You are on page 1of 2

Pengarah,

Bahagian Peguatkuasa,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 3 (Menara), Tingkat 15 Menara MRCB,
Jalan Majlis, Seksyen 14,
40622 Shah Alam Selangor. 13 MARCH 2017

Farah Etillia Binti Zainordin


No 4, Lorong 74,
Taman LKNP Bukit Setongkol,
25200 Kuantan Pahang.

PER : ADUAN MENGENAI KEGAGALAN PIHAK PENENTANG MEMATUHI AWARD SELEPAS 14 HARI.

Merujuk seperti perkara diatas, saya FARAH ETILLIA BINTI ZAINORDIN, NO KP: 881112-06-5136 ingin
membuat aduan kepada pihak tuan mengenai kegagalan pihak penentang membayar balik RM1890
kepada pihak saya yang menuntut selepas 14 hari selepas award diterima oleh mereka pada 06/02/17.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak penentang hanya membayar balik duit berjumlah RM1000
yang telah kreditkan pada akaun saya yang menuntut, Farah Etillia binti Zainordin pada 01/03/17 melalui
akaun CIMB BANK BERHAD (No Akaun: 7601832485).

3. Pihak penentang gagal membayar balik baki RM890 seperti yang telah diarahkan oleh Tribunal
Tuntutan Pengguna kepada saya pihak yang menuntut. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya kepada pihak penentang iaitu KL KENG AUTO SDN BHD yang beralamat di Lot
9 JL99 Auto City, MRR2 Highway, 68100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di sini saya sertakan
dokumen-dokumen berserta bahan bukti untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya.

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih di atas keprihatinan dan kebijaksanaan pihak tuan dalam
menangani isu ini. Segala jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

--------------------------------------------
FARAH ETILLIA BINTI ZAINORDIN
NO KP : 881112-06-5136

You might also like