You are on page 1of 1

MOHAMAD YAZID B ABD RAHIM, 80a Lorong Astana 3/1, Bandar Seri Astana, 08000 Sungai Petani, Kedah

Darul Aman

14 April 2014

Kepada,
Maybank Islamic Berhad, Cawangan Sungai Petani , (U/P: PENGURUS CAWANGAN & Eksekutif Jualan Pengguna,Siti Nurkamalia)

Tuan , Per: PERMOHONAN PEMULANGAN ADVANCE PAYMENT AKAUN PERUMAHAN KE AKAUN ASPIRE PERIBADI Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa akaun perumahan (452059-113697) telah didebitkan sebanyak RM 24,648.00 pada 30 Mei 2012 sebagai bayaran kehadapan (advance payment) sebelum akaun perumahan ini diluluskan.Masalah timbul apabila pihak Menara Maybank menelefon saya mengatakan pembayaran ansuran rumah ini telah tertunggak bermula Mac2014 pada hari Khamis 10 April 2014.Oleh itu saya meminta pihak tuan dapat menjelaskan segala cajcaj yang timbul hasil kesilapan pihak tuan untuk mengelakkan tindakan selanjutnya diambil oleh pihak saya ke pihak Bank Negara Malaysia (BNM).Saya akan mendebitkan secara manual untuk pembayaran bulanan akaun perumahan di masa hadapan. 3. Saya memohon pihak tuan dapat memulangkan semula duit lebihan itu terus ke akaun ASPIRE peribadi saya (552059684087) dalam tempoh 3hari bekerja. Sekiranya mengalami apa-apa masalah, saya pohon pihak tuan menghubungi saya terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa kredit kepada akaun peribadi saya. Kesilapan yang dilakukan ini amat menyusahkan saya daripada segi masa dan kewangan kerana memerlukan saya hadir ke bank untuk menyelesaikan masalah ini sedangkan ini masalah ini berlaku di antara cawangan dan ibu pejabat. Kesilapan ini amat-amat dikesali sepanjang saya menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank Berhad. Saya memohon surat permohonan maaf daripada pihak tuan di atas kekhilafan ini. Semoga masalah ini tidak timbul di masa akan datang untuk kebaikan semua pihak Sekian. Terima kasih Yang benar,

........................................................... (MOHAMAD YAZID B ABD RAHIM)

You might also like