You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEBEDU, SARAWAK MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BILANGAN 1/2013

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran(Bilangan) Nama Yang Hadir : 1 2 3 4 En. Nazirol Chik

: 20 Februari 2013 (Rabu) : 1.30 petang : Bilik Guru1 :Encik Nazirol Chik :7/7

5 6 7

Pn. Norsiah Bt. Birang En. Nelson Martin Noel Pn. Maria Ak Endek

Pn. Nurul Zahira bt Md Isa En. Lanyeh Ak Sager Pn. Myrra Sim

Setiausaha : Pn. Nurul Zahira bt Md Isa

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia Pendidikan Seni Visual ke mesyuarat kali pertama sesi persekolahan tahun 2013. 1.2 Pengerusi meneruskan mesyuarat dengan membincangkan agenda-agenda mesyuarat yang telah diedarkan kepada semua ahli panitia ini. Tindakan : Makluman 2.0 Prolfil Guru 2.1 Pengerusi memohon agar semua guru di bawah panitia menghantar profi dan jadual waktu mengajar kepada ketua panitia untuk dimasukkan ke dalam fail panitia Pendidikan Seni Visual . Tindakan : Semua Guru

3.0 Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahunan 3.1 Pengerusi memaklumkan agar semua panitia melengkapkan semua Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut arahan yang telah ditetapkan olah pentadbiran. Tindakan : Semua Guru

4.0 Peperiksaan Dan Ujian Bulanan 4.1 Ahli panitia telah memutuskan dan bersetuju mengikuti pengagihan tugas untuk menyediakan kertas soalan bagi peperiksaan dan ujian bulananseperti yang elah ditetapkan oleh ketua panitia. Namun begitu,sebarang pertukaran adalah dibolehkan mengikut budi bicara masing-masing. Tindakan : Semua guru ahli panitia 4.2 Pn. Maria menanyakan tentang format kertas soalan bagi Ujian Bulanan 1. Sebagai maklum balas, ketua panitia memaklumkan bahawa format bagi kertas soalan bagi Ujian Bulanan adalah formatpenuh peperiksaan. Tindakan : Makluman 4.3 Pn. Myrra turut menanyakan mengenai tarikh penghantaran kertas soalan Ujian Bulanan 1 tersebut. Maklum balas dari ketua panitia,mengikut yang telah ditetapkan oleh unit peperiksaan, kertas soalan hendaklah dihantar selewat-lewatnya seminggu sebelum peperiksaan atau ujian dilaksanakan. Tindakan : Makluman

5.0 Pelaksanaan Kerja Kursus dan PBS 5.1 Pengerusi Pengerusi menasihatkan para guru agar menjalankan PBS mengikut jadual yang ditetapkan dan sentiasa mengemaskinikan rekod transit dan rekod eviden PBS. Tindakan : Makluman
5.2 Pn. Norsiah mencadangkan bagi memudahkan proses penilaian kerka kursus Pendidikan

Seni Visual bagi menengah atas (SPM), beliau mencadangkan agar fail folio SPM individu diselaraskan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Tindakan : Ketua Panitia 5.3 Pn. Norsiah mencadangkan agar panitia bekerjasama dengan koperasi untuk menyediakan dan menjual fail folio individu bagi pelajar SPM PSV. Tindakan : Berkenaan 2

5.4 Pn.Nurul memaklumkan kepada ketua panitia supaya mengambil kelengkapan dan barangan PSV yang telah disimpan di stor alatan pejabat am sekolah. Tindakan : Makluman

6.0 Rancangan belanjawan PCG Panitia PSV 6.1 En. Lanyeh mencadangkan agar panitia menyediakan cop khas bagi panitia PSV dan cop pemarkahan bagi memudahkan penilaian dilaksanakan. Tindakan : Berkenaan 6.2 Pengerusi mencadangkan supaya duit peruntukan PCGmengutamakan kepada kelengkapan SPM seperti membeli alatan ukiran kayu bagi kerja kursus SPM. Tindakan : Berkenaan 6.3 Pn.Myrra mencadangkan agar duit peruntukan menengah rendah digunakan untuk membeli buku teks atau buku rujukan bagi setiap tingkatan,terutamanya kelas-kelas PBS bertujuan bagi meningkatkan keberkesanan dan kualiti guru mengajar.

Tindakan : Berkenaan 6.4 Pn. Maria juga turut mencadangkan agar panitia menyediakan dan membeli baldi sebagai alatan bantu mengajar terutamanya apabila warna air digunakan semasa P&P. Tindakan : Berkenaan 6.5 Pengerusi memaklumkan bahawa sebarang cadangan akan dipertimbangkan dan diambil tindakan sewajarnya. Tindakan : Makluman

7.0 Hal-Hal Lain 7.1 Ketua Panitia memaklumkan kepada semua ahli panitia boleh menyenaraikan bahan keperluan untuk P&P masing-masing dan diserahkan kepada beliau untuk tindakan selanjutnya. Tindakan : Makluman

8.0 Ucapan Penangguhan 8.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli panitia ke mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh : ............................................... (NURUL ZAHIRA BT MD ISA) Setiausaha Panitia Pendidikan Seni Visual

Disemak oleh .................................................. ( NAZIROL CHIK) Ketua PanitiaPendidikan Seni Visual

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEBEDU, SARAWAK MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BILANGAN 4/2013

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran(Bilangan)

: 4 Julai 2013 (Khamis) : 1.30 petang : Bilik Guru1 : Encik Nazirol Chik : 7/7

Nama Yang Hadir : 1 2 3 4 En. Nazirol Chik Pn. Nurul Zahira bt Md Isa Pn. Norsiah Bt. Birang En. Nelson Martin Noel 5 6 Cik Haizum Bt Mustamin Pn. Maria Ak Endek

Setiausaha : Pn. Nurul Zahira bt Md Isa

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia Pendidikan Seni Visual ke mesyuarat kali keempat sesi persekolahan tahun 2013. 1.2 Pengerusi meneruskan mesyuarat dengan membincangkan agenda-agenda mesyuarat yang telah diedarkan kepada semua ahli panitia ini. Tindakan : Makluman 2.0 Aktiviti PSV untuk Bulan Kemanusiaan 2013 2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Bulan Kemanusiaan yang turut melibatkan panitia PSV akan diadakan pada bulan Ogos yang akan datang. 2.2 Pengerusi membincangkan aktiviti yang sesuai untuk program tersebut. 2.3 Cikgu Nurul mencadangkan diadakan pertandingan mewarna bagi pelajar menengah rendah dan pertandingan melukis poster bagi menengah atas. 5

2.4 Cadangan diterima semua dan agihan tugas dilakukan antara ahli panitia supaya program dapat berjalan seperti yang dirancang. 2.5 Pengerusi meminta agar kerjasama daripada semua guru untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tindakan : Semua Ahli Panitia

3.0 Rancangan Pelajaran Tahunan 2014 3.1 Pengerusi memaklumkan agar guru panitia yang telah ditugaskan menyediakankan Rancangan Pelajaran Tahunan 2014 seperti yang telah ditetapkan olah pentadbiran. Tindakan : Guru Berkenaan

4.0 Penyelarasan Jurnal Seni PSV Tingkatan 3 2014 4.1 Pengerusi memaklumkan kepada para guru bahawa mulai tahun hadapan matapelajarn PSV Tingkatan 3 akan melaksanakan tugasan masa panjang PBS berbentuk jurnal seni. 4.2 Pengerusi memohon guru yang mengajar Pendidikan Seni Tingkatan 3 membuat persediaan untuk penyelarasan pelaksanaan Jurnal Seni bagi Tingkatan 3 tahun hadapan terutamanya . 4.3 Pn. Maria mencadangkan agar guru yang telah menghadiri kursus pendedahan mengenai Penyelarasan pelaksanaan Jurnal Seni bagi Tingkatan 3 tersebut mengadakan kursus latihan dalaman bagi semua guru ahli panitia yang lain. Tindakan : Guru PSV Tingkatan 3

5.0 Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran PSV 5.1 Pengerusi meminta pendapat para guru agar mencadangkan sebarang penambahbaikan dalam proses PdP PSV sebagai perancangan masa hadapan. 5.2 Cikgu Nurul mencadangkan agar alat bantu mengajar (ABM) seperti kertas warna,pen marker berwarna, kertas A4 dan peralatan mewarna dapat disediakan serta ditambah kuantitinya. 5.3 Cikgu Nelson turut mencadangkan supaya peralatan ABM PSV yang sedia ada seperti peralatan mengukir dan mewarna perlu dijaga rapi agar tidak hilang atau rosak digunakan oleh para pelajar dan supaya dapat digunakan lebih lama. Tindakan : Semua Ahli Panitia

6.0 Kewangan PCG Panitia PSV

6.1 Pengerusi membentangkan belanjawan semasa bagi Panitia PSV dan membuka sebarang pertanyaan kepada semua ahli. 6.2 Pengerusi memohon kepada semua ahli panitia boleh menyenaraikan bahan keperluan untuk P&P masing-masing dan diserahkan kepada beliau untuk tindakan selanjutnya. Tindakan : Semua Ahli Panitia 7.0 Hal-Hal Lain 7.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa setiap guru yang menggunakan bilik Pendidikan Seni perlu merekod penggunaan dan menjaga kebersihan bilik tersebut selepas menggunakannya. Tindakan : Makluman

8.0 Ucapan Penangguhan 8.1 Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua guru Pendidikan Seni Visual dalam menjayakan sesuatu program dan tugasan yang telah diberikan. 8.2 Pengerusi sekali mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli panitia ke mesyuarat kali ini. 8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh : ............................................... (NURUL ZAHIRA BT MD ISA) Setiausaha Panitia Pendidikan Seni Visual

Disemak oleh ................................................. ( NAZIROL CHIK) Ketua PanitiaPendidikan Seni Visual

You might also like