You are on page 1of 2

PENGURUSAN PEMBINAAN

Soalan 1.a (2012) Secara amnya, Pengurus Projek pembinaan bertanggungjawab memastikan aktiviti pembinaan sesuatu projek dijalankan dengan lancar sebagaimana yang ditetapkan dalam kontrak. Huraikan secara ringkas tugastugas atau perkara-perkara yang perlu dijalankan oleh Pengurus Projek. (10 Markah) Jawapan: Tugas Pengurus Projek merangkumi tiga aspek yang utama. 1. 2. 3. Memastikan projek dilaksanakan mengikut belanjawan yang ditetapkan. Memastikan projek dilaksanakan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Memastikan projek dijalankan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Adalah menjadi tanggungjawab seorang Pengurus Projek yang professional melaksanakan perancangan, mengawal dan memastikan segala yang dirancang diikuti secara bijak dan berhemah. Kelebihan memiliki teknik komunikasi dan pengetahuan teknik yang tinggi adalah menjadi aspek utama dalam pemilihan seseorang Pengurus Projek. Soalan 1 (b).(2012) Kaedah Laluan Kritikal (CPM) digunakan bagi mengawalselia projek pembinaan agar ianya dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Berikan penjelasan tentang rajah-rajah rangkaian aktiviti berikut:3. Jawapan 1. 2.
1 5.. 4.. 0 3.. 0 2.. 1 0 1.. 0

A B

B 1 C

A 2 B

C D

A 0 3

C 4

2 B D

Projek dilaksanakan mengikut turutan kerja secara selari.. Dua aktiviti projek perlu dilaksanakan serentak dan perlu disempurnakan sebelum melaksanakan aktiviti seterusnya dan ditamatkan. Penamatan 2 aktiviti akhir dilaksanakan secara berasingan walaupun dimulakan pada aktiviti yang sama.

4.

Dua aktiviti dimulakan secara serentak sebelum melaksanakan aktiviti seterusnya dan ditamatkan dengan dua aktiviti secara berasingan

5.

Soalan 2.a (2013) Jelaskan definasikan kontrak. Jawapan Jalinan perjanjian yang terhasil apabila satu pihak bersetuju menerima tawaran daripada satu atau lebih pihak yang lain.

PENGURUSAN PEMBINAAN

Jalinan perjanjian ini akan mengikat pihak-pihak yang terlibat bagi membolehkan sesuatu projek atau aktiviti dilaksanakan dengn jayanya dan semua pihak yang menandatangani kontrak adalah disyaratkan untuk mematuhi setiap agenda yang termaktub. Tindakan undangundang boleh dikenakan sekiranya mana-mana pihak melanggar atau ingkar perjanjian. Soalan 2.b (2013) Nyatakan dan jelaskan lima (5) prinsip kontrak. 1. Tawaran ialah apabila seseorang itu membuat cadangan serta menyatakan kepada yang berkenaan tentang hasratnya hendak membuat atau menahan diri daripada melakukan sesuatu dengan tujuan mendapatkan persetujuan daripada pihak yang tersebut. 2. Penerimaan ialah apabila cadangan yang dikemukakan oleh pihak pencadang diterima dan diperkenankan oleh pihak yang menerima cadangan itu dengan tidak dikenakan syarat-syarat yang tertentu. Penerimaan bersyarat adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undangundang kontrak. 3. Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak penerima yang menerima tawaran. Tindakan penerimaan tawaran biasanya dilakukan sama ada secara lisan ataupun bertulis. 4. Niat- Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan di antara kedua-dua pihak yang membuat perjanjian secara jujur, ikhlas serta amanah dan tidak melanggar serta mematuhi segala syarat yang dikenakan dalam perjanjian kontrak. 5. Ikatan kontrak boleh dilaksanakan Kedua-dua pihak yang terlibat dalam kontrak hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa sebarang ikatan perjanjian nanti tidak terlalu membebankan mana-mana pihak sehingga boleh membawa masalah kepada sebahagian atau kedua-dua belah pihak. 6. Tiada kecacatan bagi kedua-dua belah pihak Kecacatan disini membawa maksud rekod atau prestasi buruk pada masa lalui. Kelalaian kerja, tidak menepati perjanjian melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi adalah 2. 3. 4. 5. 6.

sebahagian daripada kecacatan ynag dimaksudkan itu.

6 langkah yang perlu diikuti untuk membina analisis rangkaian PERT dan CPM: 1. Mendefinasikan projek dan menyediakan struktur pemecahan kerja (WBS- Work Breakdown Structure) iaitu penghuraian aktiviti-aktiviti kepada aktivitiaktiviti yang lebih kecil secara hirakikal Membina hubungan diantara aktiviti Melukis rangkaian yang menghubungkan semua aktiviti Menentukan masa bagi setiap aktiviti Menentukan laluan kritikal Menggunakan rangkaian untuk membantu merancang, menjadual, mengawas dan mengawal aktiviti-aktiviti projek

You might also like