You are on page 1of 2

SK SERI MENDAPAT

MERLIMAU, JASIN
77300 MELAKA
Tel. & Faks : 06-263 3672
E-mel : mba1027@ppdjasin.edu.my

_____________________________________________________________________________
_
Ruj. Kami
Tarikh

: SKSM.KT.100.8/2 ( 1 )
: 1 Oktober 2013

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Melaka,
Jalan Istana, Bukit Beruang,
75450 Melaka.
( UP: Unit Perhubungan dan Pendaftaran )
Tuan,
PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah bercadang untuk mengadakan
program lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur anjuran Panitia Kajian Tempatan, SK Seri
Mendapat, Merlimau, Melaka.
3.

Sehubungan itu, maklumat berkaitan dengan program lawatan adalah seperti berikut :
Tarikh
Peserta
Tempat

: 6 hingga 8 Disember 2013


: 42 orang (Murid Tahap Dua dan guru pengiring)
: Kuala Lumpur

4.
Bersama-sama ini disertakan tentatif program dan maklumat lengkap peserta yang
menyertai program tersebut untuk makluman dan tindakan tuan. Sebarang pertanyaan sila
hubungi En. Samad bin Salleh, penyelaras program di talian 06-2633672 untuk keterangan
lanjut.
Kerjasama dan perhatian tuan amat diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
( AZMAN BIN JANUDIN )
Guru Besar
SK Seri Mendapat

SK SERI MENDAPAT
MERLIMAU, JASIN
77300 MELAKA
Tel. & Faks : 06-263 3672
E-mel : mba1027@ppdjasin.edu.my

_____________________________________________________________________________
_
s.k

1. Fail Penyelaras

You might also like