You are on page 1of 14

TOPIK 10

PENYEDIAAN INDUSTRI AMMONIA, ASID SULFURIK DAN ASID NITRIK

SINOPSIS Ammonia adalah bahan kimia dengan formula kimia NH3. Ammonia adalah antara bahan kimia yang paling banyak dihasilkan. Sebelum mulanya perang dunia pertama, ammonia diperoleh dengan menyuling sayur dan haiwan bernitrogen atau pereputan garam-garam ammonium dengan hidrooksida alkali. Asid sulfurik, H2SO4 adalah merupakan salah satu bahan industri yang penting. Proses yang paling utama untuk menghasilkan asid sulfurik ialah Proses Sentuh. Asid Sulfurik banyak digunakan untuk menghasilkan cat, baja, plastic, fabric, dye dan banyak lagi bahan-bahan yang berguna. Asid Nitrik, HNO3, dihasilkan melalui 3 tahap dan proses ini dipanggil sebagai Oswald Process. Tahap-tahap ini dikenali sebagai Pengoksidaan Ammonia, Pengoksidaan Nitrogen Monoxide dan Penyerapan Nitrogen Dioxide dalam air. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyatakan cara-cara penyediaan industri ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik. 2. Menerangkan penggunaan ammonia, asid sulfurik dan asid nitric. KERANGKA TAJUK

Bahan Buatan

Ammonia

Asid Sulfurik

Asid Nitrik

Penyediaan

Penggunaan

Penyediaan Penyediaan Penggunaan

Penggunaan

PENGGUNAAN AMMONIA Ammonia NH3 ialah sebatian yang sangat berguna dan mengandungi unsur nitrogen dan hidrogen. Ammonia digunakan untuk membuat : a. Satu peratus besar ammonia digunakan dalam pembuatan baja bernitrogen

- Ammonia sulfat terbentuk daripada tindak balas ammonia dengan asid sulfurik 2NH3 + H2SO4 (NH4)2SO4 (ammonium sulfat)

- Ammonim nitrat terbentuk daripada ammonia dengan asid nitric NH3 + HNO3 NH4NO3 (ammonium nitrat)

b. Agen pembersih. Ammonia ialah pelarut yang baik bagi lemak dan minyak. Ia digunakan sebagai agen pembersih di rumah. c. Nilon. Ammonia digunakan untuk membuat gentian sintetik seperti nilon yang digunakan secara meluas dalam pembuatan kain dan tali. d. Penyejuk. Ammonia digunakan sebagai agen penyejuk dalam peti sejuk kerana ia meruap dan dicair dengan mudah. Haba pendam boleh diserap dengan mudah daripada pembeku apabila ia berkembang dan meruap. Haba disingkirkan daripada cecair ammonia yang panas melalui gelung di belakang peti sejuk.

Sifat ammonia : Berbentuk gas pada suhu dan tekanan bilik Gas tidak berwarna Ia lebih ringan daripada udara. berbau sengit Sangat larut dalam air untuk menghasilkan satu alkali lemah NH3 + H2O Beralkali NH4+ +OH-

Sifat kimia ammonia ialah ; 1. Bersifat bes. Ammonia ialah bes lemah yang larut dalam air dan megion separa. NH3(g) + H2O(g) NH4 (ak) + OH-(ak)

Kepekatan ion OH yang terhasil adalah rendah. 2. Bertindak balas dengan asid. Ammonia bertindak balas dengan asid cair untuk membentuk garam ammonium. Ammonia + asid Misalnya i. Ammonium sulfat, (NH4)2SO4 dihasilkan apabila gas ammonia dialirkan ke dalam asid sulfurik cair. H2SO4(ak) + 2NH3(g) ii. dalam asid etanoik. CH3CO2H(ak) + NH3(g) iii. CH3CO2NH4(ak) (NH4)2SO4(ak) garam ammonium.

Ammonium etanoat, CH3CO2NH4 dihasilkan apabila gas ammonia dialirkan ke

Gas ammonia dan gas hydrogen klorida bertindak balas untuk membentuk wasap putih. Apabila 1 titis asid hidrolik pekat didekatkan kepada mulut tabung uji yang berisi gas ammonia, wasap putih terbentuk. HCI(g) + NH3(g) Wasap putih oalah ammonium klorida NH4CI(p)

3. Tindak balas dengan ion logam Ion logam bergabung dengan ion OH- daripada larutan ammonia untuk menghasilkan mendakan logam hidroksida. Mn+(ak) + nOH-(ak) Mg2+(ak) + 2OH-(ak) Fe2+(ak) + 2OH-(ak) Fe3+(ak) + 3OH-(ak) M(OH)n(p) Mg(OH)2(p) (mendakan putih) Fe(OH)3(p) (mendakan hijau) Fe(OH)3(p) (mendakan coklat kemerahan)

PEMBUATAN AMMONIA Semasa perang dunia pertama, Proses Haber )dikenali sebagai Haber-Bosch Process dalam Bahasa Inggeris) dicipta oleh dua orang ahli Jerman, Frits Haber dan Carl Bosh. Ammonia dihasilkan pada skala yang besar di dalam industri melalui Proses Haber. Didalam proses ini, ammonia terbentuk melalui gabungan nitrogen dan hydrogen dalam nisbah 1:3. Gas nitrogen diperoleh daripada cecair udara. Gas hydrogen didapati daripada petroleum dan juga tindak balas gas asli, CH4 dengan stim. CH4(g) + H2(g) CO(g) + 3H2(g)

Dalam proses haber, gas nitrogen dan gas hydrogen dicampurkan dan dimampatkan pada tekanan 200 atm Campuran disalurkan melalui serbuk besi yang bertindak sebagai mangkin dalam bikil pemangkin. Ini dilakukan pada suhu 4500C 5000C. Di dalam bilik pemangkin, nitrogen bertindak balas dengan hydrogen untuk menghasilkan gas ammonia.

Di bawah keadaan yang optimum ini, hanya 15% campuran gas bertukar kepada ammonia gas. Gas hydrogen dan nitrogen yang tidak bertindak balas kemudiannya disalurkab semula kepada pemangkin di dalam saluran reaktor. Produk ammonia kemudiannya disejukkan di bawah suhu yang terendah supaya ianya terkondensasi kepada bentuk cecair di dalam saluran penyejuk.

Faktor mempengaruhi proses Tindak balas untuk menghasilkan ammonia merupakan suatu tindak balas berbalik dalam eksotermik. N2(g) + 3H2(g) 2NH3(g)

Maka sebarang peubahan suhu dan tekanan akan mempengaruhi kuantiti ammonia yang dapat dihasilkan. Rajah berikut menunjukkan peratusan hasilan ammonia pada suhu dan tekanan yang berlainan.

Mengikut graf di atas, a. Lebih tinggi tekanan, lebih tinggi peratusan hasilan ammonia. b. Lebih rendah suhu, lebih tinggi peratusan hasilan ammonia.

Kesan tekanan Lebih banyak molekul, lebih tinngi molekul gas. Tindak balas ke depan diiringi dengan pengurangan bilangan molekul gas. N2(g) + 3H2(g) 2NH3(g)

Apabila tekanan dinaikkan, tindak balas ke depan digalakkan untuk menurunkan tekanan dengan mengurangkan bilangan molekul gas.

Kesan suhu Tindak balas ke depan adalah eksotermik. Tindak balas ke belakang adalah endotermik. Penguraian ammonia kepada nitrogen dan hydrogen menyerap haba. Apabila suhu ditingkatkan, ammonia akan terurai untuk meyerap haba lebihan. Jadi, ini mengurangkan kuantiti ammonia yang terhasil. Untuk mendapatkan kuantiti maksimun bagi penghasilan ammonia ialah tekanan yang tinggi dan suhu yang rendah. Tekanan 200 atmosfera yang digunakan dalam kilang adalah optimum. Oleh itu, suhu optimum 4500C 5000C digunakan.

Mangkin Serbuk besi digunakan sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar tindak balas. Mangkin tidak mempengaruhi penghasilan ammonia.

PENYEDIAAN BAJA AMMONIA 1. Tumbuh-tumbuhan memerlukan unsure nitrogen untuk menghasilkan protein. Unsur nitrogen diserap oleh tumbuhan dalam bentuk ion nitrat, NO3- yang melarut dalam air. 2. Baja ammonium mmengandungi ion ammonium, NH4+ yang dapat ditukar kepada ion nitrat oleh bacteria tanah. 3. Keberkesanan baja bernitrogen disukat oleh peratus nitrogen mengikut jisim. Lebih besar peratus nitrogen mengikut jisim, lebih berkesan baja bernitrogen. 4. Peratus nitrogen menhikut jisim dihitungkan dengan menggunakan rumus berikut:

% nitrogen mengikut jisim =

Jisim nitrogen Jisim Molar baja

X 100%

PENGGUNAAN ASID SULFURIK 1. Penggunaan asid sulfurik adalah untuk membuat baja kimia bagi sektor pertanian. a. Baja superfosfat. Baja ini dibuat daripada tindak balas antara asid sulfurik pekat dengan batu fosfat. Batu fosfat mengandungi kalsium fosfat Ca3(PO4)2. Baja superfostat mengandungi bahan kimia monokalsium fostat, Ca(H2PO4)2. Bahan ini larut dalam air. b. Baja nitrogen Contoh baja ini ialah ammonia sulfat, (NH4)2SO4. Baja ini dibuat daripada tindak balas antara asid sulfurik dengan ammonia, H2SO4 + 2NH3 (NH4)2SO4. Baja ini larut dalam air dengan mudah. 2. Membuat detergen 3. Membuat gentian tiruan (polimer) 4. Membuat pigmen cat 5. Sebagai elektrolit dalam akumulator asid plumbum 6. Sebagai agen penanggal oksida logam dalam pembersihan permukaan logam sebelum proses penyaduran logam elektrik.

PENGHASILAN ASID SULFURIK Asid Sulfurik dihasilkan secara besar-besaran dalam industri melalui proses Sentuh. Pembuatan asid sulfurik melibatkan beberapa peringkat.

Penghasilan asid sulfurik dalam industri

Carta aliran Proses Sentuh PERINGKAT 1: Penghasilan sulfur dioksida Sulfur dipanaskan dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur dioksida, S(p) + O2(g) SO2(g)

Sulfur dioksida juga boleh disediakan dengan memanaskan zink sulfida dalam udara. 2ZnS(p) + 302(g) 2ZnO(p) + 2SO2(g)

PERINGKAT 2 : Penghasilan sulfur trioksida Sulfur dioksida dioksidakan seterusnya oleh oksigen dengan pemangkin vanadium (V) oksida. V2O5 untuk menghasilkan sulfur trioksida pada suhu 450 hingga 500 0C. Vanadium (V) oksida digunakan sebagai pemangkin untuk menambah kadar tindak balas.

PERINGKAT 3 : Penghasilan asid sulfurik Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum, H2S2O7. SO3(g) + H2SO4(ce) H2S2O7(ce)

(Walaupun sulfur trioksida boleh larut terus dalam air untuk membentuk asid sulfurik, tindak balas itu cergas dan akan menghasilkan banyak haba. Oleh yang demikian, kaedah ini tidak digemari) Oleum kemudian dicairkan dengan sejumlah air yang sesuai untuk membentuk asid sulfurik secara besar-besaran. H2S2O7(ce) + H2O(ce) 2H2SO4(ce)

PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH SULFUR DIOKSIDA 1. Gas sulfur ilah gas berasid dan beracun yang boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. 2. Pernafasan udara yang mengandungi gas sulfur dioksida boleh mengakibatkan penyakit di sistem pernafasan dan penyakit peparu. 3. Gas Sulfur dioksida yang melarut dalam air hujan menghasilkan asid sulfurik, H2SO3. Gas sulfur dioksida yang bertindak balas dengan oksigen di udara menghasilkan sulfur trioksida, seterusnya melarut dalam air hujan untuk menghasilkan asid sulfurik. Kedua-dua asid sulfurus dan asid sulfurik mengakibatkan pembentukan hujan asid. 4. Kesan buruk hujan asid ialah : a. Merosakkan bangunan konkrit kerana kalsium karbonat yang hadir dalam konkrit bertindak balas dengan asid sulfurik. b. Mempercepatkan kakisan bahan buatan logam. c. Menjadikan tanah berasid, tidak sesuai bagi pertanian. d. Merendahkan pH air sungai dan air kolam dan seterusnya membunuh hidupan akuatik. e. Menghapuskan nutrien tumbuhan dengan melarutkan mineral dalam tanah. 5. Punca sulfur dioksida utama adalah dari pembakaran bahan api fosil seperti petroleum yang mengandungi sulfur.

Penyediaan Asid Nitrik

Asid nitrik adalah salah satu daripada 3 asid bukan organik yang paling lazim.Di mana 2 yang lain ialah asid hidroklorik dan asid sulfurik.Nama lain bagi asid nitrik adalah aqua fortis dan spirit of nitre.Apabila tulen, asid nitrik berwarna jernih,tetapi selalunya mempunyai warna kekuningan sedikit kerana kandungan nitrogen dioksida terlarut.

Asid nitrik yang baru disuling

Asid nitrik juga digunakan untuk ujian xanthoproteic di mana ia bertujuan menguji kandungan protein.Asid nitrik dicampurkan ke bahan yang disyaki mengandungi protein,lalu dipanaskan perlahan-lahan.Jika protein wujud di dalam bahan

tersebut,warna kuning akan terhasil,bila bahan protein itu dineutralkan,ia akan bertukar warna menjadi jingga.Itu sebab apabila asid nitrik terkena kulit,kulit akan bertukar warna menjadi jingga!

Mula-mula,80g garam ammonium nitrat dicampurkan kedalam 100ml asid sulfurik 96% pekat (sejuk):

Kemudian sulingkan campuran tersebut menggunakan aturan penyulingan asas:

(Dari distillation flask terus ke kondenser)

Pada mulanya panaskan menggunakan api yang kecil. Apabila ia mula mendidih,besarkan api.

Pada masa ini,asid nitrik akan keluar melalui condenser.

Asid Nitrik, HNO dihasilkan melalui 3 tahap dan proses ini dipanggil sebagai proses Oswald. Tahap-tahap ini dikenali sebagai : 1. Pengoksidaan ammonia 2. Pengoksidaan Nitrogen Monoksida 3. Penyerapan Nitrogen Dioksida dalam air

Penggunaan Asid Nitrik


Asid nitrik digunakan untuk ujian xanthoproteic di mana ia bertujuan menguji kandungan protein.Asid nitrik dicampurkan ke bahan yang disyaki mengandungi protein,lalu dipanaskan perlahan-lahan.Jika protein wujud di dalam bahan

tersebut,warna kuning akan terhasil,bila bahan protein itu dineutralkan,ia akan bertukar warna menjadi jingga.Itu sebab apabila asid nitrik terkena kulit,kulit akan bertukar warna menjadi jingga! Asid nitrik selalu digunakan sebagai salah satu reagent lazim di

makmal.Digunakan untuk membuat bahan letupan,merawat kayu2 perabut,untuk menganalisis logam,bahan bakar roket dan sebagai agen pembersih. Asid Nitrik juga digunakan untuk :1. Membuat bahan letupan 2. Membuat baja 3. Dalam penapisan emas, perak, platinum dan sebagainya.

You might also like