You are on page 1of 20

www.PerkahwinanMelayu.

com


Rungsing Memikirkan Majlis
Perkahwinan Anda Tak Lama
Lagi? Anda Ingin Merancang Yang
Terbaik Untuk Perkahwinan Anda, Tapi
Tak Tahu Bagaimana..
KETAHUIPERSEDIAAN
PERKAHWINANYANG
PERLUANDALAKUKAN
DARIMULAHINGGA
ANDASELAMATPULANG
DARIHONEYMOONDAN
MEMULAKANHIDUP
BARUBERSAMA
PASANGANYANG
DIKASIHI

DapatkannyaDiSini:www.jomklik.com/kahwin

1
www.PerkahwinanMelayu.com

Panduan Asas Persediaan Perkahwinan

Apabila menyebut perihal perkahwinan, sudah pasti setiap daripada kita ingin berkahwin. Namun, tidak
semua yang betul-betul merancang perkahwinan walaupun ianya merupakan salah satu faktor agar
perkahwinan kita berjalan dengan lancar. Untuk memudahkan proses menuju hari bahagia, sediakan
senarai semak perkara-perkara yang perlu anda lakukan. Proses ini boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian yang meliputi perkara penting dalam proses perkahwinan iaitu, belanjawan perkahwinan,
persediaan serta prosedur sebelum berkahwin dan akhir sekali perancangan serta perjalanan
keseluruhan perkahwinan anda.


Bahagian 1: Belanjawan Perkahwinan

Faktor kewangan merupakan salah satu faktor terbesar untuk melancarkan perjalanan perkahwinan.
Tidak dinafikan keadaan hari ini semuanya hampir memerlukan duit. Oleh hal yang demikian,
perancangan kewangan dengan menyediakan bajet yang secukupnya dalam perkahwinan bakal
memudahkan kerja anda. Perancangan bajet perkahwinan amat penting agar anda dan pasangan tidak
menghadapi masalah kewangan di kemudian hari dan jangan terlalu mengikut nafsu untuk berbelanja
lebih walaupun hari tersebut merupakan hari bahagia anda.

Berikut ialah tips berguna yang boleh anda ikuti semasa proses membuat belanjawan perkahwinan
anda:

Letakkan sasaran bajet atau perbelanjaan yang anda mampu tanggung
Sasaran ini penting untuk anda tahu dan tetapkan awal-awal agar perbelanjaan perkahwinan tidak
melebihi sasaran atau bajet yang telah anda tetapkan berdasarkan kemampuan anda. Fikirkan
berapakah jumlah kewangan atau perbelanjaan yang perlu anda tanggung bagi melangsungkan
perkahwinan anda. Berbelanjalah mengikut kemampuan diri dan elakkan daripada mengambil
pinjaman peribadi secara berlebihan. Bersederhanalah dalam berbelanja kerana Islam juga
menggalakkan kita sentiasa bersederhanana dalam setiap perlakuan kita. InsyaAllah jika bajet ini dapat
dituruti dan dikawal, masalah-masalah selepas perkahwinan seperti hutang keliling pinggan tidak akan
berlaku yang boleh membawa mudarat jika ianya tidak dikawal.

Berbincang bersama pasangan
Perbincangan mengenai belanjawan perkahwinan perlu dilakukan bersama agar masing-masing dapat
memberi idea dan juga pendapat tentang kawalan perbelanjaan untuk perkahwinan. Pastikan bahawa
hasil perbincangan tersebut mendapat kata sepakat dan dipersetujui bersama agar tiada perkara
berbangkit berlaku selepas berkahwin. Perbincangan ini amat mustahak untuk dilakukan bagi
mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat menepati bajet yang telah ditetapkan
dahulu.

Buat senarai keutamaan
Jika anda mempunyai bajet atau kewangan yang terhad, seeloknya anda pastikan betul-betul bahawa
anda memperuntukkan bajet anda itu kepada perkara-perkara yang penting sahaja seperti tempat
perkahwinan, makanan untuk tetamu, peralatan untuk kegunaan perkahwinan dan juga jemputan
perkahwinan. Ini semua lebih penting jika dibandingkan dengan dekorasi tambahan untuk
persandingan, jurugambar dari luar, muzik dan sebagainya. Buatlah pilihan yang tepat agar belanjawan
2
www.PerkahwinanMelayu.com

perkahwinan anda tidak melebihi daripada yang sepatutnya.

Selidik dan kaji perkhidmatan pembekal serta harga yang ditawarkan
Langkah ini perlu dilakukan sebelum anda membuat tempahan secara rasmi dengan pembekal atau
penyedia perkhidmatan untuk perkahwinan anda. Pastikan terlebih dahulu mutu perkhidmatan dan
harga yang mereka tawarkan. Elakkan daripada membuat tempahan daripada pembekal yang
mempunyai kualiti dan servis yang teruk. Anda boleh cuba bertanya kenalan atau saudara anda yang
berpengalaman agar memudahkan anda untuk memilih perkhidmatan yang terbaik. Dari segi harga
yang ditawarkan pula, pastikan ianya masih dalam bajet yang telah anda tetapkan. Jika pakej atau harga
yang ditawarkan melebihi bajet anda, cuba pinda atau ubah serba sedikit sesetengah perkara yang tidak
penting agar bajet anda masih berada di landasan yang betul. Catat setiap perbelanjaan dan simpan
segala resit yang berkaitan untuk memudahkan urusan di masa hadapan jika ada sesuatu yang
meragukan dengan pembayaran yang telah anda lakukan.

Di bawah ialah contoh jumlah perbelanjaan perbelanjaan yang boleh anda guna sebagai panduan untuk
bajet anda:

Perbelanjaan dari RM 10,000 15,500 Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang
agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau
bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk
majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel
mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh
menjadikan perkahwinan anda ini yang paling
indah buat anda dan pasangan anda.

Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 25,500 Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk
majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih
tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau
taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum
mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman
daripada kaum keluarga, sanak saudara atau
rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh
menceriakan hati pasangan anda dengan hanya
membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara
yang boleh didapati daripada jumlah bajet
sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan
atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat
anda dipenuhi.

Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 35,500 Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah
maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja
anda mampu menyediakan apa jua yang anda
inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini.
Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar
berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan
sahaja. Jika diikutkan jumlah ini masih belum
benar-benar cukup untuk melangsungkan
3
www.PerkahwinanMelayu.com

perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini
membolehkan anda menyewa sebuah dewan
sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan
yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk
melangsungkannya di hotel.



Bahagian 2: Persediaan serta prosedur sebelum berkahwin

Terdapat beberapa prosedur dan langkah yang perlu anda ikuti dan patuhi sebelum anda dibenarkan
untuk berkahwin. Prosedur-prosedur ini lebih melibatkan urusan rasmi yang melibatkan pendaftaran,
penyediaan dokumen yang diperlukan dan juga urusan di Jabatan Agama Islam di setiap negeri. Berikut
ialah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

Langkah 1: Membuat senarai semak dan persediaan dokumen penting
Untuk memudahkan urusan pendaftaran perkahwinan, dokumen-dokumen ini perlulah dibawa bersama
setiap masa. Sediakan satu fail untuk anda menguruskan dokumen ini. Antara dokumen yang perlu
anda sediakan ialah:

Salinan Kad Pengenalan (minimum 10)

Salinan Surat Beranak (minimum 3)

Salinan Surat Nikah Ibubapa (minimum 3)

Salinan Kad Pengenalan wali(minimum 5)

Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport (minimum 5)

Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan (minimum 5)

Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/ nikah bawah umur
dan lain-lain.

Kebenaran kedutaan jika warga asing.

Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.

Surat Pengakuan bujang dari majikan (lelaki sahaja)

Surat cerai, jika pernah berkahwin

Langkah 2: Menghadiri kursus perkahwinan
Antara syarat terpenting sebelum anda boleh berkahwin ialah anda diwajibkan mempunyai sijil kursus
perkahwinan. Buat yang belum tahu, kursus perkahwinan ialah kursus persediaan bagi bakal-bakal
pengantin. Kursus perkahwinan ialah ruang paling sesuai untuk anda mengemukakan segala persoalan
mengenai perkahwinan anda.
4
www.PerkahwinanMelayu.com


Anda boleh menghadiri kursus-kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh mana-mana pejabat agama
daerah atau pihak swasta, namun anda dinasihatkan agar memastikan bahawa ia telah didaftarkan dan
telah mendapat kebenaran daripada pihak JAKIM. Biasanya panel penceramah bagi kursus
perkahwinan adalah terdiri dari pakar-pakar kaunseling & motivasi dari Jabatan Agama Negeri masing-
masing yang telah mendapat tauliah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) di bawah Jabatan
Perdana Menteri Malaysia.

Jumlah hari dan tempoh masa kursus perkahwinan pula bergantung kepada peserta dan juga penganjur.
Biasanya, kursus perkahwinan akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu secara
berturut-turut. Kursus ini mengandungi beberapa modul dan selalunya mengambil masa 12 jam. Modul
khas akan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk setiap kursus.
Harganya pula bergantung kepada penganjur dan pakej yang disediakan, kebiasaannya dalam RM80
sahaja untuk seorang. Ada juga yang menawarkan harga yang lebih murah terutamanya jika kursus
perkahwinan tersebut diadakan di institut-institut pengajian awam dan swasta bagi menggalakkan
golongan muda lebih awal sedar dan tahu kepentingan perkahwinan.


Setelah selesai menjalani kursus, Sijil Kursus Perkahwinan akan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam
Negeri masing-masing. Sijil ini hanya akan dikeluarkan setelah borang kehadiran ( 4 kali kehadiran )
peserta dihantar kepada Majlis Agama. Majlis Agama akan mengambil masa lebih kurang 7 hingga 10
hari untuk menyiapkan sijil-sijil tersebut. Peserta kursus perkahwinan atau wakil peserta yang layak
menerima sijil boleh mengambil dari pejabat pentadbiran setelah menandatangani Borang Pengambilan
Sijil. Sijil ini
tidak mempunyai tamat tempoh dan boleh digunakan di semua negeri tidak kira dimana

ianya diambil.

Langkah 3: Mendapatkan wali bagi pihak perempuan
Pengertian wali ialah teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada waris
lelaki di sebelah pihak perempuan (pengantin perempuan). Wali merupakan salah satu rukun dalam
akad nikah serta salah satu syarat sah nikah.

Setiap wali hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:



1. Seorang yang beragama Islam

2. Lelaki

3. Sempurna umur baligh

4. Berakal serta waras fikirannya

5. Bebas merdeka

6. Bersifat adil
5
www.PerkahwinanMelayu.com


7. Tidak berada di dalam ihram Haji atau Umrah, dan


8. Tidak pula dipaksa untuk menjadi wali

Berikut ialah susunan wali perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' :

1. Bapa Kandung


2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas


3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa


4. Adik Beradik Lelaki Sebapa


5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa


6. Anak Saudara Lelaki Sebapa


7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa


8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa


9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa


10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa


11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya


12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya


13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya


14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
6
www.PerkahwinanMelayu.com



15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)


16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)


17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa


18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa


19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya


20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya


***(wali 1-20 ialah wali nasab)

21. Wali Hakim


Bakal pengantin perempuan berhak untuk mendapatkan wali hakim melalui permohonan wali di
Mahkamah Syariah sekiranya berada di antara situasi berikut:



1. Tidak ada wali nasab


2. Anak tidak sah taraf atau anak angkat


3. Wali yang ada tidak cukup syarat


4. Wali aqrab menunaikan haji atau umrah


5. Wali enggan

Bagi Wali Hakim, sila Hubungi Pejabat Jabatan Agama Negeri. Isi Permohonan Wali / Wali Waqalah.
Anda akan dihubungi Pihak Jabatan Agama dan bergantung pada keadaan. Anda
juga dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah.

7
www.PerkahwinanMelayu.com

Jenis-jenis pernikahan yang memerlukan Perintah
Mahkamah Syariah
:

1. Pernikahan poligami


2. Pernikahan dibawah umur


3. Pernikahan janda berhias (yang masih dalam iddah)


4. Pernikahan muallaf tanpa wali


5. Pernikahan anak tidak sah taraf


6. Pernikahan anak angkat (wali tidak diketahui)

7. Pernikahan perempuan yang tiada wali (sebab nasab/keturunan dan tiada yang layak

menjadi wali mengikut hukum syarak)

8. Pernikahan bagi perempuan yang walinya ghaib (tidak diketahui sama ada masih

hidup atau sudah mati)

9. Pernikahan mana-mana perempuan yang mana terbukti walinya diketahui tempat

tinggalnya berada (melebihi 2 marhalah) tetapi sangat sukar untuk dihubungi oleh

mana-mana alat komunikasi dan bertulis)

10. Pernikahan atas sebab Wali enggan untuk menjadi wali.


Proses mahkamah mengambil masa satu minggu sehingga tiga bulan bergantung kepada kes. Pihak
Pejabat Agama akan sentiasa membantu anda dan selalunya peguam tidak perlu
dilantik.


Langkah 4: Menjalani pemeriksaan saringan HIV
Pemeriksaan saringan HIV wajib dilakukan oleh setiap pasangan yang bakal berkahwin
memandangkan ianya diwajibkan oleh semua Jabatan Agama Negeri. Pemeriksaaan ini mestilah
dilakukan di Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. Pemeriksaan di hospital dan
klinik swasta TIDAK diterima. Manakala, Borang Laporan Ujian Saringan HIV (JHEAT/HIV) boleh
8
www.PerkahwinanMelayu.com

didapati di Pejabat Agama Negeri masing-masing.

Hasil dan keputusan pemeriksaan adalah SULIT. Sampul surat ujian HIV hanya boleh dibuka dan
dilihat oleh Jabatan Agama Negeri sahaja. Bagi individu yang mendapat keputusan HIV POSITIF,
nasihat dan kaunseling akan diberikan kepada mereka.

Prosedur untuk menjalani pemeriksaan saringan HIV adalah seperti berikut:

1. Bakal pengantin perlu mendapatkan Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin
(JHEAT/HIV) yang boleh didapati di semua Pejabat Agama Daerah setiap negeri.
2. Bayaran dikenakan sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM5.00) untuk setiap borang
permohonan Pemeriksaan Saringan HIV dan dibayar ketika mendapatkan borang tersebut.
(bergantung kepada setiap negeri)
3. Hanya borang ASAL sahaja diterima.

4. Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) perlu dilengkapkan dan
dibawa ke Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan bagi menjalani Ujian Saringan HIV.

5. Keputusan Ujian Saringan HIV diserahkan kepada bakal pengantin untuk dikemukakan kepada
Pegawai Agama Daerah atas sifatnya sebagai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk
Orang Islam di Pejabat Agama Daerah.

6. Setiap keputusan Ujian Saringan HIV adalah SULIT . Pihak lain yang boleh mengetahui
keputusan tersebut adalah terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan atau
Jururawat Kesihatan yang menjalankan ujian, Pegawai Agama Daerah, Penolong Pegawai
Agama Daerah dan Pegawai Khidmat Nasihat.




Prosedur Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan
:

1. Bakal pengantin boleh hadir ke klinik kesihatan pada waktu yang ditetapkan dengan membawa
Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) yang diperolehi dari Pejabat
Agama Daerah.


2. Pendaftaran perlu dibuat ke dalam Buku Daftar Saringan HIV Bakal Pengantin (BP/HIV) oleh
anggota kesihatan yang menjalankan ujian.


3. Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat
Kesihatan yang ditugas mengendalikan perkhidmatan ini.


4. Ujian dijalankan dengan mengambil setitik darah bakal pengantin dan dititiskan ke dalam alat
ujian Saringan HIV ( Rapid Test ).
9
www.PerkahwinanMelayu.com



5. Keputusan ujian akan diperolehi dalam jangkamasa 15 hingga 30 minit.


6. Jika keputusan ujian saringan adalah tidak reaktif, ini bermakna bakal pengantin tidak
dijangkiti virus HIV atau berada di dalam tempoh window period .


7. Jika keputusan saringan adalah reaktif, ini bermakna bakal pengantin disyaki dijangkiti virus
HIV. Bakal pengantin dinasihatkan menjalani ujian pengesahan HIV (ELISA dan PA).


8. Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan akan mencatat dan mengesahkan
keputusan Ujian Saringan HIV di dalam Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin
(JHEAT/HIV).


9. Borang yang mengandungi keputusan ujian dimasukkan ke dalam sampul yang diletakkan
dengan logo rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada bakal pengantin
untuk dikemukakan kepada Pejabat Agama Daerah.


10. Keputusan ujian Saringan HIV hanya sah digunakan bagi tiga (3) bulan dari tarikh keputusan
ujian dikeluarkan.

**Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan laporan HIV , anda boleh terus pergi ke pejabat agama
di daerah anda. Prosedur yang dinyatakan di atas mungkin berbeza mengikut negeri dan daerah
masing-masing.



Langkah 5: Membuat permohonan kebenaran berkahwin
Terdapat banyak jenis permohonan kebenaran berkahwin. Pastikan diri anda dalam kategori
yang betul. Jenis permohonan dan prosedur untuk membuat permohonan kebenaran berkahwin bagi
setiap kategori adalah seperti berikut.:

KATEGORI PROSEDUR PERMOHONAN
tegori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri
dan akan bernikah berkahwin di
geri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan
dari Kuala Lumpur dan akan
rnikah di Kuala Lumpur)
Dapatkan borang kebenaran berkahwin di
Pejabat Agama Negeri terdekat atau
berjumpa dengan Imam Jurunikah di
Masjid berdekatan kariah anda. Satu
borang
untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.

Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
Dapatkan pengesahan bujang dari majikan.
10
www.PerkahwinanMelayu.com

(lelaki)

Dapatkan pengesahan anak kariah dari
Imam di masjid kariah anda. (lelaki).

Pihak perempuan akan mengisi borang.
Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang
untuk wali di dalam borang.

Pastikan salinan dokumen yang
dikehendaki cukup.

Lampirkan bersama borang dari pihak
lelaki yang lengkap diisi.

Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat
agama akan menimbangkan permohonan
anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama
akan menghubungi anda untuk
menyelesaikan masalah yang ada.

Jika diluluskan, simpan Kebenaran
Perkahwinan anda di tempat yang selamat.
Imam Jurunikah akan menyemaknya
sebelum upacara pernikahan anda.

tegori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan
bernikah di Negeri tempat
rempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur,
perempuan dari Negeri Sembilan
n akan bernikah di Negeri Sembilan)
Dapatkan borang kebenaran berkahwin di
Pejabat Agama Negeri terdekat atau
berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid
berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap
seorang lelaki dan perempuan.

Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
Dapatkan pengesahan bujang dari majikan.
(lelaki)

Dapatkan pengesahan anak kariah dari
Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
Hantarkan borang Permohonan lelaki ke
Pejabat Agama Negeri dan mohon
Kebenaran Nikah Luar Negeri.

Pihak perempuan akan mengisi borang.
Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang
untuk wali di dalam borang.

Pastikan salinan dokumen yang
11
www.PerkahwinanMelayu.com

dikehendaki cukup.

Lampirkan bersama borang dari pihak
lelaki yang lengkap diisi.

Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat
agama akan menimbangkan permohonan
anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama
akan menghubungi anda untuk
menyelesaikan masalah yang ada.

Jika diluluskan, simpan Kebenaran
Perkahwinan anda di tempat yang selamat.
Imam Jurunikah akan menyemaknya
sebelum upacara pernikahan anda.
tegori 3: Lelaki dan perempuan dari Negeri
berlainan dan bernikah di Negeri yang
n. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan
dari Negeri Sembilan dan akan
rnikah di Selangor)

Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat
Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan
Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah
anda. Satu borang
untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.

Pihak lelaki mengisi borang tersebut.

Dapatkan pengesahan bujang dari majikan.
(lelaki)

Dapatkan pengesahan anak kariah dari
Imam di masjid kariah anda. (lelaki).

Hantarkan borang Permohonan lelaki ke
Pejabat Agama Negeri dan mohon
Kebenaran Nikah Luar Negeri.

Pihak perempuan akan mengisi borang.

Kenal pasti wali pihak perempuan dan
penuhkan ruang untuk wali di dalam
borang.

Pastikan salinan dokumen yang
dikehendaki cukup.

Lampirkan bersama borang dari pihak
lelaki yang lengkap diisi.

Hantarkan borang Permohonan perempuan
12
www.PerkahwinanMelayu.com

ke Pejabat Agama Negeri dan mohon
Kebenaran Nikah Luar Negeri.

Pejabat agama akan menimbangkan
permohonan anda. Jika tidak diluluskan,
Pejabat Agama akan menghubungi anda
untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Isi borang di Pejabat Agama Negeri di
mana majlis pernikahan akan
dilangsungkan
dan lampirkan Kebenaran Nikah Luar Negeri
lelaki dan perempuan. Mohon
Kebenaran perkahwinan.

Jika diluluskan, simpan Kebenaran
Perkahwinan anda di tempat yang selamat.
Imam Jurunikah akan menyemaknya
sebelum upacara pernikahan anda.
tegori 4: Berkahwin dengan warga asing
Sila Hubungi kedutaan pihak berkaitan untuk
maklumat lanjut dan kebenaran yang
diperlukan

Hubungi juga pihak imigresen untuk
maklumat lanjut dan kebenaran yang
diperlukan

Borang permohonan dan dokumen-
dokumen ini haruslah dikemukakan
kepada
Penolong Pendaftar Nikah di mana wanita
tersebut bermastautin.

Borang permohonan perkahwinan haruslah
disertakan dengan dokumen-dokumen
berikut :-

Salinan pasport atau salinan kad
pengenalan (lelaki dan perempuan);

Surat kebenaran dari
kedutaan/konsulat negara
pemohon;

Surat pengesahan pasport daripada
Jabatan Imigresen Malaysia;
13
www.PerkahwinanMelayu.com


Surat Akuan Cerai atau surat Akuan
Kematian (jika pernah berkahwin
atau kematian pasangan
sebelumnya);

Surat Kebenaran Poligami dari
Mahkamah Syariah di Malaysia
(jika berpoligami);

Surat wakalah wali bagi perempuan
(jika wali tidak dapat hadir); dan
Salinan Sijil Kursus Perkahwinan

*Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan
bernikah dari Pendaftar Nikah.
Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap
negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah,
dokumen yang lain harus disertakan.Pemohon
juga mestilah mengemukakan salinan Kad
Pengenalan Merah dan permit masuk, Surat
Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau
pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.


*Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga
asing yang mempunyai pas masuk secara sosial
atau perniagaan.



*Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang
dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit
pekerjaan. Perlu dimaklumkan bahawa pekerja
asing yang memegang permit kerja adalah tidak
dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara
ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung
dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia
akan memberi implikasi kepada permit kerja yang
telah diberi kepadanya. Hanya warganegara asing
yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial
atau perniagaan sahaja yang boleh membuat
permohonan tersebut.

Dapatkan taraf Pemastautin jika alamat di Kad Pengenalan anda berbeza dengan alamat anda
sekarang. Selain itu, dapatkan juga surat
pengesahan dari majikan atau gunakan bil telefon/air/elektrik yang mengandungi nama, alamat anda.
Sangat berguna bagi mereka yang tinggal dan bekerja diluar negeri asal.
14
www.PerkahwinanMelayu.com


Jangan berlengah-lengah untuk membuat permohonan berkahwin. Isikan borang dan dokumen
lampiran 3-6 bulan sebelum
hari pernikahan. Masa yang sesuai untuk membuat Permohonan di
Pejabat Agama adalah 3 bulan sebelum hari pernikahan.


Langkah 6: Membuat pendaftaran perkahwinan
Setelah selesai dan tamat majlis pernikahan anda, seterusnya anda perlulah mendaftarkan perkahwinan
anda di Pejabat Agama Negeri berlangsungnya perkahwinan anda. Perkahwinan perlu didaftarkan
dalam masa 7 hari.

Bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara/negeri, hendaklah didaftarkan sebaik sahaja
pulang ke tanah air iaitu dalam tempoh 6 bulan selepas berkahwin. Bayaran pendaftaran perkahwinan
berbeza mengikut negeri. Sijil perkahwinan dan kad akuan nikah akan diberikan. Simpan sijil nikah
anda di tempat selamat dan pastikan bahawa anda sentiasa membawa kad akuan nikah anda ke mana
sahaja anda berada bersama pasangan anda.


Perhatian: Peraturan-peraturan berkahwin adalah berbeza di antara Jabatan Agama Negeri berlainan.
Pastikan anda menyemak dahulu dengan Jabatan Agama berdekatan. Panduan di
ini sebagai rujukan anda sahaja.


Senarai nama dan alamat Ketua Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia adalah seperti di bawah:


Negeri Sembilan

Tuan Selamat bin Paigo,PJK

Pemangku Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Negeri Sembilan.

Jalan Dato' Hamzah

70000 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel : 06-7622692/ 7622775

Faks : 06-763139
Sabah

En Amri Aliaman bin Suratman

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah

Tingkat 3,9,10 Blok A,Wisma MUIS

Jalan Sembulan, Peti Surat 11666

88818 Kota Kinabalu

Sabah.

Tel : 088- 262073

Faks : 088- 239415

15
www.PerkahwinanMelayu.com

Terengganu

Y.Bhg. Dato' Hj Shaikh Harun b. Shaikh Ismail

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Pusat Pentadbiran Islam ,Kompleks Sri Iman

20676 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09 - 6252525

Faks : 09 - 623518
Kedah

Y. Bhg Dato' Syeikh Uzir b. Haji Baharom,

DSDK,AMK,AMN,BCK

Yang Dipertua

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Bangunan Wan Mat Saman Jalan Raja

05676 Alor Setar

Kedah Darul Aman.

Tel : 04- 7333288

Faks : 04- 733833

Johor

Y.Bhg. Dato' Hj. Mohd Zalil Bin Baroh, D.P.M.J,

P.I.S

Pengarah

Jabatan Agama Islam Johor

Kompleks Islam Jalan Masjid Abu Bakar

80990 Johor Bharu

Johor Darul Takzim

Tel : 07- 2282900

Faks : 07- 223906

Pahang

Pengarah

Jabatan Agama Islam Negeri Pahang

Jalan Masjid

26600 Pekan

Pahang.

Tel : 09- 4211111

Faks : 09- 422178

Perak

Y.Bhg Dato'Haji Jamri b. Hj. Sury

Pengarah

Jabatan Agama Islam Perak

Kuala Lumpur

Y.Bhg Dato' Haji Che Mat b. Che Ali

Pengarah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
16
www.PerkahwinanMelayu.com


Kompleks Islam Darul Ridzuan

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

30000 Ipoh

Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05- 2558148

Faks : 05- 2555512

Kompleks Pusat Islam Malaysia

Jalan Perdana

50519 Kuala Lumpur,

Tel : 03- 22749333

Faks : 03- 2273290

Pulau Pinang

Tuan Haji Sazali b. Haji Hussein

Pengarah

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang

Lebuh Pantai

10300 Pulau Pinang.

Tel : 04- 2502801

Faks : 04- 2502810

Selangor

Y.Bhg Dato' Haji Mohammed Khusrin b. Haji

Munawi

Pengarah

Jabatan Agama Islam Selangor

Ting.1,Bangunan Sultan Idris Shah

No.2,Persiaran Masjid Bukit SUK Seksyen 5,

40676 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03- 55143411

Faks : 03- 5510336
Kelantan

Tn Hj. Aba Aziz bin Abd Rahman

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim Lundang

Jalan Sultan Yahya Petra

15150 Kota Bharu

Melaka

En.Jaafar Bin Abu

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Melaka

Tingkat 6, Bangunan Graha Maju

75300 Jalan Graha Maju

17
www.PerkahwinanMelayu.com


Kelantan Darul Naim.

Tel : 09- 7443633

Faks : 09- 7446685
Melaka.

Tel : 06- 2848970/ 2836867

Faks : 06- 2834022

Sarawak

Y. Bhg Datu Misnu b. Hj. Taha

Pengarah

Jabatan Agama Islam Sarawak

Ting 4 & 5, Bangunan Mahkamah Syariah

Jalan Satok

93676 Kuching

Sarawak.

Tel : 082- 245050/ 429811

Faks : 082- 258145

Perlis

Tn Hj Abdul Malik bin Hussin

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis

Menara Kemajuan

01000 Kangar

Perlis

Tel : 04- 9794401

Faks : 04- 976134

Labuan

Tn.Hj. Ambok Chening b. Abdul Hamid

Ketua Penolong Pengarah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Labuan (Cawangan Labuan)

Peti Surat 82197

87029 Labuan.

Tel : 087- 423587/ 415311

Faks : 087- 41759




18
www.PerkahwinanMelayu.com

Bahagian 3: Perancangan serta perjalanan keseluruhan perkahwinan anda

Perancangan dan perjalanan keseluruhan perkahwinan adalah meliputi perkara-perkara yang perlu anda
lakukan sama ada sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan. Semua perkara ini perlu
dirancang dengan teliti agar anda dan pasangan tidak kalut atau tergopoh-gapah nanti. Seelok-eloknya
kesemua perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan telha dibincangkan
bersama dari awal lagi. Pastikan sediakan senarai lengkap butiran-butiran tersebut. Jangan menangguh-
nangguh perancangan ini sehingga terpaksa membuatnya di minit-minit terakhir. Mungkin banyak
kesilapan atau kekurangan yang bakal berlaku jika tiada sebarang perancangan awal dilakukan. Berikut
ialah contoh perkara-perkara yang akan berlaku sebelum, semasa dan selepas perkahwinan yang boleh
anda jadikan sebagai rujukan.

MASA PERKARA-PERKARA
Sebelum majlis perkahwinan Papan tanda
Banner
Bunga manggar
Tempahan perkhidmatan untuk digunakan
semasa perkahwinan
Kad jemputan
Cincin tunang
Semasa majlis perkahwinan Persiapan majlis resepsi
Khemah/dewan/kanopi
Susunan meja, kerusi, menu
Katering
Jurugambar
Videografi
Pelamin
Bilik tidur
Cenderahati
Juruandam
Baju kahwin
Barang hantaran, cincin kahwin
Wang hantaran
Tempat penginapan, perjalanan pergi balik
untuk rombongan
Selepas majlis perkahwinan Mengemas barang
Daftar perkahwinan
Bulan madu


*Ini hanyalah contoh perkara yang mungkin berlaku sebelum, semasa dan selepas perkahwinan.
Bergantung kepada anda dan pasangan untuk menentukan perjalanan majlis perkahwinan anda sesuai
dengan bajet yang telah ditetapkan.


Penutup:
Diharap panduan untuk merancang perkahwinan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam
19
www.PerkahwinanMelayu.com

20
proses untuk melangsungkan perkahwinan. Banyakkan bertanya orang-orang yang berpengalaman
dalam soal perkahwinan bagi menambah nilai diri anda. Selamat berjaya!

You might also like