You are on page 1of 3

See Sen Chemical Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1984 adalah salah satu pengeluar bahan kimia

terkemuka di Malaysia. Loji pembuatan kimia yang pertama pada tahun 1984 merupakan di Pasir
Gudang,Johor dan kini loji ini telah berpindah ke Kemaman, Terengganu. Produk yang
dihasilkan di syarikat ini ialah serbuk sulfur, sulfur cecair, cecair nitrium silikat, cecair
aluminium sulfat, aluminium sulfat pepejal, asid sulfurik cecair dan asid sulfurik yang
merupakan bahan kimia utama yang dihasilkan oleh syarikat ini. Berpengalaman lebih 30 tahun
dalam bidang kimia, syarikat ini merupakan salah satu penyumbang bahan kimia negara bagi
beberapa industri termasuk pemprosesan air kumbahan, bahan pencuci, pembuatan kertas dan
pulpa, pembuatan getah serta pembuatan jubin seramik.
Asid sulfuric merupakan bahan kimia industri utama dalam pembuatan bahan kimia yang lain.
Asid sulfuric pekat (h2so4) ini ialah cecair yang tidak berwarna dan tidak berbau tetapi sangat
berbahaya kerana sifatnya yang menghakis serta mengakibatkan lepuh dan lecur pada kulit. Asid
sulfurik pekat menyerap air dengan mudah. Oleh yang demikian, asid sulfurik pekat ini biasa
digunakan di dalam makmal sebagai agen pengoksidaan kerana keupayaan nya untuk
mengeringkan gas seperti hydrogen, klorin serta sulfur dioksida. Asid sulfurik dihasilkan secara
besar besaran dalam industri melalui proses sentuh.

• Sulfur lebur dibakar dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur dioksida
• Campuran gas sulfur dioksida dan udara dialirkan keatas mangkin Vanadium
Peringkat
Pertama Oksida.

• Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat dan menghasilkan Oleum
Peringkat
Kedua

• Oleum dicairkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik pekat dalam kuantiti
Peringkat yang banyak
Ketiga
Asid sulfurik merupakan salah satu bahan yang berbahaya dan dikategorikan di dalam kumpulan
bahan yang bertoksik. Kandungan sulfur dioksida di dalamnya

You might also like