You are on page 1of 23

Setelah mempelajari bab

ini, anda harus dapat:


memahami pembuatan
asid sulfurik
mensintesiskan
pembuatan ammonia
dan garamnya
memahami aloi
menilai kegunaan
polimer sintetik
mengaplikasikan
kegunaan kaca dan
seramik
menilai kegunaan
bahan komposit
menghargai pelbagai
bahan buatan dalam
industri

Proses Sentuh
Hujan asid
Mulur
Boleh ditempa
Aloi
Polimer sintetik
Kaca
Seramik
Bahan komposit

Banyak bahan buatan industri dihasilkan untuk keselesaan hidup


kita. Bahan buatan ini diperbuat daripada asid sulfurik, ammonia,
aloi, polimer sintetik, kaca, seramik, atau bahan komposit. Dapatkah
anda kenal pasti bahan-bahan tersebut daripada gambar foto
di atas?

Mengapakah plastik digunakan secara meluas untuk menggantikan kayu


dan logam sebagai bahan binaan pada masa kini?
Mengapakah sesetengah bahan binaan amat nipis dan ringan tetapi sangat
teguh?
Ammonia, asid sulfurik,
Ammonia bersifat alkali manakala asid sulfurik berasid,
Berguna dalam pembuatan baja dan plastik,
Bahan buatan untuk membina dan membangunkan negara,
Kita harus menggunakannya dengan bijaksana dan
penuh kesyukuran, Bumi, langit, sungai, dan lautan,
Kita berhasrat untuk mengekalkannya dalam keadaan asal
tanpa tercemar.

151

BAB 9.indd 151

9/21/11 3:40 PM

Anda harus dapat:


menyenaraikan
kegunaan asid sulfurik
menerangkan proses
pembuatan asid
sulfurik secara industri
menerangkan bahawa
sulfur dioksida
menyebabkan
pencemaran alam
sekitar

Asid Sulfurik
Asid sulfurik, H2SO4 ialah bahan kimia
yang biasa digunakan di dalam makmal
sekolah. Selain itu, asid sulfurik juga
mempunyai kegunaan yang banyak
dalam industri. Sebagai contoh,
industri batik negara kita memerlukan
asid sulfurik, H2SO4 dalam pembuatan
pewarnanya. Mari kita kaji kegunaan
asid ini.

Gambar foto 9.1


Batik Malaysia

Kegunaan asid sulfurik


Asid sulfurik, H2SO4 digunakan untuk menghasilkan kebanyakan barang dalam kehidupan kita.
Contoh kegunaannya ditunjukkan dalam Gambar foto 9.2.

Pembuatan
detergen

Penghasilan
baja

Asid sulfurik, H2SO4


digunakan untuk
menyingkirkan oksida
logam daripada
permukaan logam.

Pembuatan
gentian sintetik

Pembuatan
cat

Menggelapkan
warna pada
bahan kulit
Gambar foto 9.2 Kegunaan asid sulfurik, H2SO4

Sebagai elektrolit
dalam bateri
kereta

Mari kita jalankan Aktiviti 9.1 untuk menghubungkaitkan


kegunaan asid sulfurik, H2SO4 dengan salah satu daripada
sifatnya.
Aktiviti 9.1, muka surat 144

9.1 Main peranan


Andaikan anda seorang pengurus pasaran di sebuah kilang pembuatan asid sulfurik, H2SO4.
Untuk mempromosikan produk keluaran kilang anda, anda harus mengetahui kegunaan asid
sulfurik, H2SO4. Sekumpulan pelajar tingkatan empat akan melawat ke kilang anda dalam
tempoh yang singkat. Anda dimaklumkan bahawa mereka sangat berminat untuk mengetahui
dan mempelajari kegunaan asid sulfurik, H2SO4.
Dengan menggunakan perisian persembahan grafik atau bantuan audiovisual yang
sesuai, sediakan persembahan untuk menerangkan kegunaan asid sulfurik, H2SO4 dalam
kehidupan harian. Anda boleh mendapatkan bahan rujukan daripada buku, majalah, atau
melayari Internet dengan kata kunci kegunaan asid sulfurik.
Bentangkan hasil carian anda di dalam kelas dengan mengandaikan rakan-rakan anda
sebagai pelajar tingkatan empat tersebut.
152

BAB 9.indd 152

9/21/11 3:40 PM

Pembuatan asid sulfurik


Asid sulfurik, H2SO4 tidak wujud secara semula jadi. Banyak asid
sulfurik, H2SO4 perlu dihasilkan setiap tahun berbanding dengan
bahan kimia yang lain. Asid sulfurik, H2SO4 terhasil melalui Proses
Sentuh dalam industri. Proses ini melibatkan empat peringkat.
Bahan mentah yang digunakan ialah sulfur, udara, dan air.

Asid sulfurik, H2SO4


ditemukan oleh seorang ahli
fizik Islam yang bernama
Ibn Zakaria Al-Razi pada
abad kesembilan.
Asid sulfurik
pekat

SO2
Sulfur
SO2 + O2

Vanadium(V)
oksida, 450C

Udara
kering

Pembakar

Bekas mangkin

Gas buangan
SO3

Bekas penyerap
Oleum, H2S2O7
Pencair

Air

Asid sulfurik,
H2SO4
Rajah 9.1 Pembuatan asid sulfurik, H2SO4 melalui Proses Sentuh

Peringkat 1 : Pembentukan sulfur dioksida


Sulfur lebur dibakar di dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur
dioksida, SO2. Gas yang terbentuk ditulenkan dan disejukkan.
S(ce) + O2(g) SO2(g)
Peringkat 2 : Pembentukan sulfur trioksida

Mangkin diperbuat
daripada unsur peralihan
atau sebatiannya untuk
mengubah kadar sesuatu
tindak balas.

Sulfur dioksida, SO2 dan gas oksigen, O2 yang berlebihan disalurkan


melalui mangkin vanadium(V) oksida, V2O5 pada suhu 450C dan
tekanan 1 atm untuk menghasilkan sulfur trioksida, SO3.
2SO2(g) + O2(g)

2SO3(g)

Kira-kira 99.5% sulfur dioksida, SO2 ditukarkan kepada sulfur


trioksida, SO3 melalui tindak balas berbalik itu.
Peringkat 3 : Pembentukan oleum
Mula-mula, sulfur trioksida, SO3 dilarutkan di dalam asid sulfurik,
H2SO4 pekat untuk membentuk oleum, H2S2O7.
SO3(g) + H2SO4(ce) H2S2O7(ce)
Peringkat 4 : Pencairan oleum
Kemudian, oleum, H2S2O7 dicairkan dengan air untuk menghasilkan
asid sulfurik, H2SO4 pekat dalam kuantiti yang banyak.

Sulfur trioksida, SO3


yang dihasilkan pada
peringkat kedua Proses
Sentuh dicemari oleh
gas sulfur dioksida, SO2.
Gas ini dapat diserap
dengan menggunakan
kalsium hidroksida,
Ca(OH)2 sebelum
terbebas ke atmosfera.
Hal ini bertujuan untuk
mengelakkan pencemaran
alam sekitar.

H2S2O7(ce) + H2O(ce) 2H2SO4(ce)


153

BAB 9.indd 153

9/21/11 3:40 PM

Kedua-dua tindak balas dalam peringkat ketiga dan keempat adalah setara dengan mencampurkan
sulfur trioksida, SO3 secara langsung ke dalam air.
SO3(g) + H2O(ce) H2SO4(ce)
Walau bagaimanapun, tindak balas ini tidak dilakukan dalam industri kerana sulfur trioksida,
SO3 bertindak balas terlalu cergas dengan air. Tindak balas ini akan menghasilkan haba dan
wasap asid sulfurik, H2SO4 yang banyak. Wasap ini mengakis, tidak mudah dikondensasikan,
dan mencemarkan udara.

9.2 Membina carta alir


Kaji Rajah 9.1. Kemudian, bina carta alir yang menunjukkan proses pembuatan asid sulfurik,
H2SO4. Mulakan carta alir anda dengan bahan mentah yang digunakan sehingga penghasilan
asid sulfurik, H2SO4. Sertakan semua persamaan kimia yang terlibat. Anda juga boleh
mendapatkan maklumat tambahan dengan melayari Internet. Pamerkan carta alir anda pada
papan kenyataan di dalam kelas anda.

Sulfur dioksida dan pencemaran alam sekitar


Pembakaran bahan api
fosil menghasilkan sulfur
dioksida, SO2 yang akan
menyebabkan hujan asid.
Sehingga hari ini, ahli
sains masih berusaha
mencari alternatif untuk
menggantikan bahan api
fosil. Pada masa akan
datang, apakah jenis
tenaga yang anda jangka
akan menjadi kuasa
untuk menggerakkan
kereta kita? Tenaga
solar? Biodiesel daripada
kelapa sawit?

Sulfur dioksida, SO2 ialah salah satu hasil sampingan Proses


Sentuh. Gas ini mencemarkan alam sekitar. Hampir semua gas itu
terhasil daripada pembakaran bahan api fosil yang mengandungi
sulfur. Kita akan menghidapi batuk, sakit dada, sesak nafas, dan
penyakit paru-paru jika terhidu gas ini.
Gas ini juga larut di dalam air hujan lalu menyebabkan
hujan asid. Air hujan biasanya mempunyai nilai pH 5.4. Hujan
asid berlaku apabila nilai pH air hujan berada antara 2.4 dengan
5.0. Hal ini disebabkan oleh tindak balas sulfur dioksida, SO2
dengan air hujan.
2SO2(g) + O2(g) + 2H2O(ce) 2H2SO4(ak)
Adakah hujan asid berlaku di kawasan anda? Mari kita jalankan
Aktiviti 9.2 untuk mengkajinya.
Aktiviti 9.2, muka surat 144

9.3 Menulis esei


Kaji Rajah 9.2 pada muka surat 155. Kemudian, kumpulkan maklumat untuk menulis sebuah
esei tentang pencemaran alam sekitar oleh sulfur dioksida, SO2. Anda boleh menggunakan
bahan rujukan seperti buku, majalah, atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan. Hantarkanlah esei anda ke laman sesawang sekolah anda.

Proses Sentuh

Hujan asid
154

BAB 9.indd 154

9/21/11 3:40 PM

155

BAB 9.indd 155

9/21/11 3:40 PM

Pembakaran petrol oleh kenderaan


membebaskan SO2.

SO2 terbebas
melalui cerobong
kilang.

Pencemaran udara

SO2
menyebabkan
masalah
pernafasan
kepada manusia.

Tasik dan sungai menjadi


berasid.
Ikan dan hidupan akuatik
yang lain akan mati.

Pencemaran air

Hujan asid
merosakkan
pokok di hutan.

Pencemaran tanah
pH tanah berkurang.
Garam mineral larut resap di dalam tanah.
Akar pokok akan rosak.
Tumbuhan akan mati akibat malnutrisi
dan penyakit.

Hujan asid mengalir


ke dalam sungai
dan tasik.

SO2 bertindak balas dengan air


dan oksigen untuk membentuk
hujan asid. Hujan asid
mengakis bangunan dan arca
yang dibuat daripada logam.

Rajah 9.2 Hujan asid menyebabkan pencemaran alam sekitar

Angin membawa bahan


pencemar ke merata-rata tempat.

A
1. Senaraikan lapan kegunaan asid sulfurik, H2SO4.
2. Bermula daripada sulfur, bina empat persamaan kimia bagi menunjukkan pembuatan
asid sulfurik, H2SO4.
3. Apakah hujan asid?
4. Namakan tiga jenis pencemaran yang disebabkan oleh sulfur dioksida, SO2. Senaraikan
kesannya.

Anda harus dapat:


menyenaraikan
kegunaan ammonia
menyatakan sifat-sifat
ammonia
menerangkan proses
pembuatan ammonia
secara industri
mereka bentuk
suatu aktiviti untuk
menyediakan baja
ammonium

Ammonia dan Garamnya

Dalam Bab 8, anda telah mempelajari bahawa larutan ammonia,


NH3 digunakan untuk mengenal pasti kehadiran beberapa kation
bagi larutan akueus di dalam makmal. Selain itu, ammonia, NH3
ialah bahan mentah penting dalam beberapa proses kimia dan
pembuatan pelbagai barangan.

Kegunaan ammonia
Setiap tahun, lebih daripada 140 juta tan ammonia, NH3 dihasilkan
di seluruh dunia. Kebanyakan daripadanya digunakan untuk
menyediakan baja. Baja membekalkan unsur nitrogen untuk
menyuburkan tumbuhan.
Selain itu, kuantiti ammonia, NH3 yang besar ditukarkan
menjadi asid nitrik, HNO3. Asid ini digunakan untuk membuat
gentian sintetik, bahan letupan, pulpa kertas, cat, varnis, bahan
pengilat, dan bahan api roket.

Gas ammonia mempunyai


bau yang sengit. Garam
ammonium digunakan
untuk menyedarkan orang
yang pengsan.

Pembuatan baja

Pembuatan gentian
Pembuatan bahan
sintetik
letupan
Gambar foto 9.3 Beberapa kegunaan ammonia, NH3

9.4 Membuat poster


Kegunaan utama ammonia, NH3 adalah untuk membuat baja dan asid nitrik, HNO3.
Kumpulkan maklumat tentang kegunaan ammonia, NH3 yang lain daripada bahan-bahan
rujukan seperti cakera padat, buku, dan majalah. Anda juga boleh menggunakan enjin gelintar
dengan kata kunci kegunaan ammonia. Kemudian, persembahkan hasil carian anda dalam
bentuk poster dan pamerkan hasil tersebut pada papan buletin sains sekolah anda.

156

BAB 9.indd 156

9/21/11 3:40 PM

Sifat ammonia
Anda telah mempelajari bahawa ammonia, NH3 digunakan untuk
membuat bahan kimia industri yang penting. Untuk memahami
pembuatan bahan-bahan kimia ini, kita harus mengetahui sifat-sifat
ammonia, NH3. Mari kita jalankan Aktiviti 9.3 untuk mengkaji
sifat-sifat ammonia, NH3.
Aktiviti 9.3, muka surat 145

Pembuatan ammonia
Ammonia, NH3 disediakan dalam industri melalui Proses Haber.
Dalam proses ini, gas nitrogen, N2 daripada udara dipadukan
dengan gas hidrogen, H2 daripada gas asli untuk membentuk
ammonia, NH3.

Ammonia, NH3:
bersifat alkali
gas yang tidak berwarna
dan berbau sengit
kurang tumpat daripada
udara
terbakar dalam gas
oksigen, O2 tetapi tidak
dalam udara
sangat larut di dalam
air

N2 dan H2 yang
tidak bertindak
balas

Gas N2
Campuran
N2 dan H2,
200 atm

Mangkin besi,
450C

Gas H2

Pemampat

Bekas mangkin
(reaktor)

Gas NH3
disejukkan
menjadi cecair

Kondenser
Cecair
ammonia

Rajah 9.3 Pembuatan ammonia, NH3 melalui Proses Haber

Campuran gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 dalam


nisbah 1 : 3 mengikut isi padu dialirkan ke dalam pemampat.
Campuran ini dimampatkan sehingga tekanan menjadi 200 atm
pada suhu 450C. Campuran ini dialirkan melalui mangkin besi
untuk meningkatkan kadar tindak balasnya.
N2(g) + 3H2(g)
2NH3(g)

Fritz Haber (1868 1934)


telah dianugerahkan
Hadiah Nobel pada
tahun 1918 kerana telah
mencipta Proses Haber.

Gas ammonia, NH3 yang terbentuk disejukkan menjadi cecair dan


diasingkan bagi meningkatkan peratusan penghasilan ammonia.
Penghasilan ammonia, NH3 ini membebaskan haba.
Berdasarkan persamaan kimia yang ditunjukkan di atas, adakah
anda sedar bahawa tindak balas ini adalah berbalik? Gas nitrogen,
N2 dan gas hidrogen, H2 yang tidak bertindak balas dikitar semula
dengan mengalirkannya ke dalam reaktor bersama dengan sumber
gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 yang baharu. Kira-kira 98%
gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 dapat ditukarkan menjadi
ammonia, NH3.

Gambar foto 9.4 Fritz


Haber

157

BAB 9.indd 157

9/21/11 3:40 PM

9.5 Membina carta alir


Kaji Rajah 9.3 pada muka surat 157. Bina suatu carta alir untuk menunjukkan peringkat dalam
pembuatan ammonia, NH3 bermula dengan bahan mentahnya berserta dengan persamaan
kimia yang terlibat. Dapatkan maklumat tambahan daripada buku, majalah, atau Internet.
Pamerkan carta alir anda pada papan kenyataan di dalam kelas anda.

Penyediaan baja ammonium


Baja ammonium dapat
dihasilkan secara semula
jadi oleh bakteria.
Bagaimanakah pembiakan
bakteria dapat digunakan
untuk menggantikan baja
kimia?

Baja ammonium merupakan salah satu baja kimia yang ditambahkan


ke dalam tanah untuk menggantikan unsur yang telah diserap oleh
tumbuhan. Makronutrien yang diperlukan oleh tumbuhan ialah
nitrogen, fosforus, kalium, dan kalsium. Baja ammonium dapat
disediakan melalui tindak balas antara ammonia, NH3 dengan asid.
Mari kita jalankan Aktiviti 9.4 untuk menyediakan ammonium
sulfat, (NH4)2SO4 di dalam makmal.
Aktiviti 9.4, muka surat 147

B
1. Nyatakan kegunaan ammonia, NH3 dalam kehidupan harian kita.
2. Senaraikan lima sifat ammonia, NH3.
3. Nyatakan tiga keadaan yang sesuai digunakan untuk pembuatan ammonia, NH3 dalam
Proses Haber. Tulis persamaan kimia untuk tindak balas ini.

Anda harus dapat:


menghubungkaitkan
susunan atom di
dalam logam dengan
sifat kemuluran dan
kebolehtempaan logam
menyatakan maksud aloi
dan tujuan pengaloian
menyenaraikan
contoh-contoh aloi,
komposisi, dan sifatnya
menghubungkaitkan
sifat aloi dengan
kegunaannya
menghubungkaitkan
susunan atom di dalam
aloi dengan sifat kekuatan
dan kekerasannya

Aloi

Gambar foto 9.5 Badan kapal terbang dibuat daripada aloi aluminium

Logam aluminium tulen tidak cukup kuat untuk membuat badan


kapal terbang kerana tidak dapat menahan tekanan udara semasa
penerbangan. Bagaimanakah sifat aluminium dapat diperbaik
untuk mengatasi masalah ini? Caranya adalah dengan mengaloikan
aluminium menjadi duralumin. Mari kita bandingkan sifat logam
tulen dengan sifat aloinya dalam Aktiviti 9.5.
Aktiviti 9.5, muka surat 148

158

BAB 9.indd 158

9/21/11 3:40 PM

Susunan atom di dalam logam


Kebanyakan logam wujud dalam keadaan pepejal. Logam tulen terdiri daripada atom yang
sama jenis dan saiz. Susunan atom di dalam logam menyebabkannya bersifat mulur dan boleh
ditempa. Susunan atom yang teratur di dalam logam menyebabkan lapisan atom-atomnya
mudah menggelongsor antara satu sama lain apabila daya dikenakan ke atasnya. Dengan itu,
logam bersifat mulur dan boleh diregang.

Daya
Lapisan atom
menggelongsor
akibat daya yang
dikenakan

Daya

Rajah 9.4 Logam bersifat mulur

Dalam susunan atom yang teratur itu, terdapat juga ketidaksempurnaan yang membenarkan
kehadiran ruang kosong di antara atom-atom. Apabila logam itu diketuk, atom-atomnya
menggelongsor. Dengan itu, logam boleh ditempa atau bentuknya dapat diubah.

Bentuk logam
berubah

Daya

Rajah 9.5 Logam boleh ditempa

Penjelasan tentang aloi


Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan tidak kuat. Sifat logam
tulen ini dapat diperbaik dengan menjadikannya aloi. Aloi ialah
suatu campuran dua unsur atau lebih mengikut peratusan yang
tertentu dengan unsur utamanya ialah logam. Tujuan pengaloian
adalah untuk menambah kekuatan dan kekerasan logam tulen,
mencegah kakisan logam, dan membaiki rupa bentuk logam
supaya menjadi menarik dan berkilat.
Aloi seperti gangsa, loyang, keluli, keluli nirkarat, duralumin,
dan piuter biasa digunakan dalam kehidupan harian kita.
Kegunaannya bergantung pada sifat-sifatnya. Sebagai contoh,
pisau, sudu, dan garpu diperbuat daripada keluli nirkarat kerana
mempunyai permukaan yang berkilat dan tidak berkarat. Jadual
9.1 menunjukkan komposisi, sifat, dan kegunaan beberapa aloi.

Mulur

Boleh ditempa

Emas yang mempunyai


ketulenan yang berbeza
ialah aloi emas dengan
campuran argentum atau
kuprum. Emas 24 karat
ialah emas tulen. Emas 18
karat ialah emas murni 18
bahagian dan logam-logam
yang lain 6 bahagian.

Aloi

159

BAB 9.indd 159

9/21/11 3:40 PM

Jadual 9.1 Komposisi, sifat, dan kegunaan beberapa aloi

Aloi
Gangsa

Komposisi
90% kuprum
10% stanum

Loyang

Keluli

Keluli
nirkarat

Duralumin

Piuter

70% kuprum
30% zink
99% ferum
1% karbon

Sifat
Kuat dan keras
Tidak mudah mengakis
Mempunyai permukaan
yang berkilat
Lebih keras daripada
kuprum
Keras dan kuat

74% ferum
8% karbon
18% kromium
93% aluminium
3% kuprum
3% magnesium
1% mangan
96% stanum
3% kuprum
1% antimoni

Berkilat
Kuat
Tidak berkarat
Ringan
Kuat

Berkilau
Berkilat
Kuat

Kegunaan
Membuat patung atau tugu
Membuat pingat, pedang,
dan barangan hiasan
Membuat alat muzik dan
perkakas dapur
Membina bangunan dan
jambatan
Membuat badan kereta dan
landasan kereta api
Membuat alatan seperti
pisau, garpu, dan sudu
Membuat alatan pembedahan
Membuat badan kapal
terbang dan kereta api laju

Membuat cenderamata

9.6 Mengadakan perbincangan

Gambar foto 9.6

Dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli, kaji Gambar foto 9.6 untuk
menjawab soalan yang berikut:
(a) Apakah maksud aloi?
(b) Apakah yang ditunjukkan dalam gambar foto itu? Namakan setiap objek.
(c) Apakah nama aloi yang digunakan untuk membuat setiap objek itu?
(d) Apakah sifat-sifat yang ada pada setiap aloi yang menjadikannya sesuai untuk kegunaan
setiap objek di atas?
Anda digalakkan supaya mendapatkan maklumat tambahan daripada Internet dan
memberikan contoh aloi dan kegunaannya selain yang ditunjukkan dalam Gambar foto 9.6.
Bincangkan dan bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

160

BAB 9.indd 160

9/21/11 3:40 PM

Mari kita jalankan eksperimen yang berikut untuk membandingkan kekerasan dan kadar
kakisan logam tulen dengan aloinya.
Eksperimen 9.1, muka surat 148
Eksperimen 9.2, muka surat 150

Susunan atom di dalam aloi


Mengapakah aloi lebih kuat daripada logam tulennya? Untuk memahami perkara ini, kita harus
mengetahui cara atom disusun di dalam aloi. Bagaimanakah kehadiran unsur yang lain dalam
sesuatu logam dapat mengubah sifat logam itu?

+
Logam tulen A

Logam tulen B

Aloi
Rajah 9.6 Pembentukan aloi

Kaji Rajah 9.6 dengan teliti. Apakah yang dapat anda


perhatikan tentang susunan atom di dalam aloi apabila dua logam
yang berlainan dicampurkan? Kehadiran atom logam asing yang
berlainan saiz telah mengganggu susunan atom yang teratur
di dalam sesuatu logam. Hal ini menjadikan penggelongsoran
lapisan atom lebih sukar berlaku jika daya dikenakan. Hal ini
menyebabkan aloi menjadi lebih keras dan lebih kuat daripada
logam tulennya.

Tonton simulasi komputer


yang menunjukkan
susunan atom di dalam
logam tulen dan aloinya.

C
1. Apakah aloi?
2. Apakah hubung kait antara susunan atom dalam sesuatu logam dengan sifat kemuluran
dan kebolehtempaannya?
3. Mengapakah peralatan untuk makan seperti garpu, sudu, dan pisau diperbuat daripada
keluli nirkarat?
4. Mengapakah besi tulen tidak digunakan sebagai bahan binaan?
5. Berpandukan ilustrasi yang sesuai, terangkan sebab aloi lebih keras daripada logam
tulennya.
161

BAB 9.indd 161

9/21/11 3:40 PM

Anda harus dapat:


menyatakan maksud
polimer
menyenaraikan polimer
semula jadi
menyenaraikan
polimer sintetik dan
kegunaannya
mengenal pasti
monomer dalam
polimer sintetik
mewajarkan
penggunaan polimer
sintetik dalam
kehidupan harian

Polimer Sintetik

Gambar foto 9.7 Barangan rumah yang diperbuat daripada plastik

Perhatikan Gambar foto 9.7. Objek-objek yang ditunjukkan dalam


gambar foto itu diperbuat daripada plastik. Plastik ialah sejenis
polimer.

Polimer

Polimer berasal daripada


perkataan Yunani,
polus yang bermaksud
banyak dan meris yang
bermaksud bahagian.

Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada


banyak ulangan unit kecil yang dinamakan monomer. Monomer
bersambung melalui ikatan kovalen menjadi satu rantai yang
panjang dan proses ini dinamakan pempolimeran.
Pempolimeran

Rajah 9.7 Pembentukan polimer

Mari kita jalankan Aktiviti 9.6 untuk mengetahui maksud


polimer.
Polimer sintetik pertama
yang disebut sebagai
parkesine disintesiskan
oleh ahli kimia British,
Alexander Parkes pada
tahun 1850-an.

Aktiviti 9.6, muka surat 152

Satu polimer mungkin terdiri daripada beribu-ribu


monomer. Sesetengah polimer wujud secara semula jadi. Contoh
polimer semula jadi ialah kanji, selulosa, kapas, protein, sutera,
dan getah asli. Sesetengah polimer pula merupakan hasil buatan
manusia yang disebut sebagai polimer sintetik. Monomernya
biasa diperoleh daripada hasil petroleum yang telah menjalani
proses penapisan, penyulingan berperingkat, dan peretakan.
Contoh polimer sintetik ialah politena, polivinil klorida atau
PVC, polipropena, perspeks, nilon, dan terilin.

Polimer

Polimer sintetik
162

BAB 9.indd 162

9/21/11 3:40 PM

9.7 Membuat pengelasan

Perspeks

Politena

Kanji

Selulosa
Getah

Nilon

Polipropena

Terilin

Polivinil klorida,
PVC

Gambar foto 9.8

Kelaskan bahan-bahan yang ditunjukkan dalam Gambar foto 9.8 kepada polimer semula jadi
dan polimer sintetik. Berikan jawapan anda dalam bentuk jadual.

Monomer bagi polimer sintetik


Jadual 9.2 menunjukkan beberapa polimer sintetik, monomer, dan kegunaannya.
Jadual 9.2 Polimer sintetik, monomer, dan kegunaannya

Polimer sintetik

Monomer

Kegunaan

Politena

Etena

Beg plastik, bekas plastik, penebat


untuk dawai elektrik

Polipropena

Propena

Paip, botol, karpet, bateri kereta,


tali

Polivinil klorida,
PVC

Kloroetena

Kulit sintetik, paip air, baju


hujan

Perspeks

Metil metakrilat

Cermin keselamatan, cermin


pesawat, tingkap kenderaan, kanta
plastik

Terilin

Heksana-1,6-diol
Asid benzena-1,4-dikarboksilik

Kain baju, jala, payung terjun

Nilon

Heksana-1,6-diamina
Asid heksana-1,6-dioik

Tali, gentian sintetik, tali pancing

9.8 Menonton simulasi komputer


Tonton simulasi komputer yang menunjukkan pelbagai polimer sintetik. Kemudian, kenal
pasti dan lukis formula struktur monomer bagi setiap polimer yang ditunjukkan.

163

BAB 9.indd 163

9/21/11 3:40 PM

Penggunaan polimer sintetik


Polimer sintetik telah
digunakan dalam bidang
perubatan untuk arteri
sintetik, kulit sintetik,
kanta mata sintetik, dan
sebagai pengganti untuk
sendi pinggul.

Gunakan enjin gelintar


untuk mencari maklumat
tambahan tentang
pencemaran alam sekitar
yang disebabkan oleh
pelupusan polimer sintetik.

Kini, kita menggunakan polimer sintetik secara meluas.


Salah satu kebaikannya ialah sifatnya dapat diubah mengikut
penggunaannya. Polimer sintetik agak murah, senang dibentuk,
dan mudah diwarnakan. Namun begitu, polimer sintetik susah
dilupuskan kerana tidak mudah terbiodegradasikan. Masalah ini
akan menyebabkan pencemaran alam sekitar, sistem salur air
tersumbat, dan banjir kilat. Apabila polimer sintetik dibakar, gas
yang beracun dan berbau sengit dibebaskan. Oleh itu, wajarkah
kita terus menggunakan polimer ini? Sekarang, rakyat Malaysia
digalakkan menggunakan beg kitar semula untuk menggantikan
beg plastik yang biasa digunakan. Mari kita jalankan Aktiviti 9.7
untuk membincangkan masalah pencemaran alam sekitar yang
disebabkan oleh pelupusan polimer sintetik.
Aktiviti 9.7, muka surat 152

9.9 Membahas
Jalankan aktiviti bahas untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kesan penggunaan
polimer sintetik dalam kehidupan harian sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Tajuk
perbahasan itu ialah Penggunaan polimer sintetik patut dihentikan bagi mengelakkan
pencemaran alam sekitar. Kemudian, tulis esei bagi mewajarkan penggunaan polimer
dalam kehidupan kita.
Kita patut mengurangkan penggunaan, mengguna semula,
dan mengitar semula polimer sintetik. Penggunaan polimer yang
terbiodegradasi harus digalakkan. Kita juga harus mencari bahan
alternatif untuk menggantikan polimer sintetik. Sehingga hari ini,
apakah yang telah anda lakukan untuk mencapai matlamat ini?
Gambar foto 9.9 Beg plastik yang mudah terbiodegradasi

D
1.
2.
3.
4.
5.

Apakah polimer?
Senaraikan dua contoh polimer semula jadi.
Senaraikan empat contoh polimer sintetik dan nyatakan kegunaannya.
Mengapakah polimer sintetik tidak dilupuskan dengan cara pembakaran?
Nyatakan dua cara untuk mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh polimer
sintetik.
164

BAB 9.indd 164

9/21/11 3:40 PM

Kaca dan Seramik

Kaca diperbuat daripada pasir. Kaca telah digunakan sejak 3000


tahun yang lalu. Seramik pula diperbuat daripada tanah liat.
Serpihan seramik yang berusia lebih daripada 6000 tahun telah
dijumpai oleh ahli arkeologi.

Gambar foto 9.10 Kaca dan seramik dalam kehidupan harian kita

Kaca

Anda harus dapat:


menyenaraikan jenis kaca
dan sifatnya
menyenaraikan kegunaan
kaca
menyatakan sifat seramik
menyenaraikan kegunaan
seramik

Gambar foto 9.11 Barangan


seramik dalam kehidupan
harian kita

Komponen utama kaca ialah silika, SiO2 atau pasir. Terdapat


pelbagai jenis kaca yang digunakan dalam kehidupan harian kita.
Jadual 9.3 menunjukkan jenis kaca, sifat, dan kegunaannya.
Jadual 9.3 Jenis kaca, sifat, dan kegunaannya

Kaca
Kaca silika terlakur terdiri daripada silika,
SiO2

Gambar foto 9.12


Alatan kaca makmal yang
diperbuat daripada kaca
silika terlakur

Sifat
Tahan terhadap haba dan
bahan kimia
Mempunyai ketulenan yang
tinggi
Lut sinar
Mempunyai rintangan yang
tinggi terhadap kejutan
terma

Kaca soda kapur terdiri daripada campuran Takat lebur yang rendah
Mudah dibentuk
silika, SiO2 dan kalsium karbonat, CaCO3
Tahan terhadap bahan kimia
atau natrium karbonat, Na2CO3
Tidak tahan terhadap haba
Mempunyai pekali
pengembangan terma yang
tinggi (mengembang dengan
Gambar foto 9.13
banyak apabila dipanaskan
Barangan yang diperbuat
dan mengecut dengan
daripada kaca soda kapur
banyak apabila disejukkan)

Kegunaan
Membuat
alatan kaca
makmal,
kanta optik,
teleskop,
cermin,
gentian
optik
Membuat
kaca tingkap,
mentol,
cermin,
bekas kaca

Aktiviti 9.8,
muka surat
153

165

BAB 9.indd 165

9/21/11 3:40 PM

Kaca
Kaca borosilikat terdiri daripada campuran
silika, SiO2, boron oksida, B2O3, natrium
oksida, Na2O, dan aluminium oksida, Al2O3

Gambar foto 9.14 Penutup


alat memasak ini diperbuat
daripada kaca borosilikat

Sifat
Mempunyai pekali
pengembangan terma yang
rendah
Sangat tahan terhadap haba
dan bahan kimia berbanding
dengan kaca soda kapur

Takat lebur yang rendah


Kaca plumbum (kaca kristal) terdiri
daripada campuran silika, SiO2, plumbum(II) Lut sinar
Mempunyai ketumpatan
oksida, PbO, dan natrium oksida, Na2O
yang tinggi
Mempunyai indeks biasan
yang tinggi
Gambar foto 9.15 Alatan

Kegunaan
Membuat
alatan
memasak,
alatan kaca
makmal,
lampu kereta,
saluran paip
kaca
Membuat
barangan
hiasan,
barangan
kristal,
prisma

kaca yang diperbuat


daripada kaca plumbum

Seramik
Seramik ialah bahan yang diperbuat daripada tanah liat dan proses
pembuatannya memerlukan tindakan haba yang tinggi. Kaolin
ialah tanah liat yang terdiri daripada aluminosilikat terhidrat,
Al2O3.2SiO2.2H2O. Periuk tanah liat, bata, dan jubin ialah contoh
bahan seramik.
Seramik tahan haba dan tidak mudah melebur. Seramik juga
sangat keras, rapuh, lengai terhadap bahan kimia, dan tidak mudah
terkakis. Selain itu, seramik merupakan penebat haba dan elektrik
yang baik. Sifat-sifat tersebut membolehkannya sesuai untuk dibuat pelelas, bahan binaan,
penebat dalam alatan elektrik, dan alatan pembiasan.
Gambar foto 9.16 Pasu bunga
seramik

9.10 Mengumpulkan dan mentafsirkan data


Kumpulkan dan tafsirkan data tentang jenis, komposisi, sifat, serta kegunaan kaca dan seramik.
Anda boleh menggunakan sumber seperti buku, majalah, atau Internet. Paparkan data anda
dalam bentuk jadual dan sertakan gambar foto yang berkaitan.
Keperluan bahan binaan yang bermutu tinggi telah memajukan industri kaca dan seramik.
Kaca dan seramik yang telah ditingkatkan mutunya seperti kaca fotokromik, kaca konduksi, kaca
seramik, bioseramik, dan superkonduktor seramik telah digunakan secara meluas. Mari kita jalankan
Aktiviti 9.9 untuk mengkaji kegunaan kaca dan seramik yang telah ditingkatkan mutunya.
Aktiviti 9.9, muka surat 153

Kaca

Seramik
166

BAB 9.indd 166

9/21/11 3:40 PM

E
1. Apakah komponen utama kaca?
2. Namakan empat jenis kaca. Nyatakan sifat dan kegunaannya.
3. Nyatakan lima sifat seramik.

Bahan Komposit

Sejak dahulu, manusia telah menggunakan tanah liat, kayu, batu,


atau logam sebagai bahan binaan. Namun demikian, bahan-bahan
ini mudah terkakis atau terurai, terlalu berat, terlalu besar, atau
susah dibentuk.

Gambar foto 9.17 Pembangunan teknologi dalam bidang pembinaan

Kebanyakan teknologi moden negara kita memerlukan bahan


yang mempunyai gabungan sifat istimewa yang tidak terdapat pada
bahan konvensional seperti aloi, seramik, dan polimer. Oleh itu,
penyelidikan dan pembangunan yang berterusan telah dijalankan
untuk menemukan bahan baharu ini. Untuk memenuhi kehendak
tersebut, bahan binaan ini seharusnya bersifat seperti mempunyai
ketumpatan yang rendah, kuat, dan tahan terhadap haba dan
kakisan.

Penjelasan tentang bahan komposit


Bahan komposit ialah bahan baharu yang dihasilkan daripada
campuran dua atau lebih bahan seperti logam, aloi, kaca, seramik,
dan polimer. Bahan yang terhasil ini mempunyai sifat gabungan
bahan asalnya. Pada umumnya, bahan komposit mempunyai sifat
yang lebih baik daripada bahan asalnya. Mari kita jalankan Aktiviti
9.10 untuk membina beberapa bahan komposit yang mudah.
Aktiviti 9.10, muka surat 154

Anda harus dapat:


menghuraikan keperluan
penghasilan bahan
baharu untuk tujuan
yang tertentu
menyatakan
maksud

bahan komposit
menyenaraikan contoh
bahan komposit dan
komponennya
membandingkan
dan

membezakan sifat
bahan komposit dengan
komponen asalnya
mewajarkan
penggunaan

bahan komposit
menjanakan idea
tentang penghasilan
bahan termaju untuk
memenuhi keperluan
yang tertentu
memerihalkan

kepentingan bahan
sintetik dalam kehidupan
harian
mewajarkan
kepentingan

menjalankan
penyelidikan dan
pembangunan secara
berterusan
mengamalkan
sikap

bertanggungjawab
semasa mengendalikan
bahan sintetik dan
sisanya

Jadual 9.4 menunjukkan jenis bahan komposit, penerangan,


sifat, dan kegunaannya.
Bahan komposit
167

BAB 9.indd 167

9/21/11 3:40 PM

Jadual 9.4 Jenis bahan komposit, penerangan, sifat, dan kegunaannya

Bahan komposit

Penerangan
Sifat
Lebih kuat dan
Konkrit memang keras
Konkrit yang
keras
dan
kuat
tetapi
rapuh
dan
diperkukuh
mempunyai daya tegangan Tahan beban yang
berat
yang lemah. Apabila
konkrit diperkukuh dengan Mudah diacukan
keluli atau gentian polimer, kepada pelbagai
bentuk
bahan yang terhasil ini
menjadi sangat kuat dan
Gambar foto 9.18 Batang mempunyai kekuatan
keluli digunakan untuk regangan yang lebih tinggi.

Kegunaan
Digunakan
untuk membina
bangunan yang
tinggi, jambatan,
dan pelantar
minyak

memperkukuh konkrit

Superkonduktor

Gambar foto 9.19


Superkonduktor terlibat
dalam mesin imej resonans
bermagnet, MRI yang
digunakan di hospital

Gentian optik

Gambar foto 9.20


Kabel yang diperbuat
daripada gentian optik

Gentian kaca

Gambar foto 9.21


Helmet yang diperbuat
daripada gentian kaca

Superkonduktor dapat
mengalirkan arus elektrik
tanpa sebarang rintangan
apabila disejukkan
ke suhu yang sangat
rendah. Kebanyakan
superkonduktor ialah
aloi sebatian logam atau
seramik oksida logam.

Tiada rintangan
elektrik

Gentian optik terdiri


daripada gentian kaca yang
disaluti kaca dengan indeks
biasan yang berlainan.
Gentian optik ialah bahan
komposit yang dapat
menghantarkan data digital
dalam bentuk cahaya
sepanjang gentian kaca
yang panjang, lut sinar,
dan halus.
Kaca agak keras, kuat, dan
mempunyai ketumpatan
yang agak tinggi tetapi
sangat rapuh. Apabila kaca
gentian digunakan untuk
memperkukuh plastik,
suatu bahan komposit yang
dinamakan gentian kaca
terhasil.

Dapat menghantar Digunakan


data dalam kapasiti dalam kabel
telekomunikasi
yang tinggi dan
Digunakan
cepat
dalam endoskop
Stabil secara
untuk
kimia dan
memeriksa
kurang gangguan
organ di dalam
interferens
badan manusia

Mempunyai
kekuatan regangan
yang tinggi
Mempunyai
ketumpatan yang
rendah
Mudah diwarnakan
Mudah diacukan
dan dibentukkan

Digunakan
dalam kereta
api laju, sistem
penyimpan
tenaga
bermagnet,
generator,
transformer, dan
cip komputer

Digunakan untuk
membuat tangki
penyimpan air,
raket badminton,
bot, dan papan
peluncur salji

168

BAB 9.indd 168

9/21/11 3:40 PM

Bahan komposit

Penerangan
Sifat
Peka terhadap
Kaca fotokromik terhasil
Kaca fotokromik
cahaya
apabila hablur argentum
klorida, AgCl digabungkan
dalam kaca. Apabila kaca
ini didedahkan kepada
cahaya, argentum klorida,
AgCl bertukar kepada
Gambar foto 9.22 Kanta
yang diperbuat daripada kaca argentum. Maka, kaca itu
fotokromik dapat melindungi akan menjadi gelap.
mata kita daripada sinaran
ultraungu yang berbahaya

Kegunaan
Digunakan untuk
membuat kanta
optik, tingkap
kereta, tingkap
bangunan,
panel paparan
maklumat, kanta
kamera, suis
optik, dan meter
untuk mengukur
keamatan cahaya

Penghasilan bahan termaju


Usaha penyelidikan untuk menghasilkan bahan komposit yang
baharu harus dijalankan demi memenuhi keperluan masyarakat
terutamanya bagi meningkatkan status Malaysia sebagai negara
maju pada tahun 2020. Dengan adanya sumber semula jadi, tenaga
kerja yang dinamik, dan infrastruktur yang lengkap, Malaysia pasti
dapat menghasilkan bahan yang bertaraf dunia. Sebagai ahli sains
yang kreatif, apakah idea anda untuk mencipta bahan komposit
yang baharu? Mari kita jalankan Aktiviti 9.11.
Aktiviti 9.11, muka surat 155

Banyak bahan sintetik telah dihasilkan untuk kemudahan


kita. Namun, kemudahan itu mungkin mendatangkan kesan yang
negatif kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, kita mesti
menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan
untuk mengurangkan kesan negatifnya.

Profesor Madya Dr. Haji


Wan Hamidon Haji Wan
Badaruzzaman telah
memenangi pingat
emas pada tahun 1998
kerana telah mencipta
satu sistem pembinaan
bahan komposit. Bahan
komposit ini menggunakan
satu kombinasi lapisan
BONDEK II kepingan
keluli profil dan
papan gentian yang
dikeraskan secara kimia
(CHEMBOARD).

9.11 Mengadakan forum


Jalankan forum yang bertajuk Penggunaan Bahan Sintetik. Bekerjasamalah dalam kumpulan
sebagai pakar dalam bidang tertentu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.5. Setiap kumpulan
dikehendaki membincangkan topik yang telah diagihkan. Kemudian, hantar seorang wakil
kumpulan sebagai jurucakap untuk membincangkan topik tersebut.
Jadual 9.5

Pakar
Jurutera
Ahli sains

Topik yang dibincangkan


Kepentingan bahan sintetik dalam kehidupan harian
Kepentingan menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang
berterusan untuk kesejahteraan manusia
Pakar alam sekitar Pencemaran yang disebabkan oleh pelupusan bahan sintetik
Tulis laporan yang ringkas tentang forum ini.

169

BAB 9.indd 169

9/21/11 3:40 PM

F
1. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan komposit?
2. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan kelebihan sifat sesuatu bahan
komposit berbanding dengan komponen asalnya.
3. Nyatakan dua kegunaan
(a) konkrit yang diperkukuh
(b) kaca fotokromik

Asid sulfurik

Polimer sintetik

Asid sulfurik, H2SO4 digunakan untuk


membuat cat, detergen, baja dan lain-lain.
Asid sulfurik, H2SO4 terhasil melalui
Proses Sentuh.
Gas sulfur dioksida, SO2 yang terbebas akibat
kegiatan perindustrian boleh menyebabkan
hujan asid yang mencemarkan alam
sekitar.

Polimer ialah molekul berantai panjang


yang terbina daripada banyak ulangan unit
kecil yang disebut sebagai monomer.
Contoh polimer sintetik ialah PVC,
politena, perspeks, dan nilon.
Kaca dan seramik
Kaca terdiri daripada silikat logam
dengan silika, SiO2 atau pasir sebagai
komponen utamanya.
Secara amnya, kebanyakan kaca adalah lut
sinar, lengai secara kimia, keras, rapuh, dan
tidak telap.
Seramik pula sangat keras, rapuh,
mempunyai takat lebur yang sangat tinggi,
lengai secara kimia, dan tidak mudah
terkakis. Kaca dan seramik merupakan
penebat haba dan elektrik yang baik.

Ammonia dan garamnya


Kegunaan utama ammonia, NH3 adalah
untuk membuat baja dan asid nitrik,
HNO3.
Gas ammonia, NH3 mempunyai bau yang
sengit dan menghasilkan wasap putih
apabila bertindak balas dengan gas hidrogen
klorida, HCl.
Ammonia, NH 3 terhasil melalui
Proses Haber.

Bahan komposit

Aloi
Aloi ialah campuran yang terdiri daripada
dua unsur atau lebih mengikut peratusan
yang tertentu dengan logam sebagai unsur
utamanya.
Contoh-contoh aloi ialah duralumin, loyang,
keluli nirkarat, gangsa, dan piuter.
Aloi lebih kuat, keras, tidak mudah
terkakis, dan berkilau berbanding dengan
logam tulennya.

Bahan komposit ialah bahan baharu yang


terhasil daripada campuran dua atau lebih
bahan dan mempunyai sifat yang lebih baik
daripada bahan asalnya.
Contoh bahan komposit ialah konkrit
yang diperkukuh, superkonduktor, gentian
optik, gentian kaca, dan kaca fotokromik.

170

BAB 9.indd 170

9/21/11 3:40 PM

Salin peta konsep di bawah.


bawah Kemudian,
Kemudian lengkapkan peta ini berdasarkan panduan yang diberi.
diberi
(c)

(a)

(d)

Kegunaan
(l)

Kaca

(b)

Asid sulfurik
Aloi

(m)
Bahan buatan
dalam industri

Seramik
(n)

(i)

( j)
Polimer

(o)

Bahan
komposit
Kegunaan

(e)

(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f )
(g)
(h)
(i)
( j)
(k)
(l)
(m)
(n)
(o)

Polimer
sintetik

Ammonia

(f )

(g)

(k)
(h)

Nyatakan lima kegunaan asid sulfurik, H2SO4.


Namakan proses industri yang menghasilkan asid sulfurik, H2SO4.
Senaraikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan asid sulfurik, H2SO4.
Nyatakan mangkin, suhu, dan tekanan yang digunakan dalam proses pembuatan asid
sulfurik, H2SO4.
Nyatakan lima kegunaan ammonia, NH3.
Namakan proses industri yang menghasilkan ammonia, NH3.
Senaraikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan ammonia, NH3.
Nyatakan mangkin, suhu, dan tekanan yang digunakan dalam proses pembuatan ammonia,
NH3.
Nyatakan lima contoh aloi.
Namakan jenis polimer yang terdiri daripada selulosa, kanji, dan getah asli.
Berikan lima contoh polimer sintetik.
Nyatakan empat jenis kaca.
Nyatakan sifat-sifat seramik.
Nyatakan empat kegunaan seramik.
Nyatakan lima contoh bahan komposit.
171

BAB 9.indd 171

9/21/11 3:40 PM

9
Apakah bahan yang ditunjukkan dalam
Rajah 2?
A Gangsa
C Piuter
B Loyang
D Duralumin

Soalan Objektif
Arahan: Pilih satu cadangan jawapan yang
terbaik bagi setiap soalan.

5. Yang berikut yang manakah bukan


polimer semula jadi?
A Getah asli
C Wul
B Sutera
D Nilon

1. Yang berikut yang manakah tidak


menggunakan asid sulfurik dalam
pembuatannya?
A Sabun
C Baja
B Cat
D Gentian sintetik

6. Yang berikut yang manakah diperbuat


daripada perspeks?
A Tali
B Paip air
C Beg membeli-belah
D Cermin keselamatan

2. Rajah 1 menunjukkan langkah-langkah


yang terlibat dalam pembuatan asid
sulfurik.
Sulfur

Sulfur
dioksida

7. Apabila X dipanaskan pada suatu suhu


yang sangat tinggi dan kemudian
dicelupkan ke dalam air sejuk, didapati
X tidak retak. Apakah X?
A Kaca silika terlakur
B Kaca plumbum
C Kaca borosilikat
D Kaca soda kapur

Sulfur
trioksida
Asid
sulfurik

Oleum

Rajah 1

Berdasarkan rajah di atas, langkah yang


manakah yang memerlukan penggunaan
mangkin?
A P
C R
B Q
D S

8. Apakah kebaikan raket badminton yang


diperbuat daripada bahan komposit
berbanding dengan kayu?
I Lebih murah III Lebih ringan
II Lebih kuat IV Lebih tahan lama
A I dan II
C I, II dan III
B III dan IV
D II, III dan IV

3. Gas G bersifat alkali, berbau sengit, dan


sangat larut di dalam air. Apakah gas
itu?
A Ammonia
B Sulfur dioksida
C Sulfur trioksida
D Nitrogen dioksida

9. Apakah punca pencemaran alam sekitar


akibat penggunaan bahan sintetik?
I Pembakaran polimer sintetik
II Penggunaan baja ammonium yang
keterlaluan
III Penggunaan polimer yang tidak
terbiodegradasikan
IV Pembakaran bahan komposit
A I dan II
C II, III dan IV
B I dan IV
D I, II, III dan IV

4. Rajah 2 menunjukkan susunan zarah


satu bahan.
Kuprum
Stanum
Rajah 2

172

BAB 9.indd 172

9/21/11 3:40 PM

Soalan Subjektif
Arahan: Jawab semua soalan.
1. Rajah 1 menunjukkan beberapa bahagian pada sebuah basikal.
Rangka
Hendal
(a) (i) Rangka basikal itu diperbuat daripada keluli.
Apakah unsur-unsur yang terdapat pada keluli?
(ii) Nyatakan perbezaan antara keluli dengan keluli
nirkarat dari segi rintangan terhadap kakisan.
Rim
(b) Hendal disaluti oleh selapisan polimer sintetik.
(i) Namakan satu polimer sintetik yang boleh
Rajah 1
digunakan.
(ii) Apakah sifat pada polimer sintetik ini yang menyebabkannya sesuai
digunakan?
(c) (i) Keluli adalah kuat tetapi tidak sesuai digunakan untuk membuat rim pada basikal
lumba. Terangkan sebabnya.
(ii) Namakan satu aloi yang sesuai digunakan untuk membuat rim basikal lumba.
(iii) Selain aloi, namakan satu bahan yang sesuai digunakan untuk membuat rim
basikal lumba.
Soalan Esei
Arahan: Jawab semua soalan.
1. (a) Nyatakan dua kegunaan asid sulfurik dalam kehidupan harian kita.
(b) Dengan bantuan persamaan kimia, terangkan pembuatan asid sulfurik dalam
industri.
(c) Semasa pembuatan asid sulfurik, sulfur dioksida terhasil. Bagaimanakah sulfur dioksida
mendatangkan masalah kepada alam sekitar?
2. (a) Namakan satu contoh bahan komposit. Bagaimanakah bahan komposit ini lebih baik
daripada komponen asalnya?
(b) Rajah 1 menunjukkan susunan atom dalam dua jenis bahan yang berlainan.

Bahan Q

Bahan P
Rajah 1

Bandingkan dan bezakan sifat fizik bagi bahan P dan bahan Q. Terangkan satu
perbezaan sifat bahan-bahan ini.
(c) Aloi lebih tahan kakisan berbanding dengan logam tulennya. Dengan memberikan
satu contoh yang sesuai, huraikan satu eksperimen yang boleh dijalankan di dalam
makmal untuk membuktikan pernyataan tersebut.
173

BAB 9.indd 173

9/21/11 3:40 PM

You might also like