelamatkan guru dari perkara-perkara yang menyeleweng dan merosakkan imej guru itu sendiri. Seharusnya, seorang pendidikan itu perlu mengamalkan disiplin yang jitu agar penyalahgunaan kuasa tidak akan berlaku, dan guru itu akan dihormati. Bayangkanlah seorang guru yang selalu mengingatkan anak didiknya agar tidak ponteng kelas, tetapi guru tersebut yang mengambil kesempatan untuk tidak masuk ke kelas. Tambahan lagi, guru juga perlu berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan. Seseorang guru perlu menunjukkan akhlak yang baik lagi terpuji bukan sahaja kepada pengetua / guru besar, rakan setugs, bahkan anak-anak didikan dan ibu bapa. Jangalah sesekali berburuk sangka, dan mempunyai sikap berat sebelah dalam melaksanakan tugas. Adalah ditegah sama sekali berkelompok bersama sesetengah guru, dan membenci guru-guru yang lain. Juga diingatkan bahawa kita hidup di dalam negara yang mempunyai pelbagai rumpun bangsa, dan agama. Jadi, jagalah pekerti dan tuturkata agar tiada sesiapa pun yang tersinggung.

NIK MUHAMMAD AMIN BIN NIK MOHAMMED 2007295318 (KISSM / 2011)

Sessungguhnya, seseorang pegawai awam harus berkhidmat dengan penuh perasaan, mesra dan amalan muhibah sesuai dengan masyarakat majmuk negara kita. Sukalah diingatkan agar guru bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. Adalah wajar bagi seseorang guru agar menyampaikan ilmu mengenai dasar-dasar dan program-program pembangunan negara. Dengan sebab itu diharapkan tiada rakyat, terutamanya yang berada jauh di pelusuk pedalaman, yang ketinggalan dalam mencapai peluang dalam usaha pembangunan negara. Secara tidak langsung, sedikit demi sedikit, diharapkan agar rakyat dapat berdikari tanpa mengharapkan pertolongan semata-mata. Buat yang terkahir sekali, sebagai guru kita wajib berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepercayaan kita kepada keluhuran agama, dan nilai-nilai murni yang ditunjangginya akan dapat membawa kita kepada sekolah yang aman dan damai. Andaikata jika terdapat perselisihan faham, maka percayalah bahawa agama membantu kita untuk menjadi seseorang yang lebih pemaaf, bertoleransi dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan penuh kasih sayang. Semoga dengan nasihat-nasihat dan panduan-panduan yang dinukilkan, kita sebagai para guru mampu menjadikan sekolah-sekolah di Malaysia sebagai papan aras (platform) untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan yang harmonis, bersatupadu, dan berkualiti.

BIBLIOGRAFI 1. http://citacita.tripod.com/nota/tadbir.htm 2. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 KK/BP(8.00)443/1-4 SJ.1(sk.1/2003) 3. Buku panduan siri modul KISSM 2011 IPKB

You might also like