You are on page 1of 1

Ditulis oleh NUR SYAKILAH BT ISMAIL

Jumaat, 11 Oktober 2013 11:35 Hari Kantin merupakan aktiviti tahunan sekolah yang dijalankan dengan penuh meriah dan mendapat kerjasama daripada guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa, penduduk sekitar dan pihak kerajaan dan swasta. Hari Kantin ini dijalankan pada hari Khamis 10 Oktober 2013 mulai jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya ialah Jualan makanan dan minuman, pameran dari pihak AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan), pameran dan demonstrasi turun tali dari pihak JPAM (Jabatan Pertahanan Awam), pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat, pameran dan pemeriksaan percuma dari Jabatan Kesihatan, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan, pertandingan memasak asam pedas dan pertandingan pakaian beragam bertema 'Bollywood', permainan Rumah Hantu dan tayangan wayang. Sambutan amat menggalakkan dari semua pihak. Tahniah dan syabas kepada semua yang turut menjayakan program ini.

You might also like