You are on page 1of 9

NAMA PENGIRIM,

ALAMAT ANDA (ALAMAT PENUH)


No telefon:

Penolong Kanan Pentadbir tanah,


Bahagian Pembangunan Tanah,
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu,
Kompleks Sri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20692 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Telefon Pejabat : 09-6222966
Faks: 09-6226127
Tarikh: ...00.00.20…
Tuan,
Memohon kelulusan tukar syarat tanah

Saya seperti nama di atas ingin meminta jasa baik Tuan/Puan bagi kelulusan status tukar syarat tanah
daripada bangunan kediaman kepada status pembangunan.

No lot :
Mukim:
GM :
Jenis syarat sekarang: bagunan kediaman
No rujukan surat penolakan pihak tuan/Puan : PTK.TR…………………………..) bertarikh ……. setember …..

2. Status tanah ini sekarang adalah lot bangunan kediaman. Saya memohon untuk penukaran syarat
kepada lot pembangunan bagi pembinaan rumah kedai.

3. Untuk pengertahuan pihak tuan/puan mengapa saya memerlukan penukaran syarat tanah adalah
kerana
a. Memajukan kawasan setempat dengan perniagaan selari dengan pelan pembangunan
Terengganu. Di kawasan ini hanya terdapat beberapa buah kedai sahaja yang beroperasi iaitu kedai
keropok dan kedai hardware yang berdekatan tanah ini. Kawasan lain belum dibuat perumahan. Rujuk
gambar yang di lampirkan.
b. Selain itu saya telah membeli lot tanah ini dengan harga yang amat tinggi iaitu sebanyak Rm
140000 dengan keluasan yang tidak begitu munasabah bagi harga di beli . Dengan harapan dapat
mendirikan sebuah bangunan kedai.
c. selain itu, secara tidak lansung memberikan peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan
di atas pembukaan perniagaan di sini.
4. Pihak saya mengharapkan tuan dapat meluluskan pemohonan penukaran syarat tanah ini.

Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih. .
Sekian jutaan terima kasih,
Yang benar,
……………………..
(NAMA PENGIRIM)
1.5  Memberi Harapan:
 
a.      Dengan ini diharapkan tuan...
 
b.      Pihak kami mengharapkan tuan dapat...
 
c.      Saya mengharapkan tuan memaklumkan perkara tersebut kepada...
 
1.6  Nasihat :
 
a.      Tuan dinasihatkan supaya...
 
b.      Dengan ini tuan dinasihatkan supaya lapor diri dengan segera.
 
c.      Pihak tuan didapati melanggar peraturan... dan dinasihatkan...
 
 
1.7  Permintaan:
 
a.      Saya memohon jasa baik tuan...
 
b.      Diharapkan tuan sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kami pada
hari tersebut.
 
c.      Sukacita sekiranya mendapat kerjasama daripada...
 
d.      Ingin saya mendapatkan penjelasan tuan tentang...
 
 
 
5. Penanda Sebab-musabab:
 
    Ungkapan yang menunjukkan penanda sesuatu peristiwa yang menyebabkan
    peristiwa yang lain berlaku.
 
    Contoh:
 
    5.1 Saya berkeberatan menerima jemputan tersebut kerana...
 
    5.2 Kejadian tersebut amatlah dikesali dan pihak kami...
 
    5.3 Terima kasih atas jemputan tuan tetapi saya memohon maaf kerana...
 
    5.4 Atas kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan... 
 
6. Penanda Matlamat:
 
    Ungkapan yang menunjukkan danya matlamat atau tujuan yang hendak dicapai.
 
    6.1 Untuk tujuan...
   
    6.2 Untuk pengetahuan tuan...
 
    6.3 Untuk makluman tuan...
 
 
7. Penanda Perwakilan:
 
    Ungkapan yang digunakan bagi menandakan wakil bagi pihak tertentu.
 
    7.1 Bagi pihak kakitangan jabatan ini,saya...
 
    7.2 Bagi pihak semua anggota keluarga jabatan ini, ingin saya...
 
1.4     Sebagai wakil Jabatan Pendidikan Perak ,saya ingin memaklumkan... 
 
 
8. Penanda Pendapat:
 
    Ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu pendapat.
 
    8.1 Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin mencadangkan...
 
    8.2 Ekoran perbincangan antara  pegawai daripada jabatan tuan dengan pihak kami
          tempoh hari, saya ingin mencadangkan...
 
    8.3 Oleh sebab tuan akan menghadiri persidangan tersebut, dicadangkan...
 
9. Penanda Penegas:
 
     Ungkapan yang digunakan bagi memberi penegasan terhadap sesuatu perkara.
 
    9.1 Dengan hormat dimaklumkan bahawa tuan dikehendaki...
 
    9.2 Dengan ini, menjadi harapan kami...
 
    9.3 Dengan ini, didapati pihak tuan telah ...
 
 
10. Penanda Sambungan:
 
      Ungkapan yang digunakan bagi menunjukkan kaitan peristiwa dari segi waktu.
 
      10.1 Sebagai lanjutan surat saya dahulu...
 
      10.2 Berikutan daripada percakapan kita tempoh hari...
 
      10.3 Dalam mesyuarat tempoh hari telah diputuskan bahawa...
 
11.  Penanda Sikap:
 
      Ungkapan yang digunakan bersifat emotif tertentu dan boleh dibahagikan kepada
      positif dan negatif.
 
      11.1 Positif :
 
i.                    Saya merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tuan...
ii.                  Saya  tidak berhalangan membenarkan pegawai tersebut menghadiri...
iii.                Saya tidak berkeberatan...
 
 
1.5         Negatif:
 
i.                    Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak membenarkan...
ii.                  Kejadian itu sangat dikesali kerana pihak tuan tidak...
iii.                Pihak kami berhalangan membenarkan pegawai tersebut...
 
12. Penanda Antisipasi:
 
      Ungkapan ini biasanya digunakan pada akhir surat yang berkaitan dengan 
      penghargaan dan sebab-musabab.
 
      12.1 Atas kerjasama tuan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.
 
      12.2 Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
     12.3 Dengan kehadiran tuan  akan menyerikan lagi majlis kami.
   .
     12.4 Atas pertimbangan tuan bagi permohonan ini amatlah dihargai dan didahului
             dengan jutaan terima kasih.
 
     12.5 Atas kesudian tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului
             dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
 
13. Penanda Penamat:
 
      Ungkapan yang memberikan isyarat akan berakhirnya isi surat.
 
      13.1 Sekian terima kasih.
 
      13.2 Sekian.
 
      13.3 Sekian jutaan terima kasih.
 
 
14. Penanda Akuan  atau Rujukan Diri:
 
      Ungkapan ini hendaklah bersesuaian dengan tujuan menulis surat,situasi pengirim
      dan hubungannya dengan penerima.
    
      14.1 Yang benar,
 
      14.2 Saya yang menurut perintah,
 
      14.3 Patik dengan hormat dan takzimnya,
 

You might also like